foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, August 6, 2008

UMNO-BN tebukti tertekan dan cara lama diguna kembali???...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 Ogos
Kesempatan bertemu dengan beberapa anggota komiti KAWRI (Koperasi Wartawan Reformasi Indonesia) hampir 2 jam amat bererti bagi saya. Ini adalah kerana semangat dan agenda reformasi bagi sebuah organisasi watawan berpengaruh dan idealisma reformasinya yang kental membuat rasa separuh beban memikirkan bagaimana nasib rakyat Malaysia yang masih dizalimi oleh kerajaan BN-UMNO hilang. Organissasi yang punya akses ke seluruh media di seluruh Indonesia memang kena pada waktunya kerana komimen mereka untuk membantu idea dan penjelasan melalui media mereka amat dihargai.

Mereka menggelengkan kepala bila saya bentangkan nasib DSAI dan beberapa aktivis reformasi di Malaysia yang hingga saat ini masih didera oleh kerajaan Malaysia yang zalim. Dari komitmen ini mereka akan terus membantu kita di Malaysia terutama isu yang melanda DSAI sekarang. Insyaallah esuk saya balik ke KL dan saya beharap ada berita manis yang boleh dikongsikan bersama.

Sdr,
Tanpa gerak tangan-tangan kecil dari para wartawan reformasi di tahun 1998 di Indonesia sebenarnya mustahil Reformasi berhasil bahkan peranan wartawan sampai sekarang masih begitu kuat menegur dan mengkeritik pemeintah yang lalai. Sayang di Malaysia hal ini tidak berlaku dan selagi regim UMNO-BN tidak ditumbangkan maka selagi itulah rakyat diperbodohkan. Harus kita akui rakyat Indonesia dari sudut politik jauh lebih matang dari rakyat Malaysia. Tapi sebahagian besar rakyat Malaysia masih mengganggap sebaliknya terutama para pemimpin UMNO kampungan. Mereka masih bicara soal Melayu yang tidak bepijak di bumi nyata. Masih terus bermimpi kononnya kita lebih hebat dll. Datanglah dan bertemulah dengan meeka...!!
Bukti yang cukup jelas pada semalam saya sempat mengikuti kempen terakhir PILKADA untuk Walikota Bandung di padang GASIBU yang menonjolkan betapa solidnya para relawan PKS dari seluruh Jawa Barat. Hebat dan sememangnya mereka punya potensi besarr dalam pemilu 2009 nanti. Semua pihak mengakuinya dan yang hadir bukan hanya dari golongan yang berjanggut tapi bermacam. Dari rockers, pemuzik tradisional, hip hop, punk, pendidik, peniaga kecil, mantan pegawai tinggi polis, pegawai tentera, pegawai kerajaan biasa, wakil ngo dan sebagainya. Suatu hal yang patut menjadi contoh kepada kita di Malaysia. Tak timbul masalah dari segi muzik atau waktu solat kerana semua telah memahaminya dan menghormatinya. Iniilah yang belum ada di Malaysia dan inilah yang perlu dihidupkan. Pemimpin PR patut melihat dan mengalami suasana ini.!!

Apapun perkembangan di Malaysia amat memprihatinkan terutama kepada DSAI dan inilah yang diungkapkan oleh teman-teman di Indonesia. Saran mereka agar berita tentang DSAI patut didedahkan lebih luas ke Nusantara dengan kerjasama wartawan reformasi dari Indonesia serta bloggers yang ada. Kita wajib lawan BN dengan cara yang termampu sehingga mereka tunduk kepada kebenaran dan nasib rakyat. Semangat inilah yang harus kita bangunkan di mana sahaja!!!
Inilah realiti yang berlaku dan kita sebagai rakyat dan pejuang yang cintakan kebenaran wajib memastikan kebenaran ditegakkan dengan melalui salah satu dari jalan yang sah iaitu kemenagan DSAI di Permatang Pauh !!!

"Saya akan tetap bertanding" - Anwar
Intan Abdullah | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Wed | Aug 06, 08 | 5:48:01 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap akan meneruskan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh 24 Ogos ini meskipun berdepan dengan prosiding kes liwat yang mengaitkannya.


Bercakap dalam sidang media di Ibu Pejabat KeADILan, Merchant Square, Damansara sebentar tadi, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan ianya akan tetap walaupun beliau terpaksa ditahan untuk soal siasat kes tersebut.

"usaha untuk menghalang saya bertanding dan menang dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh akan pasti dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi.

"Namun ianya tidak sedikitpun akan mematahkan semangat saya walaupun saya ditangkap, meskipun kain sarung dan songkok saya sahaja yang hadir," ujarnya pada sidang media tersebut, hari ini.

Walau bagaimanapun, Anwar menyifatkan pengumuman tarikh pilihan raya kecil pada hari ini yang disusuli dengan panggilan mahkamah atas kes liwat esok membuktikan terdapat unsur campur tangan pemimpin Umno dalam kemelut politik masa kini.

"Ia secara tidak langsung memberikan kempen percuma bagi meneruskan fitnah jahat Umno-BN dengan jentera kerajaan khususnya pihak media.

Image"Keputusan ini tidak mungkin berlaku tanpa arahan peribadi Abdullah Ahmad Badawi," ujarnya.

Malah tambahnya, siasatan di bawah seliaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan turut menghadapi masalah.

"Namun dengan Keterangan perubatan oleh doktor yang kukuh, memberikan saya alibi yang kuat dan padat walaupun mereka berulang kali naik ke pejabat Peguam Negara. Namun mereka masih gagal mendapat pengesahan dokumen tersebut," katanya.

Beliau turut yakin strategi yang sama akan digunakan kerajaan Umno-BN pada 1998 dan 1999 lalu bagi mengaibkannya dengan serangan habis-habisan.

"Sebab itulah hari ini SPR umumkan tarikh pilihan raya, esok saya dipanggil ke mahkamah - ianya cukup jelas," katanya lagi.

Ditanya mengenai kes tersebut yang mungkin menjejaskan proses kempen di Permatang Pauh, beliau tetap berkeyakinan bahawa pengundi di Permatang Pauh mempunyai maklumat dan kesedaran yang cukup terhadap perkembangan semasa yang berlaku.

"Dari segi undang-undang ianya tidak menjejaskan saya, namun ia merupakan niat kotor yang menjadi hambatan supaya rakyat berpaling dan tidak menyokong saya," ujarnya lagi.

Meskipun pernah melalui pengalaman berhadapan dengan dakwaan kes yang serupa 10 tahun lalu, beliau tetap melahirkan kebimbangan dengan situasi yang berlaku mutakhir ini.

Image"Saya kesal dengan langkah dan tindakan zalim yang dikenakan terhadap saya, keluarga dan sahabat-sahabat yang dikhuatiri jika ianya berterusan akan berupaya menggugat kestabilan politik dan menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara," katanya lagi.

Mengulas mengenai strategi khusus Pakatan Rakyat dalam usaha menjayakan misi mengalahkan Umno-BN sekaligus menumbangkan kerajaan pusat Umno-BN, Anwar menjelaskan mereka telah pun merangka strategi tersebut.

"Dengan bantuan dan sokongan semua pihak khususnya jentera pilihan raya Pakatan Rakyat termasuk PAS dan DAP, kita yakin akan dapat mengekalkan kemenangan di Permatang Pauh," ujarnya.

Menyentuh tarikh pilihan raya tersebut yang jatuh pada hari berkerja, bukan seperti kebiasaan hari pilihan raya sebelum ini Anwar menyatakan bahwa ia merupakan satu lagi bentuk halangan untuk menyukarkan jalan beliau untuk menang.

"Abdullah sedang 'desperate' (terdesak) untuk mempertahankan kuasanya, walaupun dia tiada kes yang boleh mensabitkan saya (dalam kes liwat)," tegasnya.

Dalam sidang media yang sama, Anwar turut memaklumkan mengenai beberapa laporan pemimpin Umno yang terlibat dengan salah laku rasuah yang membabitkan pemimpin nombor satunya.

"Abdullah menghadapi krisis kepercayaan ahli dan keyakinan rakyat yang semakin merudum.

"Abdullah terjerat untuk menggunakan kes ini bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada penyelewengan dan kegagalan beliau dalam menerajui negara ini," tegasnya.

Beliau tidak menafikan terdapat campurtangan politik dalam kes liwat tersebut.

"Campurtangan tersebut sangat jelas," katanya.

ImageBeliau turut mengumumkan pasukan peguam yang akan membantu mengendalikan kes liwat mengaitkan beliau yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah.

Selain itu, peguam lain terdiri daripada Sankara Nair, R. Sivarasah, Saiful Nizam dan beberapa orang lagi.

Ditanya mengenai keyakinan untuk memenangi kes tersebut, Anwar berkata,"saya sangat yakin namun saya tidak pasti berapakah jumlah majoriti yang akan diperolehi nanti."

Selain itu, ditanya mengenai agenda pertama beliau selepas memenangi pilihan raya tersebut nanti Anwar menyatakan fokus beliau lebih kepada untuk membantu memulihkan ekonomi dan keyakinan pelabur terhadap negara ini.

Turut hadir dalam sidang tersebut, isterinya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, Dr Lee Boon Chye, Ketua Penerangan, Tian Chua serta anak-anak Anwar, Nurul Izzah dan Nurul Nuha.

Selain itu, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli juga turut serta pada majlis yang sama sebagai tanda sokongan rakan kongsi Pakatan Rakyat. - mks._