foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Showing posts with label Nizar MB Perak. Show all posts
Showing posts with label Nizar MB Perak. Show all posts

Tuesday, September 1, 2009

BERBUKA,, SOLAT TARAWKH DAN TAZKIRAH bersama DS NIZAR DI SURAU SYUKRIAH BT. 8

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


2 OGOS

Bersama mengikuti tazkirah dari DS Nizar amat menginspirasikan. Bagi saya penyampaian beliau amat menarik dan mudah difahami. Sebelum ini saya tidak dapat mendengar tazkirah dari beliau kerana saya sering berada di KL. Tapi kali ini alhamdulillah saya diberi Allah kesempatan. Ada beberapa aspek yang saya ingin sentuh sebagai abahn pemikiran kita bersama;

1. Saya semakin faham kenapa UBN amat membenci Nizar. Nizar adalah ikon baru selepas Anwar di Malaysia yang mampu menarik semua kaum untuk bersama menyokong PR dan menolak UBN. Saya saksikan tadi petang satu keluarga India memeluk Islam hanya kerana setelah melihat, mendengar dan menyaksikan betapa Nizar mampu memikat hati mereka kepada Islam dan PR. Maka UBN terus memfitnah Nizar agar karier politiknya hancur tapi gagal.

2.Pidato Nizar bukan sahaja dapat memahamkan umat Islam tentang toleransi terhadap bangsa dan agama lain bahkan dapat pula meredakan salah faham bangsa lain terhadap Islam. Saya yakin pemido UBN tidak mampu untuk menyaingi kehebatan Nizar dalam apa isu sekalipun. Ini adalah anugerah Allah dan sebenarnya amat bertuah sekali orang Perak yang telah menerima beliau sebagai MB. Fitnah UBN terntang beliau sebagai agen DAp amat merugikan UBN sendiri kerana relaitinya rakyat menolak hujah ini bahkan mat rempit yang pernah mendapat layanan baik dari Nizar sebelum ini telah dengan terbuka menyokong beliau. Mereka telah menolak fitnah UBN dengan bermacam cara yang mereka mampu. Begitu juga isu lilin yang akhirnya menjadi senjata makan tuan kepada UBN.

3. Para dai dari semua gerakan Islam harus dengan terbuka melihat potensi ini dan cuba mendekati aproach Nizar dalam berhujah dan bertindak. Beliau menguasai hafalan ayat-ayat alquran dengan baik dan setiap kali membuka ucapan dalil-dall pendek dibaca dan diterjemahkan serta ditafsir dengan cara yang amat menarik. 2 jam beliau berucap tanpa henti, orang ramai masih tidak berganjak. Maka sudah sepatutnya para dai serius melirik keupayaan ini sehingga boleh diambil manfaatnya buat umat samada melalui training atau bengkel. Ikon seperti Nizar atau Anwar seharusnya dijaga dan dengan segera ditumpahkan segala keupayaannnya agar kita mencipta ribuan Nizar atau Anwar selepas ini.



4. Para politikus terutama dari PR harus mencontohi NIzar dalam banyak hal bukan sahaja dari segi style pidato bahkan dari segi kepimpinan. Saya kira tidak ada salahnya jika para YB PR mengadakan pertemuan dan training tertutup dari segi strategi meningkatkan kualiti kepimpinan. Jangan biarkan permata di depan mata dan kita ambil tidak endah. Ikon seperti ini bukan datang selalu bahkan mungkin dalam beberapa puluh tahun muncul seorang. Ketika Anwar muncul pada tahun awal 7o an, yang cepat melirik beliau ialah Mahathir dan sekurung-kurang Mahathir telah berjaya melambatkan kebangkitan rakyat Malaysia beberapa tahun setelah beliau merangkul Anwar. Jadi ikon seperti Nizar sekarang seharusnya PR cepat bertindak untuk mendapatkan manfaat dari beliau demi kebangkitan rakyat. Perak akan kembali semula ke tangan PR jika Nizar diberi kepercayaan untuk melakukanya. Rakyat Perak saya kira sudah siap untuk melakukannya.

Monday, June 15, 2009

PARLIMEN MALAYSIA GEMPAR DENGAN SEORANG NIZAR..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

16 JUN
Media BN kata.."Nizar buat kecoh lagi..." dan saya yakin inilah setting UMNO BN sehingga selesai Manik Urai. Saya tak mahu panjangkan hal ini kerana rakyat dah muak style kempen UMNO BN. Speaker, YB, media. Mufti, mahkamah, sultan dan apa sahaja yang menguntungkan mereka mereka bayar jadi sebagai rakyat biasa apa yang kita harapkan dari sebuah sistem begini ambruk?

Kita berharap hanya satu sahaja iaitu Allah bukakan pintu hati dan fikiran rakyat sehingga dalam sesi pilihanraya yang akan datang mereka bertaubat serta tidak akan mmemilih UMNO BN lagi. Kerana perlu taubat pula? Ya,,taubat dari bersama dan bersekongkol dengan kemaksiatan, kezaliman, ketidakdilan, kedunguan dll. Taubat dari menyembah sistem karut yang bersumber dari fahaman nasionalisma sekularisma. Faham yang diasaskan oleh tokoh-tokoh orientalis yang dengan sengaja untuk menghancurkan Islam. Solat dan ibadah hanya kosmetik bagi mengelabui mata rakyat semata-mata. Jadi akhirnya kita semua perlu bertaubat!!!

Di dunia antarabangsa..media terus menceritakan tentang Iran dan pemilihan Presidennya. Saya tidak perlu berhujah terlalu ke dalam soal syiahnya tetapi dari segi permusuhan dengan USA IRAN sudah kena serang dari dalam. Sama seperti di beberap negara lain di Afrika, Asean dan Asia cara USA bermain hampir sama. Mulakan dengan provokasi ke media dunia kononnya negara ini bahaya dengan nuklear dan serba macam teori sehingga dunia menerima hujah-hujah mereka. Kemudian memberi ugutan secara ketenteraan jika tidak menghentikannya. Jika masih berdegil maka peluru wang akan masuk dulu melalui beberap pemimpin yang mereka anggap boleh bekerjasama bagi manghalalkan cara politik mereka. Saat yang paling ampuh ialah ketika kempen pihanraya dan hasil pilihanraya.

Kaedah yang sama sudah dan sedang digunakan di Indonesia. Sama juga dengan di Malaysia. Puak UMNO menuduh Anwar tetapi disebalik itu semua juak-juak UMNO BN berperanan lebih aktif untuk bekerjasama dengan USA terutama dari segi menghalang perkembangan Islam. Secara lojik, takkan mungkin Anwar bersama USA kerana prinsip Islam jauh lebih kuat Anwar berbanding dengan pemimpin UMNO. Jadi alasan apa yang mereka mahu gunakan? Jika di Iran Ahmadenijad secara terbuka menentang USA dan untuk melemahkannya hanya melalui musuh yang diciptakan oleh USA menyelinap masuk tanpa disedari oleh pimpinan Iran. Sekarang ianya makin jelas dan jika tidak segera diatasi..Iran akn berdepan dengan masa depan yang suram dan huruhara. Sama seperti di Iraq sehingga Sadam tamat. Sekalipun Sadam bukanlah pemimpin yang baik tetapi kemauskan USA ke negara Iraq sebenarnya menenggelamkan jejak langkah Islam itu sendiri. Untuk bangun semula ianya perlu kepada proses yang amat panjang..

Inilah realiti yang seharusnya umat Islam sedar dan bangun melihat serta bertindak..!!!

Iran kutuk media antarabangsa


Para penyokong Ahmadinejad mengibarkan bendera Iran dan bendera lambang agama ketika meraikan kemenangan presiden itu di tengah Teheran kelmarin. - REUTERS


KAHERAH 15 Jun - Pihak berkuasa Iran mengkritik laporan media antarabangsa dan mengambil langkah mengawal aliran maklumat daripada sumber berita bebas, ketika rusuhan anti kerajaan menular di negara tersebut buat hari kedua semalam.

Syarikat penyiaran British Broadcasting Co. (BBC) memaklumkan bahawa laporan berita elektroniknya mengalami kesesakan sejak Jumaat lalu dan ia semakin serius semalam, sekali gus mengakibatkan gangguan perkhidmatan kepada penonton serta pendengar BBC di Iran, Asia Barat dan Eropah.

BBC melaporkan bahawa pihaknya turut mengesan sekatan pada isyarat satelit yang menyiarkan perkhidmatan dalam bahasa Parsi ke satu lokasi di Iran.

''Ia nampak seolah-olah sebahagian tindakan oleh pihak berkuasa Iran untuk mengehadkan laporan pilihan raya yang dipertikaikan Jumaat lalu,'' kata Pengarah Perkhidmatan Dunia BBC di London, Peter Horrocks.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, menyelar media sejurus memenangi pilihan raya Presiden pada Jumaat lalu, setelah pengkritik menegaskan ia melibatkan penipuan pengundi.

Pada satu sidang media semalam, Presiden itu menuduh media antarabangsa melancarkan 'perang psikologi' terhadap Iran.

Selain perkhidmatan telefon bimbit yang telah dibaik pulih semalam selepas terganggu sejak kelmarin di Teheran, jaringan komunikasi turut terjejas sejak hari pengundian, termasuk yang boleh digunakan untuk menganjurkan tunjuk perasaan. - AP


Menakar Sukses AS di Afghanistan

Selasa, 16/06/2009 11:14 WIB Cetak | Kirim

Apa parameter yang jelas untuk keberhasilan AS di Afghanistan? Letnan Jenderal David McChrystal, komandan militer AS yang baru dua bulan ini ditugaskan di negara itu, mengeluarkan sebuah pernyataan yang kontradiktif.

“Ukuran keberhasilan kita bukan jumlah berapa banyak musuh yang terbunuh. Tapi jumlah rakyat Afghan yang bisa dijauhkan dari tindak kekerasan.” demikian McChrystal.

Kenyataan sebenarnya, apa yang diucapkan oleh McChrystal itu, berlari kencang, karena alih-alih bisa menggusur atau membantai Taliban, bisa dipastikan korban militer AS malah terdiri dari rakyat sipil seluruhnya. Bulan lalu, korban sipil yang tewas mencapai 140 orang. Tahun lalu, menurut data PBB yang amburadul, sekitar 2.000 warga sipil Afghan tewas karena serangan AS.

Pekan lalu, Times mengeluarkan laporan investigasinya, bahwa kesalahan yang dilakukan oleh militer AS sudah mencapai tingkat yang signifikan dan patut dipertanyakan. Yang paling menjadi sorotan adalah pengabaian AS akan serangan terhadap wilayah yang berpenduduk padat.

Tentara AS tidak ragu untuk melemparkan bom dan memborbardir wilayah-wilayah tersebut dari darat dan udara dengan membabi buta. Tidak heran, menurut New York Times, kesalahan yang dilakukan berulang-ulang ini (hingga layak dipelajari apakah itu kesalahan ataukah memang sudah jelas strategi AS) telah membuat dukungan kepada AS semakin menipis.

Rakyat Afghanistan berada dalam titik nadir. Melihat kecenderungan keadaan sekarang, rakyat Afghan tampaknya sudah tidak peduli lagi dengan kondisi mereka sekarang—jika memang harus terlibat perang, maka mereka sudah sangat siap memerangi tentara AS di negaranya. McChyrstal mencanangkan bahwa programnya adalah membuat rakyat Afghan mendukung AS. Ia mengiming-imingi rakyat Afghan dengan keamanan di seluruh negeri.

Ini mungkin pendekatan yang cukup realistis. McChystal telah meredefinisikan kembali efektivitasannya. Semua didesain di Washington, namun penerapannya di Afghanistan niscaya menemui jalan buntu, McChrystal sudah mengetahui hal itu—karena gelombang kebencian rakyat Afghan terhadap AS semakin hari semakin besar.

Tuan Jenderal, cara yang ampuh untuk memenangkan perang di Afghanistan adalah memenangkan hati rakyat Afghan. Dan cara untuk memenangkan hati rakyat Afghan tidaklah sulit: AS menarik mundur semua pasukannya dari Afghan dan biarkan Afghanistan mengatur nasibnya sendiri—tidak oleh AS yang mengatur negaranya sekarang ini saja pun tengah babak-belur! (sa/tnyt)

Wednesday, May 13, 2009

UMNO BN BERMAIN API DENGAN RAKYAT...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

13 MEI

Perjalanan ke Subang Bandung memberi ruang merenung keadaan di Perak. Jauh di dalam hati dan perasaan saya UMNO BN pasti tidak akan berdiam diri melihat keputusan Mahkamah Tinggi di Perak. Bahkan ianya dilakukan demi sebuah skrip yang telah diatur oleh tangan-tangan ghaib yang sudah biasa menzalimi rakyat dan mempersenda undang-undang negara demi kepentingan politik dan kuasa mereka. Jadi soal berbaik sangka dengan parti syaitan sebenarnya tidak boleh dilaksanakan kerana fahaman kebangsaan sesat yang mereka anuti melebihi dari segalanya. Iman, Islam dan nilai-nilai mulia bukan menjadi perkara utama dalam lakaran strategi politik mereka jadi apa yang mereka pertahankan adalah sebuah kepuasan kekuasaan.

Palakon utama yang diarah oleh pengarah bertangan besi hanya menerima upahan dan sedaya upaya melaksanakan tugas sebaik mungkin. Hal ini semakin hari semakin jelas kelihatan oleh rakyat sekalipun oleh si buta. Jelas sekali UMNO BN mahu bermain api dengan rakyat. Begitu juga pihak istana yang menyorok di belakang pelakon ini seperti boneka dan patung. Sebagai seorang Muslim saya ingin mengingatkan:

1. Bermain api dengan jutaan rakyat mungkin mengundang risiko yang amat besar. Sekalipun pimpinan PR dapat bersabar dengan permain seperti ini tetapi hakikatnya bagi rakyat di Perak khasnya permainan ini sudah tiba ke klimaksnya. Maka saya berharap kepada semua pihak yang terlibat tolong pertimbangkan harapan rakyat ini sebelum terjadi sesuatu perkara yang diluar kawalan.!!

2. Solusi terbaik seperti yang telah disepakati oleh semua pihak termasuk dari sebahagian besar pimpinan negara ialah dengan membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya di Perak. Apa yang UMNO BN takut jika benar mereka mahukan kebenaran demi rakyat? Dengan seribu macam alasan mereka akan terus berdalih dan bermain..Inilah kebodohan hasil dari fahaman sesat yang mereka warisi dari penjajahan.

3. Media UMNO BN akan terus mengapi-apikan isu dan kadangkala lebih laju dari mahkamah? Lebih sudu dari kuah. Dan keadaan ini sebenarnya semakin merugikan UMNO BN kerana mempamerkan kedunguan berpolitik dan kerendahan moral pimpinan di dalam dan luar istana.

Saya kutip beberapa kenyataan dari kedua media sebagai renungan...


Mahkamah umpama 'gelanggang sarkas', diperguna BN sesuka hati

Wan Nordin Wan Yaacob Wed May 13, 09 7:08:18 am MYT

IPOH, 13 Mei (Hrkh) - Keputusan yang berubah hanya dalam jangkamasa sehari menunjukkan mahkamah kini umpama gelanggang 'sarkas' yang menjadi pentas untuk Umno/BN terus menyalahgunakan kuasa mereka.

Demikian telahan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan Adun Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah ketika ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat Perak di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak.
"Taklimat tadi kita bincangkan tentang keputusan terkini yang memeranjatkan dan marah kerana dalam masa sekejap sahaja mahkamah boleh terima rayuan Zambry, sedangkan di pihak kita tidak diberitahu,"kata Ahmad Awang yang ditemui selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di sini.
Antara yang hadir dalam mesyuarat di Badan Perhubungan PAS Perak petang ini ialah Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang; Menteri Besar, Dato'Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin; Pengerusi KeADILan Perak, Usaili Alias; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mokhsin Fadzil; peguam Asmuni Awi, adun-adun Pakatan Rakyat dan saf kepimpinan pakatan yang lain.
Beliau memaklumkan bahawa Nizar melahirkan rasa terkejut dengan permainan BN ini yang mana kini MahkamahRayuan menggantung keputusan Mahkamah Tinggi berhubung pemngesahan MB dipihak Nizar hanya dalam masa singkat.
Ujar Ahmad Awang, adalam proses rayuan afidavit sepatutnya dalam masa 40 hari namun mereka luluskan cepat hingga peguam Pakatan Rakyat tidak tahu dan terkejut dengan keadaan ini.
Keputusan ini tak kalau sebegini menjadikan rakyat marah dan mempunyai persepsi bahawa mahkamah suka-suka boleh buat keputusan,katanya.
"Benda ini tak pernah berlaku, gantung dengan cepat.Saya tidak nafikan bahawa rayuan boleh dibuat tetapi bukan kepoutusan dalam masa yangamat singkat ini mengejutkan,"katanya.
Sementara Khalil pula yang berang dengan permainan BN ini menyatakan bahawa kini rakyat mula sangsi dan bingung akan mudahnya mahkamah diperguna BN sewenangnya.
Malah keputusan mahkamah pada 11 Mei hanya diskripkan untuk sengaja memperlihatkan Nizar dan Adun-adun Pakatan Rakyat ini 'gila kuasa' mahu masuk sesegera mungkin ke pejabat MB, katanya.
Walhal,Nizar sudahj tahu akan perkembangan ini kerana BN pastinya melakukan tindakan yang akan hanya menguntungkan politik mereka walau melanggar batas undang-undang.
Khalil juga menyatakan, rakyat hari ini sudah mula berang dengan tindakan BN yang sekali lagi memperolok hak rakyat dalam memilih kerajaan yang sah.
Sifirnya mudah kata Khalil, ia terletak di tangan Sultan Perak yang seharusnya mendengar denyut nadi suara rakyat yang mahukan pembubaran Dun untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan secepat mungkin.
Mengulas isu yang sama, Adun Teja, Chang Lih Kang pula menyatakan keputusan Mahkamah Rayuan membenar dan meluluskan permohonan rayuan adalah 'tidak masuk akal'.
Bagi Adun Teja, beliau memaksudkan 'tidak masul akal' keputusan itu dibuat dalam masa yang amat singkat dan hanya merumitkan keadaan dimana Nizar tidak boleh bertugas kerana halangan 'stay order'.
Sementara Zambry pula sebenarnya terikat juga dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak mengesahkan Zambry selaku MB yang sah,katanya.
Secara keseluruhannya, usaha melalui Mahkamah Rayuan ini hanyalah tindakan Umno/BN dalam menghalang Nizar bertemu Sultan Perak bagi membuka jalan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, katanya.
Sambil menyifatkan keputusan ini dipengaruhi dalang yang juga memprojekkan rampasan kuasa di Perak Februari lalu, Lih Kang menambah tindakan tidak demokratik ini akan hanya menambah benci rakyat kepada BN./wann_

Zambry kekal MB Perak

Oleh NORLIZAH ABASpengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 12 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir untuk menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Dengan keputusan itu, status quo Zambry sebagai Menteri Besar Perak kekal buat masa ini sehingga rayuannya terhadap perintah Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) semalam diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak.
Hakim Datuk Ramly Ali ketika memutuskan demikian turut memerintahkan agar tarikh awal ditetapkan bagi mendengar rayuan tersebut.
Hakim Ramly ketika membacakan penghakiman ringkasnya menyatakan, mahkamah menggunakan bidang kuasanya mengeluarkan perintah penggantungan tersebut berdasarkan kepada keunikan dan kepentingan situasi politik di Perak.
Beliau menyatakan, perkembangan di Perak bukan hanya melibatkan Zambry selaku Menteri Besar malah ia turut membabitkan keseluruhan perjalanan politik di negeri tersebut.
''Mahkamah menangguhkan perintah Mahkamah Tinggi itu setelah berpuas hati bahawa perkembangan kes ini amat penting dan unik. Rayuannya akan didengar pada tarikh awal,'' ujar Hakim Ramly.
Semalam, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membenarkan permohonan semakan kehakiman Mohammad Nizar, 52, agar mahkamah mengisytiharkan beliau masih Menteri Besar yang sah berdasarkan perlembagaan negeri itu kerana beliau yang bertindak menasihati sultan untuk membubarkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bagaimanapun, setelah hampir 18 jam keputusan Mahkamah Tinggi dikeluarkan, Zambry memfailkan permohonan rasmi di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan kira-kira pukul 9.30 pagi ini agar perintah itu digantung sementara menunggu rayuan selesai.
Tindakan itu dibuat berikutan keputusan Hakim Abdul Aziz semalam yang menolak permohonan lisan peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakilinya untuk menangguhkan perintah keputusan tersebut.
Permohonan itu ditolak setelah Abraham gagal mengemukakan nas undang-undang berkaitan penangguhan itu.
Selain permohonan penangguhan, Zambry hari ini turut memfailkan rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Notis rayuan itu difailkan melalui firma guaman, Tetuan Zul Rafique & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di ibu negara kira-kira pukul 9 pagi ini.
Dalam prosiding hari ini, peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Mohammad Nizar berhujah agar penangguhan perintah itu ditolak dan memohon mahkamah mengembalikan isu berbangkit ke Mahkamah Tinggi.
Beliau menyatakan, Hakim Mahkamah Tinggi sudah memberi laluan bahawa penangguhan boleh dibuat asalkan Zambry memfailkan permohonan secara bertulis di samping mengemukakan nas undang-undang yang berkaitan.
Sulaiman dalam hujahnya turut memohon agar satu tarikh awal ditetapkan untuk mendengar rayuan terhadap perintah tersebut bagi membolehkan ia diselesaikan segera.
''Jalan penyelesaian yang ada ialah menolak permohonan penangguhan atau mengembalikan ke Mahkamah Tinggi melainkan mahkamah berpendapat isu berbangkit sudah akademik kerana Zambry bukan lagi Menteri Besar Perak,'' ujar Sulaiman.
Menurut beliau lagi, Menteri Besar tidak boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) melainkan setelah mendapat perkenan Sultan Perak yang mana ia pernah ditolak pada kali pertama permohonan dibuat.
Kata Sulaiman, jika mahkamah menetapkan tarikh awal, kemungkinan Sultan Perak akan menangguhkan perkenan baginda (agar Dewan dibubarkan) dan menunggu sehingga keputusan dikeluarkan.
Peguam Datuk Cecil Abraham yang mewakili Zambry pula berhujah, perintah Mahkamah Tinggi itu perlu ditangguhkan segera bagi menyekat Mohammad Nizar memperoleh perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN.
Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah bagi kerajaan Malaysia berhujah agar isu itu diselesaikan ke peringkat Mahkamah Persekutuan secepat mungkin.
Beliau menyatakan, perkembangan politik di Perak memberi kesan kepada seluruh negara dan jika dilengah-lengahkan akan menimbulkan krisis yang berpanjangan.
Sementara itu di luar mahkamah, peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun bersama-sama Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi Barisan Nasional (BN) memberitahu, keputusan itu menandakan kejayaan awal BN yang diperoleh berlandaskan kepada lunas undang-undang.
Menurut Mohd. Hafarizam, penangguhan itu dengan sendirinya menjadikan perintah semalam digantung manakala status quo Zambry serta barisan Exconya kekal.

Monday, May 11, 2009

TAHNIAH KEPADA MAHKAMAH TINGGI KL...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

11 MEI

Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz agar PR bertenang dan tidak membuat kenyataan yang boleh menyakitkan hati lawan politik khasnya Dr Zambry. Bagi saya Dr. Zambry patut melakukan beberapa perkara di bawah:

1. Beristighfarlah sebanyak mungkin kerana dengan jelas tindakan sebelum ini adalah salah dari sudut undang-undang dan moral. Janganlah bermusuh dengan sdr kita yang baik, istiqamah spt Nizar dan carilah jalan yang dapat membina semula silaturahim antara sdr muslim.

2. Jelas sekali Dr. Zambry terperangkap dalam permainan politik Najib dan sangat memalukan. Jadi renungkanlah sedalam-dalamnya akan makna sebuah perjuangan dan persahabatan.

3. Janganlah terus melakukan perkara yang boleh merosakkan imej Melayu dan Islam. Sekalipun ada seribu macam strategi untuk mendapatkan semula jawatan tersebut yang paling berkuasa ialah rakyat Perak sendiri. Ajaklah teman-teman DUN untuk bersaing secara jantan dengan ikut serta dalam pilihanraya. Selagi belum kembali kepada rakyat maka Perak akan menjadi negeri paling huru hara di Malaysia akibat dari kegelojohan pemimpin dalam istana atau di luar istana.

Keputusan kes Nizar pulihkan institusi kehakiman
Lanjusoh
Mon | May 11, 09 | 5:04:47 pm MYT

KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

Beliau berharap kewibawaan institusi kehakiman yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kembali pulih semula.

"Saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Sebaik sahaja mendengar berita itu saya telah menunaikan sujud syukur," katanya dihubungi di sini, petang ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim petang tadi mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 5 Febuari lalu jawatan Nizar dirampas kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak yang diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir selepas tiga bekas Adun Pakatan Rakyat meninggalkan parti lama.

Mahkamah juga memutuskan Zambry dan enam anggota Exconya mengosongkan segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Pada penghakiman itu Abdul Aziz berkata, seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap dengan keputusan mahkamah tersebut akan menyelesaikan konflik yang berpanjangan di Perak sejak Febuari lalu.

Ditanya kemungkinan Dr Zambry akan memohon membubarkan Dun katanya, ia terpulang kepada pihak terbabit bagi menentukannya bagi memastikan politik di Perak kembali stabil.

"Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan dalam isu ini.

"Biarlah isu ini berakhir dalam suasana aman dan diterima semua pihak," katanya. - mj _

Hr9808: Kepada MB Nizar saya rasa ini adalah waktu paling tepat untuk merenung jauh akan amanah yang sekali lagi diberi oleh Allah. Tahniah dan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah!!! Jawatan akan datang dan pergi namun sebagai hamba Allah yang mulia dekatilah sdr-sdr kita khasbya Dr. Zambry yang telah tersesat jalan agar dapat kembali ke jalan yang benar!!! Pemimpin beginilah sebenarnya yang dicari oleh rakyat dan umat ini!!!

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak
Harakahdaily
Mon | May 11, 09 | 4:10:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Dato' Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.

Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.

Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.- tajdid _


Hr9808: Kenyataan Dr Zambry di bawah amat cool, bagusle tu tapi saya rasa amat kesian melihat seorang politisi yang begitu berpotensi diperbudak oleh Najib dan UMNO..

"Saya terima keputusan dengan hati terbuka" - Dr. Zambry

11/05/2009 6:26pm

IPOH 11 Mei - ``Saya terima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.'' Demikian kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagaimanapun berkata, beliau serta rakan-rakan lain dalam BN akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.

``Saya menyeru semua penyokong-penyokong BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan

TAHNIAH KEPADA MAHKAMAH TINGGI...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)


Thursday, May 7, 2009

DUNIA MENYAKSIKAN SIDANG DUN PERAK ...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

8 MAY
Walaupun jauh dari Ipoh tetapi perkembangan sidang DUN dapat diikuti oleh kami dari luar negeri. Di media Indonesia juga sempat melaporkan insiden musnahnya demokrasi di Perak dengan membekas hilangnya hormat dunia kepada UMNO BN sebagai peneraju politik di Malaysia sekarang.
Media UMNO BN cuba memutar belitkan fakta untuk tatapan penduduk kampung tetapi ianya berdampak terbalik. Rakyat makin yakin bahawa UMNO BN tidak akan mampu melaksanakan pemerintahan yang baik di Perak khasnya dan di Malaysia amnya.
Ini adalah petanda jelas bahawa PRU 13 rakyat akan terus menolak UMNO BN. UMNO BN sudah terlewat dan tergelincir dari laluan utama sehingga rakyat tidak merasa perlu lagi kepada mereka. Lebih ramai yang ditangkap oleh polis maka lebih banyaklah undi berpihak ke PR. Lebih lama kerajaan haram, Speaker Haram dan MB haram berada di Perak maka lebih besarlah penolakan rakyat kepada UMNO BN.
Hujah ini sangat simple kerana para Yb yang ada sekarang dari UMNO BN bukanlah sebenarnya mendapat mandat dari rakyat dan sebahagian besar menang pun amat tipis. Jadi kerajaan BN di Perak sekarang adalah kerajaan BONEKA NAJIB (BN). Krisis tidak akan berhenti bahkan makin parah dari hari ke hari maka Raja Nazrin punya idea untuk menjadikan Perak maju pada 2015 adalah gimik murahan semata-mata. Rakyat majoriti di Perak menolak UMNO BN maka apakah ada solusi yang terbaik dari bubar DUN dan adakan pilihanraya??? Saya rasa Raja Nazrin tentu lebih arif soal ini dan jika masih terus berpihak ke UMNO BN, maka idea yang baik sekali lagi saya katakan adalah pembaziran idea. Idea yang besar harus didokong oleh pemerintahan yang benar, bersih, jujur dan diterima rakyat keseluruhannya melalui pilihanraya yang adil.

Hr9808: Semoga lintas langsung ini menjadi catitan sejarah buat anak cucu kita nanti..

Lintas langsung daripada Adun Titi Serong!
Drs Khalil Idham Lim
Thu | May 07, 09 | 12:07:29 pm MYT

Berikut adalah laporan secara langsung yang dibawa oleh Adun Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Perak. Sila 'refresh' untuk laporan terkini.

4.10 petang: Setelah menghabiskan titah ucapan perasmian diraja, Raja Muda Nazrin bercakap dengan menggunakan pembesar suara dan katanya "beta hendak bersalam dengan semua ADUN".

Tuanku Raja Muda mendahului bersalam dengan ADUN PR didahului oleh DS. Nizar. sesudah itu bersalam dengan ADUN PR yang lain dan diikuti oleh ADUN BN.

Raja Muda perak sesudah itu meninggalkan Majlis, dengan diiringi oleh DS. Nizar yang difahamkan Dato Ngeh dipanggil mengadap di Kamar Raja.

Dan sidang Dun ditangguhkan pada jam 4.05 petang tadi.

3.21 petang:Semasa Raja Muda Perak, Raja Nazrin masuk kedewan ahli-ahli yang Berhormat Pakatan Berdiri dan Datuk Seri Nizar melaporkan kepada Raja Nazrin bahawa Speaker Sivakumar telah dibawa keluar dengan paksa.

Lalau Raja Nazrin memanggil Dato' Ngeh dan DS. Nizar untuk naik mengadap dan menyatakan sesuatu kepada Kedua mereka.

Apabila turun, DS. Nizar memohon kami untuk duduk dikerusi masing-masing untuk menghormati kehadiran Tuanku Raja Muda.

Sebelum Sidang bermula DS. Nizar merafak sembah meminta semua pasukan pengawal yangt beruniform dan tidak untuk keluar dari dewan. Lalu diisyaratkan oleh Raja Nazrin untuk keluar.

Sekarang ini Raja Nazrin sedang memberikan ucapan perasmian.

3.10 petang:Saya tidak dapat mengagak siapakah orangnya yang telah menceroboh masuk tanpa kebenaran bagi menjayakan usaha rampasan kuasa yang dilakukan BN pada hari ini, demikianlah malangnya sejarah yang dialami oleh rakyat Perak pada hari ini.

Ganesan apabila berada di kerusi Speaker sebentar tadi menggunakan kuasa haramnya untuk mengarahkan ADUN Teja dan Simpang Pulai untuk keluar dari dewan.

Anehnya Bentara dewan yang tidak mengikut arahan Speaker Sivakumar sejak pagi tadi cuba menjalankan tugasnya mengarahkan kedua ADUN PR itu keluar.

Namun arahan itu tidak di patuhi oleh 2 ADUN berkenaan.

2.40 petang: BN berjaya rampas kerusi speaker dengan bantuan samseng dan pihak polis.

Sejarah baru dilakar lagi dengan tindakan pihak keselamatan menceroboh masuk dan membantu BN untuk merampas kerusi speaker.

Speaker Haram, Ganesan mengendalikan sidang dengan meja speaker di kawal ketat oleh pasukan yang berpakaian kemas yang tidak dikenali siapa mereka.

2.30 petang: Pergelutan di meja Speaker oleh BN yang menggunakan samseng yang tidak dikenali, dan ada yang berpakaian seragam polis. Inilah keadaan yang berlaku sekarang, suasana semakin kecoh. Speaker diseret dari kerusinya dan dibawa keluar dewan.

2.05 petang:Sidang yang ditangguhkan sejak sejam yang lepas akan dimulakan bila-bila masa. Jangkaan seterusnya amat sukar untuk dipastikan setakat ini.

Menurut maklumat yang saya terima Raja Muda Perak masih berada di kamar Diraja untuk menerima isyarat bagi merasmikan sidang pada hari ini.

Kekecohan mengenai status 3 katak dan 7 ADUN yang digantung mewarnai perjalanan DUN Perak pada hari ini.

1.00 petang:Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.

Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi.

Kerana gangguan itu menyebabkan beliau menangguhkan lagi sidang selama satu jam.

12.50 tgh: Speaker berulang kali arah speaker haram keluar dewan.

Ganesan di kerusi ADUN dengan jubah Speaker haramnya.

Speaker sivakumar disabotaj kerana sejak tadi pembesar suaranya ditutup oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Selain itu dia berulang kali menghalau keluar tanpa pembesar suara, supaya Ganesan keluar dari dewan.

12.35 tgh: Ganesan cuba jalan tugasnya tetapi dihalang ADUN PR.

Keadaan kecoh ini hampir mencetuskan pergaduhan

Hee dikerumuni oleh ADUN-Adun PR dengan pelbagai macam-macam kata dalam bahasa yang saya faham.

Speaker haram cuba menjalankan tugasnya sebentar tadi tetapi dihalang oleh ADUN Pakatan Rakyat.

Hampir belaku pergaduhan antara sorang ADUN BN dan ADUN PR dalam pertikaman lidah tadi dan dewan kembali kecoh dan tidak menentu. Speaker masih dikerusinya.

Speaker mengarahkan Ganesan keluar dewan dengan kuasa yang ada padanya.

12.20 tgh:Sah sekarang ada 2 MB di Perak dan sebentar tadi menyaksikan ada 2 Speaker dan ada dua sidang yang paling ajaib, satunya di bawah pokok dan satu di bawah syiling.

Kelihatan semasa ini Speaker yang masih sah, V. Sivakumar sedang berada di kerusinya dan tidak berganjak sedikitpun dari tempat duduknya sejak pagi tadi.

Jam 12.20 tadi baru beliau memaklumkan kepada dewan bahawa sidang tidak akan dimulai jika mereka yang digantung tidak keluar dari dewan.

11.45 pagi:Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua.

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat bukan makin lemah ".

11.35 pagi:Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulai sidang sekiranya mereka yang digantung keluar dari dewan.

Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak.

Sekarang keadaan kembali tegang dan sesekejap sunyi kembali.

Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ?

11.15 pagi:Speaker umumkan semua usul telah ditolaknya di dalam kamar bertarikh 7 Mei dan sementara itu Zambry mengusulkan sidang ditangguh sejam dan diterima oleh sidang haram iaitu selama sejam sebagaimana yang diumumkan oleh Speaker haramnya.

Dewan menjadi senyap setelah sidang haram berakhir beberapa minit yang lepas.

11.10 pagi:Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri.

Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi.

Lucu, aneh, tapi benar...

11.00 pagi:Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker)

ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan.

ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.

Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat.

10.55 pagi: ADUN BN sedang berkerumun adun Jelapang dalam dewan semacan sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker.

Keadaan menarik itu disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir.

Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

10.40 pagi:ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakjyat.

Cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan.

Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir.

10.30 pagi: Sidang masih tidak dapat dimulai, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Sementara itu Speaker berulangkali keputusan mengantung dilakukan oleh JK Hak dan Kebebsan, itu bukan keputusan saya. saya tidak boleh ingkar kepada keputusan yang dibuat oleh JK yang dilantik dalam dewan ini.

Cubaan berulang kali BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUn PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digangtung oleh speaker.

10.20 pagi: Pangkor cuba mengemukakan usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, dan suasana dalam dewan semakin kecoh.

keadaan kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak adun masuk kedalan dewan setengah jam yang lepas.

Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula

10.10 pagi:Keadaan tegang dalam Dewan, suasana sangat kecoh, semua ADUN bangun. Sebentar tadi ADUN BN cuba mengemukakan usul Pecat SPeaker namun diumumkan oleh Speaker, Usul itu ditolak.

Sebentar tadi, Abdullah Antong Setiausaha Dewan yang digantung, dikerumuni oleh ADUN PR.Speaker juga mohon SUK tidak mencampuri urusan Speaker dalam Dewan.

10 orang masih belum keluar, Speaker mengatakan berulang kali Sidang tidak dimulai selagi 10 orang terbabit tidak keluar.

10.00 pagi: Penasihat Undang-undang diarahkan keluar.Ketetapan Speaker semasa masuk ke Dewan sebelum dewan bersidang ialah:

1. Minta orang yang tidak dijemput keluar dewan. Saya ada senarai di sini.

2. Tempat duduk ikut sebelum ini.

3. Saya tidak mahu 7 digantung berada dalam dewan sebab mereka digantung oleh jawatankuasa hak dan kebebasan, bukannya saya. kalau tidak keluar saya tidak mahu mulakan mesyuarat.

4. 3 orang yang meletak jawatan juga diarah keluar.

5. Saya mahu kesemua yang tersebut termasuk penasihat Undang-undang keluar dewan.

6. Saya tidak masuk siapa-siapa bercakap sebelum mereka keluar dewan. Saya buat keputusan dengan jawtaankuasa yang dilantik oleh dewan ini.

Mereka yang dihalau speaker belum keluar dewan, YB Tajol Rosli didapati bangun untuk mencelah tetapi tidak diizinkan oleh Speaker.

Menurut perintah Tetap 11 adalah sah dan itu hak saya, Umum Speaker.

Speaker masih mengulangi arahan supaya keluar Dewan

9.55 pagi: Apabila ADUN Lompat Jelapang ke Dewan, kebanyakan ADUN DAP menyoraknya dengan panggilan KATAN dengan suara yang kuat.

Hee duduk di bahagian tempat duduk ADUN BN.Kelihatan sama OSMAN dan JAMALUDDIN, ADUN lompat dari Behrang dan Changkat Jering.

9.45 pagi; Kami masuk ke Dewan dan mendapati tempat duduk telah berubah, kami mencabut semua tanda nama dan juga diikuti dengan ADUN BN yang tidak membantah.

Kedudukan kami sekarang sama seperti kedudukan semasa PR memerintah Perak. - idhamlim.blogspot.com_




DUNIA MENYAKSIKAN SIDANG DUN PERAK ...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

8 MAY
Walaupun jauh dari Ipoh tetapi perkembangan sidang DUN dapat diikuti oleh kami dari luar negeri. Di media Indonesia juga sempat melaporkan insiden musnahnya demokrasi di Perak dengan membekas hilangnya hormat dunia kepada UMNO BN sebagai peneraju politik di Malaysia sekarang. Media UMNO BN cuba memutar belitkan fakta untuk tatapan penduduk kampung

Thursday, March 5, 2009

KES POLITIK DI PERAK SUATU TEGURAN DAN PELAJARAN..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

6 MAC
HIkmah dari kes politik di Perak memberi impak luar biasa kepada semua:

1. Rakyat makin faham tentang perlembagaan, undang-undang, sikap pemimpin UMNO dan peranan Raja-raja Melayu. Walaupun ianya amat pahit tapi saya yakin dalam tempuh yang amat panjang rakyat sudah terdidik dan berani menyatakan sesuatu di depan siapa sahaja. Inilah proses kematangan politik buat rakyat Perak khasnya dan amnya rakyat Malaysia.

2. Pimpinan PR jangan lagi berharap yang terbaik dari musuh politik mereka kerana kesedaran bernegara dari pemimpin UMNO BN amat minima. Bukan suatu hal yang wajar kita mengajar mereka erti sebuah kesucian demokrasi selagi segala bentuk kepentingan dan amalan rasuah yang melekat pada tubuh badan mereka tidak dipaksa tanggal melalui jalur undang-undang. Contoh di Indonesia, setelah Suharto tumbang dan silih bergantinya pemimpin selepas itu tetapi amalan rasuah yang merosak citra negara masih terus menjadi agenda utama bagi sesiapa sahaja yang memimpin. Jauh sekali keadaannya di Malaysia kerana para penguasa nasionalis sesat kemaruk wang rakyat masih belum tumbang maka di sana sini ada sahaja orang mereka yang memegang kedudukan penting untuk memastikan amalan jahat itu terlaksana. Saya yakin pimpinan PR sedar hal ini dan telah pun mengambil langkah -langkah konkrit bagi membasmi masalah tersebut.

3. Raja-raja Melayu jangan bersikap anti rakyat kerana tanpa rakyat kuasa yang ada akan tercabut dengan sendirinya. Jadi semua saling memerlukan dengan adil dan saksama. Anti kepada teguran pedas dari rakyat telah dicatat dalam kisah Melayu kuno yang terkenal seperti Singapura dlanggar todak (dilihat dari segi nilai moralnya) yang akhirnya negeri dan rakyat dirugikan. Naungilah rakyat dengan cara yang terkini dan moden. Rakyat sekarang bukan seperti zaman Hang tuah atau Hang Jebat. Bahkan ramai di kalangan mereka yang cukup berkemampuan untuk dijadikan rujukan dalam masalah yang timbul sekarang. Cara lama akan mengundang sengsara dan semakin lama semakin merugikan semua.

4. Pimpinan UMNO harus menyedari bahawa populariti mereka sedang menurun dan jika tidak ada langkah konkrit UMNO akan menjadi parti nyamuk yang dipinggirkan oleh rakyat. Kesalahan terbesar yang mereka lakukan ialah pemaksaan fahaman nasionalis Melayu sehingga sanggup menindas rakyat yang tidak menyokong mereka. Ala demokrasi begini bukan sahaja sesat dari segi sosiopolitik semasa bahkan ianya bercanggah dengan Islam sebenar. Amat malang bagi pejuang UMNO yang masih mengakui Islam tetapi realitinya Islam hanya sebagai amalan ritual semata-mata dan kelihatannya semakin menjauh apabila golongan liberal dalam UMNO bersungguh-sungguh untuk memunculkan diri di barisan pimpinan. Golongan agamis terpinggir dan akhirnya hanyut bersama angan-angan materialis yang dijanjikan. Kemana perginya Ust Nakhai, Ust. Roslan Kasim, Ust. Hamid, Ust Firdaus dan ramai lagi..

Bahan di bawah patut dijadikan bahan renungan..


Sistem beraja kekal, pelaksanaan yang bermasalah - Prof Dr Aziz Bari
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 12:41:09 pm MYT

SHAH ALAM,5 Mac (Hrkh) - Tidak timbul soal membuang sistem beraja kerana apa yang menjadi perbincangan hari ini ialah cara kuasa-kuasa dan kedudukan raja digunakan di dalam sistem yang ada sekarang. Demikian antara kesimpulan forum mengenai 'Raja Berperlembagaan dan kemelut' di Shah Alam baru-baru ini.

Forum anjuran Ikatan Ilmuan Nasional (Ilmuan) itu disertai oleh dua orang panelis; Peguam Haji Sulaiman Abdullah dan Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Dipengerusikan oleh Prof. Madya Zainal Kidam dari UNISEL forum itu turut mengundang Dato' Kamilia Ibrahim, Naib Ketua Wanita Umno, yang bagaimanapun mengundur diri di saat-saat akhir. Seorang pensyarah UKM yang pada awalnya bersetuju untuk mengambil tempat Kamilia juga mengundurkan diri.

Dalam pembukaannya Abdul Aziz menghuraikan beberapa ciri penting perlembagaan-perlembagaan negeri yang sebenarnya merupakan sebahagian daripada perlembagaan negara. Katanya, di sembilan negeri yang mempunyai raja perlembagaan negeri dibahagikan kepada dua.

Aziz berkata konsep raja berperlembagaan telah bermula sejak Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Beliau menjelaskan meskipun konsep tersebut tidak di dalam bentuk yang ada sekarang Raja-raja sebenarnya dikekang oleh prinsip Islam yang menjadi tunjang kepada Kanun Melaka.

"Kita perlu membezakan apa yang ada dalam undang-undang yang di dalam konteks kanun itu ialah hukum syariah dengan cerita penglipur lara dan filem yang menggambarkan bahawa sultan mempunyai kuasa mutlak yang tiada batasnya. Sedangkan kita ada peribadi-peribadi seperti Sultan Alauddin Riayat Shah yang mempunyai keperibadian unggul yang malangnya tidak pernah dijadikan filem," katanya.

Hari ini, Aziz berkata, Raja-raja tidak mempunyai kuasa mutlak meskipun kuasa melantik menteri besar itu disebut sebagai budibicara.

"Apa yang mutlak ialah sebelum 1959 apabila menteri besar merupakan lantikan peribadi Raja-raja. Selepas itu pilihan raya umum diadakan dan sultan dikehendaki mematuhi prinsip demokrasi meskipun peruntukan yang berkenaan menyebut sebagai budibicara,"jelasnya.

Dalam hujahnya, Sulaiman Abdullah menjelaskan Raja-raja melalui zaman getir di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ketika itu, kata Sulaiman, Mahathir dianggap raja sebenar kerana tindakan-tindakannya.

Selain Raja-raja, katanya lagi, badan kehakiman juga turut menerima kesan yang negatif terutamanya apabila bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas dipecat pada 1988.

Sulaiman mencadangkan supaya sekurang-kurangnya ada dari kalangan Raja-raja yang mempunyai kelayakan iktisas dalam pengajian Islam.

"Ini kerana ada Raja-raja yang telah berjaya mendapat kelulusan dalam bidang lain seperti undang-undang dan oleh itu sangat wajar berdasarkan kepada kedudukan mereka sebagai ketua agama untuk Raja-raja mempunyai kelayakan yang sesuai dalam bidang agama," tegasnya.

Forum yang berlangsung lebih dua jam itu mengundang pelbagai soalan dari hadirin yang rata-rata menimbulkan banyak soalan tentang krisis politik di Perak.

Bagaimanapun di saat akhir forum seorang bekas komando menimbulkan sedikit kegelisahan apabila beliau membangkitkan apa yang beliau rasakan sebagai penghinaan kepada Raja-raja Melayu.

Tanggapan itu bagaimanapun disanggah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa forum itu sendiri membuat kesimpulan bahawa institusi beraja tetap kekal dan relevan dan apa yang dibincangkan ialah kesilapan dan kekurangan; sesuatu yang wajar dan sihat untuk diteruskan supaya institusi berkenaan sentiasa berada di landasan yang betul.- tmj/mks.


Wujudkan kerajaan Perak yang stabil melalui dewan
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 6:37:03 pm MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Krisis politik paling buruk di Perak memerlukan penyelesaian yang berpandukan kepada demokrasi dan kehendak rakyat. Dengan itu pertikaian dan perbahasan teknikal mengenai perlembagaan dan undang-undang tidak harus diperpanjang. Kita juga tidak memerlukan mahkamah untuk masuk campur.

Demikian ditegaskan oleh Dato Param Coomaraswamy, bekas Presiden Majlis Peguam yang juga pernah menjadi Jurulapor Sekretariat Kebebasan Kehakiman Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Krisis yang berlaku di Perak sekarang tidak akan berlaku sekiranya DYMM Sultan Perak berkenan membubarkan dewan pada 5 Februari lalu," ujarnya.

Dengan itu beliau merayu supaya sultan bertindak membubarkan dewan bagi memberikan rakyat peluang untuk menentukan siapa yang mereka mahu untuk membentuk kerajaan.

Param menegaskan kemelut di negeri itu tidak harus dibiarkan melarat menjadi padang jarak padang tekukur yang tidak berdasarkan kepada kedaulatan undang-undang.

"Ketika ini Perak tidak mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan diterima," keluhnya.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Dato Ambiga Sreenivasan turut menyeru supaya Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar rakyat dapat membuat pilihan. Tambahnya ada hal-hal tertentu yang tidak jelas di sisi undang-undang, termasuk Peraturan Dewan dan ia seharusnya diselesaikan dengan memberikan ruang untuk speaker membuat keputusan.

Ambiga turut menyatakan rasa tidak senang kepada keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh Rabu lalu yang tidak membenarkan Speaker S. Sivakumar menggunakan peguam yang dilantik, Tommy Thomas dan mengarahkannya menggunakan khidmat Penasihat Undang-undang Negeri yang telah pun mewakili Dato Dr Zambry Kadir.

Dalam pada itu Prof. Dr Abdul Aziz Bari juga menyuarakan sentiman yang sama. Katanya kemelut yang berlarutan sejak hujung Januari itu tidak akan melarat sehingga membabitkan Dun dan mahkamah sekiranya sultan berkenan membubarkan dewan sebagaimana yang dipohon oleh Dato Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Profesor undang-undang perlembagaan dari UIAM itu juga setuju dengan Param mengenai perlunya media berhenti melayan perbahasan teknikal undang-undang.

"Buat masa ini dengan tiba-tiba begitu ramai pakar muncul dan memberikan pelbagai tafsiran teknikal sehingga lupa masalah pokok yang asal, khususnya pemisahan kuasa, hak rakyat dan keadaan kritikal yang dihadapi sekarang," ujarnya.

Aziz berkata isu penting yang perlu ditangani sekarang ialah perlunya sebuah kerajaan yang stabil diwujudkan melalui dewan. Dalam rangka itu, jelasnya, peraturan tetap tidak harus dibaca begitu rigid sehingga menyebabkan usul undi percaya diketepikan.

Pendekatan yang rigid dan mengenepikan maksud asal perlembagaan itu juga meletakkan perkenan sultan sebagai syarat sedangkan ketika ini ia sedang digunakan untuk menghalang dewan bersidang.

Aziz juga bersetuju dengan Param tentang doktrin pengasingan kuasa.

"Mahkamah jelas tidak mengambil kira prinsip ini apabila ia mengeluarkan perintah terhadap dewan Rabu lalu. Ia jelas tidak memahami kedudukan dan autonomi dewan dalam kerangka perlembagaan," katanya.- tmj _

Rakyat Perak sokong Majlis Peguam bubar Dun
Salmah Mat Husain | Foto Rizal Tahir
Thu | Mar 05, 09 | 4:53:43 pm MYT

KOTA BHARU, 5 Mac (Hrkh) - Mengambil kira pergolakan politik yang tiada penghujungnya, rakyat Perak kini berani meluahkan perasaan dengan mendesak supaya pilihan raya kecil diadakan di negeri tersebut.

Kata mereka masalah menjadi semakin kronik dan tidak mampu lagi diselesaikan melalui mekanisma yang ada sekarang kerana kedua-dua pihak mempunyai pendirian yang berbeza.

Seorang wanita India Muslim dari Ipoh, �yang mahu dikenali sebagai Fatimah berkata, hanya pilihan raya kecil sahaja yang mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku di Perak sekarang.

Kata beliau selagi pihak yang ada kuasa enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) atau diadakan pilihan raya kecil di tiga Dun yang mana wakil rakyatnya melompat Febuari lalu, konflik di Perak tidak akan selesai.

"Kita akan lihat hari-hari ada laporan polis dibuat. Sedangkan polis mempunyai banyak tugas lain terutamanya kes jenayah yang semakin meningkat sekarang. Image

"Sekiranya pilihan raya diadakan di Dun Behrang, Jelapang dan Changkat Jering masalah yang berlaku sekarang selesai.

"Itu mungkin pilihan yang lebih baik berbanding dengan pilihan raya di kesemua Dun di Perak kerana ia tentunya melibatkan kos lebih tinggi," katanya ketika ditemui semasa berkunjung bersama rombongan India Muslim Ipoh ke sini, hari ini.

Semalam Majlis Peguam Malaysia mengsyorkan supaya dibubarkan Dun di Perak bagi menyelesaikan krisis politik negeri terbabit yang berlarutan lebih sebulan.

Presidennya, Dato' Ambiga Sreenevasan dilaporkan berkata, situasi yang berlaku di Perak sekarang memerlukan penyelesaian secara konklusif dengan mengadakan pilihan raya baru.

Seorang rakannya juga dari Ipoh Aishah Abdul Kadir, 55 berkata, cara kerajaan baru dibentuk di Perak tidak diterima rakyat kerana bercanggah dengan amalan demokrasi.

"Saya percaya kerajaan seperti itu tidak akan bertahan lama, mungkin tiga Adun yang melompat sebelum ini akan berhijrah semula, dan selepas itu kerajaan Pakatan Rakyat pula mentadbir Perak.

"Selagi tidak diadakan pilihan raya, ramai percaya isu yang berlaku di Perak sukar diselesaikan. Ini kerana undang-undang yang sama ditafsir secara berbeza-beza," katanya.

Beliau juga mendedahkan orang ramai di Ipoh menjadi 'sesak nafas' menonton televisyen sekarang kerana semakin membelakangkan demokrasi dan berlagak seperti hakim.

ImageKata beliau orang ramai terutamanya yang bekerja lebih seronok melayari internet dan SMS bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan cepat.

"Biar pun saya tidak baca Harakah sebelum ini namun perkembangan sebenar yang berlaku kami tahu. Saya juga bimbang institusi yang dihormati sebelum ini turut tercemar dengan isu yang berlaku sekarang," ujarnya.

Sementara itu, anggota jawatankuasa Persatuan India Muslim�Kelantan, Musa Amin berkata, ramai rakannya di Perak kecewa dengan pemimpin utama Umno yang tidak sabar untuk mendapatkan kuasa di Perak.

Kata beliau sebelum ini rakyat Perak tidak mengenali secara dekat peribadi bakal perdana menteri, Dato' Seri Najib Razak kecuali selepas meletus isu Altantuya.

Bagaimanapun sekarang kata beliau rakyat Perak semakin mengenali Timbalan Perdana Menteri sebagai orang yang bertanggungjawab membentuk kerajaan BN secara kudeta dan bukan demokrasi.

"Rakan-rakan di Ipoh yang sebelum ini pernah menyokong Umno dan MIC sekarang sudah beralih sokongan. Malah mereka tidak sabar lagi untuk menghukum Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya akan datang," katanya.

Sebelum itu Musa yang juga anggota Majlis, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam menyampaikan taklimat mengenai perkembangan pembangunan Kelantan dan perkembangan politik semasa kepada rombongan dari Ipoh tersebut.

Musa juga menyelar tindakan Pemuda Umno yang bertindak seperti gengstar dengan menyerang Pengerusi DAP, Karpal Singh di parlimen baru-baru ini.

Kata beliau tindakan tersebut jelas tidak bertamadun dan menambah lagi kebencian rakyat terhadap Umno dan BN.

"Kami masyarakat India Kelantan amat tidak berpuas hati dan kecewa terhadap tindakan itu, Karpal orang tua dan OKU lagi. Kami tidak boleh menerima tindakan seperti itu," ujarnya.

ImageBeliau juga berpendapat tindakan pemuda Umno menyerang Karpal tidak lebih sebagai usaha mengalih perhatian rakyat daripada masalah dalaman Umno menjelang perhimpunan agung parti itu, 24 Mac ini.

Menurutnya selepas gagal menyelesaikan kudeta di Perak, Umno cuba mencari modal lain kononnya untuk menarik simpati rakyat, tetapi keadaan sebaliknya pula berlaku.

"Mereka begitu takut kalau mendengar rakyat mendesak supaya diadakan pilihan raya kecil di Perak kerana orang ramai tahu perkara sebenar yang berlaku.

"Biar pun kerajaan menggunakan televisyen dan akhbar bagi mempengaruhi rakyat namun pemimpin Umno lupa perkembangan ICT sekarang rakyat tidak mudah diperbodohkan," katanya. - mj _

Prof Dr Aziz Bari akui "Sidang Tergempar Dun Perak" sah di sisi Perlembagaan
Tarmizi Mohd Jam
Thu | Mar 05, 09 | 10:05:02 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh)- Sidang tergempar Dun Perak yang terpaksa diadakan di bawah pokok kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridhwan, 3 Mac lalu adalah sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada Speaker untuk menetapkan tempat dan lain-lain perkara berkaitan.

Menurut pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang 'Tragedi Hitam Demokrasi' di Perak itu, pihak polis awal-awal lagi sudah melanggar Perlembagaan apabila menerima arahan dan perintah dari Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan bukan dari Speaker yang menjadi kuasa tertinggi dalam dewan.

"Apa yang berlaku sah dan tidak menyalahi undang-undang kerana perlembagaan dan arahan tetap dewan menyerahkan kepada speaker untuk menetapkan tempat bersidang," tegas beliau ketika dihubungi.

Dua usul yang diluluskan oleh dewan diperakui sah dan perlu dilaksanakan. Malah Menteri Besar, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamalauddin boleh mengadap Tuanku Sultan dan persembahkan usul dewan untuk tindakan seterusnya.

Aziz berkata, mahkamah tidak ada kuasa untuk mengeluarkan injunksi kepada dewan. Beliau kesal, pihak pentadbiran negeri (SUK), polis dan lain-lain pihak terpaksa menyekat dan menutup dewan dari digunakan untuk sidang tergempar Dun.

"Mereka (BN) tidak ada pilihan lain," ujar pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu.

Aziz mempersoalkan sejak bila seorang setiausaha dewan (Abdullah Antong) diberi kuasa mentafsirkan peraturan tetap dewan sedangkan setiausaha hanya kakitangan biasa yang bekerja di bawah arahan Speaker.

Polis juga, tegas beliau boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code) kerana menghalang dewan bersidang dan perkara ini telah disebut oleh Speaker, V Sivakumar.

Mengimbas apa yang terjadi pada pagi 3 Mac lalu, insiden di Perak itu cukup menyedihkan kerana ini membuktikan bagaimana institusi rakyat seperti pentadbiran awam termasuk polis yang sepatutnya bersikap neutral dan tidak memihak serta menjunjung perlembagaan, rela dijadikan 'kuda tunggangan' oleh pihak tertentu, kata Aziz.

"Demokrasi tidak akan makmur tanpa kerjasama insititusi itu. Anehnya Zambry tidak mengaku mengeluarkan arahan menutup bangunan sekretariat. Begitu juga dengan Dato' SS. Jadi, bagaimanapun OCPD terus tidak membenarkan ahli dewan masuk?" soal Aziz kehairanan.

Dari satu sudut, ini telah menimbulkan persoalan, "Apa asas pihak polis untuk tidak membenarkan 28 Adun Pakatan Rakyat masuk ke Dewan? Takkan mereka (polis) tak kenal Speaker? Takkan Adun-Adun Pakatan ini dianggap pengganas dan penjenayah? Ini perlu dijawab oleh pihak polis."

Tegas Aziz lagi, insiden di Perak itu gagal menyuburkan proses demokrasi kerana institusi awam seperti polis tidak memainkan peranan dengan betul.

IKLAN: Ulasan lanjut Profesor Dr Aziz Bari berkenaan isu ini boleh dibaca pada Harakah Bil 1420 (Edisi Jumaat) bertarikh 6 - 8 Mac yang kini berada dipasaran. Dapatkan di kedai-kedai akhbar berhampiran!-tmj_

Media BN...

Permohonan semakan Nizar dirujuk ke Mahkamah Persekutuan

06/03/2009 9:58am

KUALA LUMPUR 6 Mac – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan untuk merujuk ke Mahkamah Persekutuan permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap kesahihan pelantikan Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baru. - Utusan

HR9808: Beginilah style UMNO BN..??? Jadi rakyat nak berharap apa dari sebuah mahkamah di bawah kerajaan BN?? Berbelit-belit bila dah tak ada jalan...bagi lambatkan lagi kes..alahai. Kita sebagai rakyat teruskan berdoa.." Ya Allah, ampunkanlah kami dan menangkanlah kami!! Musnahkanlah perancangan jahat mereka!!

Nizar's case referred to Federal Court (updated)

By M. MAGESWARI

KUALA LUMPUR: The High Court today referred to the Federal Court a bid by former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin to challenge the legitimacy of his successor’s appointment.

Justice Lau Bee Lan ruled that there are matters for interpretation of Article 16(6) of the Perak Constitution that states:

If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.”

The judge stayed the leave proceedings for judicial review pending the determination by the Federal Court over constitutional issues.

On Feb 25, Judicial Commissioner Mohamad Ariff Md Yusof had recused himself from hearing the suit because prior to his appointment as judicial commissioner, he had represented PAS, PKR and even the Barisan Nasional.

Nizar had filed the suit on Feb 13, challenging the legitimacy of the appointment of Datuk Dr Zambry Abd Kadir as Perak mentri besar.

Only Nizar turns up for PAC inquiry

IPOH: The Perak Public Accounts Committee (PAC) was forced to call for another inquiry after four of the five people summoned by it failed to turn up.

Only former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin appeared for the inquiry at the state secretariat.

Absent yesterday were Mentri Besar Datuk Dr Zambry Abd Kadir, state legal adviser Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, State Secretary Datuk Dr Abdul Rahman Hashim and state financial officer Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad.

Jamalludin had informed committee chairman Wong Kah Woh of his absence earlier this week but Ahmad Kamal and Dr Abdul Rahman submitted letters to the committee minutes before inquiry started.

Wong told reporters that the PAC would sit again next Friday at 3pm.

He said the committee might be forced to dispose the matter and submit a report to the state assembly if Dr Zambry did not attend the next inquiry.

On Sunday, it was reported that the PAC would hold the inquiry to determine which mentri besar and their executive councillors should receive salaries and allowances.

In a statement, Dr Zambry said he did not attend the inquiry because Wong, as PAC chairman, had complained about him to the Rights and Privileges Committee.

HR9808: Zambry tak datang kenapa? Apakah ada kekeliruan atau tidak berani menerima hakikat bahawa MB kedua tidak sah?? Lucu tapi benar..Tak Benar tapi tak ngaku salah, inilah UMNO kini dan selamanya..Kesian tapi geram..!!

Tuesday, March 3, 2009

PERAK dan MALAYSIA TERUS MENJADI PERHATIAN DUNIA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4 MAC

Dunia terpegun memerhati sebuah negeri yang secara geografinya berada di tengah Malaysia dan keluasannya no 2 terbesar di Malaysia Barat bukan kerana sejarah bijih timahnya tetapi kerana perbuatan khianat dari pemimpin-pemimpin celaka UMNO BN sejak bulan Febr lalu. Rakyat Perak yang berada di luar negara khasnya turut memberi respons yang luar biasa atas perkembangan politik di Perak. Sebelum ini sebahagian besar rakyat yang berada di luar negeri tidak terlalu peduli tetapi sekarang berbeza. Alhamdulillah dari sudut yang lain rakyat semakin terbuka fikiran tentang betapa korup dan celakanya pemimpin UMNO di Malaysia khususan Najib. Sebelum ini sebahagian rakyat biasa mendengar kebejatan politik UMNO tetapi tidaklah separah di Perak sekarang. Mereka (pemimpin UMNO diketuai Najib) berlagak bagaikan perompak bank yang tidak langsung memperduli keselamatan dan jaminan keselamatan amanah rakyat. Yang penting mereka rampas apa sahaja yang ada dari bank tersebut. Yang menentang niat ini, akan ditembak tanpa belas kasihan sekalipun itu adalah rakyat terpilih yang dipilih rakyat untuk menjaga amanah negeri ini. Gambaran hina dari rakyat buat pemimpin UMNO seperti Najib tidak berbekas dihatinya kerana bom c4 sahaja boleh digunakan demi sebuah kepuasan kuasa. Namun secara jangkapanjang, UMNO jelas kelihatan sudah seperti hidup bernyawa ikan. Tercungap-cungap mencari isu apa yang dapat menyelamatkan survival politik mereka. Tidak mustahil, parti gergasi ini akan tersungkur dan tenggelam bersama harta karun hasil rasuahnya ke perut bumi dan mereka kemudian akan bermunculan dengan parti-parti kecil yang hilang wibawa. Jika para pemimpinnya masih berlagak terus seperti perompak dalam beberapa kes di mahkamah khasnya tentang kondisi di Perak maka sekali lagi rakyat akan terus melupakan parti ini buat selamanya sehingga muncul kembali pemimpin sebenar. Inilah sebahagian kecil dari kesan laungan reformasi yang dialunkan oleh rakyat kecil puluhan tahun lalu!! masa itu laungan ini diperlekehkan oleh pemimpin UMNO masa itu."alahai pembangkang nak buat apa..setakat melaung aje..?" Ayuhai teman..lihatlah dengan mata kamu, dengarkanlah dengan telinga kamu dan rasakanlah dengan hati kamu..laungan kecil berubah menjadi halilintar yang boleh meruntuhkan gunung kuasa UMNO yang berpuaka..

HR9808: Pandnagan sdr Rashidi di bawah patut diambilkira oleh semua khasnya pimpinan PR>>>

Salah catur BN di Perak
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Mar 04, 09 | 9:14:18 am MYT

APAKAH Barisan Nasional menyangka mereka akan mendapat laluan mudah untuk memerintah negeri Perak, selepas mendapat 'perkenan' istana?

Apakah BN menjangkakan dengan menabur strategi 3R (Race, Religion & Royalty - Kaum, Agama dan Raja), mereka dapat menarik sokongan rakyat kepada mereka?

BN tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Perak. BN hanya memperolehi kerajaan dengan dengan 'rampasan' yang dipaksakan kepada rakyat Perak!

Timbulnya krisis perlembagaan dan pelanggaran demokrasi, ialah kerana BN menubuhkan kerajaan secara 'haram' dan bercanggah dengan kehendak rakyat, kerana kerajaan pilihan rakyat yang sebenar adalah dari Pakatan Rakyat.

Setelah merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, BN menggunakan strategi yang bahaya iaitu cuba menyemai bibit-bibit pertelagahan yang serius di kalangan rakyat.

Isu-isu perkauman, agama dan Raja adalah senjata membahaya mainan politik kotor BN, untuk 'menangguk di air yang keruh' bagi menjustifikasikan kerajaan haram mereka.

BN sentiasa cuba memainkan politik yang sensitif bagi mencetuskan polemik di kalangan orang-orang Melayu dengan bukan Melayu, orang Islam dengan bukan Islam dan melagakan Pakatan Rakyat dengan istana.

Taktik pecah dan perintah ini merupakan senjata ampuh BN, yang buat sekian lamanya berkuasa dengan cara mengeksplotasi sentimen dan kelemahan rakyat.

Sememangnya bagi rakyat, sukar hendak diterima jika ketuanan orang-orang Melayu dicabar kaum lain. Umat Islam juga akan menentang keras sebarang percubaan untuk menghina agamanya, manakala rakyat akan turut terpengaruh dengan sentimen anti Raja yang cuba dilabel oleh BN kepada individu tertentu.

Itu memang kerja jahat Umno-BN. Buat apa Pakatan Rakyat dengan menyahut cabaran mereka. Tetapi malangnya, cabaran BN ini disambut oleh DAP, khususnya Karpal Singh.

Penulis tidak salahkan Karpal seratus peratus. Beliau mungkin bertindak sendirian, kerana melihat kes di Perak, pada sudut undang-undang yang disifatkan sebagai tragedi yang membunuh demokrasi, bukan dari sudut politik.

Sahutan beliau kepada cabaran Umno-BN nampaknya ditambah eksploitasi dengan perbagai serangan yang boleh memalit persepsi yang lebih buruk.

Sebagai suatu teguran ikhlas, penulis mencadangkan, pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, sama ada daripada PAS, KeADILan, khususnya DAP, tidak sepatutnya terjebak dalam perangkap perkauman, persengketaan agama dan usaha melagakan dengan istana yang cuba diracun BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat seharusnya lebih matang dalam menangani krisis ini. Tanganinya secara berhemah dan jangan sesekali celupar mulut sebagaimana pemimpin dan wakil rakyat BN.

Memang kita amat geram dengan tipu helah, caci maki dan tohmahan BN. Namun kita masih ada ruang untuk memberikan tekanan kepada mereka, mengikut segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang.

Walaupun kita tahu polis, SPRM dan boleh memihak kepada BN, tetapi di pihak kita, kita ada rakyat. Mari kita tentukan sama ada kuasa orang politik yang menggunakan jentera kerajaan, media, wang dan sebagainya, mana yang lebih berkuasa daripada kuasa rakyat.

Sekarang ini pun 'kerajaan negeri' pimpinan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, berjalan tanpa haluan atau lost direction. Jentera kerajaan negeri terbantut, pegawai-pegawai kerajaan keliru, kontraktor tidak mahu membuat projek kerana takut tidak dapat bayaran dan pelbagai masalah timbul.

Semua peruntukan tidak boleh diguna atau ditambah tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri. Kerajaan negeri tidak boleh berfungsi kerana Menteri Besar dan anggota Exco digantung daripada menghadiri sidang Dun.

Segala perancangan dan perbelanjaan kerajaan akan terbantut kerana status kerajaan negeri terumbang ambing.

Jika dapat dibuktikan secara undang-undang bahawa kerajaan Nizar adalah sah, maka segala arahan, perbelanjaan dan projek yang dibuat Zambry boleh dipertikaikan.

Zambry, anggota Exconya, setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang negeri, pegawai kewangan dan beberapa penjawat lain boleh disabitkan dengan kes salahguna kuasa dan subahat.

Malahan ke mana sahaja Zambry pergi beliau terpaksa berulangkali menyebut beliau adalah MB yang sah? Jelas, Zambry sedang dalam keadaan fobia. Fobia kerana rakyat tidak mahu menerima beliau.

Ke mana sahaja Zambry pergi, sama ada di masjid atau di tempat awam, beliau tidak diraikan. Bagi orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, Nizar adalah MB mereka yang sebenar.

Sampai bila-bila pun Zambry tidak akan dapat mengatasi populariti Nizar dan tidak akan dapat menghapuskan persepsi buruk rakyat kepada beliau, walaupun beliau sebenarnya, bukan punca kepada segala krisis yang tercetus.

Jelasnya, Perak kini berada di persimpangan. Negeri kucar-kacir dan tidak ketahuan lantaran krisis demokrasi dan pelanggaran perlembagaan.

Sebenarnya majoriti rakyat amat tidak menyenangi kewujudan krisis sebegini. Krisis ini timbul akibat kerakusan kuasa BN. Rata-rata rakyat Perak berpendapat cara yang terbaik untuk dikembalikan demokrasi, ketelusan dan integriti ialah dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Apa pun, akhirnya terpulang kepada Sultan Perak, kepada siapakah yang hendak diperkenan, Nizar atau Zambry? Mudah-mudahan baginda tidak membiarkan krisis ini berpanjangan._

Najib, bekas SU Dun Perak hina perlembagaan
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Mar 04, 09 | 9:17:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara.

Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Sejak merdeka sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan adalah tunjang kepada pemerintahan, yang mana Dun atau Parlimen mempunyai kedudukan, sementara raja mempunyai peranannya, kata beliau.

Justeru kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan, katanya.

"Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Tumpat.

Ujar Kamarudin, secara jelas tindakan Speaker Dun Perak memanggil sidang tergempar adalah sah mengikut pandangan peguam kanan Tommy Thomas.

Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, katanya.

Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,

"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya. - azm _

BN guna '3R' sebagai talian hayat
Zaili Muhammad
Wed | Mar 04, 09 | 10:14:21 am MYT

MELAKA, 4 Mac (Hrkh) - Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan '3R' iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan) untuk mengekalkan kuasanya.

"Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.

"Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid lalu Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu," kata Khalid.

Mengenai sentimen agama (religion) pula katanya, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihan Raya dan begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.

"Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Pakatan Rakyat khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar (MB) dari kalangan BN," tambahnya.

Malah menurut Khalid, BN yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu.

"BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun, ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan serta keadilan tiada lagi," ujar Khalid. _

HR9808: Kenyataan di bawah ..adalah bukti yang UMNO sedang tenat kerana masalah dalaman mereka yang amat serius sehingga perpecahan dalaman mereka tidak dapat ditampung lagi..Mungkin inilah salah satu dari indikasinya bahawa ,,Kapal UMNO yan besar tapi bocor di sana sini akan tenggelam bagaikan tenggelamnya "Titanic.." Pasti ramai yang akan selamatkan diri bila ianya pecah maka sayugialah pihak PR mempersiapkan kapal yang lebih besar, kuat, kukuh, canggih, hebat bergaya bagi menarik semua anak-anak kapal UMNO yang terkapai-kapai untuk diselamatkan.. Ini bukan ilusi tapi realiti..


"Saya tidak kisah dibuang parti...banyak lagi pembangkang yang tunggu"
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Mar 04, 09 | 9:24:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan agar bertindak segera menyiasat semua aduan rasuah dalam Umno sebelum pemilihan parti itu 24 Mac ini.

Demikian amaran yang dilaungkan anak bekas Menteri Besar Selangor Dato' Harun Idris; Dato' Mazlan Harun dan perwakilan Umno Muar, Dato' Kadar Sulaiman ketika mengadakan sidang medianya di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Kami sayangkan Umno, sebab itu kami mahu pemilihan ini ditangguhkan selagi semua laporan salah laku rasuah tidak disiasat dan diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Malah mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

Sebelum ini dua individu tersebut pernah melaporkan dakwaan salah laku rasuah yang kononnya dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Namun kata Mazlan, semua laporan yang dibuat pada 4 September lalu tidak pun disiasat malah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa siasatan rasuah dalam Umno ditutup.

Pengumuman ini nyata mengecewakan beliau dan ramai lagi pemimpin serta ahli di peringkat bawahan, katanya.

"Saya serta Datuk Mazlan Harun akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Paling mengecewakan Mazlan ialah bagaimana Abdullah yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan laporan yang dibuat bersama Kadar tidak pun disiasat.

Mazlan melihat, pemimpin Umno hari ini tidak mempunyai 'political will' untuk membuat perubahan yang sebenarnya diharapkan rakyat.

Ia termasuk menghapuskan amalan korupsi dalam Umno yang mutakhir ini menghancurkan kepercayaan rakyat kepada parti itu selama ini, katanya.

Sebaliknya pemimpin Umno termasuk di kalangan menteri hanya mementingkan projek dan kedudukan mereka tanpa mahu menegur ataupun mengkritik kepimpinan yang lemah, ujarnya.

"Masakan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh katakan Umno kini parti yang korup, ini satu kenyataan yang patut dipandang serius oleh pimpinan," katanya.

Mengulas mengenai sebarang kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan berikutan kenyataan keras dan hasrat mahu membuat injunksi, Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan lagi. - azm _





SIDANG DUN PERAK DI BAWAH POKOK ADALAH SEJARAH HITAM DI BAWAH KEKUASAAN UMNO BN DI MALAYSIA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

3 MAC..

Rasa kesal dan geram tidak tertahankan bila mendengar 28 YB PR dihina oleh malaun UMNO sehingga mereka terpaksa mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Mungkin bagi pemimpin UMNO BN menganggap ini suatu guraun dungu yang sering mereka lakukan terhadap rakyat di negara ini. Tapi tanpa sedar peristiwa hari ini adalah sejarah hitam kepada sistem demokrasi di Malaysia yang telah pun ditonton oleh seluruh dunia. Pak Lah tanpa malu ke Jakarta bercerita soal ekonomi negara-negara Islam dan beberapa kerjasama dimaterai tapi di waktu yang sama apa yang terjadi di Perak sebenarnya sudah cukup memusnahkan kredibiliti pemimpin Malaysia di mata dunia. Dunia sebenarnya tidak perlukan pandangan dari pemimpin Malaysia terutama Najib yang sanggup melakukan diskriminasi politik paling parah di Perak. Dengan style muka tak memalu..kome jenguk ke negara orang dan bercerita soal demokrasi dan sistem demokrasi??

Sejarah kebiadapan UMNO terhadap rakyat pasti akan tercatat kukuh dalam jiwa rakyat. Maka sekali lagi rakyat akan berkata.."selamat tinggal UMNO..!! kami tidak perlukan kamu lagi..."


Sidang tergempar DUN di bawah pokok, Nizar mendapat undi percaya
Harakahdaily
Tue | Mar 03, 09 | 10:32:01 am MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Sidang tergempar DUN telah diadakan di bawah sepohon pokok berdekatan tempat letak kereta di depan Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah kesemua wakil rakyat Pakatan Rakyat dan Speaker tidak dibenarkan masuk pagi tadi

Sidang itu dikendalikan dan dipengerusikan sendiri oleh Speaker DUN V Sivakumar dan meminta orang ramai yang hadir meyaksikan 'acara penuh sejarah' itu agar tidak menepuk tangan ataupun memberi sorakan. Siva meminta mereka yang dianggarkan kira-kira 300 orang supaya menghormati sidang DUN itu.

Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

Pintu masuk ke bangunan tersebut ditutup dan dikawal oleh kira-kira 100 anggota polis, yang turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke situ.

Kira-kira jam 10.20 pagi usul pertama yang dibentangkan bahawa menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah diluluskan dengan sebulat suara. - azm _

Sidang Tergempar: Nizar akan bertemu Sultan

Johari Jaafar
Tue | Mar 03, 09 | 12:37:27 pm MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato Ir Mohamad Nizar Jamaluddin memberitahu akan bertemu dengan Sultan Perak dalam masa terdekat mengenai keputusan sidang tergempar yang mengesyorkan baginda membubarkan DUN.

Sidang DUN Tergempar yang terpaksa dibuat di bawah pokok kira kira 100 meter dari pintu masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan setelah Speaker Dewan, V. Sivakumar bersama Adun Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke bangunan tersebut oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

Sidang dewan tergempar berjalan dengan lancar bermula jam 10.15 pagi tadi dan telah menjalankan mesyuarat ke empat penggal pertama serta meluluskan dua usul.

Usul pertama dibawa oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim, menyokong mengesyorkan pada dewan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah dan telah diluluskan oleh dewan dengan kesemua Adun Pakatan Rakyat menyokongnya.

Usul kedua dari ADun Teja Chan Lih Kang iaitu mengesyorkan pada dewan usul mengesyorkan pada Tuanku Sultan memperkenankan Dewan Undangan Negeri dibubarkan dan usul berkenaan telah disokong swebulan suara.

Sidang tersebut dihadiri oleh semua 28 ADUN PR termasuk YAB MB dan speaker sendiri.

Ustaz Misbahul Munir yang dilantik sebagai Setiausaha Dewan telah mengendalikan sidang tergempar dengan baik.

Sementara itu Adun Sitiawan, Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan menggantung Dato' Zambry Kadir dan enam exconya. Usul diterima sebulat suara.

Adun Pasir Panjang, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin telah mengusulkan dewan ditangguh jam 10.32 pagi pagi tadi. - azm _

Polis kawal bangunan SUK, DUN ditutup

Harakahdaily
Tue | Mar 03, 09 | 9:17:51 am MYT

IPOH, 3 Mac (Hrkh) - Pagi ini dinantikan oleh semua pihak sama ada Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) berjaya diadakan lantaran halangan yang dilakukan oleh pihak polis di Bangunan Perak Darul Ridzuan atas arahan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

Dilaporkan sidang tergempar dijadual pukul 10 pagi manakala satu kes saman ke atas Speaker DUN, V. Sivakumar yang difailkan petang semalam akan didengar di Mahkamah Tinggi pukul 9.00 pagi ini.

Difahamkan Ketua Polis negeri memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di kawasan bangunan tersebut dan hanya membenarkan pekerja- pekerja pejabat SUK dan orang-orang yang mendapat kelulusan sahaja di benarkan masuk.

Beberapa trak polis pencegah rusuhan telah ditempatkan berdekatan bangunan tersebut dan sekatan polis diadakan di jalan menuju kompleks pentadbiran tersebut.

Dalam pada itu bekas exco kanan Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata semua 28 wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Speaker akan ke bangunan tersebut walaupun terdapat halangan dan larangan yang dikeluarkan.

Dalam satu notis yang dikeluarkan Bahagian Khidmat Pengurusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bahawa hari ini, pintu utama Bagunan Perak Darul Ridzuan di Jalan Panglima Bukit Gantang akan ditutup.

Manakala semua temujanji yang diadakan di premis bangunan ini hendaklah dibatalkan, menurut notis tersebut.- azm _

Apa kata media dari kerajaan haram BN...

HR9808: Esuk kita akan dengar para pemimpin Yang Celaka memberi komen seirama. Rakyat akan muntah berak istilah di Indonesia (MUntahber) sebab dah meluat sangat dengan style mereka para YC...

Sidang tergempar DUN Perak tidak bertamadun - Azalina

03/03/2009 4:41pm

KUALA LUMPUR 3 Mac - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini berkata tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar dan 27 anggota dewan yang terdiri daripada DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.

“Ia juga merupakan satu penghinaan kepada Sultan Perak (Sultan Azlan Shah).

Apa yang pembangkang buat ialah melaksanakan undang-undang rimba ,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama

Mahkamah lulus injunksi halang Sivakumar adakan sidang DUN

03/03/2009 5:30pm

IPOH 3 Mac - Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim hari ini meluluskan permohonan injunksi Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco kerajaan negeri bagi menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar mengadakan sebarang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN). - Bernama

Dewan bersidang di bawah pokok

03/03/2009 12:48pm

IPOH 3 Mac – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak diadakan di bawah pokok dengan disaksikan kira-kira 300 orang awam termasuk penyokong pembangkang dan pihak media.

Dewan meluluskan tiga usul.

Usul pertama dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja beri sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

Sementara usul kedua meminta Sultan Perak membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Usul ketiga dikemukakan oleh bekas anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham meminta Dewan mengesahkan penggantungan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco lain. - Utusan

sultan azlan zambry abdul kadir nizar jamaluddin perak state govt crisis 030309Nizar akan menghadap Tuanku

03/03/2009 12:49pm

IPOH 3 Mac – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau akan menghadapkan Tuanku untuk meminta supaya dibubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di pejabat DAP pada 10.40 pagi ini. - Utusan

HR9808: Beberapa berita yang berat ke pihak PR beritanya ada sekelumit. Jika berita mereka menang hampir satu muka surat..Dari sini pun kita dah nampak betapa hipokritnya pemimpin UMNO BN..Kita tetap berdoa agar Allah bukakan hati sultan untuk mendapat hidayah dan inayah sehingga yang intan itu intan dan yang kaca itu kaca. Pemimpin yang celaka kelihatan kecelakaannya sehingga negeri Perak akan damai dan tenteram semula. Tapi jika sultan tidak mahu berpihak kepada rakyat maka sengsaralah rakyat dan kesengsaraan ini akan dihujani dengan doa dari mereka semua..Rakyat yang dizalimi doanya akan diterima oleh Allah apatah lagi jika jutaan rakyat yang mendoakannya. Kepada pihak istana khasnya salah seorang anak Sultan Azlan yang cintakan tariqat berilah pandangan menuju kebenaran dan keadilan..Sesungguhnya "keadilan itu sangat dekat dengan ketaqwaan". Inilah inti kepada amalan tariqat sebenarnya iaitu kembali semula kepada jalan sebenar iaitu keadilan dan kebenaran. Memilih sebaliknya setelah kita mengetahui apa yang sebenarnya adalah seperti meruntuhkan jambatan keadilan dan kebenaran yang selama ini dibina dengan zikir berjam-jam atas sejadah.!!! Kedailan ada pada tangan- tangan kecil rakyat untuk memilih pemimpin mereka melalui pilihanraya di Perak bukan pada tangan pemimpin UMNO yang celaka..!!!

HR9808: di bawah adalah beberapa sedutan dari media kerajaan haram BN..

'Kerajaan Pasir Dua Butir' di Perak imbau jenaka P. Ramlee

BERSIDANG di bawah pokok! Jika sebelum ini ia hanya menjadi bahan lawak, pakatan pembangkang menjadikannya satu realiti.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dipengerusikan Speaker, V. Sivakumar yang dirancang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan akhirnya berlangsung di bawah pokok berhampiran kawasan letak kereta kira-kira 100 meter daripada bangunan tersebut.

Kedegilan pemimpin pembangkang mengadakan sidang itu walaupun dilarang pihak polis menggambarkan sikap sebenar mereka yang langsung tidak mempedulikan kedaulatan undang-undang.

Doa dibacakan oleh Setiausaha Dewan, Misbahul Munir Masduki yang baru sehari dilantik. Ia juga menandakan sidang di bawah pokok bermula.

Apa yang berlaku ini bukan lagi perkara pelik dalam senario politik negara sekarang, lebih-lebih lagi membabitkan parti pembangkang.

Jika tujuan mereka mahu membubarkan DUN selain menyokong kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah, itu boleh dilakukan di mahkamah.

Namun mereka memilih untuk melakukan provokasi. Tujuannya untuk menguji sejauh mana pihak polis akan bertindak ke atas mereka.

Jika berjaya, ini akan dijadikan pula 'modal' politik bagi meraih undi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak 7 April ini.

Tidak sukar lagi untuk menjangka taktik dan strategi golongan ini. Kesanggupan mereka berdepan dengan sebarang kemungkinan selama ini telah terbukti menjadi 'azimat' dalam usaha meraih simpati masyarakat.

Tidak mustahil 'kelembutan' pihak polis mengambil tindakan ke atas kumpulan-kumpulan begini menyebabkan mereka 'lebih berkuasa daripada pihak berkuasa.'

Walaupun sedar menjalankan sidang di bawah pokok tidak akan mengubah apa-apa keputusan sebelum ini, apatah lagi hak untuk membubarkan DUN terletak di bawah kuasa Sultan tetapi matlamat mereka hanyalah 'untuk menarik perhatian.'

Justeru, mereka memilih untuk 'memalukan' negara menerusi tindakan-tindakan luar biasa dan kenyataan-kenyataan kesat di kain rentang.

Hakikatnya, pakatan pembangkang telah diberi kesempatan untuk mentadbir Perak selama 11 bulan sebelum ini. Dalam tempoh itu, mereka sepatutnya dapat membuktikan kemampuan yang ada untuk melakukan segala kebajikan dan kebaikan untuk masa depan rakyat.

Malangnya, tiada apa yang boleh dibanggakan lebih-lebih lagi oleh masyarakat Melayu tentang apa yang telah dilaksanakan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Lebih malang, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sanggup menjadi 'kuda tunggangan' sekutunya DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mencapai maksud politik mereka yang terselindung selama ini.

Negara kini berhadapan dengan cabaran ekonomi. Bagi pemimpin yang waras akal fikirannya, ini sewajarnya dijadikan fokus utama mereka dalam mencari jalan atau ruang ke arah mengurangkan beban rakyat.

HR9808: Malaysia merdeka dan berlakunya pembangunan bukan sahaja dari orang Melayu dah..jika P Ramlee ada dia juga sumpah pemimpin yang membiarkan anaknya terlantar dalam kemiskinan..Nama aja Tan Sri tapi anak beliau dapat pembelaan ke dari pemimpin UMNO yang celaka?

Maknanya, jika pemimpin itu sama ada mewakili kerajaan atau pembangkang berjiwa murni dan ikhlas untuk membantu rakyat, mereka tidak akan sanggup melakukan tindakan yang menyusahkan rakyat.

HR9808: Yang bagi susah ialah perompak bukan rakyat. kita doakan sahaja agar Allah datangkan kebenaran dan melemparkannya ke atas muka si perompak ini!!! jadikan ianya doa selepas solat..

Jika Allahyarham Tan Sri P. Ramlee masih hidup, beliau pasti tertawa melihat babak jenaka ketua hilang kuasa yang diselitkan dalam filem arahan terakhirnya, Laksamana Do Re Mi.

Antara babak menarik dalam filem itu ialah tentang persidangan negeri Pasir Dua Butir yang terpaksa berlangsung di bawah pokok dalam kawasan lapang akhirnya benar-benar menjadi realiti dalam senario politik Perak.

Hr9808: Kira hebatlah..UMNO memerintah sehingga rakyatnya bersidang di bawah pokok macam zaman P. Ramlee..Maknanya UMNO dulu, sekarang dan selamanya tidak ada perubahan bahkan style gensgter kampung tak habis-habis..

Anwar: Sidang DUN boleh bawah pokok

KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak boleh diadakan di mana sahaja sama ada di bawah pokok atau di tempat letak kereta.

Beliau berkata, ini kerana Speaker DUN Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai pilihan lain lagi untuk mengadakan sidang tersebut.

''Bukan kehendak Speaker untuk mengadakan sidang DUN di bawah pokok. Sidang DUN yang diadakan pada hari ini sah dan mereka mempunyai agenda.

''Pakatan pembangkang mahukan DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya negeri diadakan kerana kami mempunyai kekuatan moral dan keberanian untuk berdepan dengan rakyat.

Biarlah rakyat Perak putuskan wakil mereka," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

HR9808: Seperti yang saya nyatakan semalam, hari ini akan da beberap kenyataan senada dri pemimpin UMNO..Mereka sudah hampir muflis...!!Kesian deh...Tak bagi masuk ke dewan, PR buat di luar dewan..Eh pemimpin UMNo marah pula?? Kepala dongga betui depa ni..yang kamu tutup dewan dan letak polis macam nak ajak gaduh itu apa hal??? Oh..ya terlupa ini negara komunis ala baru dibwah pimpinan UMNO keparat.. ..Pelik sangatle,,jika sultan masih butakan mata dari melihat kebodohan pemimpin UMNO ni..!!

Sidang terbuka di luar Dewan jatuhkan maruah institusi

KUALA LUMPUR 3 Mac - Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok hari ini telah menjatuhkan maruah institusi negara dan negeri yang rakyat warisi selama ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pakatan pembangkang akan bertindak dalam apa cara sekalipun, asalkan dapat berkuasa untuk memerintah negeri Perak.

"Tetapi saya percaya rakyat sudah muak dengan politik yang tidak habis-habis ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pula menyifatkan tindakan pakatan pembangkang itu sebagai kerja gila.

"Perbuatan itu umpama orang pada zaman jahiliah yang bertindak seperti orang yang tidak siuman dan tidak boleh berfikir panjang.

"Tindakan mereka itu sebenarnya tidak berpandukan kepada Perlembagaan dan peraturan yang telah ditetapkan," katanya.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tindakan kumpulan ADUN itu memperlihatkan pakatan pembangkang cuba melaksanakan undang-undang rimba.

Hr9808: Yang lebih rimba siapa? INi kenyataan menteri kita ke?? Alamat lingkuple..Malaysia ni...

Katanya, pembangkang kini sudah mula menunjukkan siapa diri mereka sebenar kepada rakyat dengan menghalalkan apa sahaja asalkan dapat memerintah.

"Tidak pernah dalam sejarah DUN bersidang di bawah pokok dan ia seperti sebuah negara yang tidak bertamadun," katanya.

Sementara Majlis Peguam menyifatkan persidangan yang diadakan di bawah pokok tidak pernah berlaku dan tidak terdapat dalam Peraturan Mesyuarat.

Presidennya, Datuk S. Ambiga berkata, timbul persoalan sama ada sidang tergempar itu boleh dijalankan di luar bangunan kerajaan negeri atau tidak.

Jelasnya, ini kerana krisis politik di Perak itu tidak pernah berlaku dan melibatkan isu undang-undang yang kompleks.

"Amat sukar untuk membuat kesimpulan atau memberi pandangan muktamad mengenainya namun beberapa perkara boleh diperjelaskan secara prinsipnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

HR9808: Hari ini dARI media BN..SPRM diniliai tidak adil kerana hanya meniasat pihak PR dan membiarkan pemimpin UMNO bermaharajalela...Apakah ibadan ini juga akan terus menjadi budak UMNO?? Jika nak terus menjadi pekerja UMNO lebih baik nama SPRM dibacakan sahaja "SIAP PULUN demi Ringgit Malaysia..."..Rakyat dengan jelas tidak akan berharap banyak dari SPRM kerana dihujungnya ialah DUIT>>RM. SPRM akan berpihak kepada siapa yang boleh memberi fulus lebih bukan siapa yang benar..Sebagai nasihat dan peringatan kepada SPRM.."kamu boleh menipu sejuta rakyat tapi kamu tidak akan mempu menipu seketul hati yang diciptakan oleh yang Maha Mencipta. Di akhirat segalanya akan terbuka.."

eaker DUN Perak tidak kebal

ALOR GAJAH 4 Mac – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, pihaknya berhak berbuat demikian kerana beliau termasuk dalam kategori penjawat awam.

Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar amalan biasa tugas rasmi beliau,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis tamat latihan asas Pegawai SPRM (penguasa dan penolong penguasa) Siri 3/2008 dan kenaikan pangkat penguasa suruhanjaya itu, di sini hari ini.

Ahmad Said mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa SPRM tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan terhadap Sivakumar.

Pada 25 Februari lalu, SPRM merekodkan keterangan Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Semalam pula, Sivakumar mengendalikan sidang tergempar melibatkan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri pakatan pembangkang di bawah pokok, 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak.

Ahmad Said menjelaskan, berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, pihaknya percaya Speaker DUN Perak itu perlu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Speaker merupakan seorang pegawai awam. Jika beliau didapati menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya, beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di bawah seksyen itu,” katanya.

Selain itu, katanya, SPRM berhak menyiasat mana-mana penjawat awam yang disyaki melakukan salah guna kuasa melalui jawatan yang disandangnya.

HR9808: Saya pamerkan sedutan dari web AMk tentang pengerusi SPRM walaupun mungkin dah ramai yang tahu tapi tak pe ianya adalah untuk memperkuatkan lagi hujah bahawa SPRM adalah kereta lembu UMNO..Dah tua pun nak jadi lembu tunggangan ..alahai!!

February 23rd, 2009 at 7:13 am

PANAS! Anak Pengerusi SPRM Ditangkap

Biarpun berita ini pernah didedahkan dalam media suatu ketika dulu. Namun, pembongkaran kami tentang “rahsia sebenar” berita paling memeranjatkan tentang penglibatan Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said iaitu Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS (foto) yang merupakan anak kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes penyeludupan bahan-bahan lucah kanak-kanak di Australia baru-baru ini telah menggemparkan seluruh negara. Kini baru rakyat Malaysia sedar tentang kenapakah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan begitu terhutang budi kepada Kerajaan Malaysia. Terutamanya dalam kes “rasuah dan penyelewengan” yang melibatkan pemimpin Pakatan Rakyat mutakhir ini. Terbaru kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Spekaer DUN Perak.

Sebelum ini ramai yang kecewa dan terkejut bila SPRM begitu cepat dan pantas menyiasat setiap laporan yang dibuat terhadap pemimpin pembangkang, sedangkan mereka “membakul sampahkan” semua laporan tentang rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional selama ini. Akhirnya kini, kebenaran terserlah jua dan kita menyarankan agar beliau melepaskan jawatanya itu dengan segera jika tidak mahu SPRM dibubarkan. Ternyata, beliau telah terlebih dahulu “dirasuah” oleh Pejabat Perdana Menteri untuk membebaskan anaknya itu daripada dibicarakan dan menerima hukuman. Di bawah ini dipaparkan maklumat tambahan yang menyokong kebenaran laporan tentang perkara ini. Biarpun kejadian ini sudah lama berlalu, namun ia terpaksa dibongkar demi membuktikan kepada rakyat Malaysia tentang penglibatan Pejabat PM dalam kes ini jelas membuktikan yang wujudnya amalan “rasuah dan penyelewengan kuasa” yang nyata dalam hal ini. Sila rujuk artikel di bawah untuk maklumat lanjut:-

file image

A Malaysian Airlines pilot arriving in Adelaide was
found to have child sex videos on his laptop computer.

Artikel dari ABC News (Australia) 8 Feb 2008
Visiting Pilot Find Over Child Porn

ADELAIDE - A Malaysia Airlines pilot who was caught importing child pornography to Australia yesterday has faced court. When Ahmad Said, 25, arrived at Adelaide Airport yesterday he said he did not have anything to declare. But customs officers searched his laptop and found child sex videos. A handcuffed Said has faced court. Magistrate Simon Smart told him the videos were cruel and violent and it was a disgrace that the married father of two had brought the material to Australia. The magistrate said people like Said encouraged the market for child pornography. Said, whose wife is expecting their third child, was fined $6,000. He left court with a jumper over his head because of television camera crews.



Terbukti, Laporan akhbar juga pernah siarkan tentang berita ini dulu

Artikel dari Portal Berita Adelaide Now (Australia) 8 Feb 2008
A MALAYSIAN Airlines co-pilot has been convicted and fined for bringing child pornography into the country on his personal computer.

ADELAIDE - Ahmad Said appeared handcuffed in Adelaide Magistrates Court today on a charge of importing a prohibited item. Customs officers arrested the 25-year old at Adelaide International Airport yesterday, after finding three video files containing child pornography. The videos were titled “Reped (sic) Virgin”, “10-Year Old” and “High School Students.” ``This material is repugnant and abhorrent - any decent minded person would be so affected by it,” Magistrate Simon Smart said. Mr Smart said the rape scene featured a crying girl aged under 18 being forced to have sex with an older male. ``These are not victimless crimes - for every video that depicts such a scene there is a victim,” he said. Said’s computer was searched after he flew into Adelaide as co-pilot on a Malaysian Airlines flight from Kuala Lumpur. His lawyer Stephen Barratt said Said had been e-mailed the video files and had not shown anyone else. “He was simply reckless, this was not material brought in to be disseminated,” Mr Barratt said. Mr Smart rejected the defence assertion that Said had ``no interest” in the pornography, saying there would be no market for such images without people like him. Mr Barratt said the conviction could ruin Said’s career as a pilot at Malaysian Airlines after rising rapidly through the ranks in the past few years. “The result of this conviction … could alter the whole of his life and his family,” Mr Barratt said. Mr Barratt said Said’s arrest and detention in custody for almost 24 hours was “fairly harsh.” “He has suffered from being kept overnight in custody and now sits before the court manacled, which he describes to me as one of the lowest points of his life,” Mr Barratt said. Magistrate Smart fined Said $5,000 and ordered that his laptop be forfeited to the Crown.

[Bagi kami, apa yang didedahkan ini adalah satu bukti jelas yang Ketua Pesuruhjaya SPRM sebenarnya tidak layak berada di situ. Ini kerana, beliau telah “dirasuah” awal-awal lagi oleh pihak kerajaan terutamany pemimpin UMNO bagi memastikan keselamatan dan kuasa mereka terjamin. Lantaran itulah kita tidak hairan, undang-undang rasuah di negara kita hanya menangkap dan mendakwa “ikan bilis” sebaliknya melepaskan “ikan paus”. Ini semua berlaku kerana mereka yang memegang jawatan tersebut sudah tidak amanah dan bertanggungjawab dalam tugas mereka. Kita yakin, selepas ini ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan didakwa atas kes rasuah dan penyelewengan selepas ini nanti].Pahangdaily