foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, March 3, 2009

PERAK dan MALAYSIA TERUS MENJADI PERHATIAN DUNIA..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

4 MAC

Dunia terpegun memerhati sebuah negeri yang secara geografinya berada di tengah Malaysia dan keluasannya no 2 terbesar di Malaysia Barat bukan kerana sejarah bijih timahnya tetapi kerana perbuatan khianat dari pemimpin-pemimpin celaka UMNO BN sejak bulan Febr lalu. Rakyat Perak yang berada di luar negara khasnya turut memberi respons yang luar biasa atas perkembangan politik di Perak. Sebelum ini sebahagian besar rakyat yang berada di luar negeri tidak terlalu peduli tetapi sekarang berbeza. Alhamdulillah dari sudut yang lain rakyat semakin terbuka fikiran tentang betapa korup dan celakanya pemimpin UMNO di Malaysia khususan Najib. Sebelum ini sebahagian rakyat biasa mendengar kebejatan politik UMNO tetapi tidaklah separah di Perak sekarang. Mereka (pemimpin UMNO diketuai Najib) berlagak bagaikan perompak bank yang tidak langsung memperduli keselamatan dan jaminan keselamatan amanah rakyat. Yang penting mereka rampas apa sahaja yang ada dari bank tersebut. Yang menentang niat ini, akan ditembak tanpa belas kasihan sekalipun itu adalah rakyat terpilih yang dipilih rakyat untuk menjaga amanah negeri ini. Gambaran hina dari rakyat buat pemimpin UMNO seperti Najib tidak berbekas dihatinya kerana bom c4 sahaja boleh digunakan demi sebuah kepuasan kuasa. Namun secara jangkapanjang, UMNO jelas kelihatan sudah seperti hidup bernyawa ikan. Tercungap-cungap mencari isu apa yang dapat menyelamatkan survival politik mereka. Tidak mustahil, parti gergasi ini akan tersungkur dan tenggelam bersama harta karun hasil rasuahnya ke perut bumi dan mereka kemudian akan bermunculan dengan parti-parti kecil yang hilang wibawa. Jika para pemimpinnya masih berlagak terus seperti perompak dalam beberapa kes di mahkamah khasnya tentang kondisi di Perak maka sekali lagi rakyat akan terus melupakan parti ini buat selamanya sehingga muncul kembali pemimpin sebenar. Inilah sebahagian kecil dari kesan laungan reformasi yang dialunkan oleh rakyat kecil puluhan tahun lalu!! masa itu laungan ini diperlekehkan oleh pemimpin UMNO masa itu."alahai pembangkang nak buat apa..setakat melaung aje..?" Ayuhai teman..lihatlah dengan mata kamu, dengarkanlah dengan telinga kamu dan rasakanlah dengan hati kamu..laungan kecil berubah menjadi halilintar yang boleh meruntuhkan gunung kuasa UMNO yang berpuaka..

HR9808: Pandnagan sdr Rashidi di bawah patut diambilkira oleh semua khasnya pimpinan PR>>>

Salah catur BN di Perak
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Mar 04, 09 | 9:14:18 am MYT

APAKAH Barisan Nasional menyangka mereka akan mendapat laluan mudah untuk memerintah negeri Perak, selepas mendapat 'perkenan' istana?

Apakah BN menjangkakan dengan menabur strategi 3R (Race, Religion & Royalty - Kaum, Agama dan Raja), mereka dapat menarik sokongan rakyat kepada mereka?

BN tewas dalam Pilihan Raya Umum 2008 di Perak. BN hanya memperolehi kerajaan dengan dengan 'rampasan' yang dipaksakan kepada rakyat Perak!

Timbulnya krisis perlembagaan dan pelanggaran demokrasi, ialah kerana BN menubuhkan kerajaan secara 'haram' dan bercanggah dengan kehendak rakyat, kerana kerajaan pilihan rakyat yang sebenar adalah dari Pakatan Rakyat.

Setelah merampas kuasa dan menjatuhkan kerajaan pimpinan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, BN menggunakan strategi yang bahaya iaitu cuba menyemai bibit-bibit pertelagahan yang serius di kalangan rakyat.

Isu-isu perkauman, agama dan Raja adalah senjata membahaya mainan politik kotor BN, untuk 'menangguk di air yang keruh' bagi menjustifikasikan kerajaan haram mereka.

BN sentiasa cuba memainkan politik yang sensitif bagi mencetuskan polemik di kalangan orang-orang Melayu dengan bukan Melayu, orang Islam dengan bukan Islam dan melagakan Pakatan Rakyat dengan istana.

Taktik pecah dan perintah ini merupakan senjata ampuh BN, yang buat sekian lamanya berkuasa dengan cara mengeksplotasi sentimen dan kelemahan rakyat.

Sememangnya bagi rakyat, sukar hendak diterima jika ketuanan orang-orang Melayu dicabar kaum lain. Umat Islam juga akan menentang keras sebarang percubaan untuk menghina agamanya, manakala rakyat akan turut terpengaruh dengan sentimen anti Raja yang cuba dilabel oleh BN kepada individu tertentu.

Itu memang kerja jahat Umno-BN. Buat apa Pakatan Rakyat dengan menyahut cabaran mereka. Tetapi malangnya, cabaran BN ini disambut oleh DAP, khususnya Karpal Singh.

Penulis tidak salahkan Karpal seratus peratus. Beliau mungkin bertindak sendirian, kerana melihat kes di Perak, pada sudut undang-undang yang disifatkan sebagai tragedi yang membunuh demokrasi, bukan dari sudut politik.

Sahutan beliau kepada cabaran Umno-BN nampaknya ditambah eksploitasi dengan perbagai serangan yang boleh memalit persepsi yang lebih buruk.

Sebagai suatu teguran ikhlas, penulis mencadangkan, pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, sama ada daripada PAS, KeADILan, khususnya DAP, tidak sepatutnya terjebak dalam perangkap perkauman, persengketaan agama dan usaha melagakan dengan istana yang cuba diracun BN.

Pemimpin Pakatan Rakyat seharusnya lebih matang dalam menangani krisis ini. Tanganinya secara berhemah dan jangan sesekali celupar mulut sebagaimana pemimpin dan wakil rakyat BN.

Memang kita amat geram dengan tipu helah, caci maki dan tohmahan BN. Namun kita masih ada ruang untuk memberikan tekanan kepada mereka, mengikut segala ruang yang dibenarkan oleh undang-undang.

Walaupun kita tahu polis, SPRM dan boleh memihak kepada BN, tetapi di pihak kita, kita ada rakyat. Mari kita tentukan sama ada kuasa orang politik yang menggunakan jentera kerajaan, media, wang dan sebagainya, mana yang lebih berkuasa daripada kuasa rakyat.

Sekarang ini pun 'kerajaan negeri' pimpinan Dato' Dr Zambry Abdul Kadir, berjalan tanpa haluan atau lost direction. Jentera kerajaan negeri terbantut, pegawai-pegawai kerajaan keliru, kontraktor tidak mahu membuat projek kerana takut tidak dapat bayaran dan pelbagai masalah timbul.

Semua peruntukan tidak boleh diguna atau ditambah tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri. Kerajaan negeri tidak boleh berfungsi kerana Menteri Besar dan anggota Exco digantung daripada menghadiri sidang Dun.

Segala perancangan dan perbelanjaan kerajaan akan terbantut kerana status kerajaan negeri terumbang ambing.

Jika dapat dibuktikan secara undang-undang bahawa kerajaan Nizar adalah sah, maka segala arahan, perbelanjaan dan projek yang dibuat Zambry boleh dipertikaikan.

Zambry, anggota Exconya, setiausaha kerajaan negeri, penasihat undang-undang negeri, pegawai kewangan dan beberapa penjawat lain boleh disabitkan dengan kes salahguna kuasa dan subahat.

Malahan ke mana sahaja Zambry pergi beliau terpaksa berulangkali menyebut beliau adalah MB yang sah? Jelas, Zambry sedang dalam keadaan fobia. Fobia kerana rakyat tidak mahu menerima beliau.

Ke mana sahaja Zambry pergi, sama ada di masjid atau di tempat awam, beliau tidak diraikan. Bagi orang Melayu, Cina, India dan lain-lain, Nizar adalah MB mereka yang sebenar.

Sampai bila-bila pun Zambry tidak akan dapat mengatasi populariti Nizar dan tidak akan dapat menghapuskan persepsi buruk rakyat kepada beliau, walaupun beliau sebenarnya, bukan punca kepada segala krisis yang tercetus.

Jelasnya, Perak kini berada di persimpangan. Negeri kucar-kacir dan tidak ketahuan lantaran krisis demokrasi dan pelanggaran perlembagaan.

Sebenarnya majoriti rakyat amat tidak menyenangi kewujudan krisis sebegini. Krisis ini timbul akibat kerakusan kuasa BN. Rata-rata rakyat Perak berpendapat cara yang terbaik untuk dikembalikan demokrasi, ketelusan dan integriti ialah dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Apa pun, akhirnya terpulang kepada Sultan Perak, kepada siapakah yang hendak diperkenan, Nizar atau Zambry? Mudah-mudahan baginda tidak membiarkan krisis ini berpanjangan._

Najib, bekas SU Dun Perak hina perlembagaan
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Mar 04, 09 | 9:17:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar menegaskan Speaker Dun Perak, V Sivakumar mempunyai peruntukan kuasa besar berdasarkan kedudukan Dun dalam sistem perundangan negara.

Untuk itu katanya keputusan memanggil sidang Dun Tergempar pada 3 Mac lalu adalah sah dari segi kuasa Speaker yang diperuntukan dalam perlembagaan.

Sejak merdeka sistem demokrasi berparlimen dengan raja berperlembagaan adalah tunjang kepada pemerintahan, yang mana Dun atau Parlimen mempunyai kedudukan, sementara raja mempunyai peranannya, kata beliau.

Justeru kenyatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak bahawa sidang dun tergempar yang dipanggil Sivakumar sebagai tidak sah adalah satu penghinaan kepada kemuliaan Dun dan perlembagaan, katanya.

"Di sinilah kuasa yang terdapat pada Speaker Dun atau Dewan Rakyat.Sebenarnya saya telah membaca tulisan peguam kanan di negara ini kesimpulan mereka jelas speaker Dun atau Dewan Rakyat ada kuasa besar dalam tentukan keputusan dan uruskan dewan," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Tumpat.

Ujar Kamarudin, secara jelas tindakan Speaker Dun Perak memanggil sidang tergempar adalah sah mengikut pandangan peguam kanan Tommy Thomas.

Sehubungan itu, tiada siapa termasuk TPM atau Setiausaha Dun Perak boleh untuk buat apa-apa kenyatan atau tindakan arahkan polis dan mengarahkan bangunan ditutup, katanya.

Bagi Kamarudin, perbuatan itu bercanggah dengan perlembagan negara, negeri dan bercanggah dengan iktiraf ketelusan institusi Dun dan speakernya,

"Maka oleh sebab itu tindakan Setiausaha Dun dan TPM adalah menghina kuasa Speaker Dun dalam hal ini,"katanya. - azm _

BN guna '3R' sebagai talian hayat
Zaili Muhammad
Wed | Mar 04, 09 | 10:14:21 am MYT

MELAKA, 4 Mac (Hrkh) - Pengerusi KeADILan Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan '3R' iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan) untuk mengekalkan kuasanya.

"Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.

"Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputera dengan dasar apartheid lalu Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu," kata Khalid.

Mengenai sentimen agama (religion) pula katanya, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

"Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihan Raya dan begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.

"Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat. Pakatan Rakyat khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik Menteri Besar (MB) dari kalangan BN," tambahnya.

Malah menurut Khalid, BN yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu.

"BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun, ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan serta keadilan tiada lagi," ujar Khalid. _

HR9808: Kenyataan di bawah ..adalah bukti yang UMNO sedang tenat kerana masalah dalaman mereka yang amat serius sehingga perpecahan dalaman mereka tidak dapat ditampung lagi..Mungkin inilah salah satu dari indikasinya bahawa ,,Kapal UMNO yan besar tapi bocor di sana sini akan tenggelam bagaikan tenggelamnya "Titanic.." Pasti ramai yang akan selamatkan diri bila ianya pecah maka sayugialah pihak PR mempersiapkan kapal yang lebih besar, kuat, kukuh, canggih, hebat bergaya bagi menarik semua anak-anak kapal UMNO yang terkapai-kapai untuk diselamatkan.. Ini bukan ilusi tapi realiti..


"Saya tidak kisah dibuang parti...banyak lagi pembangkang yang tunggu"
Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Mar 04, 09 | 9:24:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Pemimpin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diingatkan agar bertindak segera menyiasat semua aduan rasuah dalam Umno sebelum pemilihan parti itu 24 Mac ini.

Demikian amaran yang dilaungkan anak bekas Menteri Besar Selangor Dato' Harun Idris; Dato' Mazlan Harun dan perwakilan Umno Muar, Dato' Kadar Sulaiman ketika mengadakan sidang medianya di sebuah hotel dekat sini semalam.

"Kami sayangkan Umno, sebab itu kami mahu pemilihan ini ditangguhkan selagi semua laporan salah laku rasuah tidak disiasat dan diselesaikan sepenuhnya," katanya.

Malah mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

Sebelum ini dua individu tersebut pernah melaporkan dakwaan salah laku rasuah yang kononnya dilakukan oleh Presiden dan Timbalan Presiden Umno.

Namun kata Mazlan, semua laporan yang dibuat pada 4 September lalu tidak pun disiasat malah Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa siasatan rasuah dalam Umno ditutup.

Pengumuman ini nyata mengecewakan beliau dan ramai lagi pemimpin serta ahli di peringkat bawahan, katanya.

"Saya serta Datuk Mazlan Harun akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Paling mengecewakan Mazlan ialah bagaimana Abdullah yang menentukan bahawa segala laporan dan kes tersebut ditutup sedangkan laporan yang dibuat bersama Kadar tidak pun disiasat.

Mazlan melihat, pemimpin Umno hari ini tidak mempunyai 'political will' untuk membuat perubahan yang sebenarnya diharapkan rakyat.

Ia termasuk menghapuskan amalan korupsi dalam Umno yang mutakhir ini menghancurkan kepercayaan rakyat kepada parti itu selama ini, katanya.

Sebaliknya pemimpin Umno termasuk di kalangan menteri hanya mementingkan projek dan kedudukan mereka tanpa mahu menegur ataupun mengkritik kepimpinan yang lemah, ujarnya.

"Masakan Tun Dr Mahathir Mohamad boleh katakan Umno kini parti yang korup, ini satu kenyataan yang patut dipandang serius oleh pimpinan," katanya.

Mengulas mengenai sebarang kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan berikutan kenyataan keras dan hasrat mahu membuat injunksi, Mazlan berkata mereka bersedia menerima tindakan Umno akibat membuat desakan sedemikian.

"Saya tidak kisah dibuang parti. Banyak lagi pembangkang yang tunggu. Kami lakukan ini pun sebab sayangkan parti," kata Mazlan lagi. - azm _





No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!