Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
11 MEI
Saya bersetuju dengan kenyataan Tuan Guru Nik Abd Aziz agar PR bertenang dan tidak membuat kenyataan yang boleh menyakitkan hati lawan politik khasnya Dr Zambry. Bagi saya Dr. Zambry patut melakukan beberapa perkara di bawah:
1. Beristighfarlah sebanyak mungkin kerana dengan jelas tindakan sebelum ini adalah salah dari sudut undang-undang dan moral. Janganlah bermusuh dengan sdr kita yang baik, istiqamah spt Nizar dan carilah jalan yang dapat membina semula silaturahim antara sdr muslim.
2. Jelas sekali Dr. Zambry terperangkap dalam permainan politik Najib dan sangat memalukan. Jadi renungkanlah sedalam-dalamnya akan makna sebuah perjuangan dan persahabatan.
3. Janganlah terus melakukan perkara yang boleh merosakkan imej Melayu dan Islam. Sekalipun ada seribu macam strategi untuk mendapatkan semula jawatan tersebut yang paling berkuasa ialah rakyat Perak sendiri. Ajaklah teman-teman DUN untuk bersaing secara jantan dengan ikut serta dalam pilihanraya. Selagi belum kembali kepada rakyat maka Perak akan menjadi negeri paling huru hara di Malaysia akibat dari kegelojohan pemimpin dalam istana atau di luar istana.
Keputusan kes Nizar pulihkan institusi kehakiman
Lanjusoh Mon | May 11, 09 | 5:04:47 pm MYT | |||||
KOTA BHARU, 11 Mei (Hrkh) - "Keputusan Mahkamah Tinggi hari ini boleh menampung kecacatan yang berlaku dalam institusi kehakiman di negara ini," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat Beliau berharap kewibawaan institusi kehakiman yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini kembali pulih semula. "Saya sangat bersyukur dengan perkembangan yang berlaku hari ini. Sebaik sahaja mendengar berita itu saya telah menunaikan sujud syukur," katanya dihubungi di sini, petang ini. Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Abdul Aziz Abdul Rahim petang tadi mengembalikan semula kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Pada 5 Febuari lalu jawatan Nizar dirampas kerajaan kudeta Barisan Nasional (BN) Perak yang diketuai Dato' Dr Zambry Abdul Kadir selepas tiga bekas Adun Pakatan Rakyat meninggalkan parti lama. Mahkamah juga memutuskan Zambry dan enam anggota Exconya mengosongkan segera pejabat mereka di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh. Pada penghakiman itu Abdul Aziz berkata, seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (Dun) seperti kes Stephen Kalong Ningkan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berharap dengan keputusan mahkamah tersebut akan menyelesaikan konflik yang berpanjangan di Perak sejak Febuari lalu. Ditanya kemungkinan Dr Zambry akan memohon membubarkan Dun katanya, ia terpulang kepada pihak terbabit bagi menentukannya bagi memastikan politik di Perak kembali stabil. "Saya bersyukur dengan apa yang berlaku. Saya juga berharap semua pihak dalam Pakatan Rakyat tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh melukakan hati pihak lawan dalam isu ini. "Biarlah isu ini berakhir dalam suasana aman dan diterima semua pihak," katanya. - mj _ Hr9808: Kepada MB Nizar saya rasa ini adalah waktu paling tepat untuk merenung jauh akan amanah yang sekali lagi diberi oleh Allah. Tahniah dan tingkatkan ketaqwaan kepada Allah!!! Jawatan akan datang dan pergi namun sebagai hamba Allah yang mulia dekatilah sdr-sdr kita khasbya Dr. Zambry yang telah tersesat jalan agar dapat kembali ke jalan yang benar!!! Pemimpin beginilah sebenarnya yang dicari oleh rakyat dan umat ini!!!
|
Hr9808: Kenyataan Dr Zambry di bawah amat cool, bagusle tu tapi saya rasa amat kesian melihat seorang politisi yang begitu berpotensi diperbudak oleh Najib dan UMNO..
"Saya terima keputusan dengan hati terbuka" - Dr. Zambry
IPOH 11 Mei - ``Saya terima keputusan mahkamah dengan hati dan fikiran terbuka.'' Demikian kata Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak bagaimanapun berkata, beliau serta rakan-rakan lain dalam BN akan mengambil tindakan seterusnya menurut lunas undang-undang.
``Saya menyeru semua penyokong-penyokong BN serta rakyat negeri Perak supaya bertenang,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Utusan
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!