IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
28 JUN.
Seperti dirancang kami berjalan dari beberapa arah menuju ke Sogo. Sepanjang jalan laungan dan seruan kepada rakyat agar turun ke perhimpunan PROTES SEJUTA RAKYAT di PJ mendapat sambutan dari seluruh rakyat samada yang berkenderaan atau berjalan kaki. INi mesej kami dan inilah seruan kami...kemudian polis ajak bergaduh rampas banting dan ugut dengan bermacam ayat kasar seperti budak tak pernah ke sekolah..Maaf kami tak faham bahasa seperti itu sebab hampir kebanyakan yang ikut serta adalah anak muda terpelajar dan mereka sedar betapa rendahnya kesedaran polis tentang nasib rakyat hasil dari kenaikan harga minyak.
Polis Mengganas! Pengerusi IKRAR ditangkap!
Polis mula tahan peserta himpunan di Sogo |
Anis Nazri | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sat | Jun 28, 08 | 4:55:14 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 28 Jun (Hrkh) - Pihak berkuasa polis bertindak menahan enam peserta himpunan aman membantah kenaikan harga minyak anjuran Geram yang berarak dari pelbagai lokasi sekitar Kuala Lumpur ke pusat membeli belah Sogo.–>Keadaan kini semakin kecoh apabila polis dan FRU bertindak menghalang perarakan aman tersebut yang kini sedang melewati jalan raya di hadapan Sogo.Mereka yang ditahan adalah kelompok himpunan yang berarak dari berbagai lokasi yang mula berarak sejak jam 3.00 petang tadi. Mereka yang ditahan ialah Presiden Ikrar, Mustafa Mansor; Setiausa AMK Pusat, Zulfiqar Ali Arifin; Setiausaha Ikrar, Muhammad Hidhir Khalid; Setiausaha AMK Batu, Norsharizal Abd Razak; ahli Anwar Ibrahim Club (AIC), Mohd Herman Muhammad; dan ‘Bob’ juga ahli AIC. Mereka kini dibawa ke Balai Polis Tun HS Lee untuk disoalsiasat. Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin turut berada di hadapan balai polis berkenaan. Polis kini sedang sibuk menghalang pergerakan himpunan tersebut dimana lima trak FRU dengan kekuatan 50 orang polis ditugaskan bagi mengawal sekitar tempat himpunan aman tersebut. Jurugambar Harakah, Wan Zahari Wan Salleh turut disoal siasat oleh seorang Pegawai Cawangan Khas (SB) berhubung gambar-gambar yang dirakamkan Wan Zahari. Pihak SB tersebut meminta Wan Zahari agar menunjukkan gambar-gambar yang diambilnya. Peserta himpunan kini mula mengarahkan pergerakan ke Balai Polis berhampiran bagi memberi sokongan kepada mereka yang ditahan. Geram mengadakan himpunan hari ini dalam siri kempen Perhimpunan Sejuta Rakyat pada 6 Julai nanti. Program ini adalah permulaan bagi himpunan 6 Julai ini dengan kali ini ia dilakukan dengan program berjalan secara aman (Peace Walk). Program anjuran Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm) itu akan disertai oleh generasi muda yang terdiri daripada AMK KeADILan, Pemuda PAS dan Pemuda DAP. Selain itu kumpulan NGO yang diterajui golongan muda seperti Karisma, PKPIM, Youth For Change, Dema dan Gamis menyertai program yang bertujuan membantah kenaikan harga minyak. Perarakan tersebut bermula serentak di empat titik pertemuan iaitu di Ampang Park, Bukit Bintang, Puduraya dan PWTC menuju ke pusat membeli belah Sogo. Hampir semua peserta memakai baju berwarna merah. Kempat-empat tempat pertemuan ini disertai minima 50 orang anak muda yang bergabung dalam Geramm yang mengepalai himpunan ini. Mengulas tindakan kasar pihak polis terhadap peserta himpunan itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, polis tiada berbincang langsung dengan peserta. Ujarnya, tindakan yang dibuat polis secara tiba-tiba ini amat mengecwakan malah melambangkan betapa pasukan polis tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun. Beliau juga kesal kerana himpunan baru sahaja bermula, namun polis menyekat dengan cara yang tidak bertamadun. Begitupun beliau menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada 6 Julai ini bagi menunjukkan rasa marah terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga minyak tersebut./wann _ |
Bertemu dua pasukan demo yang dari The Mall yang diketuai oleh Sdr Hidir..SU IKRAR dan beberapa anak AIC termasuk vice presidentnya Marini di Junction Mall. Hidir terus melaungkan ajakan dan tiba di depan Pertama Kompleks kelihatan ribuan rakyat yang sedang menanti mendengar ucapan dari Mr. Bubu AMK Bandar Tun Razak dan Mad Zaman AMK WP..Kelihatan juga sebaris pasukan polis yang telah bersiap sedia sejak pagi di depan Sogo bergerak ke arah kami. Healer cuba dirampas dan kami mula bergelut sehingga dapat kami selamatkan healer tersebut. Kami minta izin agar dapat bercakap sedikit sebelum bersurai tapi polis dah boring lalu setelah Zul bercakap polis rempuh, pukul, ramas, tarik baju dan sebagainya hingga beliau terjatuh ke lantai.
Sunday June 29, 2008
Walk turns ugly after police intervene
From 3pm, two groups gathered at Putra World Trade Centre and Plaza Bukit Bintang en route to the Sogo shopping complex where they planned to congregate in protest against the fuel price hikes.
Wearing red shirts with the words “Geramm” the groups made stops along major roads in the city, distributing pamphlets and rallying onlookers in the process.
Their intent was to create awareness of a planned gathering at Padang Timur opposite Amcorp Mall in Petaling Jaya, scheduled to take place on July 6 with an ambitious one million attendees.
A small scuffle broke out, however, at 4.30pm when the police tried to confiscate banners and a loudspeaker from the two groups that had then gathered at Pasaraya KK, near Sogo.
They had been barred from going near the shopping complex by a heavy Federal Reserve Unit presence.
Dang Wangi OCPD Asst Comm Zulkarnain Abdul Rahman said the groups had responded with force when the police were carrying out their duties.
He said they had detained four men from the group for unlawful gathering.
He also advised the public not to take part in the gathering on July 6 as it was an illegal event.
The crowd dispersed by late evening and no further incident was reported.
Geramm, a coalition of 10 non-governmental organisations and three political parties, had undertaken various road shows throughout the country to voice discontent over the 78-sen increase in petrol prices.
The movement is also in the process of gathering one million signatures on a petition that is expected to be brought up in Parliament on July 7 by Pakatan Rakyat MPs, one day after the massive gathering in Petaling Jaya.
Saya cuba bantu dan beberapa anggota polis datang menggari. Saya terus dibawa ke Balai Polis H. S Lee jalan Stadium. Biasalah...kami semua mula 3 orang kemudian tambah 2 dan 1 sehingga berjumlah 6 orang. Proses biasa di lokap...dan keluar jam 11 malam..
Lima peserta “peace walk” anjuran GERAMM telah ditahan petang ini. Mereka berada di Balai Polis Dang Wang untuk siasatan lanjut. Berikutan itu satu perhimpunan pada malam ini dihadapan Balai Polis Dang Wangi akan diadakan dan meminta orang ramai turut serta dalam perhimpunan untuk membebaskan kembali peserta-peserta.
Dalam laporan berkaitan, beberapa peserta yang ditahan mendakwa telah didera oleh polis dengan kesan lebam dan bengkak yang ketara. Gambar-gambar sempat dihantar kepada pihak media GERAMM sebagai membuktikan kekejaman polis dalam menangani peserta “perjalanan aman”.
Di dalam Lokap Balai Dang Wangi
Kesan dipukul.
Event: Peace walk by GERAMM (www.geramm.org) regarding the new fuel price
Venue: Sogo (Last station of the peace walk)
Time: 3pm, but they reached there at a much later time.
Kami bergerak ke Shah Alam setelah mendengar info yang amat meresahkan rakyat...
Sampailah ke pagi dan petang kami bertemu di Kedutaan Turki. Kami sedar..ini adalah konspirasi dan amat jijik serta memalukan. UMNO-BN memang jijik untuk kita angkat mereka sebagai pemimpin negara ini. Mereka sudah hilang kendali dan makin gila. Inilah akibat dari sebuah kerajaan yang terdesak. Terdesak semua dan segalanya. Jadi kami bersetuju dengan tindakan DSAI selamatkan diri terlebih dahulu kerana mereka adalah golongan gila yang akan buat apa sahaja asalkan apa yang mereka ada dapat diselamatkan.
Saya malu dengan pemimpin Melayu yang kononya beragama Islam? Mereka jauh sekali dari Islam dan sesat dalam hidup. Mereka tidak tahu diri dan semakin jauh dari agama mereka dan agama nenek moyang mereka. Agama mereka sekarang adalah KUASA. Mereka sembah KUASA dan mereka akan buat apa saja asalkan mereka dapat terus berkuasa.
IKRAR mengutuk sekeras-kerasnya dakwaan dan tuduhan yang hina ini serta ingin mengajak seluruh rakyat menadah tangan ke langit sambil berdoa. " Ya Allah, engkau yang maha agung dan maha berkuasa, ampunkan dosa kami dan dosa yang memfitnah pemimpin kami, engkau yang maha tahu segalanya, humbankan rasa hina dan gelisah kepada mereka yang bersama dalam konspirasi ini, porak perandakan kesepakatan mereka dan hancurluluhkan seluruh KERAJAAN ZALIM YANG MEREKA ada.!! HANCURKANLAH YA ALLAH!!!
Ini mesej dan amaran jelas kepada semua yang terlibat, kamu boleh buat apa sahaja yang kamu inginkan tapi ingat kamu juga dalah manusia seperti kami.!! Nyawa kamu juga satu dan tempat kembali kita juga sama. Buatlah apa yang kamu suka tapi kami bukan bodoh seperti sebelumnya..Ayuh...bertarunglah kamu dengan KEBENARAN DAN kami yakin kamu akan KALAH DENGAN KEBENARAN kerana KEBENARAN adalah hakikat sebuah kekuatan.
Isu Anwar, orang ramai mula berkumpul beri sokongan
Wan Nordin Wan Yaacob Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 10:53:32 am MYT | |
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Orang ramai yang terkejut dengan laporan dan sms yang tersebar mengenai sebarang kemungkinan Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mula membanjiri perkarangan sebuah hotel di dekat sini. Sejak pagi tadi, para penyokong mula menghebahkan laporan itu melalui sms dan ada yang meminta rakan-rakan mereka untuk segera ke hotel tersebut bagi memberi sokongan kepada Anwar. Ia berikutan satu laporan polis yang didakwa dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari mengenai dakwaan telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Ahli majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin menyatakan bahawa pihak KeADILan belum membuat apa-apa keputusan sementara waktu. Namun beliau mahu rakyat dan penyokong Anwar turun beramai-ramai di hotel ini bagi menyatakan sokongan kepada Anwar jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. "Kita tak sempat nak himpunkan rakyat, tetapi harap rakyat dapat turun segera bagi menyatakan sokongan moral kepada Anwar," ujarnya. Setakat berita ini ditulis, Anwar masih belum memulakan sidang media untuk menyatakan kedudukan terkini mengenai isu membabitkannya. _ |
Azizah dedah gambar Saiful Bukhari dengan orang kanan Najib
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Jun 29, 08 | 2:13:55 pm MYT | |
SHAH ALAM, 29 Jun (Hrkh) - Terkini!!!!!Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam sidang media sebentar tadi mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof. Gambar itu akhirnya mencetus tanda tanya samada kes dakwaan liwat terbaru membabitkan Anwar itu adalah berpunca dari konspirasi seseorang. Beliau tidak mendedahkan siapa yang menyerahkan gambar tersebut namun disyaki adanya konspirasi seperti kes pada tahun 1998 membabitkan Anwar. Namun menurut sumber, Saiful adalah Pegawai Khas Anwar yang menjadi sukarelawan ketika pilihan raya umum lalu dan beliau dikatakan bukan ahli KeADILan. Wan Azizah yang mengulas perkembangan terbaru itu menyatakan rasa kecewa dengan dakwaan tersebut yang dikatakan sekali lagi untuk menjatuhkan Anwar. Malah menurut Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, kini konspirasi itu bukan sahaja untuk menjatuhkan Anwar malah mengancam hidup Anwar. Pimpinan KeADILan sepakat mengecam konspirasi terbaru ini yang nyata sekali untuk menjatuhkan Anwar tatkala perkembangan KeADILan semakin hampir memerintah kerajaan, kata Syed Husin. Pimpinan KeADILan sendiri sepakat tidak mempercayai dakwaan Saiful itu malah menyokong penuh kepimpinan Anwar. Suasana di perkarangan hotel dekat sini semakin bising dengan laungan reformasi dan takbir. Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa Anwar akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam. Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut. Sumber KeADILan mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar. Sementara Saiful Bukhari dikatakan sedang memberi keterangan di salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata. Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk 'menyerangnya' sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salah laku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999. Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini. Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat. Dalam kenyataannya pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu KeADILan, sewaktu pilihan raya umum lalu. Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latar belakang pengadu. Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar. Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu. Anwar, bekas TPM dan Menteri Kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1998 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat. Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat. Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar. Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya. Sehingga tengah malam info dari teman-teman media..esuk semua akan ke Parlimen jam 1 petang dan laporan Polis dibuat atas tuduhan di atas. |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!