IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
2/3 SEPT
Malam pertama selepas Tarawikh sempat mengundang beberapa orang teman bertemu dan berbincang soal persediaan selepas kemenangan DSAI. Alhamdulillah semua yang diundang datang dan hampir 2 jam duduk sambil minum leng ci kang sebelah petronas jalan Gombak.
Ada suatu hal yang menjadi kekhuatiran hampir semua teman yang datang ialah tentang DSAI akan dipanggil ke mahkamah pada 10 Sept. Apakah ini boleh menjadi salah satu penghalang untuk beliau ke Putrajaya? Lama juga merenung kerana selama ini BN sudah terkenal dengan kejahatan perancangan mereka dan apatah lagi di saat sekarang kerajaan baru akan wujud dan mereka yang berkepentingan hampir 50 tahun akan bersatu dalam satu gerakan menghentikan kemaraan DSAI. Realitinya bukan mudah dan mereka akan pergunakan bermacam cara untuk menyekat laluan ini. Soal halal atau haram tidak peduli lagi kerana sebelum ini juga sama. Lebih parah lagi semua konspirator turut serta dalam gerakan ini termasuk Mahathir.
Setelah selesai minum dan berbincang..kami bersurai dengan harapan dan doa agar perancangan jahat BN hancur dan Allah permudahkanlah PR...!!!
Jadi apakah yang boleh rakyat lakukan?
1. Secara mudah kita perlukan dokongan dari Yang Di Pertuan Agung kerana segalanya tanpa dokongan baginda peralihan kuasa akan menjadi begitu sukar dan akan dipermainkan terus oleh pemimpin BN-UMNO yang ada sekarang. Tapi sejauh mana pula Agung menyebelahi kepentingan rakyat kerana sudah pasti di kalangan raja-raja Melayu juga punya keopentingan dalam kerajaaan yang ada sekarang. Mungkin Agung tidak ada masalah kerana selama ini baginda telah pun menunjukkan komitmen kepada hasrat rakyat. Jadi pemimpin BN- UMNO akan bertungkus lumus melobi Agung dan raja-raja Melayu. Rekod lalu pemimpin BN-UMNO tidak begitu mesra dengan Agung memberi peluang baik kepada PR tapi raja melayu yang lain masih ramai yang sangat dekat dengan pemimpin yang ada sekarang.Akhirnya semua terserah kembali kepada keputusan Agung dan dengan penuh harapan agar Agung tetap bersama aspirasi rakyat.
2. Rakyat perlu melihat secara objektif soal kepimpinan negara kerana ianya boleh menaikkan martabat negara atau meruntuhkannya. Sekiranya ada wakil rakyat yang telah memutuskan untuk bersama PR dari mana-mana kawasan parlimen maka rakyat dengan hati terbuka dapat menerimanya kerana inilah arus yang berlaku sekarang. Malaysia perlukan pemimpin baru yang punya integriti dan kemampuan buat masa depan negara. Ketenangan dari rakyat akan memudahkan lagi proses peralihan berlaku dan semakin cepat proses perubahan terjadi untuk maslahat rakyat.
Komitmen DSAI terus diulang lagi di Seberang Jaya baru-baru ini amat jelas memberi isyarat kepada rakyat..
2008-09-02 09:13:21
PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam ..
Malaysia Baru - Janji Anwar 16 September ini |
Mohd Sabri Said Tue | Sep 02, 08 | 9:13:21 am MYT | |||||||
PERMATANG PAUH, 2 Sept (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi kenyataannya akan menurunkan harga petrolium serta membebaskan kesemua mereka yang merengkok dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sekiranya kepimpinan kerajaan bertukar tangan pada 16 September ini. Menurutnya, tarikh keramat itu diambil sempena kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Pakatan rakyat memerlukan 30 ahli parlimen berhijrah daripada Barisan Nasional (BN) ke gagasan baru untuk membentuk 'Malaysia Baru' yang lebih bergaya. "16 September akan tercipta satu lagi lingkaran sejarah negara apabila Malaysia baru dibentuk dengan kemasukan Ahli Parlimen daripada Sabah, Sarawak dan Semenanjung. "Matlamat itu penting demi maruah negara yang telah berkecai ekoran tangan kotor kepimpinan negara yang berkuasa, " jelasnya lantang dalam majlis makan malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam. Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Salleh Man dan ramai lagi kepimpinan parti peringkat negeri. Beliau membidas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta beliau tidak merampas proses demokrasi bagi penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat. Kata Anwar, bagi Abdullah, demokrasi yang ada sudah cukup menyelamatkan negara daripada dijajah kembali. "Sekarang kita bercakap soal demokrasi yang tempang bukan dijajah. Demokrasi yang ada kini bukan membela rakyat pertengahan dan bawahan tapi saudagar atau kroni terdekat lagipun jika benar demokrasi menjadi teras negara kenapa ramai lagi di bawah ISA, " terang beliau. Di mana letaknya demokrasi yang dimaksudkan, suara rakyat di sekat, kebebasan akhbar dan kepada individu yang rajin membatu Pakatan Rakyat ditakut-takutkan. Bagaimana pun bagi rakyat Permatang Pauh segala dakwaan atau fitnah tidak langsung memberi kesan sebaliknya mereka menghadiahkan keputusan yang mengejutkan. "Umno memang terkejut bilamana mendapati keputusan sebaliknya berlaku. Saya terhutang budi pada pengundi di Permatang Pauh kerana mereka sanggup memberi ruang kepada saya untuk mengubah langskap politik Malaysia," ujarnya. - mr_ Alangkah baiknya jika semua pemimpin UMNO-BN menerima saranan dari PR dan mereka menjadi lebih petriotik demi masa depan negara dengan bersama di belakang DSAI...Jika dilihat dari kenyataan pemimpin BN mereka masih tercari-cari fomula bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalaman yangmakin parah...Berubah demi survival politik
APAKAH mekanisme yang boleh digunakan untuk menjenamakan semula Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan generasi muda sekali gus mengekalkan statusnya sebagai parti pemerintah? Itulah persoalan yang berlegar di fikiran apabila Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) pada Sabtu lalu mencadangkan format dan pengisian gabungan itu yang wujud sejak 1973 diubah bagi menarik golongan muda. Muhyiddin berkata, usaha mengolah semula BN perlu dimulakan oleh UMNO sendiri sebelum diikuti oleh parti-parti komponen yang akan mengumpulkan maklum balas kehendak kaum yang diwakili mereka. Sebenarnya, pandangan supaya BN ditukar format bukan perkara baru kerana ia telah disuarakan secara terbuka oleh beberapa pemimpin parti komponen BN khususnya Gerakan setelah hampir keseluruhan calonnya kalah pada pilihan raya umum lalu. Ketika menyampaikan ceramah pada program bual bicara parti itu pada 20 Jun lalu, Pemangku Presiden parti itu, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menegaskan golongan bukan Melayu tidak lagi menganggap BN memperjuangkan nasib mereka. ''Bagi mereka, BN telah didominasi oleh UMNO dan parti-parti komponen lain tidak mempunyai suara untuk memperjuangkan nasib kaum masing-masing. ''Amalan hanya seorang pemimpin iaitu UMNO yang berkuasa dalam BN perlu dihentikan bagi memulihkan kembali keyakinan bukan Melayu," tegas Tsu Koon. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berpendapat, antara langkah bagi mengurangkan dominasi UMNO dan memulihkan imej BN ialah gabungan itu perlu mengadakan mesyuarat lebih kerap dan bukannya seperti sebelum ini, hanya sekali dalam tempoh dua tahun. ''Setiap keputusan yang dibuat perlu dipersetujui 14 parti komponen secara sebulat suara dan bukan semata-mata bagi melayan tuntutan UMNO yang memperjuangkan nasib orang Melayu sahaja,'' tegasnya. Sementara itu, beberapa penganalisis politik yang dihubungi Utusan Malaysia menegaskan BN harus mencontohi pakatan pembangkang yang baru-baru ini telah menjenama semula gabungan mereka dengan nama Pakatan Rakyat. Pakatan pembangkang itu telah memilih agenda memperjuangkan hak dan kebajikan semua orang tanpa mengira agama dan kaum seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai teras baru perjuangan mereka. Prinsip perjuangan seperti itu dapat menarik minat generasi muda termasuk orang Melayu yang lahir selepas Merdeka yang kini tidak lagi berminat dengan perjuangan berasaskan perkauman sebaliknya mahu dilayan sama rata sebagai rakyat Malaysia. Menurut mereka, kenyataan berbau perkauman seperti didakwa dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini yang menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini juga boleh menjejaskan sokongan kepada gabungan itu sendiri. Ini terbukti apabila BN gagal pada pilihan raya kecil itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapat majoriti yang lebih besar. Menurut mereka, BN juga harus bersedia untuk melayan kehendak-kehendak lain yang dituntut oleh golongan muda yang telah dinyatakan secara terbuka menerusi blog dan forum di dalam Internet yang merupakan wadah paling lumrah digunakan generasi ini. Antara tuntutan itu ialah supaya diberikan kebebasan kepada mereka untuk bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Mereka juga mahu diberikan sokongan dalam bentuk kewangan dan kemudahan secara sama rata untuk membangunkan potensi diri dalam segenap bidang. Tuntutan lain ialah supaya kerajaan menunjukkan kesungguhan untuk mewujudkan pentadbiran yang lebih beramanah, adil, bersih dan kompeten. Mereka juga tidak mahu pemimpin parti politik yang sombong, tidak mesra rakyat, mengumpulkan kekayaan dan mementingkan diri sendiri. Akhirnya, seperti yang diungkap Muhyiddin sebelum ini bahawa proses mewujudkan BN 'baru' itu bukannya perkara mudah, tetapi ia perlu dibuat demi survival politik gabungan itu sendiri. Puisi: Wira-wira Merdeka
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!