foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, April 18, 2008

RESPONS KEPADA KL POS, BLOG NORA dll.....

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Benarkah aktivis reformasi mencari arah baru? Cetak E-mail
Oleh Mohamad Mukhreez
Jumaat, 18 April 2008

KL: Selepas akhbar internet Malaysiakini menyiarkan berita kononnya aktivis reformasi sedang mencari arah baru, KLpos.com menerima beberapa panggilan daripada penyokong reformasi yang terkejut dengan kenyataan tersebut.

Malaysiakini melaporkan satu forum dianjurkan oleh aktivis reformasi yang memetik kata 'jurucakap penganjur Mustapa Mansor,' bertujuan membincangkan peranan baru aktivis gerakan itu sebagai kumpulan tanpa parti, termasuk menegur kerajaan-kerajaan negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.

Menurut seorang pemanggil, beliau terkejut kerana tiba-tiba membaca perkara tersebut sedangkan sebelum ini beliau langsung tidak diberitahu mengenai majlis yang akan diadakan itu.

"Saya tidak kenal siapa yang menjadi penganjur tersebut?" katanya.

Malaysiakini melaporkan seorang yang bernama Mustafa Mansor mendakwa mewakili kumpulan aktivis reformasi akan menganjurkan forum 'Mensyukuri Kemenangan Pilihanraya Umum ke-12: Menganalisis Strategi dan Memperkukuhkan Komitmen'.

Pertemuan di hotel KL International kononnya sebagai mengenang perjuangan selama satu dekad yang digelar 'Himpunan Reformis 1988-2008'.

Sementara itu, aktivis reformasi terkenal, Nasir Isa memberitahu KLpos.com, beliau ada dimaklumkan oleh penganjur mengenai program tersebut.

Ditanya apakah beliau menyokong majlis tersebut, Nasir berbelah bagi, "hendak kata sokong pun tidak, hendak kata tidak sokong pun program tersebut baik," katanya.

Namun Nasir yang pernah dilokap berbelas kali kerana menyertai perhimpunan reformasi berkata, "Lebih elok jika program tersebut tidak menggunakan nama aktivis reformasi"

Ini kerana, kata beliau, aktivis reformasi terlalu ramai dan jika hendak menggunakan nama tersebut, penganjur perlulah melibatkan sebahagian besar mereka.

 Seorang lagi aktivis reformasi, Norazimah Mohd Nor, (gambar) atau lebih dikenali sebagai Nora berkata, Gerakan Reformasi tidak mempunyai pemimpin khusus.

"Program tersebut baik, tetapi saya berharap jangan ada pihak yang menggunakan nama aktivis reformasi untuk menggambil kesempatan terhadap pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh golongan reformasi.

Ditanya apakah benar aktivis reformasi kini mencari arah baru selepas Pakaran Rakyat menang besar dalam pilihanraya lalu, kata Nora, itu adalah kemenangan rakyat dan golongan reformasi akan meletakkan kepentingan rakyat sebagai kepentingan utama perjuangan beliau dan rakan-rakan.

"Itulah arah perjuangan kami," katanya.


RESPONS....


AJK HR9808@IKRAR: Terima kasih atas muatan artikel dari Kl pos, BLOG Nora dll.Izinkan kami menjelaskan beberapa kekeliruan dari hal tersebut:

1. Kami mohon pihak yang keliru dengan HR9808@IKRAR sila datang ke majlis (yang terdekat 11 May 2008 jam 2 petang di Masjid Jamek). Pertemuan lalu pada 19 Apr adalah baru peringkat nak berbincang dan bertukar-tukar pandangan demi kemaslahatan rakyat pasca PR -12. Jika mahu info lebih sila baca teks ucapan wakil HR9808@IKRAR dari blog kami. Kami mohon KL pos dapat memuatkan teks ini supaya kekeliruan tidak berpanjangan (MASA ITU KELUAR DI KL POS).

2. Kami tidak menyatakan bahawa kami wakil reformis tapi kami hanya AJK penganjur majlis dialog Reformis bersama Pakatan Rakyat HR9808. Kami sedar akan hal ini dan atas sebab inilah juga sebagai bukti kami amat menghargai perjuangan reformis lalu kami anjurkan program ini dengan harapan reformis dari semua kalangan dapat memahami tujuan serta hasrat kami DAN mari kita bersatu.

3. Mustapa Mansor@ABU Miqdad (penulis buku "Rakyat Menuntut Keadilan tahun 1998-1999"), Bekas Ketua PKN Batu, Bekas Timbalan Ketua Perhubungan WP 1999, selama 10 tahun ulang alik Indonesia-Malaysia cari rezeqi dan belajar, blog beliau-www.aziim2008.blogspot.com- adalah salah seorang AJK Penganjur HR9808 dan jika mahu kenal beliau sila datang bertemu bila-bila masa di Masjid India. Kami tak salahkan sesiapa kerana tidak mengenali beliau tapi setahu kami perhimpunan ADIL yang pertama di KL adalah di rumah beliau dan beliau pengerusi perhimpunan tersebut. Saran kami agar anda dapat membaca teks ucapan beliau di www.hr9808.blogspot.com atau hadir sesi dialog dengan beliau.
4. Kami bersetuju dengan pandangan Nora tentang betapa pentingnya perjuangan yang bertujuan untuk kebajikan, keadilan dan kesejahteraan Rakyat (dan terima kasih sebab bagi peluang kami komen).

5. Kami menyeru kepada semua pihak terutama reformis agar bertenang dan berkepala dingin kerana nasib rakyat bukan ditentukan oleh satu golongan atau nama atau parti atau tokoh atau apa sahaja tapi ianya ditentukan oleh KEDAULATAN RAKYAT. Ayuh mari kita berbincang dengan baik dan lebih bijak kerana sejak dulu kita sudah kenal dengan musuh RAKYAT, kezaliman dan kebejatan mereka maka apakah ada waktu untuk kita berfikir di luar dari kerangka itu? Ahlan wasahlan kepada para penyokong UMNO-BN jika mahu berdialog sama kami siap sedia untuk itu pada bila-bila masa.

6. Soal tegur kerajaan negeri atau tegur sesiapa memang sejak dari dulu komitmen kita untuk menegur jika ada perbuatan yang bercanggah dengan hak dan kebajikan rakyat sekalipun dengn Sultan atau Raja Melayu. Tapi kami lebih memilih untuk beretika dalam menegur kerana ianya lebih mendekati kepada matlamat dan tujuan menegur. Apatah lagi untuk menegur guru-guru dan senior kami.

7. Semoga anda semua sudi menerima segala kekurangan dan kesilapan dan jauh dari sudut hati kami...kami tidak mahu melukakan hati sesiapa terutama warga reformis samada dalam parti atau di luar parti. Kami siap sedia ditegur jika ada yang salah dan inilah tujuan program pada malam itu bukan semata-mata dialog tapi lebih jauh dari itu iaitu untuk memastikan kemenangan di pihak Rakyat di bumi Malaysia.

AJK HR9808@IKRAR
info lengkap:www.HR9808.blogspot.com





No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!