foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, April 18, 2008

TEKS UCAPAN LENGKAP WAKIL HR9808 - Mustapa Mansor


HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

KENAPA PERLUNYA SEBUAH WADAH REFORMIS YANG BEBAS

Salam Reformasi buat semua,

Dengan penuh hormat kami dari beberapa teman di Masjid India KL ingin mewujudkan sebuah wadah Reformis yang kami namakan Himpunan Reformis 1998 - 2008 (HR9808). Malam ini kita semua dapat berbincang bersama dan dapat bertemu langsung dengan dua orang YB Pakatan Rakyat yang juga adalah senior kita dalam reformasi di Malaysia.

Sdr dan sdri para pejuang sekalian,

Secara ringkas ada beberapa poin utama yang menjadi pertimbangan kami sehingga kami memberanikan diri untuk mewujudkan wadah HR9808 ini:

1. Era selepas PRU 12 pada 8 Mac 2008 yang lalu adalah era baru politik Malaysia yang memerlukan dokongan padu dari para reformis khasnya yang pernah bersama gerakan tersebut pada tahun 1998. Ini bukan bermakna reformis 1998 mahu memunculkan diri untuk dikenali bagi mendapatkan pengiktirafan dari Pakatan Rakyat. Lebih jauh dari itu semua ialah kita mahukan kemenangan PRU 12 ini menjadi satu lonjakan perubahan yang dapat dipertahankan demi hak kebebasan, erti keadilan dan makna kehormatan rakyat di bumi Malaysia ini sampai bilapun. Titik 8 Mac 2008 adalah noktah seluruh reformis untuk merenung kembali sejarah perjuangan lalu dan mengatur strategi untuk terus berjuang bersama di belakang Pakatan Rakyat.

2. Kepedulian Reformis 1998 tentang isu kezaliman dan ketidakadilan BN - UMNO bukan basi dengan tempuh waktu bahkan makin matang menilai isu serta memberi solusi jitu untuk perjuangan ke depan. Walaupun mungkin ada yang gugur, atau sudah tidak berdaya, ini bukan bermakna semangat atau ruh reformasi sudah hilang, cuma ianya hanya bagaikan bom jangka yang kapan saja bisa meledak. INilah benih reformasi yang ditanam oleh guru kita DSAI sepuluh tahun lalu. Pesanan keramat dari guru bagaikan sebuah acuan yang makin membesar dan terbentuk sesuai dengan apa yang telah diacu masa itu. Rialitinya sekarang, arogan UMNO-BN sudah hampir sampai ke penghujung jalan dan rakyat semua kaum telah membuktikan komitmen mereka dalam PR-12 yang lalu serta mereka juga telah bulat menerima DSAI sebagai pengganti PM Malaysia. Kami dari HR9808 mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada DSAI, seluruh pemimpin Pakatan Rakyat dan jentera parti (PKR, PAS, DAP) dan seluruh pejuang rakyat yang berani membuat keputusan pada 8 Mac yang lalu.

3. Reformis yang tidak pernah menagih apa-apa sebelum ini mahu dihimpunkan semula agar terus hidup keikhlasannya dan berperanan sesuai dengan kehendak era baru ini. Alangkah ruginya rakyat dan Pakatan Rakyat jika puluhan ribu tenaga reformis masih terabaikan dan kontribusi mereka tidak dioptimalkan untuk rakyat. Kami yakin reformis sejati adalah reformis yang terbentuk dari gelombang kesedaran rakyat yang meletakkan halatuju untuk rakyat di depan mereka. Inilah karektor seorang reformis dan mereka perlu ditemukan lagi untuk kali yang terakhir. Kami menyedari penyatuan visi dan misi, bukan suatu kerja yang mudah tapi kami yakin ianya akan terbentuk secara bertahap setelah segala keraguan dan syak wasangka antara satu sama lain mencair dalam sebuah keyakinan. Keyakinan inilah yang menjadi paksi kepada kekuatan bagi sebuah perjuangan. Maka syarat utama kemenangan rakyat di Malaysia sebenarnya sudah hidup subur dalam diri anda semua… anda semua adalah pejuang rakyat..Inilah hakikatnya bahawa ..Pejuang Reformasi belum mati!

4. HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan. Tanpa mempersempit pengenalan diri dari segi agama, bangsa, warna kulit, bahasa dll. Yang penting reformis yang mahu berjuang bersama dalam sebuah sistem yang dasarnya adalah untuk memperjuangkan keadilan dan menentang segala bentuk kezaliman selari dengan dasar Pakatan Rakyat. Bukan menjadi wadah upahan atau semata-mata wadah jalanan yang hilang pedoman ketika berdepan dengan keadaan tertentu. Kita juga, asasnya telah punya jalinan dan akan meningkatkan kerjasama dengan reformis di beberapa Negara ASEAN seperti di Indonesia, Thailand, Fillipina,Singapura dan beberapa Negara lain. Bahkan perkembangan terbaru di Indonesia, golongan reformis muda dari PKS dan PAN diterima baik oleh rakyat di Jawa Barat (jumlah pengundi yang layak mengundi sekitar 39 juta jiwa dan yang keluar mengundi 27 juta jiwa- Reformis memperolehi lebih 40% undi) sehingga memenangkan pemilihan Gabenur dan Wakil Gabenur serta mengalahkan calon dari partai politik senior di Indonesia iaitu GOLKAR dan PDIP. Ini semua adalah berkat kerja padu/solid dari seluruh elemen yang ada dalam masyarakat bersama dengan kebijakan umum yang konsistan dari partai tadi. Sebagai reformis sudah tentu model dan pengalaman reformis di Indonesia dan beberapa Negara ASEAN yang lain patut dikaji terutama oleh HR9808 dan kita berharap akan dapat mengadakan diskusi antara reformis di peringkat NUSANTARA di masa akan datang. Ini juga memberi erti bahawa makna reformasi amat luas dan bukan milik seseorang atau sesuatu kaum atau zaman tetapi reformasi adalah suatu gerakan kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan, menentang segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan di mana sahaja di bumi ini. Maka mari kita lupakan fahaman sempit yang mengongkong kita untuk terus berjuang dalam satu barisan yang tersusun rapi, sambung bersambung sejak dulu sampai kita pastikan nikmat keadilan, kebebasan dan kesejahteraan rakyat dapat dikecapi melalui jalur undang-undang yang sedia ada khasnya di bumi Malaysia yang tercinta ini. DSAI pernah mengungkapkan kata-kata keramat kepada kita semua di tahun 1998.. Jika tidak minggu ini, minggu depan, jika tidak bulan ini, bulan depan, jika tidak tahun ini tahun depan..” ianya pasti tiba insyaallah..Dan sekarang ianya makin terasa amat dekat….

Sdr dan sdri yang dihormati,

5.HR9808 masih diperingkat awal dan memerlukan nasihat, teguran, pandangan, kerjasama dari seluruh warga reformis samada yang aktif atau tidak. Terutama dari guru-guru kita yang terdahulu, DSAI dan pimpinan Pakatan Rakyat. Begitu juga dua tokoh yang bersama kita pada hari ini, YB Tien Chua dan YB Tn Hj, Saari Sungip yang telah membuktikan komitmen mereka kepada perjuangan rakyat sehingga saat ini. Dan kita juga tidak akan melupakan tokoh-tokoh pejuang reformasi sebelum dari 1998 yang ikhlas berada dalam PAS, DAP, JIM, ABIM, Haluan, Isma, Suaram dan terlalu banyak NGO yang masih konsistan hingga sekarang. Semoga Allah mengurniakan kebaikan yang tidak terhingga ke atas mereka dan jika yang telah meninggal dunia pahala yang berterusan dari benih perjuangan mereka datang mengalir tanpa hentinya. Aminnn (alfatihah buat mereka semua Allahyarham Tuan Guru Fadhil Noor, Pak Lang, Omar Tan dll…)..

Sdr dan sdri yang berbahagia,

6.Semoga melalui HR9808, para reformis yang mahu terus berkhidmat kepada rakyat dari luar parti dapat menyalurkannya dengan meletakkan komitmen taat setia kepada pimpinan Pakatan Rakyat. Marilah kita bersatu dan memfokus kepada gerakerja yang bijaksana, lebih tersusun dan tidak terkeluar dari kerangka strategi umum Pakatan Rakyat.Kita juga berharap dengan adanya pedoman ini segala aktiviti yang mungkin boleh merugikan rakyat dapat dielakkan.Kita mahu menjadi pemangkin dan turut bantu dari luar parti untuk mempercepatkan proses mencapai kemenangan kepada Pakatan Rakyat di Malaysia. Kita tidak mahu potensi besar ini dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (UMNO-BN) atau menjadi tenaga upahan pihak tertentu untuk merosakkan nama baik Pakatan Rakyat atau reformis di mata rakyat. Sekalipun rakyat jelas menolak golongan seperti ini tapi kejadian fitnah yang dilontar oleh Dr. Chandra, Roslan Kassim dan yang sama dengannya terlalu konyol, amat menyakitkan hati reformis dan pada hari ini kita berikrar melalui HR9808 kita akan memastikan kejadian seperti itu tidak akan berulang lagi dengan cara yang terbaik. Kita menyeru kepada semua pejuang reformasi agar saling hormat menghormati, saling menghargai dan dapat kembali semula ke landasan perjuangan dengan penuh besar hati…

Sdr dan sdri yang mulia,

7. Reformis yang tidak berparti dan masih kental dengan semangat perjuangannya perlukan sebuah wadah bersistem yang dapat meningkatkan kualiti keperibadian diri, terbina adunan berfikir yang jauh dan matang, berkomitmen dan berdisiplin dengan agenda perjuangan, memahami kaedah berorganisasi yang kukuh/solid serta akur dengan ketentuan strategi wadah sekalipun bercanggah dengan kepentingan peribadi. Ini semua akan disusun mengikut modul yang telah teruji keberhasilnnya di beberapa negara di dunia dengan ubah suai acuan lokal.

Akhirnya, kita bermohon agar pertemuan kita pada malam ini mendapat keberkatan dari Allah swt dan tekad perjuangan kita terus hidup subur dalam jiwa kita sehingga samada kita menang di dunia atau gugur sebagai pejuang.

Terima kasih kepada para tamu pejuang yang turut hadir pada malam ini dari seluruh Malaysia dan segala kekurangan dari pihak panitia kami memohon maaf.

Mustapa Mansor

Ajk Hr9808




3 comments:

  1. Salam buat Sdr Mansur,saya telah melibatkan diri dalam demontrasi jalanan selama hampir 10thn.Boleh dikatakan saya mengenali hampir keseluruhan pejuang-pejuang demontrasi jalanan.Dalam setiap siri demontrasi yang saya hadiri,saya tidak pernah melihat atau terpandang walausekalipun atau sekilas kelibat wajah saudara...adakah dengan menghimpit pemimpin,itu dikatakan reformis????apakah ukuran yang membezakan antara reformis tulen dan pembodek???Saudara,komen saya ini mungkin terlalu pedih tetapi saya berhak berkata demi kebenaran.Bila anwar ibrahim mula dibebaskan dari penjara,masa itu terlalu ramai dan wujudnya muka-muka dan wajah baru yang kami langsung tidak kenal.Mengaku sebagai reformis dan pejuang yang kononnya berjuang bermati-matian kerana anwar dan rakyat...mereka-mereka ini hanya mengejar pangkat dan glamour serta kepentingan mereka sendiri tanpa memperdulikan orang lain yang benar-benar berjuang dengan jujur dan ikhlas kepada rakyat dan parti.Pada sahabat-sahabat di luar sana,hentikanlah dari mengunakan kesusahan dan kesengsaraan perjuangan orang lain demi untuk kepentingan dan populariti peribadi diri sendiri.SALAM PERJUANGAN BUAT TEMAN-TEMAN.

    ReplyDelete
  2. ALAMAK...MODERATOR KOMEN.TAK TELUS LAH BLOG NI.

    ReplyDelete
  3. sdr yang dihormati, terima kasih atas komentar sdr.Sdr Mustapa Mansor adalah seorang biasa yang tidak ada gelaran apa-apa dan tidak juga menjadi pengampu atau penyapu kepada sesiapa. Mustahil sdr kenal semua dari ratusan ribu reformis dan rasanya persepsi sdr amat terhad untuk membuktikannya. Lebih baik sdr ketemu beliau dan berbincang dari hati ke hati tentang pemahaman beliau tentang konsep reformasi/islah/kaikek supaya sdr rasa puas.Dalam IKRAR kami mementingkan kepada pemafahaman yang jelas dalam perjuangan bukan sekadar ikut ikutan.Bagi kami reformasi adalah satu perjuangan yang mulia dan pemikulnya juga adalah mereka yang berbudi serta berakhlak mulia.Reformasi bukan bakul tempat para perusuh yang hilang kendali atau perosak tanpa peduli tapi ianya adalah sebuah gerakan peradaban bagi mengangkat nilai manusia ke tahap yang lebih tinggi dan mulia. Tahniah atas keberaniaan sdr dan kejujuran sdr mengungkap erti reformasi yang sdr fahami. Silakan datang dan kita berbincang dari hati ke hati soal martabat diri seorang pejuang.Mohon maaf kami bukan mahu menonjolkan diri atau terlalu taksub kepada Mustapa Mansor tapi beliau dan beberapa AJK hr9808@IKRAR adalah mereka yang terlibat semasa penubuhan PKN peringkat awal di WP khasnya. Beberapa kali perhimpunan besar mereka terlibat sebagai kordinator . Nasihat kami, Janganlah rosakkan amal kita sdr dan kami tidak mahu mengungkapkan ini semua kerana mudharatnya lebih banyak dari faedahnya.Sila dapatkan info dari mereka yang awal di WP atau di Malaysia tentang nama-nama yang sdr masih ragui.Kami sangat menghargainya dan berharap dapat bertemu sdr segera.Sila tinggalkan no hp sdr dan kita ketemu bersemuka.Jangan beri peluang kepada musuh mentertawakan kita semua kerana pendeknya ukuran pemahaman kita tentang perjuangan..

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!