IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
15 DIS
Hampir 15 minit saya dapat bercakap melalui telepon dengan salah seorang kawan yang juga mempunyai kondominium di lereng Bukit Antarabangsa. Beberapa info yang diberi dan keluhan beliau membuatkan hati terasa begitu pedih. Beliau biasa sahaja kerana tidak menjadi masalah jika hilang satu ada lagi harta yang lain tapi bagaimana pula yang hanya punya satu tempat tinggal. Sudah pasti hidup mereka gelap dan dihantui mimpi ngeri pada setiap bulan terbayang surat bank akan berdatangan tanpa henti menuntut bayaran ansuran yang belum selesai. Suasana hening damai dan hijau bertukar menjadi kepanasan api membakar.
Jadi saya simpulkan seperti di bawah:
1. Alam telah berani membuktikan betapa busuk dan kotornya tangan-tangan manusia mengurus alam ini sehingga kerana wang RM nyawa tergadai. Tangan-tangan sebelum ini ialah dari BN-UMNO yang kebanyakan perut mereka buncit mengembung setelah melantak wang rasuah berabad-abad lalu. Ada juga yang nak cuci tangan dan buat seperti rakyat di Malaysia tak pernah bersekolah dengan sepenuhnya menyalahkan alam. Kita patut ludah kahak ke muka mereka ni..!!
2. Projek boleh lulus bukan kerana hasil kajian tapi kerana ketebalan fulus yang masuk dalam kantong pemerintah sebelum ini. Pemaju berani buat kerana dapat izin, dapat izin dari siapa? Semua akan dapat jawapannya. Jika hasil pada 19 Dis ini dikemukan oleh JKR bercanggah dengan hasil kajian sebelum Kerajaan PR maka confirm ada penyelewengan dari semua agensi yang terlibat. Toyo wak tempe yang berlagak macam gensgter di DUN oatut diheret ke mahkamah atas kelalalaian beliau mentadbir Selangor sebelum ini. Jangan lepaskan mereka yang terlibat kerana ianya amat merbahaya kepada kepentingan rakyat terutama di lereng bukit sekitar Selangor. Tampungan air akan pecah salah siapa? Rakyat patut bogelkan pemimpin yang telah melakukan kebejatan kepada masa depan alam dan rakyat.
3. Semoga semakin banyak lagi bukti alam yang muncul supaya rakyat lebih faham betapa rosaknya sistem pemerintahan yang diasaskan dari rasuah dan penipuan. Jadi penduduk sekitar yang terlibat mohon bersatu dan bekerjasama untuk menuntut hak sdr-sdr semua. Jangan hanya bising di media dan bergaduh sesama sendiri tapi bersatulah untuk nasib sdr semua!! Lantiklah peguam yang berkebolehan untuk menangani dari sudut undang-undang. Ini bukan isu politik tapi ini isu kebajikan rakyat dan masa depan rakyat. Nasib mereka digadai untuk sebuah impian di negeri mereka sendiri. Harapkan pagar makan padi, harapkan menteri dia cabut lari.
4. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus siang dan malam membantu terutama kerajaan PR yang mengambil inisiatif bertindak cepat tanpa menanti-nanti dari pusat.
Kebenaran mendiami rumah Kerajaan Negeri umum selepas kajian
Saidah Hairan | Foto Wan Zahari Wan Salleh Sun | Dec 14, 08 | 9:07:37 pm MYT | |
KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor akan mengumumkan hasil siasatan berhubung kebenaran mendiami rumah mereka yang terlibat dengan runtuhan tanah di Taman Bukit Mewah dan lima kawasan yang berhampiran dengan runtuhan tersebut. Pengumuman tersebut akan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 Disember iaitu selepas hasil siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya Persekutuan dengan Kumpulan Ikram. Menurut beliau, JKR Persekutuan dan kumpulan Ikram akan membuat kajian bagi menentukan mana-mana kawasan yang boleh didiami semula. "Jika didapati kawasan tersebut tidak boleh didiami atas sebab risiko tanah runtuh kerajaan negeri akan memberi penerangan dan membantu menyelesaikan masalah penduduk terlibat," katanya dalam sidang media di Taman Bukit Mewah. Khalid mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Penduduk runtuhan tanah Bukit Antarbangsa jam 4.30 petang tadi untuk mendengar rintihan masalah yang dihadapi. Menurut beliau dalam tempoh satu bulan selepas mengumumkan hasil kajian tanah di Taman Bukit Mewah, kerajaan negeri akan mengumumkan pula risiko mendiami kawasan di persekitaran Bukit Antarabangsa. Lima kawasan yang terbabit tidak boleh didiami kondominum Impian Selatan, rumah teres Jalan 6 Taman Bukit Cahaya, Jalan Wangsa 9 dan Jalan Wangsa 11. "Beberapa kemudahan kita telah sediakan antaranya tempat tinggal sementara di sekolah kebangsaan Ulu Klang dan hotel anak syarikat kerajaan negeri D'Palma Ampang dengan diskaun sebanyak 50 peratus," jelasnya. Bagi menyelesaikan masalah penduduk yang kurang mendapat maklumat akibat runtuhan tanah Khalid berkata, penduduk boleh membuka website www.bukitantarabangsa.com. Beliau turut mencadangkan kepada Pegawai Daerah supaya setiap rumah pangsa akan diadakan satu kabel maklumat. _ |
Beberapa bukti yang kerajaan BN-UMNO sudah hilang pedoman dan haluan untuk membela nasib rakyat sebelum ini sehingga beberapa strategi mereka yang tak masuk akal.....(maaf ..boleh tergolong dalam ketegori dungu..Cot.Melaka..)
Ali Rustam terdesak tarik balik larangan lawat Kelantan
Lanjusoh Sun | Dec 14, 08 | 6:28:29 pm MYT | ||||||||||
KOTA BHARU, 14 Dis (Hrkh) - Lapan tahun lalu, Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam melarang kakitangan kerajaan negeri terbabit melawat Kelantan, namun beberapa hari lalu tegahan itu tiba-tiba ditarik balik. Apakah motif tersebut, sedangkan tindakannya sebelum ini jelas bersifat dendam politik. Biar pun larangan itu mengambil masa selama lapan tahun, namun ia seperti tidak pernah diendahkan kakitangan kerajaan Melaka apabila banyak rombongan datang di sini ketika larangan masih berkuatkuasa. Malah, Mohd Ali sendiri keluar masuk kampung di Pasir Mas ketika berlangsung pilihan raya kecil Dun Pengkalan Pasir pada Disember 2005. Bagi Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka itu disifatkan sebagai seorang yang hipokrit dan menjadi pengampu besar dalam Umno. "Negeri-negeri lain yang juga diperintah Barisan Nasional tidak pernah melarang kakitangan mereka melawat Kelantan seperti dilakukan Mohd Ali. "Tindakan terbarunya tidak lain lagi kerana mahu menonjolkan diri kononnya sebagai seorang pemimpin yang terbuka bagi melayakkannya dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan," katanya di sini. Baru-baru ini Mohd Ali mengumumkan menarik balik larangan kepada kakitangan kerajaan Melaka daripada melawat Kelantan ketika melancarkan Tahun Melawat Melaka di sini. Abdul Latif berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri tidak nampak Ketua Menteri Melaka itu ikhlas apabila tiba-tiba menarik balik larangan kakitangannya daripada melawat Kelantan. "Sebenarnya keputusannya itu mempunyai hasrat terselindung bagi mencari penyokong di kalangan perwakilan Umno di negeri ini untuk mencapai impiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya. Bagaimanapun beliau menyambut baik tindakan dilakukan Mohd Ali dan mendoakan semoga diberi hidayah oleh Allah Taala supaya kembali ke landasan Islam sebenar. - mj _ Terengganu masih teruskan saman royalti
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!