foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, December 13, 2008

Aktivis JERIT dizalimi polis dan undang-undang Malaysia..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

14 DIS

Terlalu mudah untuk pihak polis mengambil tindakan dan menakut-nakutkan rakyat dengan kuasa undang-undang di tangan mereka. Cara begini adalah cara zaman feudal dan amat kolot. Inilah era demokrasi Malaysia boleh. Yang boleh hanya dari sebelah BN-UMNO tapi yang lain tak boleh, yang lain mengancam keamanan, yang lain mengganggu ketenteraman awam dan seribu macam jenis akta yang bakal digunakan.

Saya sempat membaca beberapa kenyataan dari kedua media saya dapat seimpulkan begini:

1. Amat jelas kerajaan BN terlalu takut dengan agenda perubahan yang dibawa oleh PR apatahlagi jika melibatkan kebobrokan polis dan agensi kerajaan yang sepatutnya membela rakyat dan tidak berpihak ke mana-mana pihak. Inilah cara komunis dan sosialis di kebanyakan negara yang berpegang kepada fahaman ini. Mereka tidak sanggup menerima pandangan merdeka yang bebas berbicara soal nasib rakyat. Tapi semuanya dipaksakan untuk menerima apa yang dikatakan oleh pimpinan BN.

2. Rakyat Malaysia sebenarnya masih diperbudak oleh golongan bangsawan politik BN dan fenomena ini akan berterusan selagi mereka memegang tampuk pemerintahan. Mempertahankan kepentingan kuasa kelompok dengan alasan menjaga keamanan negara bukan sahaja merupakan sebuah penipuan bahkan ianya melambangkan betapa rapuhnya kecintaan mereka kepada negara yang memberi kesejahteraan kepada rakyat. Kepentingan rakyat hanya bermain dibibir dan teori usang dasar perjuangan mereka. Sampai bilapun rakyat akan diperbudak oleh BN selagi mereka menang dan inilah strategi mereka sehingga rakyat tidur lena dalam dakapan pemerintahan mereka.

3. Para pejuang perubahan jangan berharap kepada sambutan permaidani merah dari pemerintah yang zalim (BN-UMNO) kerana kepentingan mereka, anak cucu mereka dan kroni mereka ada di tangan mereka. Jika mereka jatuh hasil dari agenda perubahan ini bermakna hilanglah segalanya masa depan mereka. Bersiap sedialah untuk yang terburuk dari musuh sdr dan bersabarlah dengan kezaliman ini. Teruskan apa yang terdaya dan pasti suatu hari nanti perjuangan rakyat akan berjaya. Yang terdekat ialah di Kuala Terengganu. Ayuh kita timbangkan BN melalui kerusi Parlimen yang dikosongkan dan berdoalah agar lebih banyak lagi kerusi yang dikosongkan sehingga kezaliman BN-UMNO lenyap dari bumi Malaysia.

Beberapa kenyataan dari kedua media:

Mohamad Sabu kecam penangkapan aktivis Jerit
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Dec 14, 08 | 12:20:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengecam tindakan menangkap aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang mengambil bahagian dalam kempen berbasikal menuntut perubahan dan menyifatkan polis masih belum keluar dari alam lama apabila begitu rakus mengambil tindakan itu.

"Saya setuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Siva Subramaniam yang menyatakan Malaysia akan menjadi bahan ketawa kerana menangkap rakyat yang berbasikal menuntut perubahan," katanya.

Pihak polis, katanya, masih terperap dan belum keluar dari alam lama yang begitu ghairah menjadikan pembangkang dan aktivis yang membantah kerajaan sebagai sasaran.

"Asyik memburu pembangkang, jenayah berleluasa bukan sahaja tidak ditangani dengan sewajarnya malah Ketua Polis Negara didakwa mengemukan statistik dan data yang meragukan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri.

"Bila kita kata asyik buru pembangkang dan jenayah tidak dibenteras dengan sewajarnya, polis berdalih pula kononnya tak cukup masa nak banteras jenayah sebab terpaksa bertugas mencegah aktiviti pembangkang.

"Untuk kepentingan siapa perangi aktiviti pembangkang? Aktiviti Umno yang dilihat sarat dengan perkauman dibiarkan," katanya.

Mohamad Sabu yakin, selagi polis tidak keluar dari alam lamanya, negara ini tidak akan aman dari jenayah.

Hampir 100 orang aktivis Jerit yang menyertai kempen "Rakyat Pengayuh Perubahan" telah ditangkap polis semata-mata kerana berbasikal menuntut perubahan di negara ini.

Lebih buruk lagi, seorang aktivis Jerit, Helen Mary Johnson mengadu buah dadanya dicabul oleh polis dalam pergelutan di Kuala Kangsar Selasa lalu.

Tindakan polis itu dilakukan ketika laporan akhbar The Sun menyatakan bahawa ahli-ahli perniagaan Malaysia menyifatkan polis adalah pihak teruk terlibat dengan rasuah di negara.

Sebelum itu, dalam usul untuk memotong gaji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar sebanyak RM10, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang mendedahkan Musa terlibat dalam mengeluarkan surat meminta Perdana Menteri meluluskan pelantikan Web Power Sdn Bhd untuk membekalkan sistem komunikasi digital kepada Bukit Aman dan penyewaan 32 helikopter untuk kegunaan polis.

Penasihat DAP itu juga menyifatkan statistik yang dikemukakan oleh Musa yang menunjukkan kadar jenayah di negara ini adalah lebih rendah berbanding Jepun dan Hong Kong sebagai "paling menipu dan tidak dapat diterima".

Sebagai contoh, kata Lim, kes pembunuhan bagi setiap 100,000 penduduk adalah 1.09 kes di Jepun, 0.26 kes di Hong Kong sedangkan di Malaysia 2.12 kes.

Bagi kes rogol bagi setiap 100,000 penduduk pula adalah 1.62 di Jepun, 1.54 di Hong Kong manakala di Malaysia pula setinggi 11.47.

Lebih buruk lagi kes rompakan bagi setiap 100,000 penduduk di mana hanya 4.78 kes di Jepun, 17.56 di Hong Kong dan setinggi 90.49 di Malaysia._


Aktivis Jerit diminta edar statistik jenayah di KT
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Dec 14, 08 | 12:48:23 pm MYT

KUALA LUMPUR, 14 Dis (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berharap aktivis Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) yang terlibat dalam kempen berbasikal ke seluruh negara untuk menuntut perubahan supaya datang beramai-ramai ke Kuala Terengganu dan mengedarkan statistik jenayah di negara ini.

Beliau berkata demikian mengulas gertakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang menyatakan polis akan menyiasat dalang atau penaja kempen berbasikal yang bertemakan 'Rakyat Pengayuh Perubahan' itu.

"Bawa statistik jenayah seluruh negara. Berapa kes bunuh, rompakan dan rogol yang berlaku di negara ini ketika polis semakin ghairah menjadi aktivis penjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN).

"Edarkan kepada rakyat Kuala Terengganu yang akan menghadapi pilihan raya kecil berapa banyak kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan termasuk kes penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kes penculikan dan kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, kes rompakan mikrocip RM50 juta di Zon Perdagangan Bebas Batu Maung, kes kehilangan dadah dalam simpanan polis Johor dan semua kes yang tidak selesai yang mungkin memaksa kita menunggu sehingga kucing bertanduk untuk melihat kes-kes itu diselesaikan," kata beliau. Image

Selepas kesemua statistik itu diedarkan di Kuala Terengganu, Mohamad Sabu meminta Jerit mengedarkan pula statistik tersebut ke seluruh negara dan beliau yakin dapat meminta kerjasama ahli-ahli PAS untuk mengedarkannya.

"Panggil kesemua media dalam negara dan media luar negara yang ada wakilnya dalam negara ini untuk membuat liputan.

"Kita hendak lihat adakah polis akan memerangi rakyat yang tertindas menyebarkan statistik yang sememangnya telah disiarkan kepada orang ramai itu.

"Kalau menyebarkan statistik yang sememangnya telah disiarkan kepada orang ramai dianggap salah, apa sebab salah dan undang-undang mana yang menyatakan perkara itu salah?" katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Ismail berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang menganjurkan perarakan tanpa permit tersebut, walaupun mereka merupakan ahli politik.

"Aktiviti ini secara tidak langsung terdapat elemen yang melanggar undang-undang negara kita kerana terdapat perhimpunan, perjumpaan dan perarakan tanpa permit," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam perarakan itu "atau tindakan undang-undang sedia ada akan digunakan"._

Media korup BN pula>>>

Polis cari dalang Jerit

(HR9808: komen sikit: tak perlu guna dalanglah...banyak perkataan lain lagi...!!! Inilah Utusan ...alahai..)

KUALA LUMPUR 13 Dis. - Polis telah memulakan siasatan terhadap sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) bagi mengenalpasti dalang di sebalik pertubuhan itu yang menganjurkan kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, tindakan itu diambil selepas kegiatan yang dianjurkan Jerit di beberapa negeri di utara Semenanjung didapati tidak sah di sisi undang-undang serta menggugat ketenteraman awam.

"Polis juga mendapati beberapa ahli politik turut mengambil bahagian dalam kempen berkenaan yang tidak mendapat kelulusan permit daripada polis, jadi kita akan meneliti perkara itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Mess Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini hari ini.

Tegas Ismail, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya mendapati mana-mana pihak atau individu yang terlibat termasuk ahli politik.

"Polis ingin tegaskan di sini, sesiapa saja yang didapati mendalangi penganjuran apa jua kegiatan haram, mereka yang bersalah kena bertanggungjawab.

"Tidak kira siapakah kamu, besar atau kecil, undang-undang perlu dihormati," katanya.

Dalam pada itu, Ismail turut membidas tindakan Jerit yang memperalatkan kanak-kanak dalam kempen mereka untuk mencapai agenda mereka.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai sebarang perarakan atau perhimpunan yang dianjurkan Jerit.

Pada 9 Disember lalu, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. D. Jeyakumar adalah antara 45 aktivis Jerit yang ditahan polis selama beberapa jam kerana menghalang tugas polis.

Difahamkan, ekspedisi yang disertai 65 orang itu akan singgah di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sebelum ke Parlimen untuk membuat tuntutan rakyat kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!