foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, April 30, 2008

TAKAFUL BUAT REFORMIS.........

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Pakatan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)



1 May.

Hari Buruh disambut begitu meriah di seluruh dunia oleh warga buruh kecuali di Malaysia. Yang berminat menyambutnya hanya dari PR kerana menyedari betapa pentingnya buruh bagi sebuah negara. Semoga para buruh akan terus menilai kebaikan dari PR dan membalasnya pada PR-13 nanti.

3 ptg bertemu dengan wakil pemandu teksi di KL dan jam 5 ke Kg. Baru untuk melihat hasil rakaman penuh dialog YB dan reformis 19 Apr lalu. Kata penerbit mungkin siap dalam minggu depan..Terus ke kedai Ali dekat masjid KG. Baru. Pada tahun 1998 hampir setiap minggu reformis dari daerah berdekatan berkumpul solat maghrib di sini dan selepas itu bergerak menuju ke tempat yang diarahkan. Ribuan manusia entah dari mana bertemu dan berkumpul dan pernah juga pada suatu malam hampir terjadi kematian jika sb polis tersilap tembak dan diserbu oleh para reformis pada malam itu. Kejadian berlaku berdekatan dengan simpang empat dekat Masjid dan sekarang ada sebuah kedai jual frame gambar. Sejarah di Masjid ini terlalu banyak untuk diingatkan tapi cukuplah sekadar mengenangkan betapa rakyat berbilang kaum boleh berkumpul untuk menyatakan pendirian mereka tentang kezaliman Mahathir terhadap Anwar. Masjid boleh menjadi titik bertemu semua kaum tanpa prejudis. INilah kekuatan rakyat dan kekuatan inilah yang menakutkan Mahathir masa itu.

Sambil minum air asam jawa dan makan mee bandung fikiran melayang jauh ke tahun1998 di lorong-lorong Kg. Baru yang memang strategik untuk melarikan diri bila dikejar oleh SB dan FRU. Pak Din kene hentak kepalanya di tiang lektrik juga tak jauh dari Masjid. Dan ramai lagi yang dipukul dan diheret oleh SB dan FRU masa itu tapi pada minggu seterusnya tetap ada seperti kecanduan demo bahkan jika tidak demo minggu itu terasa kosong. Yang pasti ialah rasa kebencian kepada Mahathir masa itu makin memuncak kerana dia memang suka buat rakyat benci dia masa itu. Tapi kebanyakan pemimpin UMNO-BN membisu macam tak ada otak dan rasa. Rupa-rupanya sampai sekarang juga sama. Dah 10 tahun berlalu tapi mentaliti pemimpin UMNO-BN masih sama bahkan makin teruk.

Sekarang Kg. Baru makin berubah dan lebih rapi terutama di jalan utama. Cuma agak panas kerana banyak pokok besar telah ditebang dan pokok pengganti masih kecil. Semoga bumi Kg. Baru menjadi saksi bahawa perjuangan reformasi pernah berlaku di situ dan berkat usaha rakyat masa itu sekarang satu persatu negeri jatuh ke tangan rakyat...

5.30 ptg kami bertemu ajk IT untuk serahkan beberapa dokumen bagi upload ke blog rasmi IKRAR..Sebenarnya blog hr9808 adalah blog lebih memfokus kandungannya kepada sdr Muslim kita di seluruh dunia tapi www.ikrar2u.wordpress.com lebih kepada blog rasmi yang sesuai untuk semua kaum dan agama. INi bukan bermakna ada pemisahan bahan tapi lebih kepada penyesuaian kandungan agar tidak timbul salah faham terhadap agama masing-masing. Kepada para ajk sila hubungi biro IT untuk bantu terjemahkan bahan dalam beberapa bahasa agar informasi kandungan IKRAR lebih meluas dan sampai ke semua pihak tanpa menimbulkan masalah dari segi kekeliruan terjemahan kandungan. Kami jangkakan dalam bulan Jun sekurang-kurangnya 5 bahasa utama akan dipaparkan di www.ikrar2u.wordpress.com

6.30 ptg balik ke Masjid India. Selepas solat Maghrib bertemu dengan
abang Mazlan Bidin dari JB di Faeza maju. Sempat berbincang tentang program di Johor dan dialog asas tentang IKRAR. Alhamdulillah beberapa idea baru dan matang dapat dipetik dari pertemuan tadi. Antaranya;

a- Visi dan misi IKRAR fokus untuk nasib, hak dan kebajikan rakyat tanpa kompromi.
b. Nasionalisma dan beberapa isme yang ada di dunia (perlu masa lebih..nanti).
c. Salah satu cara untuk membantu nasib reformis dan rakyat ialah melalui takaful maka setiap kali pertemuan ajk dan program IKRAR, borang takaful akan diedarkan supaya jika terjadi apa-apa takaful akan bantu cover. Salah seorang reformis baru-baru ini meninggal dunia tapi pembelaan terhadap keluarganya amat terbatas sekali. Lalu kami lancarkan takaful untuk kepentingan reformis dan rakyat. Ahli IKRAR akan mendapat beberapa keistimewaan dari skim yang dilancarkan tidak lama lagi. Pada hari ISnin 5 May, 5 ptg taklimat takaful akan diadakan bersama dengan konsultannya.
Konsultan di bidang ini sila hubungi:Syed 017 3491980
d. Program dialog di JB dalam bulan Julai.
Minta bantuan abang Mazlan untuk urusan di JB. ..
Jam 10 balik ...

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!