foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, April 23, 2008

NASIB ANAK TAHANAN ISA....

HR9808 @IKRAR adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

24 Apr

Sebelum tidur sempat membaca kisah malang anak-anak tahanan ISA yang sangat meresap ke jiwa.....sedikit sedutan dari harakahdaily...

ImageAduhai hati, siapalah yang tahu penderitaan dan kesayuan yang dirasai Suhaib ini. Bagi kita yang dewasa, jika kehilangan orang tersayang pun sudah cukup meruntun hati. Apatah lagi bagi Suhaib, yang menyaksikan sendiri bapanya dibawa pergi, di tengah malam, enam tahun lalu.

Bermula saat itu, hidupnya tidak seindah kanak-kanak lain. Hatinya tersentuh setiap kali melihat kemesraan kanak-kanak lain bersama ibu bapa mereka. Hati kecilnya sering tertanya-tanya, bilakah abah yang dikasihinya akan menghirup udara kebebasan dan berpeluang kembali mencantum kebahagiaan mereka sekeluarga.

Seringkali Suhaib mendengus dan merungut, seolah-olah menyesali dengan apa yang terjadi. Apalah anak sekecil itu, yang sememangnya memerlukan kasih sayang seorang bapa mampu menghadapi dugaan maha perit ini?

Namun, dalam rontaan hatinya yang membenci tindakan ISA itu, dia tetap seorang anak yang kuat dan tabah. Walapun sesekali dirinya tewas dengan ketabahan yang dipupuk uminya sejak abahnya diheret pergi. Dia tetap seorang anak yang cekal, biarpun di hatinya hanya Allah yang mengetahui bebanan perasaan yang ditanggungnya.

'Kehilangan' abahnya cukup membuatkan perkembangannya tergugat. Anak yang kini sedang dalam proses membesar ke alam remaja sudah tentu memerlukan seorang bapa bagi membantunya menempuh alam baru.

ImageJika bapanya memang sudah tiada di dunia, mudahlah hati anak kecil itu dipujuk dan dikhabarkan berita itu. Malah, jika bapanya di penjara dalam tempoh yang diketahui akan berakhir sekalipun, pasti mudah dia menerimanya.

Namun, apa yang dilakukan ISA ini, benar-benar tidak berperikemanusiaan. Sudahlah terkepung tanpa bicara yang boleh membuktikan bapanya bersalah, pembebasan bapanya juga menjadi tanda-tanya dan mengikut sesuka rasa pihak pemerintah.

Baik lagikah ISA ini dalam masyarakat? Apakah ketenteraman negara ini akan terjejas sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang dituntut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) selama ini?

IKRAR: Perbuatan zalim dan tidak manusiawi ini adalah tanda dungu dan rendah moral yang sangat menakutkan di kalangan pemimpin Malaysia UMNO-BN. Dungu 40 x lipat ni terbukti bila dah kalah 5 negeri masih nak teruskan tahanan ISA lagi...??? Hamid algebar.. hang ni betui tarak otaklah..Dolah altiduri ni kita bagi tilam ajelah.. ... Najib almonggoli memang tak habis-habis geli ni....satu albakui depa ni....Kebejatan ini di waktu yang sama juga adalah akibat sudah hilangnya hati nurani (fithrah insaniah) terlanjur makan rasuah puluhan tahun, berbuat dosa menipu rakyat setiap saat walaupun solat 10 x sehari tak guna hoi..solat hangpa tu kosong ..kerana dosa zalimi orang bukan main-main...lalu hasilnya hati jadi gelap gulita. Rasa (sense) nya sudah hilang...dan hati yang sama jugalah yang akan membawa mereka ke neraka....

Duhai...anak-anak, para isteri dan para ibu bapa dan saudara mara tahanan ISA, kami menyeru agar terus bersabar, berdoa dan ungkapkan apa sahaja keluhan anda kepada siapa sahaja. Jangan disimpan dalam hati dan fikiran, luahkan biar luahan ini menjadi sebuah gelombang besar yang boleh meruntuhkan tembuk (Kemunting )pemisah orang-orang yang anda cintai...

IKRAR sedia bekerjasama dengan GMI untuk teruskan kempen yang sedang berjalan dan melakukan desakan yang lebih bermakna buat tahanan, para isteri dan anak-anak tahanan ISA semua.." Ya Allah, Kau Maha Tahu akan betapa peritnya saudara kami berpisah dengan anak-anak dan isteri selama beberapa tahun, Ya Allah, kami sangat kasihan melihat penderitaan mereka dan kami juga tidak ada kemampuan untuk membebaskan mereka dari tembuk itu, Kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah, kasihanilah mereka ya Allah!!! SI durjana yang mengurung mereka, Kau hancur musnahkan kekuatan mereka dan Kau campakkan dalam hati pemimpin zalim ini rasa belas kasihan kepada saudara kami dan rasa takut amat sangat di hati mereka sehingga mereka membebaskan saudar-saudara kami. Ya Allah, jika mahu turutkan hati kami, kami mahu para penzalim ini dihina di dunia lagi dengan apa sahaja...tapi kami tidak mahu rosakkan niat dan amal saudara-saudara kami dengan hanya menurut hati kami sahaja..Oleh itu ya Allah, Kaulah yang Maha Tahu, Kaulah yang Maha Berkuasa atas segala yang berkuasa maka kami dengan serba dhoif ini pasrah pada MU!!!


Pakatan Rakyat akan terus bangkitkan isu ISA di Parlimen
Salman Hussin
Fri | Apr 25, 08 | 12:05:40 pm MYT

JOHOR BAHRU, 25 April (Hrkh) - Dengan jumlah anggota Parlimen yang lebih ramai pada penggal kali ini, Pakatan Rakyat akan terus membangkitkan isu tahanan ISA dalam setiap sesi persidangan Parlimen yang akan diadakan kelak.

"Usaha untuk menentang akta yang zalim ini akan kita teruskan tanpa henti sehinggalah semua tahanan ini diberi hak untuk membela diri di Mahkamah atau akta ini dimansuhkan sama sekali," kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, di sini.

"Kezaliman akta ini bukan sahaja menafikan hak individu yang dituduh bagi mendapatkan keadilan yang sewajarnya, malah, ia turut melibatkan ahli keluarga mangsa terbabit," katanya, semasa menziarahi keluarga mangsa ISA, di Gelang Patah, dekat sini, baru-baru ini.

Dr Abdullah Daud, 54, bekas Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, yang dituduh terbabit dengan Jemaah Islamiah (JI), telah ditahan di bawah ISA sejak enam tahun lalu dan beliau sepatutnya dibebaskan pada 28 Februari 2008, bagaimanapun penahanan beliau dilanjutkan selama dua tahun lagi.

Menurut isteri Dr Abdullah, Zakiah Mat, yang ditemui memberitahu, maklumat berhubung lanjutan penahanan suaminya itu diberitahu melalui telefon oleh suaminya sendiri.

"Saya merasa sungguh terkejut apabila suami saya memberitahu dia akan ditahan lagi selama dua tahun, kami sekeluarga tidak menyangka perkara ini boleh berlaku sebab beliau sepatutnya dibebaskan awal Februari lalu, tetapi apa yang berlaku sebaliknya.

"Sudah enam tahun kami dipisahkan, ia suatu tempoh masa yang sangat lama, kami sekeluarga sangat menderita sekarang ini," katanya.

Beliau yang tidak bekerja sebelum ini terpaksa menyara 10 anaknya dengan berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung keperluan keluarga sejak penahanan suaminya enam tahun lalu.

Empat daripada anaknya sedang menuntut di IPTA, tiga di sekolah menengah (tingkatan satu, tiga dan lima), manakala tiga lagi di sekolah rendah (darjah dua, empat dan enam), hanya seorang anak beliau sudah bekerja.

Ustaz Nasharuddin yang begitu terharu dengan nasib keluarga mangsa ISA ini menyeru semua pihak supaya perihatin dengan nasib mereka, "saya menyeru semua pihak sama ada individu, pertubuhan atau badan korporat, bermurah hati menghulurkan sumbangan kewangan bagi meringankan bebanan keluarga mangsa ISA ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi keluarga berkenaan di talian 07-5272911 (Puan Zakiah). - mns

IKRAR: Kami turut simpati atas kesengsaraan ini dan kami akan berusaha dalam kempen kami di sekitar Kuala Lumpur dan beberapa tempat untuk membantu semua keluarga tahanan ISA dengan kadar kemampuan kami.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!