IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
19 May
Maaf tak sempat update kerana saya mengikuti training di Jakarta selama 2 hari satu malam. Hari ini baru sempat buka blog dan membaca berita dari Harakahdaily. Berita paling sensasi bagi saya ialah tentang Mahathir keluar UMNO. Soal dia serius atau tidak tak penting tapi ALAMAT dari insiden ini patut kita renungkan:
1. Mahathir memang ahli dalam bidang lakonan seperti yang sebelum ini. Dia akan lakukan apa sahaja yang boleh bagi mendapatkan simpati orang Melayu. Orang Melayu suka cepat simpati kepada golongan yang dianggap merajuk dan senang pula memujuk. Inilah warisan Melayu yang seringkali dimanfaatkan oleh golongan tertentu terutama mereka yang berpengaruh. Bagi saya Mahathir lebih berperanan sebagai pak sanggup kepada pengganti Pak Lah. Tindakan ini ada baiknya kepada PR tapi mesti berhati-hati jangan pula terperangkap dengan cara dan rentak Mahathir. Sila perhatikan beberapa kenyataan beliau secara lebih halus dan jauh...
Dr Mahathir umum keluar Umno
Harakahdaily Mon | May 19, 08 | 2:25:00 pm MYT | |
ALOR SETAR, 19 Mei (Hrkh) � Berita terbaru benar-benar mengejutkan apabila mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno dan hanya bersedia kembali ke pangkuan parti itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan. Ini seakan-akan membayangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam masa terdekat ini selepas kehilangan kuasa majoriti pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Perletakan jawatannya berkuatkuasa serta merta. Bukan sekadar meletak jawatan sebaliknya beliau menyaran ahli-ahli Umno supaya turut berbuat demikian. Dr Mahathir memberitahu beliau bertindak keluar Umno kerana tidak yakin dengan kepemimpinan Abdullah. �Saya akan hanya kembali semula ke parti tersebut apabila pucuk pimpinan ditukar,� katanya sebagaimana dipetik Malaysiakini.com. Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap dalam satu forum di Alor Setar pagi tadi. Dr Mahathir juga menggesa kesemua menteri Umno, timbalan menteri dan semua peringkat pemimpin, supaya bersama dengannya keluar dari parti. Beliau bertindak keluar parti yang diterajuinya selama 22 tahun, seakan-akan menurut jejak langkah dibuat Perdana Menteri pertama selepas merdeka, Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46 selepas Umno diharamkan ekoran kekalutan pada pemilihan merebut jawatan presiden 1987. Bagaimanapun, Dr Mahathir meminta mereka (pemimpin Umno) supaya jangan menyertai parti-parti yang lain. "Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno," katanya. Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 sejak 1981. - mj 2. Mahathir gesa semua ahli dan pemimpin UMNO keluar parti tapi jangan ke PR. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa beliau cuba menarik mana-mana ahli atau YB UMNO agar terus bersama menentang PR. Secara politik apalah untungnya PR.?? Bagi saya ini strategi baru UMNO agar dapat dapat selamatkan YB mereka yang sedang merancang untuk melompat ke PR. Mereka sudah tidak boleh bertahan lagi dengan Pak Lah dan mereka perlu berpaut pada Mahathir yang punya backup golongan korperat.3. Informasi terbaru yang saya dapat dari teman-teman di Aceh, group korperat Mahathir banyak mendapat projek di Aceh dan sekarang mereka dapat direct ke Gabenor Aceh yang terdiri dari GAM sebelum ini. Ini projek besar dan ternyata strategi Mahathir masih berjalan mengikut perancangan serta dengan kebolehan beliau strategi dapat diteruskan sekalipun beliau mati. Soalnya sekarang apakah PR ambil serius hal ini? Mereka memperkuat gerakan fulus di mana-mana dan kita bagaimana? Semoga dapat direnungkan dengan serius serta tolong kurangkan bicara soal Mahathir!! 4. Yang teramat penting sekarang ialah PR mempersiapkan perancangan kebajikan rakyat yang lebih menyeluruh. Misalnya soal menangani harga beras, petrol dan barang yang semakin tidak terkendali. Di Indonesia, rakyatnya terus mendesak pemerintah agar perihatin tentang harga petrol dan barang. Saya sedang membuat perbandingan harga dan kesannya di Indonesia serta hubungannya dengan harga di Malaysia. Semoga PR bersiap sedia dengan perancangan Malaysia Baru yang telah diwar-warkan sebelum ini secara lebih serius dan mantap.
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!