foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, June 9, 2008

APAKAH MASIH ADA ALASAN ORANG MELAYU PERTAHANKAN UMNO LAGI...?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9/10 jUN

SETELAH PROGRAM MALAM KELMARIN, ada sesuatu yang terbekas di hati saya setiap kali saya bertemu dengan kawan baru dan lama saya ungkapkan ucapan ini.."Kenapa pemimpin Melayu UMNO..sanggup perbodohkan, persendakan dan permainkan kepercayaan orang Melayu..sendiri..sejak 50 tahun lalu.dengan bukti kukuh yang diperolehi MB Selangor...."

Rata-rata apabila saya ungkapkan hujah-hujah ini..berbinar mata teman-teman ..dan kami terhenti berbicara sebentar untuk menahan rasa...yang menyanyat hati ini.."Mereka bukan sahaja mencuri harta, wang dan hak rakyat bahkan mereka jugalah yang telah meruntuhkan kredibiliti orang Melayu di tanah air mereka sendiri..dan rakyat Malaysia di negaranya sendiri.."

Yang lebih bahaya lagi..mereka terus melahirkan bibit-bibit celaka untuk meneruskan agenda celaka, ...melalui..puteri dan putera bangsa ini melalui media diktator, sistem pendidikan, sistem sosial dan ekonomi yang diacu dengan matlamat bagaimana rakyat dapat dipejam dan ditulikan dalam semua hal..

Jangan salahkan orang lain.."Bahkan..mereka juga adalah katalis yang menghisap darah bukan sahaja orang Melayu..tapi semua rakyat.." Saya tak faham kenapa begitu hinanya pemimpin-pemimpin ini..dan terus diulang-ulang dipilih oleh rakyat selama berdekad-dekad,..jampi apa yang mereka guna sehingga baru PRU-12 dan harga minyak ...baru nampak nyata yang mereka sebenarnya adalah para pacat penghisap darah rakyat...?"

Rakyat jika masih belum nampak..atau masih samar-samar maka sila dengarkan dan lihat berulang kali..kalimat-kalimat mereka dalam memberi solusi masalah rakyat. Perhatikan gerakgeri anak mata mereka dan mimik wajah mereka..mereka tidak pernah menyelami erti kepedihan dan kesengsaraan rakyat..sebab itu mereka masih berulang alik ke disko, ke Havana club menghisap cerut seharga rm 500 ke rm 1000 sebatang, minum arak termahal dan ke tempat pesta yang di ketika yang sama ada rakyat terkial-kial mengutip rezeqi dari timbunan sampah untuk keperluan makan minum seisi keluarga mereka..

Pelikkan..sebuah negara pengeluar minyak dan menuju negara maju..tapi rakyatnya sendiri makin lama makin tidak terbela..Yang mereka bela perut dan alat bawah perut serta suku sakat mereka.

Aduhai pacat-pacat..sudahlah, jauhlah dari kami kerana sebentar lagi darah kami akan berhenti mengalir kerana tiada lagi makanan yang dapat kami makan...!!!

Renungkanlah...

Rakyat makin fakir akibat tindakan kerajaan
Nurul Nuha
Tue | Jun 10, 08 | 7:02:31 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kerajaan sebagai pembuat dasar boleh membatukan diri, tetapi rakyatlah yang menderita akibat bebanan kenaikan harga minyak, tegas ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub dalam satu sidang media di parlimen semalam.

"Saya tidak boleh bayangkan betapa 'fakirnya' kakitangan bawahan yang tinggal di Kuala Lumpur ekoran bencana inflasi ini sedangkan kerajaan masih enggan menaikkan gaji kakitangan hingga ke tahap gaji minimum," katanya.

Isu utamanya, sambung beliau lagi,adalah kesan berantai dan tekanan inflasi yang mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang memeritkan.

"Hakikatnya, kerajaan tidak berupaya memberi satu alasan bagi menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku secara mendadak," jelas beliau.

Salehuddin turut menegaskan bahawa tiada sebarang pendekatan yang ampuh diambil kerajaan dalam mengatasi masalah ini.

"Rakyat marhaen melihat arahan menteri menegur pengusaha-pengusaha bas menaikkan harga tambang sebagai arahan tidak logi," tambahnya lagi.

Beliau yang ditemui dalam sesi penyerahan memorandum kepada Tan Sri Yang Di-Pertua Dewan Rakyat menggesa agar diadakan perundingan untuk mencari penyelesaian konkrit antara wakil-wakil yang terlibat.

"Rundingan dan persepakatan yang dicapai diharap dapat memberi kepuasan kepada rakyat dan kerajaan dengan situasi menang-menang,"katanya.

Sebagai mewakili ahli-ahli Parlimen PAS, beliau juga memohon Yang Di-Pertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu persidangan tergempar Dewan Rakyat.

"Persidangan itu dibuat bagi membolehkan satu isu besar yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara boleh dirunding sewajarnya," tegas Salehuddin mengakhiri sidang media tersebut. - mks._

Hasil minyak: Negara bertambah kaya, kenapa rakyat makin terbeban
Adnan Ibrahim
Tue | Jun 10, 08 | 6:56:10 am MYT

KUALA LUMPUR,10 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga minyak pasaran dunia menjadikan Malaysia sebagai antara negara pengeluar petroleum mendatangkan pendapatan lumayan dan menjadikan negara kaya sebaliknya kenapa dibebankan kenaikan harga minyak kepada rakyat, kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sebab apa kita nak naik. Naik sepuluh dolar satu tong pendapatan negara meningkat 10 bilion ringgit bukan kita lagi miskin kita lagi kaya.

"Kita jual lebih banyak naik harga pendapatan bertambah. Kita jual barang keluaran negara kita kita jual durian contohnya. Bukan setakat kita eksport durian harga jadi 100 peratus dahulu RM5 sebiji naik RM10 sebiji pendapatan kita bertambah.

"Sudah pendapatan bertambah bagi negara bukan rakyat yang jual negara yang jual pendapatan dia meningkat sebaliknya rakyat kena beban. Ini dia pemikiran politik pemimpin Umno sekarang.

"Sebab itu lagi cepat kita turunkan Umno lagi selamatkan rakyat dalam negara kita,jelasnya ketika berceramah di Taman Keramat Au2 di sini, baru-baru ini. Hadir sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali; Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Klang, Dr Shaari Sungip.

Anwar menyifatkan kenaikan harga minyak Malaysia merupakan satu kejutan besar kerana tidak ada negara yang berani menaikkan harga minyak sehingga 78 peratus, malah Malaysia adalah negara pengeluar minyak.

"Kita bukan Indonesia, Singapura atau India. Kita negara pengeluar minyak. Saya baru balik dari Filipina melawat Aquino sakit kerana barah. Semua kawan kita pun terkejut kenapa Malaysia terikut dalam masalah harga minyak kerana dia negara pengeluar minyak," kata Anwar.

Tambah Anwar, "Bila kita tanya..dia kata...ooo.. ini tidak boleh sebab ini sahaja harapan nak bela nasib orang Melayu. Saya nak tanya pemimpin Melayu apakah selamat kita dibawah pemimpin Umno sekarang."

Kata beliau, sebagai langkah mengangkat martabat orang Melayu sebagaimana yang dituduh oleh Umno kepada KeADILan sebagai pengkhianat bangsa Melayu, sebaliknya Unmo menurunkan harga minyak.

"Hanya dengan ini dapat mengangkat martabat Melayu, jika tidak Melayu pun ranap dan begitu juga bangsa lain Cina dan India.

"Angkat orang Melayu naik harga minyak. Orang Melayu ranap, Cina ranap, India ranap. Kontrak bagi anak-anak kamu. Saham bagi menantu kamu. Pemimpin Umno melimpah kekayaan dedahkan semua kedudukan harta kamu anak kamu akaun bank dalam dan luar Negara. Ikhlas kamu bersih kami pertahankan kamu.

"Kita tidak musuh kekayaan mereka. Kita jawab ini kerana mereka tuduh kami khiant orang Melayu. Jangan tertipu maianan politik mereka," ujarnya.

Beliau juga mempersoalkan sikap rakyat yang memilih secara aman sehingga kenaikan harga minyak tertinggi di dunia dan harga minyak tertinggi berbanding negara pengeluar minyak yang lain.

"India kalu naik 10 atau 12 peratus, mereka sudah bergolak satu India. Kita sekaligus naik 70 peratus pemimpin yang tidak berperikemanusiaan.

"Kalau pemimpin kaya pekerti dia tahu bagaimana rakyat hidup buruh kasar pendapatan RM800 ke RM1200 sebulan, guru sekolah rendah bayangkan pendapatan RM1200 dengan anak enam dan dengan kadar minyak seperti ini memang bebankan nasib rakyat kita.

"Saya tidak anggap ini isu politik semata-mata. Tidak ada makna kita menjadi pemimpin kalau tidak prihatin nasib rakyat.

"Saudara boleh sabar jimat belanja. Jangan beli dan makan apa-apa yang kamu (pemimpin) makan kedarah yang sedap,"tambahnya lagi. - mks._




No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!