foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, June 6, 2008

AYUH KITA BELA NASIB RAKYAT DAN KITA TOLAK PEMIMPIN ZALIM..!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

5 JUN

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA MEDIA KHASNYA HARAKAH, MALAYSIAKINI, SINAR, TVPAS, ALJAZEERA,KL pos, BBC DLL. bEGITU JUGA PENYOKONG PR (PAS, DAP, PKR) DAN PARA JEMAAH MASJID KAMPUNG BARU...yang turut serta menjayakan siri bantahan tadi. Kami akan terus mengadakan bantahan selagi kabinet yang ada tidak mendengar permintaan rakyat ini.
Kepada pihak polis juga kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah menjaga keselamatan di tempat kami mengadakan bantahan .Begitu juga ajk yang turut hadir dan telah memberi komitmen sehingga terlaksananya program tersebut..
Walaupun ada komen tulisan Sinar yang mengatakan bantahan tersebut gagal..bagi kami gagal atau tidak bukan urusan kami dan kami bukan mahu mencari popularitas murah...yang kami mahu ialah desakan kami didengar oleh telinga pemimpin UMNO-BN (kabinet) sekalipun kami tahu mereka mempunyai telinga dan hati plastik. Wahai sdr wartawan...silakan tulis apa yang sdr mahu tulis ..kami tetap mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membantu kami menyampaikan mesej ini kepada pemimpin berkuku besi di Malaysia.

Kabinet yang bersidang sehingga mengambil keputusan menaikkan harga minyak adalah kabinet paling buruk dalam sejarah politik di Malaysia..kami yakin..kabinet yang sama jugalah yang paling singkat mentadbir negara dalam sejarah Malaysia..Ayuh sdr..kita selamatkan nasib golongan miskin yang semakin hari semakin ramai di sebuah negara yang untung dari industri petrolnya melebihi RM 70 b setahun tapi rakyat tidak terbela..yang terbela siapa?
a. Menteri kabinet dan suku sakat sakit mereka 7 keturunan..termasuk Mahathir..(jangan nak tunjuk baiklah..)
b. CEO dan BOD petronas..yang jika dicek untuk keraiannya sahaja permalam pernah mencapai ratusan ribu RM..semua first class..dari flight, hotel, hibura, urutan, betina dll (nak tahu tanyaalah Hotel 5 bintang di seluruh Malaysia..nama Hassan Marican...kalau beranilah..minta hotel terbuka..berapa banyak boteol arak yang depa ni tuang..Depa tak takut bahkan kalau depa baca ni..dia tersengeh aje..dia kata..hangpa ni bodohlah...demonstrasi buat apa lagi...?? kita berdoa agar suatu ketika nanti..yang tersengeh ni menerima akibat dari perbuatan mereka..
c. Ampun Tuanku..elaun dan segala macam kelebihan tolong perhatikan nasib rakyat yang mengikat perut ni tapi tuanku semua makan sampai buncit dan muntah-muntah tambah mabuk-mabuk pula hampir setiap malam..tak semua tapi umumnya..(berkata benarlah sekalipun pahit adalah ajaran Rasul kepada kita semua..termasuk para raja dan Sultan yang menaungi Islam sebagai agama resmi dalam perlembagaan Persekutuan)..aduhai rakyat renungkanlah... gerangan apakah semua ini yang menimpa kita semua? harapkan pagar...pagar di bawa lari..harapkan polis ..kita yang digari..
d. Pemimpin UMNO-BN..dari kereta, rumah, lifestyle... sehingga ke kasut dan semuanya ..dari mana semua ni..?? Projek 10 juta..di markup..jadi 29 juta..ini halal? ..sebab nak hadhari...Puih bersembur air liur ...ditiup ke muka kita semua..langsung lupa nak marah..bila berdepan dengan mereka..ulur pula kepala agung merah dan biru..langsung lentuk..
Rakyat-rakyat..bangunlah...sedarlah..kamu dipermainkan,..diperbodohkan oleh mereka..!!!!..ada rakyat yang kata tak.tak..aku dapat projek 1 juta..aku ini aku itu...sudahlah jangan ikut mereka..!! tak depa baik...depa perihatin..depa itu ini..Tak depa jahat.. depa naikkan harga minyakkk ...udah jangan undi mereka..tak tak depa janji tak naikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Akhirnya..terbukti benar kata DSAI dan pemimpin PR..harga minyak naik pada 3 Jun..
Tertunduk kepala rakyat ke bumi sambil menitiskan air mata...menyesal tak berguna..kenapa aku pilih mereka.?.kenapa aku tak dengar nasihat PR,?,kenapa itu ini.?.
Sesal bebal semua datang..tapi realitinya sampai sekarang RM 2.70/liter...dulu rm 500 sebulan untuk petrol sekarang...rm 700/bln...nak potong dari mana lagi..bawa bekal ke tempat kerja..tupperware..minum air sejuk..jalan kaki atau naik basikal..atau tumpang orang..?? tepuk dahii...

CUKUPPPPlah >>>>

Jangan bersedih..!!!ayuh kita desak..kita lawan..kita tuntut..dari sekarang sehingga 12 julai...jika tak mahu juga dengar..?? ...jangan khuatir..sampai masanya ..mereka pasti dengar sebab mereka masa itu adalah rakyat seperti kita..akan ada penggantinya yang lebih baik dari mereka...tungguuuuuuuuu!!

Sdr..mungkin inilah sebahagian dari luahan rasa..sdr-sdr kita...

Gagal urus ekonomi : Rakyat gesa Abdullah letak jawatan, bubar kabinet
Azamin Amin | Foto Nasir Sudin
Fri | Jun 06, 08 | 3:56:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Sekumpulan rakyat prihatin yang dikenali sebagai Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) mengadakan demostrasi di luar perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat sebentar tadi, mendesak supaya Perdana Menteri dan Timbalannya meletakkan jawatan serta membubarkan Kabinet.


Image

Ikrar yang mengadakan demonstrasi kira-kira lima minit itu berjaya menarik perhatian hampir 1,000 orang ramai, puluhan wartawan dalam dan luar negara termasuk pasukan polis kira-kira 50 anggota yang sejak tengah hari sudah menantikan perhimpunan tersebut.

Ketika Pengerusi Ikrar, Mustapha Mansor menyatakan tuntutan dan gesaan kerajaan supaya menurunkan harga minyak, ada di kalangan peserta yang melaungkan 'Hancur BN' dan 'PM Pembohong' di samping menaikkan sepanduk 'Tarik Balik Harga Minyak' bagi menyatakan bantahan disebabkan keperitan beban kos sara hidup yang tinggi akan kenaikan bahan bakar tersebut.

"Rakyat telah menunjukkan sikap mereka kepada kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya ke-12 yang lalu...nyata BN tidak prihatin nasib rakyat.

"Kita akan terus menagadakan demostrasi setiap Jumaat sehinggalah mengadakan perhimpunan besar-besaran Protes 12 Julai nanti selagi kerajaan tidak menurunkan harga minyak," kata Mustapha kepada orang ramai.

Difahamkan beberapa siri demonstrasi kecil dan pengedaran risalah membantah harga minyak turut diadakan hari ini di beberapa lokasi berbeza di ibukota antaranya seperti Masjid Negara, Sogo dan KLCC. Image

Dalam pada itu Ikrar juga turut menuntut agar kerajaan membentang laporan kewangan tahunan Petronas kepada umum secara terbuka malah menggesa supaya Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak berundur kerana tidak mampu mentadbir ekonomi negara secara berkesan

Ikrar juga mendesak supaya kabinet yang sedia ada dibubarkan kerana terbukti tidak prihatin kepada nasib rakyat dan telah mempersendakan kepercayaan rakyat paada pilihan raya umum ke 12 yang lalu," katanya lagi

Perhimpunan aman itu berakhir kira-kira jam 2.30 petang tanpa sebarang insiden tangkapan namun kelihatan beberapa anggota polis mengambil beberapa sepanduk kecil dan menasihati agar orang ramai bersurai termasuk kumpulan Ikrar tersebut.

Sebelum ini Penyelaras Gabungan Protes Harga Minyak (Protes) Dr Hatta Ramli dalam satu sidang medianya meyatakan bahawa akan mengandakanperhimpunan besar-besaran yang dijangkakan akan menghimpun lebih 100,000 rakyat di KLCC jam 3 petang, 12 Julai nanti

"Kami juga mempunyai masa lima minggu untuk merancang menggerakkan rakyat sepertimana menggerakkan himpunan Bersih tahun lepas. Tindakan kami tidak jauh beza sewaktu kenaikan harga minyak 30 sen yang lalu.

Walaupun kami ditekan dengan pelbagai insiden termasuk 'Bloody Sunday' dalam siri-siri bantahan kami, namun ia akan tetap diteruskan.

"Ada yang mengatakan apa ada pada demonstrasi kerana menyusahkan rakyat, sehingga ada yang terpaksa menutup kedai mereka kerana tidak dapat berniaga pada hari tersebut. Tetapi kesannya ialah keputusan pilihan raya ke-12 lalu. Rakyat sudah faham akan isu ini dan mengambil tindakan pada pilihan raya," katanya.

Katanya, sebagai gerakan pertama bantahan Protes, satu perhimpunan akan diadakan di Seremban pada 14 Jun ini (Sabtu) diikuti 'road show' ke setiap negeri berdasarkan tarikh yang akan ditetapkan nanti. - mr


Foto: Demo depan Masjid Kg. Baru..Malaysiakini









Hampir 2/3 gaji sebahagian rakyat dibelanja untuk petrol
Adnan Ibrahim
Fri | Jun 06, 08 | 2:08:53 pm MYT

Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain?
Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara.

Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"?

Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahril Samad mengumumkan harga petrol mungkin mengikut pasaran global. Shahril melontar pandangan bahawa harga minyak tinggi kerana ia diapung mengikut pasaran semasa. Taktik yang sama juga digunakan bekas Menteri Keja Raya yang menjaga tol, Dato' Seri S Samy Vellu.

Shahril juga membayangkan minyak akan naik pada Ogos ini. Tiba-tiba esoknya Abdullah umumkan kenaikan harga petrol kepada RM2.70. Mungkin itu juga mendorong rakyat menganggap kerajaan menipu dalam program isu semasa RTM1.

Dalam rancangan Hujah yang disiar televisyen swasta baru-baru ini, rakyat diingatkan agar tidak lagi bergantung kepada tongkat (subsidi). Maksudnya, subsidi minyak kena dihapus. Siapa mereka yang beriya-riya hendak menghapuskan subsidi bahan bakar? Mereka ini golongan berpendapatan RM10 ribu ke atas sebulan.

Berapakah harga minyak jika mengikut pasaran global? Contoh terdekat negara yang mengikut harga pasaran tersebut iaitu Singapura. Petrolnya berharga RM5.20 seliter dan diesel RM4.33. Bersediakah rakyat Malaysia membayar petrol RM5.20 seliter dan diesel RM4.33 mengikut harga apung di Singapura untuk menghidupkan kenderaan mereka? Kebiasaannya seliter minyak belum lagi mampu menghidup enjin kereta.

Jika selama ini rakyat Malaysia berbelanja RM10 sehari untuk petrol bagi berulang alik ke tempat kerja, sebaliknya harga pasaran global menyebabkan pengguna perlu menyediakan RM30. Sebulan RM900 bermakna ia telah menghapuskan sebahagian besar perbelanjaan sara hidup mereka.

Timbul pertanyaan, kenapa rakyat Singapura masih boleh hidup dengan harga minyak setinggi itu?

Jawapannya ialah pendapatan per kapita rakyat Singapura adalah RM106,000 (AS$30,810) setahun berbanding rakyat Malaysia yang hanya RM21,500 (AS$6,244). Ianya lima kali ganda berbanding pendapatan per kapita rakyat Malaysia.

Purata rakyat Singapura berpendapatan lebih RM7,500 sebulan berbanding rakyat Malaysia RM1,500. Bermakna rakyat Singapura tidak bermasalah membelanjakan RM900 sebulan untuk petrol. Sebaliknya cuba bayangkan rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol dan bakinya hanya RM600 yang tinggal untuk perbelanjaan mengurus rumahtangga.

Bagaimana dengan bayaran ansuran kereta terpakai mereka dan rumah serta perbelanjaan persekolahan anak-anak. Matangkah kepimpinan kerajaan untuk membiarkan petrol dan diesel di bawah kawalan pasaran semasa yang hanya meletakkan bebanan kepada rakyat?

Bandingkan pula pendapatan per kapita rakyat Malaysia dengan Korea Selatan dan Taiwan. Penduduk Korea Selatan sekarang berjumlah 40 juta, sementara Taiwan 21 juta. Pada era 1970-an rakyat kedua-dua negara ini lebih miskin berbanding rakyat Malaysia.

Tetapi pada hari ini pendapatan per kapita rakyat Korea Selatan adalah AS$19,200 (RM66,000), sementara Taiwan pula AS$15,700 (RM52,300). Iaitu dua atau tiga kali ganda berbanding rakyat Malaysia.

Kenapa kerajaan BN langsung tidak ada pertimbangan terhadap rakyat mereka? Rakyat ingin berteduh dan merasai nikmat kesenangan di bawah naungan pemimpin sebaliknya ditindas dan hidup dalam kesusahan.

Kerajaan tidak ada program berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat. Pengangguran tidak dapat dibasmi. Tiba-tiba rakyat dibebankan lagi dengan harga minyak yang cukup tinggi. Seolah-olah rakyat Malaysia tinggal dalam negara bukan pengeluar minyak.

Kata para ulama: "Tidak sama orang kaya yang bercakap mengenai kemiskinan dihadapan orang miskin."

Pemimpin datang bercakap soal kemiskinan kemudian pulang dengan kemewahan, sedangkan hadirin yang datang dengan kemiskinan pulang dengan kemiskinan.

Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali pernah menimbulkan masalah jurang pendapatan golongan kaya dengan orang miskin yang semakin melebar di bawah kekuasaan BN.

Pada masa Malaysia menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen dua tahun lalu, pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah sebaliknya mengarahkan harga petrol di negara itu dikurangkan sehingga lebih daripada 30 peratus; iaitu daripada 90 halala (90 sen) kepada 60 halala (60 sen) seliter.

"Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat dan untuk kebaikan awam, kami mengarah harga seliter minyak petrol untuk pengguna diubah kepada 60 halala berbanding 90 halala," kata Dikri Diraja.

Itulah nikmat rakyat Arab Saudi berada dalam negara pengeluar minyak tetapi apa yang rakyat Malaysia perolehi dan nikmati hasil petroleum negara?

Adilkah kerajaan kepada rakyat apabila tidak menjawab malah membisu berhubung pertanyaan ke mana pergi RM500 bilion duit keuntungan Petronas yang hilang?

Perdana Menteri perlu memberi penjelasan kerana beliau bertanggungjawab kepada Petronas yang penyata kewangannya tidak perlu dibentangkan di Parlimen.

Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi. Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most Sustainable And Ethical Companies'.

Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant, syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol. Dalam kajian itu, Petronas mendapat markah 20.15% berbanding Shell 89.01%.- tajdid

Adjust font size:
Lagi demo bantah harga minyak
Abdul Rahim Sabri | Jun 6, 08 5:11pm
Satu lagi demonstrasi kecil membantah kenaikan mendadak minyak diadakan di hadapan sebuah masjid di Taman Dato' Harun, Petaling Jaya sejurus selepas solat Jumaat hari ini.

petrol price hike protest kg dato harun 060608 09Demonstrasi aman itu - keempat diadakan seluruh negara sejak semalam - yang dianjurkan oleh Angkatan Muda (AMK) PKR bahagian Petaling Jaya Selatan (PJ selatan) disertai lebih kurang 50 orang.

Ia disertai ahli parlimen PJ selatan, Hee Loy Sian, timbalan ketua bahagian tersebut Shariffudin Budin dan wakil AMK bahagian Mahhrul Ismail.

Demonstrasi lebih kurang 15 minit bermula 2 petang, sejurus orang ramai selesai menunaikan solat, turut menarik perhatian ahli kariah dan pengguna jalan raya. Kira-kira 60 orang lagi menyaksikan perhimpunan tersebut.

Hee mengajak rakyat menukar kerajaan BN dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka.

"Adakah kita berpuas hati?" katanya. "Mari tumbangkan kerajaan."

Shariffudin turut menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1 sejak kelmarin, dengan mengangkat satu keratan akhbar The Star hari ini kepada orang ramai.

"Apakah tanda ini? Kalau tak turun harga petrol, rakyat akan turunkan kerajaan," katanya, sambil mengangkat keratan berita 'Shahrir: Why now and not in August'

"Kita membantah sekeras-kerasnya kenaikan harga minyak."

Datuk Shahrir Samad, menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna, menjadi sasaran kritikan kerana beliau sebelumnya dilaporkan berkata kenaikan dijangka menjelang Ogos.

Sepanduk-sepanduk yang dijulang dalam perhimpunan itu, antaranya, 'Pemimpin munafik berkata... tiada kenaikan minyak untuk tahun ini?', 'Kerajaan Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak 24 jam', 'Undilah BN untuk kenaikan harga minyak' dan 'Tahniah! Kepada pengundi BN, inilah hadiah untuk anda'

petrol price hike protest kg dato harun 060608 03Ditemui selepas itu, Shariffudin (foto kiri) berkata demontrasi itu bertujuan melihat reaksi awal daripada penduduk di situ.

Wajah penduduk di situ memang tidak berpuas hati dengan kenaikan harga minyak, tambahnya.

Satu lagi demonstrasi kecil dianjurkan di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Semalam tiga demonstrasi membantah kenaikan mendadak harga minyak dilaporkan diadakan di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kuching.

Polis hari ini memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi bagi membantah harga bahan bakar itu, lapor Bernama.

Timbalan ketua polis negara Datuk Ismail Omar, dalam kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat hasil risikan polis, terdapat beberapa pihak sedang merancang mengadakan siri demonstrasi di beberapa lokasi di seluruh negara.

"Tujuan demonstrasi ialah untuk membantah kenaikan harga petrol dan diesel. Di sini saya ingin menegaskan sebarang perhimpunan perlu mendapatkan permit daripada ketua polis daerah," katanya.


Adjust font size:
Minyak naik, rakyat bangkit
Amin Iskandar | Jun 6, 08 1:50pm
Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang.

Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).

Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.

angaran kos hidup si bujang sebulan 060608Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas.

Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.

Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.

Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.

Kenaikan kali ini yang tertinggi dalam sejarah. Kali terakhir kerajaan Abdullah-Najib menaikkan harga minyak pada 28 Jun 2006 iaitu sebanyak 30 sen bagi petrol dan diesel.

Pada 25 Febuari lalu, timbalan perdana menteri menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12.

Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.

Sementara itu, pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum ke-12.

Hampir tepat ramalan naib presiden PAS tersebut di kala cakap timbalan perdana menteri sudah tidak boleh dipercayai lagi.

Hujah yang sering digunakan oleh kabinet Abdullah-Najib, apabila harga minyak dinaikkan, ialah harga minyak di Malaysia antara yang termurah di Asia Tenggara. Brunei tidak dijadikan sebagai kayu ukur kerana didakwa Abdullah sebagai “kes istimewa”.

Memang benar jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.

Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Saya sendiri pernah memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam.

Apa yang memeranjatkan saya, harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4! Belum lagi kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya.

petrol price in oil producing countries 050608 bm versionHarga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.

Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia (lihat jadual di sebelah).

Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.

Sebelum ini kabinet Abdullah-Najib seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.

Ke mana nasib rakyat Malaysia selepas ini? Menjelang Ogos ini, semua subsidi terhadap minyak akan ditarik balik oleh kerajaan dan rakyat akan membayarnya mengikut harga pasaran global.

Sedangkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar gaji minimum diperkenalkan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.

Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul.

Pagi semalam, ahli parlimen DAP Tan Kok Wai mengepalai 50 orang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan harga minyak yang baru sehari diumumkan oleh kabinet.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pula mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat di KLCC pada 12 Julai ini.

Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan anjuran Protes kali ini lebih besar daripada perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu!

Mampukah kabinet Abdullah-Najib menahan arus kebangkitan rakyat? Atau keadaan ini akan menjadi titik permulaan untuk menumbangkan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Isu Harga Minyak: Mana Akauntabiliti Petronas? Himpunan rakyat "Menuju Harapan Baru" bersama Anwar 8 Jun ini
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Jun 07, 08 | 10:55:09 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh)- Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan himpunan aman 'Menuju Harapan Baru' pada 8 Jun ini di Taman Keramat.

Himpunan yang akan bermula pada jam 9 malam itu antara lain bertujuan memberi penerangan berhubung isu kenaikan harga minyan perkembangan terkini Kerajaan Pakatan Rakyat.

Himpunan akan diadakan di Padang Bola AU2, Jalan AU2, Taman Keramat dan akan diserikan dengan kehadiran Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Turut serta dalam himpunan rakyat itu ialah, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad dan Adun Hulu Kelang, Saari Sungip.

Orang ramai dijemput hadir bagi menjayakan himpunan ini./wann


Kenaikan harga minyak, lagi desakan supaya PM berundur

Izwan Abdul Halim
Sat | Jun 07, 08 | 12:46:24 pm MYT

SUNGAI PETANI, 7 Jun (Hrkh) � Perdana Menteri, Dato� Seri Abdullah Ahmad Badawi didesak supaya segera berundur dari jawatan nombor satu negara berikutan keputusan kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini.

Dengan membandingkan Venezuela dan Arab Saudi yang juga negara pengeluar minyak, Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah (DPPNK), Ustaz Musoddak Ahmad dalam pidatonya pada himpunan aman memprotes kenaikan harga minyak di sini kelmarin mempertikaikan tindakan kerajaan itu.

Beliau yang ditemui selepas himpunan itu berkata, 'trend' kenaikan harga barang di pasaran juga akan bergerak relatif dengan kenaikan harga minyak.

Kerajaan pasti akan meneruskan 'trend' yang sama iaitu menasihatkan rakyat agar menggunakan pendekatan-pendekatan yang tidak relevan, katanya.

Dengan nada sinis beliau menyatakan contoh antaranya naik basikal, makan segenggam, makan ubi kayu dan seumpamanya.

Dalam himpunan kelmarin, lebih 1,000 orang menyertai protes tersebut sambil membawa sepanduk-sepanduk bantahan.

Peserta berarak dari Masjid Sultan Muzaffar Shah menuju ke tengah dataran di Menara Jam Besar Sungai Petani dengan dimulai pidato oleh ustaz Musoddak dan diakhiri dengan doa oleh Naib Ketua DPPNK, Ustaz Zainal Asri Romli.

Turut menyampaikan pidato ialah aktivis sosial yang juga bekas calon DUN Gurun, V. Kalai Vanar, Timbalan Ketua DPPNK, Ustaz Ahmad Yahya, Ketua AMK Baling, Khidir dan lain-lain.

Sementara itu, lima peserta himpunan ditahan pihak polis setelah mengadakan himpunan kali kedua di tempat yang sama sekitar jam 4 petang.

Harakahdaily difahamkan, mereka adalah peserta yang lewat tiba dari Baling.

Bagaimanapun, kesemua mereka dibebaskan pada jam 9 malam tadi selepas diambil keterangan masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda./wann

Harga minyak naik akibat duit Petronas habis diboroskan kerajaan BN - PRM
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat | Jun 07, 08 | 11:40:33 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Kenaikan harga petrol di Malaysia sebanyak 41 peratus dan diesel 63 peratus bermula 5 Jun lalu disifatkan Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebagai kenaikan yang melampau.

Presiden PRM, Hassan Karim berkata, kenaikan itu dibuat secara mendadak dan sekaligus akan membebankan rakyat berpendapatan rendah dan menengah.

Rakyat kini menghadapi masalah ekonomi yang besar akibat amalan pemerintahan Barisan Nasional yang buruk, membazir serta rasuah selama lebih 50 tahun, kata Hassan.

"Mulai 1 Julai tahun ini harga tarif elektrik pula akan naik. Apabila harga minyak naik, harga elektrik naik maka harga barang makanan, keperluan harian, pengangkutan semuanya akan turut naik," katanya.

Selepas pengumuman kenaikan harga minyak, Persatuan Pengilang-Pengilang Malaysia telah menyatakan bahawa kenaikan kos pengeluaran akibat kenaikan harga minyak dan elektrik akan ditanggung akhirnya oleh para pengguna, kata Hassan.

"Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyatakan inflasi di negara ini akan meningkat kepada 5 peratus pada bulan Jun ini.

"Ia adalah satu kenaikan kadar inflasi yang tinggi dalam tempoh 10 tahun ini. Para penganalisis ekonomi pula ada yang menjangka inflasi akan naik sehingga 6 peratus," ujarnya.

Namun, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Hassan Merican menyatakan sejak penubuhan Petronas pada 1974 sehingga tahun 2007, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM335.7 bilion daripada keseluruhan keuntungan sebanyak RM570 bilion.

Dengan pengumuman CEO Petronas tersebut PRM ingin tahu bagaimana wang Petronas sebanyak RM335.7 bilion itu dibelanjakan oleh kerajaan Barisan Nasional, kata Hassan.

"Puratanya sebanyak RM10 bilion, Petronas telah membayar pada kerajaan setiap tahun sejak 1974. Ke mana duit itu pergi?," soalnya.

PRM percaya jawapannya ialah duit Petronas itu telah habis diboroskan Kerajaan BN bagi membina projek-projek mega sejak Tun Dr Mahathir Mohamad hingga Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengkayakan kroni-kroni mereka atas duit minyak negara.

"Jelaslah amalan rasuah, kronisme dan nepotisme sejak hampir 25 tahun terakhir ini telah menjahanamkan ekonomi negara dan yang sekarang sedang menanggung beban sengsara adalah rakyat jelata juga," katanya.


Isu minyak: PAS bersedia debat secara terbuka dengan menteri
Nyza Ayob
Sat | Jun 07, 08 | 6:08:25 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub tidak akan teragak-agak untuk berdebat secara langsung dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad mengenai kenaikan harga minyak.

Jelas Salahuddin, beliau akan menggunakan peluang dan ruang sebaik-baiknya serta akan mengemukakan hujah-hujah yang lebih 'emperical' bagaimana seharusnya kerajaan bertindak dalam menghadapi pengurangan subsidi dengan menteri berkenaan secara langsung melalui saluran RTM pada 9.30 malam, 10 Jun ini (Selasa).

Beliau berkata demikian dalam sidang media mesyuarat Exco Dewan Pemuda PAS di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Katanya, kesan kenaikan harga minyak yang tidak munasabah ini merupakan isyarat terakhir kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya meletak jawatan.

Kerajaan katanya juga tidak mengambil pengajaran daripada tsunami politik yang berlaku selepas pilihan raya lalu.

"Hari ini rakyat mungkin kesal kerana tidak memberi pelapis kepada kami. Jika kami memerintah mungkin situasi ini tidak berlaku," katanya.

Jelasnya situasi yang berlaku hari ini, rakyat berdepan dengan kenaikan harga barangan seperti kenaikan harga beras dan minyak masak yang menjadi keperluan harian rakyat.

"Jika sebelum ini bagi rakyat yang berpendapatan rendah, mereka terpaksa membeli beras yang berharga RM18 untuk 10 kilogram, tetapi kini harga tersebut telah melambung.

"Jika semua menteri pada hari Perdana Menteri mengumumkan kenaikan harga minyak itu tersenyum, apa mesej sebenarnya yang ingin mereka sampaikan kepada rakyat?" soalnya.

Sementara itu katanya, pihaknya akan menghantar memorandum bantahan kepada Perdana Menteri di pejabatnya di Putrajaya 10 Jun ini.

Tambahnya Pemuda PAS bersama Angkatan Muda KeADILan (AMK) akan turut mengadakan bantahan melalui perhimpunan aman pada 13 JUN ini pada jam 2.00 petang yang bermula dari Menara City Bank ke KLLC.

Jelasnya beliau menerima banyak sistem pesanan ringkas (sms) sebagai respons mengenai perhimpunan tersebut. Sehubungan itu beliau tidak menolak kemungkinan lebih 10,000 orang akan menyertai daripada pelbagai kelompok masyarakat.

Dalam pada itu beliau juga menaruh keyakinan perhimpunan tersebut akan berlangsung dengan aman dan terkawal.

"Berdasarkan pengalaman perhimpunan Bersih yang lalu, satu perhimpunan yang agak besar tetapi berlaku dalam keadaan aman. Kami akan pastikan perhimpunan itu berlangsung dengan aman. Dan kami akan memohon permit bagi perhimpunan aman itu," katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan walaupun tidak mendapat permit, beliau secara berseloroh menjawab, " Itu biasa..." katanya yang disambut ketawa pihak media.

Sementara itu, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan dalam sesi Parlimen lepas, beliau dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang lain banyak membangkitkan mengenai isu Petronas yang banyak 'disembunyikan' kerajaan.

"Hasil Petronas dijual satu hari 700,000 tong dan semua rakyat mengetahuinya. Kenapa hanya dijual 700,000 tong sehari dengan harga pasaran untuk tempoh enam bulan akan datang dengan 130,000 dolar satu tong? Dengan keuntungan yang agak tinggi, kerajaan tidak mahu menanggung subsidi.

"Jadi, kami mempunyai hak untuk bertanya kerajaan dan mengesyaki adakah kerajaan telah menjual ke hadapan minyak di Malaysia dengan harga yang rendah yang mungkin dengan harga 30 dolar satu tong untuk satu tahun bagi kerajaan melaksanakan projek mega serta 'bail out' projek mega yang gagal," katanya.

Sehubungan itu katanya, dalam sesi Parlimen akan berlangsung pada 23 Jun nanti, beliau akan mengulangi desakan terhadap kerajaan agar mengisytiharkan penyata kewangan Petronas kepada Parlimen.

"Kenapa PM terlalu ingin merahsiakan mengenai akaun Petronas ini? Beliau mesti memberitahu kepada rakyat subsidi yang ditanggung serta keuntungan yang diperolehi dan ke manakah keuntungan tersebut dibelanjakan," katanya.

Sementara itu, menjawab soalan yang dikemukakan wartawan adakah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak cukup kuat untuk membawa isu dan permasalahan yang dihadapi rakyat termasuk kenaikan harga minyak, jelasnya semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah menggunakan segala ruang yang ada di Dewan Rakyat bagi menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan.

"Kami telah membahaskan Titah Diraja, menyampaikan usul dan mengemukakan soalan terhadap menteri sewaktu sesi soal jawab. Apa lagi ruang yang perlu kami lakukan di Parlimen? Cuma kami belum lagi 'berdiri di atas meja Parlimen," katanya, sinis.

Tegasnya, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bukan gagal membawa suara rakyat sebaliknya pihak kerajaan yang berdegil dan tidak mendengar langsung rintihan rakyat. - mns_

Perhimpunan rakyat bantah kenaikan harga minyak

Malaysian protesters hold placards reading 'Revise The Fuel ...
SUARA RAKYAT>>Perhimpunan spontan rakyat Malaysia di Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat bagi membantah kenaikan harga minyak. KLpos.com difahamkan perhimpunan serupa juga diadakan di beberapa negeri termasuk, Johor, Kedah dan Pulau Pinang. Foto Lai Seng Sin

Demonstrasi susulan lebih besar selepas ini


Kemuncaknya perhimpunan 100 ribu rakyat di KLCC 12 Julai

KL: Kerajaan Malaysia menghadapi cabaran pertama selepas ia menaikkan harga minyak semalam apabila demonstrasi jalanan diadakan di dua bandar negara itu. Lebih banyak bantahan dijangka diadakan dalam beberapa minggu ini, dengan kemuncaknya bakal diadakan pada 12 Julai. Semalam, sekumpulan anggota pembangkang mengadakan bantahan di kawasan bandar Kuala Lumpur dan Ipoh.


Pemuda PAS Johor akan teruskan bantahan kenaikan harga minyak
Salman Hussin
Sun | Jun 08, 08 | 11:12:24 am MYT

BATU PAHAT, 8 Jun (Hrkh) - Pemuda PAS Johor bertekad untuk mengadakan demonstrasi aman secara berterusan sebagai bantahan terhadap langkah drastik kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini.

"Pemuda PAS Johor akan meneruskan bantahan ini sehingga kerajaan menurunkan harga bahan api ini.

"Kita mengajak seluruh lapisan masyarakat di negeri ini bersama-sama menyatakan bantahan ini kerana kadar kenaikan harga yang dilakukan kerajaan terhadap bahan api tersebut terlalu tinggi, bahkan kenaikan kali ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara ini," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil, di sini.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai demonstrasi aman membantah kenaikan harga petrol dan diesel, di Air Hitam, dekat sini.

Selain Air Hitam, demonstrasi yang sama juga turut diadakan di Parit Raja dan Larkin Central Johor Bahru..

Sementara itu seorang aktivis PAS, Nor Azrin Sakib, telah ditahan polis ketika menyertai demonstrasi tersebut di Air Hitam.

Beliau didakwa menghalang tugas polis, bagaimanapun beliau dibebaskan 15 minit kemudian setelah polis mengambil keterangan daripada beliau.

Menurut Faizi, kenaikan sebanyak RM0.78 sen bagi petrol dan RM1.00 bagi diesel ini terlalu tinggi, kesan daripada kenaikan harga bahan api ini sudah pasti akan meningkatkan lagi beban semua golongan rakyat yang sebelum ini dibebani dengan kenaikan harga beras yang begitu tinggi selain kenaikan harga bahan-bahan lainnya.

"Kerana itu kita mendesak kerajaan supaya lebih peka serta mengambil berat masalah yang dihadapi rakyat, kita sangat bimbang kesan daripada kesempitan hidup dialami rakyat ini akan menimbulkan berbagai gejala negatif yang tidak diingini," katanya.

Katanya, dengan kenaikan harga bahan api ini rakyat terpaksa mengeluarkan wang yang lebih bagi menampung perbelanjaan harian yang mana kesannya amat dirasakan oleh golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Image

"Bagi golongan berpendapatan tinggi mereka memang tidak terasa apa-apa tetapi kerajaan harus ingat bahawa sebahagian besar rakyat negara ini terdiri dari golongan berpendapatan rendah seperti petani, nelayan, pekerja kilang dan ladang serta kakitangan kerajaan peringkat bawahan.

"Kerana itu kita meminta kerajaan mengambil kira kepentingan semua pihak sebelum sesuatu tindakan mahu diambil atau dilaksanakan, kita percaya sekiranya kerajaan mengambil pendekatan ini maka sudah pasti rakyat akan memberi sokongan," katanya. - mns_


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!