IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
22 JUN
Apa juga masalah yang timbul samada dari dalam parti atau di luar, para pejuang harus siap sedia meletakkan prinsip dan prioriti kepada agenda perjuangan. Ada isu-isu kecil yang bermunculan di sana sini tapi mohon bertenang dan berlapang dada. Pintu kemenangan di pihak PR semakin terbuka luas dan alangkah lebih baik jika para pejuang mempersiapkan diri untuk masuk ke era baru dengan cara yang terhormat dan berwibawa. Terhormat bermakna anda bukan mendapat kemenangan dari tipu muslihat dan manipulasi politik semata tapi anda berjaya kerana komitmen anda dengan prinsip perjuangan yang anda pegang. Wibawa anda makin memuncak kerana anda bukan pejuang yang hanya memerhati peluang peribadi di sebalik kemenangan ini. Ahlan wasahlan kepada era baru Malaysia Baru harus dinobatkan dengan persediaan kukuh dari seluruh komponen sosial, infra struktur fizikal dan kejernihan spiritual yang mapan. Kekuatan yang kita perolehi akan lenyap jika tidak adanya keseimbangan dalam semua hal tadi. Jasad, roh, aqal dan emosi harus mampu diseimbangkan dalam seluruh perancangan kemenangan ini.
Ayuh sdr/sdri ku,
Betulkan niat-niat kita semua, berikhtiar dan bertawakkallah kepada Allah yang Agung. Letakkan dalam hati dan jiwa sdr tentang kemenangan dan kejayaan. Sampaikan hajat bahagia ini kepada semua rakyat maka ianya akan menjadi momentum raksasa yang mampu menumbangkan siapa sahaja. Inilah yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad ketika menakluk Mekah, Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun dan tenteranya, Nabi Ibrahim ketika berdepan dengan Namrud, Nabi Isa dan Nabi Yusuf ketika berdepan dengan pemerintah zalim masa itu. Sekarang pendekatan kita adalah melalui parlimen dan ambillah media yang sedia ada ini dan ianya bukan lagi khayalan......Renungkan pesan dari Dr Aziz Bari...
Notis usul tidak perlu 14 hari - Prof Dr Aziz Bari
Wartawan Kita Sun | Jun 22, 08 | 8:08:32 pm MYT | |||||
KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Mungkin ada pemimpin yang paling tidak selesa menunggu detik-detik persidangan kedua Parlimen bakal berlangsung mulai esok. Resahnya bukan sekadar mandi tak basah, makan tak kenyang, sebaliknya silap hari bulan segalanya yang dipegang selama ini terlepas. Inilah debaran yang mungkin sedang dihadapi Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad selepas liku-liku politiknya hampir terpadam pada 8 Mac lalu. Biar pun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz memberi jaminan tiada usul tidak percaya terhadap Abdullah pada persidangan yang bermula esok, namun ia tetap ditunggu dengan penuh debaran. Pakar Undang-Undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, sejarah membuktikan undi tidak percaya telah membawa kejatuhan tiga ketua kerajaan negeri sebelum ini. Katanya, usul undi tidak percaya telah berjaya pada 1966 di Sarawak, pada 1976 di Selangor dan tahun 1977 di Kelantan sehingga membawa kepada kejatuhan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Katanya paling akhir berlaku di Kelantan di mana undi tidak percaya telah membawa kepada kejatuhan Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar sehingga kerajaan Barisan Nasional berkuasa setahun kemudian. "Biar pun ada pihak yang menolak undi tidak percaya kemugkinan dibawa pada persidangan kali ini, ramai tidak sedar tiga ketua kerajaan pernah jatuh melalui undi tidak percaya yang dibawa ketika itu. "Oleh itu kenyataan Speaker Dewan Rakyat sebelum ini seolah-olah mahu menyelamatkan kerajaan yang sudah terkepung dianggap agak terlewat," katanya pada Wacana 100 Hari Pemerintahan Pakatan Rakyat di Balai Islam, malam tadi. Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Ke-12 (2008) Dewan Rakyat bersidang mulai esok sehingga 15 Julai depan, manakala Dewan Negara pula 15 Julai hingga 24 Julai 2008. Baru-baru ini Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, sebarang usul perlu melalui Peraturan Mesyuarat yang dibenarkan oleh Speaker. Rabu lalu, Presiden Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Yong Teck Lee mengumumkan parti itu hilang kepercayaan kepada terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan memberitahu akan menyokong usul tidak percaya terhadapnya. SAPP mempunyai dua ahli parlimen iaitu ahli Parlimen Tawau, Chua Soon Bui dan ahli parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun. Mereka mengesahkan akan bertindak mengikut arahan parti. Berasaskan perkiraan itu kemungkinan besar bilangan ahli parlimen BN akan susut kepada 138 kerusi dan Pakatan Rakyat berpeluang bertambah menjadi 84 kerusi. Dr Abdul Aziz berkata, tidak timbul notis 14 hari dikemukakan sebelum sesuatu usul dibentang pada persidangan parlimen sebagaimana difahami banyak pihak sebelum ini. Menurutnya ada jalan pintas yang boleh dibuat tanpa melalui notis usul sekiranya ada kekuatan untuk menumbangkan kerajaan BN yang ada sekarang. Lagi pun katanya, dalam banyak keadaan kerajaan jarang mengikut sepenuhnya undang-undang biar pun secara jelas termaktub dalam perlembagaan negara. Beliau juga berkata, keberkesanan segala janji-janji Pakatan Rakyat hanya dapat ditunaikan sepenuhnya apabila dapat menguasai kerajaan persekutuan. "Oleh itu peluang yang ada hanya datang sekali. Ahli-ahli politik perlu berani mengambil risiko sekiranya mahu kepemimpinan negara bertukar dalam tempoh yang lebih singkat tanpa perlu menunggu 16 September depan,� ujarnya. Beliau juga berkata, sembilan negeri yang mempunyai Sultan sudah dijelaskan di sisi undang-undang iaitu ketua kerajaan mesti dilantik dari kalangan orang Melayu biar parti mana sekali pun memperolehi majoriti. "Kedudukan orang Melayu pada perlembagaan sudah jelas dan ia tidak berubah. Biar pun Ummo jatuh, orang Melayu tetap tidak berubah. Yang jatuh Umno dan bukannya kedudukan orang Melayu," ujarnya. Anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, hak-hak orang Melayu termasuk bahasa, agama Islam dan keistimewaan lain tetap dipertahankan Pakatan Rakyat. Menurutnya sudah disepakati dengan jelas pemimpin-pemimpin KeADILan, PAS dan DAP hak-hak keistimewaan orang Melayu tetap dipertahankan. - mj _ Pesanan bermakna dari DSAI dalam mempersiapkan diri dan meningkatkan diri... Sejenak Di Makkah Al-MukarramahAlhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa’i mashkur, wa’amalan salihan, watijartan lan tabur! Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram. Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain. Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian. A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian. Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit. Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah. ANWAR IBRAHIM Usah Digugat Propaganda Picisan Umno-BN!Saya tertarik untuk menyinggung respon pengunjung berhubung dengan beberapa perkara berkaitan keputusan berani pimpinan SAPP tempoh hari, polemik harga minyak dan kembara Pakatan Rakyat ke Putrajaya. SAPP Harga Minyak Menuju Putrajaya Apa pandangan dari Mufti Perlis..Dr. Asri.. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata,Mengenai negara Islam yang diperjuangkan PAS katanya, konsep pemerintahan dalam Islam begitu luas dan bukan semata-mata melaksanakan hukum hudud sahaja. �Negara Islam mementingkan keadilan, kerahmatan dan kebajikan kepada seluruh rakyat. Manakala hukum hudud merupakan salah satu juzuk yang terdapat dalam perundangan Islam. �Sepatutnya kita menekankan syiar Islam dengan lebih meluas lagi. Pemerintah juga hendaklah mempamerkan sikap jujur dan ikhlas. Kita kena pastikan kerajaan baru yang dibentuk lebih baik berbanding kerajaan sebelumnya,� kata beliau. Menurut beliau juga tidak mudah untuk mentadbir sesebuah negeri selepas Pakatan Rakyat menguasai lima negeri sekarang kerana rakyat mengharap sesuatu yang terbaik. Katanya, pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat usah banyak membandingkan kepincangan yang pernah dilakukan kerajaan Barisan Nasional kerana rakyat mahu melihat apa yang mereka mampu lakukan. �Rakyat telah tumbangkan BN di lima negeri kerana mahu melihat kerajaan baru yang lebih baik. Jadi pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengisi ruang-ruang tersebut,� ujarnya. Beliau juga menjelaskan bukan menjadi perkara ganjil baginya datang ke pentas Pakatan Rakyat bagi menyatakan pandangan dengan lebih bebas. Menurutnya sebagai seorang mufti beliau perlu menyatakan pandangan dengan lebih bebas tanpa berpihak kepada mana-mana parti. RAMAI YANG MASIH TIDAK PERCAYA AKAN ADA PERUBAHAN BESAR DI POLITIK TANAH AIR...TAPI LIHATLAH DAN DOAKANLAH..APABILA BERMULA SAHAJA USUL DI PARLIMEN MAKA....SATU PERSATU BATA-BATA TEMBUK BN AKAN BERJATUHAN.... Terkenang sebuah lagu lama yang bersemangat...."Dari Perlis sampailah ke Sabah kita sudah berjaya.." fenomena sekarang berubah..."Dari Sabah sampailah ke Perlis kita akan berjaya". Tepuk dada dan bacalah pemikiran pemimpin PR anda akan dapat merasakannya tapi jika dengar bicara musuh..PASTILAH BERBEZA..Oleh itu jangan buang masa...kita tuntut hak kita, hak keadilan, hak martabat, hak ketuanan, hak tanah dan air, hak petrol dan segala hasil mahsul yang sudah berpuluh tahun hak kita dirompak oleh pemimpin UMNO-BN. Mereka kaya raya dari hak kita...mereka tekan kita dari hak kita, mereka tipu dan manipulasi hak kita..Ayuh sedarlah..dan bangunlah!! Yang sengsarakan kita bukan orang lain tapi oleh pemimpin kita sendiri... SAPP, Anifah Aman bergabung tentang dasar pecah perintah BN di Sabah
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!