foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, July 31, 2008

KEPUTUSAN YANG TEPAT DEMI RAKYAT DAN NEGARA......

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

31 jULY

Keputusan Dato' Seri Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh memberi isyarat yang jelas kepada rakyat bahawa kepentingan rakyat dan negara melebihi dari kepentingan keluarga. Inilah sifat seorang petriotik ulung dan patut dicontohi oleh pemimpin lain terutama dari PR. Memang bukan mudah untuk melepaskan sesuatu yang telah ada di tangan tapi ianya menjadi mudah jika ada komitmen kepada perjuangan, keikhlasan dan alasan yang kuat demi masa depan negara. Semoga niat mulia ini diberi ganjaran oleh Allah dan kedaulatan rakyat mendapat tempat di hati semua terutama para pemimpin PR.

Keputusan terbaik untuk negara - Wan Azizah
Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Thu | Jul 31, 08 | 4:55:03 pm MYT

Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan Parti KeADILan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh kepada YB Tan Sri Speaker Dewan Rakyat Dato' Pandikar Amin Bin Hj. Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin.


Ini adalah konsisten dengan matlamat kami untuk mendapat majoriti bagi membentuk kerajaan baru dalam tahun ini.

Keputusan ini adalah yang terbaik buat Malaysia.

Negara ini sedang berhadapan dengan cabaran yang paling getir semenjak mencapai kemerdekaan.

Kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Umno terbukti telah gagal mengurus ekonomi negara ini dan membawa negara ini menuju kehancuran.

Kerajaan ini telah menyebabkan integriti sistem keadilan hancur ke tahap yang memalukan. Ia membiarkan api perkauman semakin bernyala-nyala dan membuatkan etnik Melayu, Cina dan India saling tidak mempercayai satu sama lain di samping sengaja mengabaikan keperluan masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Anwar Ibrahim telah mengungkapkan visi untuk Malaysia yang telah pun membenihkan harapan buat rakyat. Beliau mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan untuk membangunkan kembali ekonomi negara ini, juga karisma dan integriti untuk menyatukan rakyat Malaysia serta mengembalikan kewibawaan institusi-institusi kenegaraan.

Saya akan terus berkhidmat sebagai Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengurusi Yayasan Aman.

Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyokong saya di Permatang Pauh yang selama ini sentiasa teguh di belakang saya di dalam melalui saat-saat sukar semenjak dari September 1998 dan saat-saat manis kemenangan 8 Mac 2008.

Masa depan negara kita bergantung kepada dedikasi dan komitmen terhadap keadilan dan kebebasan yang saya lalui selaku wakil anda semua di Parlimen dan saya akan sentiasa berkhidmat untuk anda pada masa depan seikhlas mungkin.

DATO' SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden Parti Keadilan Rakyat

31 JULAI 2008
PETALING JAYA, MALAYSIA - mr_

Wednesday, July 30, 2008

UMNO dan GOLKAR bagaikan saudara kembar..?


HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28/29 July
Selepas minum pagi di salah sebuah cafe moden yang tak jauh dari Gedung Sate (bangunannya seperti cucuk sate yang menjadi pejabat pentadbiran gabenur Jawa Barat), saya mengambil kesempatan bertemu calon walikota Bandung dan team kebetulan sedang minum di cafe yang sama. Yang menarik dari pertemuan singkat itu ialah ..mereka sudah faham sangat tentang isu yang berlaku di Malaysia dan mereka dengan terbuka mengatakan bahawa ..."ya...tak jauh beda dengan GOLKAR di Indonesia...ya sama ja kayaknya".

Mendengar
komentar dari team calon walikota Dr. Taufiqurrahman..membuat fikiran saya terkenang jauh ke tahun 1992 semasa mula pertama saya bertemu dengan sdr dari PKS yang waktu itu belum berpartai....Semua gerakerja dakwah dan aktiviti sosial dilakukan secara sir/senyap tapi alhamdulillah setelah belasan tahun PKS menjadi sebuah partai yang paling berpotensi untuk memikul amanah rakyat Indonesia. Banyak analisa yang didedahkan di media memberi kredit kepada PKS sehingga pada pemilu tahun 2009 nanti PKS akan mencorak politik baru di Indonesia. Ya...inilah natijah dari sebuah proses yang tersusun rapi dan memenuhi kehendak rakyat.

Selepas bersalaman dan mengucapkan harapan kepada calon ..saya beredar dari situ dan melihat beberapa buah kereta kempen berada di pinggir jalan...semoga mereka sukses dan rakyat dimenangkan melalui kesuksesan PKS..!!!

Kesempatan membaca beberapa artikel melalui web amat terhada berbeza dengan di Kl tapi ada satu artikel yang patut menjadi renungan sedalam-dalamnya kepada semua pimpinan PR dan penyokong PR..secara peribadi saya amat terkesan dengan artikel sdr Rashidi dan sebenarnya ia harus diberi perhatian...!!


Cabaran perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat
Mohd Rashidi Hassan
Wed | Jul 30, 08 | 12:54:03 pm MYT

PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat. Itulah jaminan pemimpin-pemimpin PAS dan kehendak ahli serta penyokong PAS keseluruhannya.


Harus diingatkan, bahawa pemimpin, ahli dan penyokong PAS memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi sejak penubuhan Barisan Alternatif (BA) yang menggabungkan PAS, KeADILan, PRM dan DAP semasa al-Marhum Dato' Fadzil Mohd Noor menjadi Presiden PAS lagi.

Komitmen tinggi ahli-ahli PAS dengan semangat berpasukan yang jitu, mereka sanggup bekerja bertungkus lumus untuk kempen pilihan raya yang ditandingi calon dari rakan pembangkang, walaupun PAS lebih dominan di kawasan tersebut.

Tanpa mengira penat lelah, tanpa meminta sebarang upah, jentera pilihan raya PAS, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman ideologi, atas nama demokrasi dan keadilan, turut sama menjulang pemimpin pembangkang sama ada dari KeADILan, PSM, hatta DAP sekali pun!

Komitmen ini tidak harus dipertikaikan! Dan, dengan rasa rendah diri, Ahli-ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat harus mengakui, tanpa sumbangan dan kerja keras ahli-ahli PAS, kita semua tidak berada dalam kedudukan sekarang.

Justeru, dengan berlatarbelakangkan keikhlasan dalam perjuangan, PAS sama sekali tidak pernah meninggalkan gabungan atau pakatan pembangkang sebelum ini.

Dalam politik negara, rakyat menyaksikan pasca Pilihan Raya Umum 1999, DAP yang meninggalkan BA. Apa pun alasan yang diberikan itu hak DAP.

Namun dalam keadaan sekarang, pemimpin-pemimpin DAP tidak berhak mempertikaikan keikhlasan pemimpin dan ahli-ahli PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jaminan kepada golongan bukan Melayu dan bukan Islam

Jika pun PAS berbincang dengan Umno sama ada atas nama muzakarah atau muqabalah, untuk kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu, ianya tidak sesekali menyalahi dasar perjuangan parti PAS.

Walaupun PAS diterajui majoriti orang-orang Melayu dengan dasar perjuangan Islam, namun hak, peluang dan keadilan terhadap golongan bukan Melayu dan bukan Islam tetap dipelihara sebaik-baiknya.

Pengalaman PAS menerajui Kelantan, Terengganu (1999-2004) dan Kedah waktu kini, membuktikan bahawa PAS tidak pernah menyisihkan sama sekali golongan bukan Melayu dan bukan Islam.

Jika dipersoalkan mengenai kepentingan bangsa, apakah MCA, Gerakan dan DAP, walaupun ada pemimpin bukan Cina seperti Karpal Singh, tidak pernah memperjuangkan chauvanisme bangsa?

Terlalu banyak desakan dibuat oleh pemimpin dari ketiga-tiga parti ini, ada kalanya menyentuh soal kedaulatan Raja-raja Melayu, kesucian agama Islam dan kepentingan bangsa Melayu.

Namun, orang-orang Melayu, khususnya dari PAS tidak melatah dan cuba melihatnya dari sudut yang rasional.

Maka apabila PAS dan Umno bercakap soal agenda Islam dan Melayu, kaum-kaum lain tidak harus memandangnya dari sudut yang negatif.

Sesuai dengan dasar perjuangannya, PAS harus memastikan kedudukan majoriti Melayu dan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara terpelihara sebaik-baiknya.

Masalah yang dihadapi negara cukup besar, ianya adalah manifestasi daripada kegagalan kerajaan Barisan Nasional memastikan kesejahteraan agama dan perpaduan antara kaum terpelihara.

Ketegangan agama dan perpecahan kaum akan membawa kepada ketidakstabilan politik, ini yang harus disedari.

Matlamat PAS jelas, PAS mahu memelihara kestabilan politik dengan peranan serta ruang yang diberikan dalam sistem demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Dan, PAS sudah memberi jaminan bahawa PAS sama sekali tidak akan bergabung dengan BN, walaupun wujud pelbagai tawaran.

Jika pemimpin PAS 'tamak kuasa', sudah tentu awal-awal lagi PAS menerima tawaran Dato' Seri Mohd Khir Toyo untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor, sejurus selepas PRU, 8 Mac lepas.

Sebaliknya PAS kekal dengan persefahaman Pakatan Rakyat. PAS bekerjasama membentuk kerajaan yang diketuai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari parti KeADILan.

Walaupun banyak tawaran dari Umno, sama ada di Perak, Pahang, Terengganu atau di mana sahaja untuk berkongsi kuasa dengan PAS, namun pemimpin dan ahli-ahli PAS sama sekali tidak bersetuju.

Usaha merencatkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat

Tidak dinafikan usaha pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat tergendala seketika beberapa minggu, ekoran tercetusnya isu-isu seperti dakwaan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan muzakarah PAS-Umno.

Momentum ke arah itu sudah bermula dua bulan lalu, berikutan pengumuman hilang keyakinan anggota komponen Barisan Nasional, Parti Maju Sabah (SAPP) terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tambahan pula, ramai ahli Parlimen BN, sama ada dari parti komponen BN dari Sabah dan Sarawak, hatta dari Umno sekalipun sudah berunding secara serius dengan Anwar untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Umno-BN sudah mulai gelabah. Timbul pula ura-ura usul undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang bakal dikemukakan di Parlimen.

Seluruh Kuala Lumpur menjadi 'havoc' seketika dengan pelbagai sekatan jalan raya akibat kegusaran pemimpin BN, yang entah dari mana mendapat maklumat perhimpunan besar akan diadakan menjelang pembentangan usul berkenaan.

Sehingga polis terpaksa menggunakan mahkamah untuk menghalang kehadiran Anwar ke Parlimen.

Hakikat sebenarnya, rakyat tidak berurusan dengan khabar angin. Segala perancangan ke arah pembentukan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat menjelang 16 September depan sudah direncanakan.

Sebaik sahaja pengumuman ketidakpercayaan kepada PM, beberapa orang ahli Parlimen BN sudah bersedia untuk mengumumkan untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Kemudiannya, ia akan disusuli dengan pengumuman Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen.

Ada kemungkinan pemimpin sudah menghidu momentum ke arah itu. Maka pelbagai usaha dilakukan untuk merencatkan pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat.

Namun apa pun halangan yang hamparkan oleh Umno-BN, Anwar tetap komited dengan agenda beliau. Dalam beberapa minggu ini dijangka pelbagai anjakan positif bagi Pakatan Rakyat akan dilakukan.

Cabaran perkongsian kuasa

Masalah utama kepada gabungan PAS, KeADILan dan DAP ialah bagaimana membentuk serta menyusun sebuah kerajaan yang boleh memuaskan hati semua pihak.

Tidak dinafikan, masing-masing ada agendanya yang tersendiri. Namun asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan ialah keadilan, ketelusan, pertanggungjawaban dan amanah kepada semua rakyat.

Dalam merencana agenda masing-masing. Semua pihak tidak harus mempertegaskan kepentingan sesuatu bangsa atau memperjuangkan matlamat politik masing-masing tanpa mengambil kira kepentingan majoriti rakyat, khususnya orang-orang Melayu yang beragama Islam. Inilah dasar yang jelas dan harus difahami.

Sememangnya diperakui, Pakatan Rakyat memperjuangkan dasar perkongsian yang samarata (equal sharing). Equal sharing dalam perkongsian kuasa politik, bukan seperti kiraan subjek matematik.

Ia tidak merujuk kepada semuanya harus dibahagi tiga, atas sifat perkongsian tiga parti PAS, KeADILan dan DAP.

Di Selangor misalnya dalam penyusunan ahli majlis sama ada Majlis Bandaraya Shah Alam atau Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah, walaupun Exco yang terbabit, Ronnie Liu mewakili DAP, beliau tidak seharusnya dilihat membahagi-bahagikan jawatan dengan melebihkan kaum Cina.

Misalnya di Majlis Perbandaran Subang Jaya yang merangkumi kawasan Puchong, Serdang dan Kelana Jaya, daripada 24 orang ahli majlis, hanya 8 orang sahaja yang beragama Islam sedangkan majoriti penduduk orang-orang Melayu yang beragama Islam.

Begitu juga di Shah Alam yang merangkumi Parlimen Shah Alam dan Kota Raja. Perlantikan Ahli Majlis harus mewakili peratusan penduduk, bukan dibahagi tiga antara tiga parti atau dilantik daripada NGO yang bukan Melayu/ Islam.

Ini amalan dasar kesamarataan yang silap dan membangkitkan sensitiviti orang-orang Melayu. Harus diingat rakyat akan membandingkan senarai keanggotaan majlis PBT di antara zaman BN dengan Pakatan Rakyat.

Jangan sesekali benarkan rakyat menuding jari kepada DAP di Selangor yang hanya dilihat cenderung untuk 'protect' bangsa Cina sahaja. Jangan sesekali dibenarkan nama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dipalitkan dengan tuduhan orang Melayu yang tidak 'protect' bangsanya sendiri.

Pakatan Rakyat seharusnya menutup ruang kelemahan ini dari serangan BN. Orang-orang Melayu tidak pernah meminta lebih atau dimanjakan seperti zaman pemerintahan BN, apa yang perlu hak dan keistimewaan asas mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan, terpelihara.

Kita boleh berikan alasan bahawa kita baru sahaja empat bulan berkongsi kuasa. Tetapi kita harus sedar dan mengelak berperangai seperti Umno/BN yang kita serang habis-habisan akibat pengamalan dasar korupsi, kronisme dan nepotisme.

Walaupun berkongsi kuasa, rakan dari KeADILan juga tidak harus dilihat mengulangi perangai Umno, khususnya dalam pembahagian jawatan-jawatan politik dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri Selangor misalnya.

Jangan sesekali dilihat terlalu ghairah hendak merebut 'ghanimah' yang besar. Dalam hal ini, tidak dinafikan wujud tindakan dan perlantikan jawatan dibuat tanpa mengambil kira kepentingan PAS dan orang-orang Melayu.

Juga, kaum bukan Melayu atau bukan Islam, mereka tidak harus sewenang-wenangnya menuntut pembesaran kuil, tokong atau rumah ibadat sebagaimana keperluan orang-orang Islam yang mendirikan masjid dan surau.

Pembesaran dan penambahbaikan rumah ibadat tidak disekat sama sekali, tetapi seharusnya dibuat mengikut population atau jumlah penduduk yang bersesuaian.

Berlaku sebuah kampung di Klang, di mana tidak sampai 5 buah keluarga bukan Islam tinggal di situ, menuntut dibuat rumah ibadat untuk mereka. Bukanlah tuntutan ini tidak wajar dan hanya akan membangkitkan sensitiviti orang Melayu/ Islam?

Dan, jika rakyat mengajukan kepada PAS, mengapa pada zaman Umno/BN tuntutan sebegini tidak pernah dilayan, sedangkan pada zaman Pakatan Rakyat dibenarkan tanpa mengambil kira sensitiviti kaum, PAS hanya akan berdiam diri?

Banyak contoh cabaran-cabaran sebegini wujud. Penulis tidak perlu menyenaraikan kesemuanya. Namun apa pun, Tan Sri Khalid seharusnya memperbetulkan keadaan ini segera, jika mahu gabungan Pakatan Rakyat terus utuh.

Menguruskan sebuah negeri maju seperti Selangor bukannya mudah, Khalid adalah orang korporat yang masih memerlukan bimbingan orang-orang politik. Setakat ini, walaupun wujud pelbagai cabaran, kerajaan Pakatan Rakyat terus utuh.

Apapun bebanan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor amat besar. Jika Selangor mahu dijadikan asas perkongsian kuasa yang adil, Dato' Seri Anwar harus memberikan sedikit lebihan tumpuan kepadanya._


Soal Tajul dan UMNO Perak.. sejak dari awal memang telah mencuba bermacam cara untuk mengambil semula Perak dengan menggunakan isu kaum/bangsa dan Islam... ...Alahai UMNO..dah tersepit barulah nak ajak rakyat fikir hal Islam..??Mereka bukan sahaja hipokrit dan perbuatan mereka sebenarnya amat memalukan rakyat Perak khasnya....

Tawaran Tajol Rosli tidak bermaruah
Nyza Ayob
Wed | Jul 30, 08 | 4:57:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Generasi Ilmuan Perak United Kingdom Ireland, (GEMARAK) menyifatkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohamad Tajol Rosli Ghazali menawarkan pembentukan kerajaan baru diantara Umno dan PAS adalah satu bentuk pembelian prisip yang tidak bermaruah.


Setiausaha Gemarak, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mengangggap sebagai sebuah badan non-partisan, Gemarak mengalu-alukan sebarang bentuk perbincangan dan pertemuan kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat negeri Perak khususnya.

Bagaimanapun katanya, Gemarak melihat mandat dan amanah yang diberikan oleh rakyat perlulah diselenggarakan secara berhemah dan teliti.

Jelasnya, keputusan Pilihan raya Umum ke-12 baru-baru ini jelas menzahirkan suara rakyat Perak apabila Dato' Seri Nizar mendapat sebanyak 442,660 undi DUN (52.45%) berbanding Barisan Nasional yang memperolehi 399,565 undi DUN (47.34%). Manakala undi di peringkat Parlimen, Pakatan rakyat memperolehi 449,193 undi (53.32%) berbanding Barisan Nasional 391,461 undi (46.47%).

Keputusan tersebut katanya sangat jelas menunjukkan rakyat Perak berkehendakkan Pakatan Rakyat yang didukungi oleh PAS, KeADILan dan DAP sebagai kerajaan untuk memimpin mereka selepas pilihan raya tersebut.

"Walaupun demokrasi membenarkan sebarang bentuk perbincangan dan perundingan. Namun demokrasi ala-Malaysia perlulah diselangi dengan asas akhlak dan prinsip perjuangan.

"Kerajaan Pakatan Rakyat perlulah menilai mandat rakyat yang berani membuat perubahan ekslusif baru-baru ini. Pilihan rakyat Perak untuk menjadi rakyat di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat juga mendapat perkenan Ke bawah Duli Sultan Perak, selaku pemerintah Negeri Perak,"katanya.

Sehubungan itu katanya, Gemarak berharap para pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat Perak perlulah sentiasa berwaspada akan mandat yang diberi oleh rakyat untuk bersama kerajaan Pakatan Rakyat.

Pada 28 Julai lalu, Tajol Rosli yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Perak menawarkan kepada PAS cadangan untuk menubuhkan kerajaan negeri di Perak yang jika dapat direalisasikan bakal menjadi simbol perpaduan politik Melayu dan Islam.

Beliau menyatakan, Umno juga bersedia menerima wakil PAS sebagai Menteri Besar Perak yang mana beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan dalam kerajaan kerana tidak mahu dikata hendak menguasai pentadbiran negeri.

Menurut beliau, Perak boleh menjadi medan terbaik untuk PAS dan Umno memulakan kerjasama antara kedua-dua parti itu memandangkan penduduk negeri ini terdiri daripada pelbagai kaum berbanding Kelantan yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu.

Kenyataan Tajol rosli itu menerima bantahan banyak pihak. - mks. _


Umno Perak kini semakin gelabah - Mursyidul Am PAS
Salmah Mat Husain
Wed | Jul 30, 08 | 6:19:39 pm MYT

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah.


Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.

"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi�kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau.

Image Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.

Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.

Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.

"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.

"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.

"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya. Image

Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.

Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.

"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.

Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.

"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj � _

Monday, July 28, 2008

AGENDA PAKATAN RAKYAT WAJIB DITERUSKAN.....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28/29 JULY

Dalam suasana apa sekalipun dan bagaimana ujian apapun agenda PR wajib diteruskan!!! Mungkin agak terlalu keras tapi inilah harapan sebahagian besar rakyat Malaysia. Musuh PR akan mempergunakan apa sahaja agar adenda PR berhenti di pertengahan jalan. Tolong fokus kembali kepada dasar-dasar kesepakatan dan perkukuhkan kepada seluruh jentera PR. BN memang sudah terlalu lemah untuk bertahan dan semakin jelas antara mereka juga sedang mencari dahan untuk berpaut. Oleh itu para pejuang PR perkuatkan barisan dan jangan hiraukan lagi kejahatan musuh kerana selamanya mereka akan terus berbuat jahat. Apatah lagi beberapa isu dan fitnah semakin hari semakin jelas ianya adalah perancangan politik jahat mereka.

Saya masih di Bandung , sempat bertemu tokoh-tokoh politik tempatan dan mendapat sokongan dari beberapa partai, ngo dan gerakan rakyat yang dengan jelas menyokong PR dan menolak mentah-mentah tuduhan terhadap DSAI. Oleh itu saya semakin yakin bahawa aroma perubahan dari tanah air semakin segar dihidu oleh pendokong reformasi di Indonesia. Mereka mendoakan agar usaha PR akan mendapat kejayaan dan DSAI terlepas dari ujian konpirasi ii dari UMNO-BN.

Mungkin baik juga jika dapat kita adakan penerangan di Indonesia di beberapa kota besar yang sebenarnya amat menantikan kehadiran perwakilan PR di Indonesia..

Yang benar pasti menang..jika tidak hari ini esuk, jika tidak minggu minggu depan....jika tidak tahun ini tahun depan..."LAWAN TETAP LAWAN"...KALIMAT ini wajib bermain dalam fikiran dan jiwa semua pejuang!!!...





PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
28 JULY 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

The medical report leaked today appears to confirm what we have always believed - that the allegations against Anwar Ibrahim are without merit and politically motivated.

We are deeply troubled by the allegations conveyed by some reports that the police spent three days recording a statement from the Doctor and that he and his family have gone into hiding. Every assurance must be given for his safety and protection.

The existence of this medical report further erodes any confidence the public would have in the credibility of the police report that has been filed against Anwar Ibrahim, a report which remains shrouded in secrecy. Why has this medical report has surfaced only today, over one month after the allegations were made, after Anwar Ibrahim spent a night in jail, and after the police have spent so much time and money on this case?

There should be a complete disclosure of the "facts" of this case to the public. Anything less will further diminish the public's trust in the institutions of governance and in particular the integrity of the office of the Inspector General of the Police.

Like all Malaysians we will be observing developments in this case with cautious optimism - hopefully the nation can put this ugly chapter in its history in the past and move forward.

PKR is committed to moving ahead with its coalition partners DAP and PAS to forge a new economic agenda, address the serious concerns Malaysians have over rising prices, unemployment and rising crime.

With the imminent by-election of Anwar Ibrahim to return him to a seat in Parliament for the first time in 10 years the prospects for change in Malaysia are stronger than ever.

SALEHUDDIN HASHIM
SECRETARY GENERAL
PARTI KEADILAN RAKYAT




Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat
Harakahdaily
Mon | Jul 28, 08 | 7:19:05 pm MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.




Menurut Malaysiakini, salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. - mks._

Umno gagal gugat Pakatan Rakyat - Anwar

Berita Utama
Image
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | Jul 28, 08 | 8:02:36 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, bahawa Umno gagal menggugat muafakat dalama Pakatan Rakyat.


"Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat," katanya.

Anwar berkata demikian hari ini dalam satu ulasannya mengenai isu kerjasama Pakatan Rakyat dalam keadaan Umno cuba memecahbelahkan pakatan tersebut.

Justeru itu ujar beliau, Pakatan Rakyat harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyelar beliau sebagai penghalang utama ke arah pembentukan kerajaan PAS-Umno di Selangor.

"Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi," tegas Anwar.

Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini beliau tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan Rakyat yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan, katanya.

"Malah dalam perbualan telefon saya pagi Ahad (27 Julai) dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor," ujar Anwar lagi.

Ketika itu Tuan Guru Abdul Hadi menghubunginya, Anwar menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan PAS menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.

Justeru Anwar mengulangi kenyataannya bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat sehingga kini tidak menunjukkan sebarang keretakan, malah Umno sebenarnya gagal menggugat pakatan. _


Semoga Allah permudahkan usaha PR...!!!

Friday, July 25, 2008

PERJUANGAN DAN KAEDAH PERJUANGAN. Hasilnya...??...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25/26 jUN
Berbicara soal perjuangan dan kaedah yang dipilih untuk berjuang amat penting bagi memastikan hasilnya/natijahnya di dunia dan diakhirat (sebagai seorang Muslim perlu perhitungan ini).

Silakan apa sahaja namanya dan caranya tetapi para pejuang perlu jelas niat, visi dan misinya. Tahniah kepada kumpulan yang mahu berkhidmat untuk rakyat dan bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat di mana sahaja di dunia ini.

Saya sekarang di Bandung dan sekali lagi sempat menyaksikan pilihanraya daerah untuk memilih Walikota dan Timbalan Walikota. Kebetulan dari calon PKS salah seorangnya adalah kenalan lama yang memang sudah terbukti khidmat beliau kepada masyarakat di Bandung dan beberapa daerah di Indonesia dengan menamakan NGOnya Ummul Quro. Beliau dikenali sebagai seorang tokoh muda yang komited dengan semangat perjuangan memertabatkan rakyat. Namanya Abu Syauqi dan saya agak tergamam juga apabila turun dari bas di BSM Bandung kelihatan poster besar di seluruh kota Bandung. Dalam hati kecil saya berkata-kata ianya sememangnya layak untuk memikul amanah rakyat Kota Bandung. Fikiran saya melayang ke tahun 1999-2000 bersama beliau menjejaki beberapa peristiwa di Ternate dan kota Ambon semasa krisis. Semoga Allah mempermudah usaha beliau dan terbuka hati rakyat untuk memilih beliau sebagai team walikota terbaru..Beberapa pesanan beliau masih terngiang-ngiang di fikiran dan jiwa saya sampai sekarang...

INilah perjuangan dan cara dalam berjuang untuk rakyat. Semakin matang dalam perjuangan maka semakin mantaplah hasil untuk kesejahteraan rakyat. Saya juga tertarik dengan info dari Harakahdaily yang menyentuh persoalan yang sama sekalipun dalam konteks yang berbeza....

Penulis perlu hayati konsep Rabbani
Abdul Shukur Harun
Fri | Jul 25, 08 | 6:34:50 pm MYT

Ada pemikiran bernas dan pancaran harapan dari ucapan Puan Rodziah Imail, Exco Kebudayaan Kerajaan Negeri Selangor ketika meramikan Seminar Penulisan Pasca PRU Ke-12 di sini minggu lalu.
Antara lain, Exco itu menyarankan supaya para penulis menghayati konsep Rabbani, supaya ia dapat bertapak di sudut hati pembaca.

Dengan itu dapat menerangkan kepada khalayak manusia bahawa di sana ada suatu zat yang apabila ditampilkan di dalam hati necaya akan memurnikan kehidupan kita dan jika disebarluaskan karya penulis itu maka ia akan �merabbanikan� manusia sejagat.

Bunyi gagasan itu demikian murni, menjulang tinggi dan amat menyegarkan, bahawa harapan Puan Rodziah itu demikian luhur untuk dilaksanakan oleh para penulis bagi mendekatkan dirinya kepada Ilahi.

Tentunya ini membawa kepada konsep sastera ketuhanan. Adapun sastera ketuhanan ini, antara lain, dapat kita nikmati melalui karya penyair sufi zaman dahulu, Rabiatul-Adawiyah, Jalaluddin ar-Rumi dan terkini karya Iqbal dan lain-lain.

Puan Rodziah menyampaikan gagasannya ini di depan lebih seratus karyawan dan peminat seni di seminar anjuran Badan Kesenian Paksi Rakyat (Paksi) dan Kerajaan Negeri Selangor di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam.

Tema seminar tersebut, �Penulis, Mengepalai atau Mengekori�. Pengarah Seminar tersebut, Prof. Dr. Irwan Abu Bakar.

Bagi karyawan Paksi, gagasan yang disampaikan oleh Puan Rodziah ini tentunya mempunyai makna yang besar malah pada hakikatnya menjadi cabaran.

Dari segi seni muzik dan lagu, rasanya lagu-lagu puisi Zubir Ali, Dinsman, Anbakri, Ito, Kopratasa dan ramai lagi sudah mendekati karya Rabbani ini.

Harapan beliau tentunya supaya ramai lagi para karyawan sastera, muzik dan lagu menampilkan karya mereka dengan konsep ini.

Turut membentangkan kertas kerja mereka di seminar tersebut ialah Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Anbakri, S. Othman Kelantan dan Hishamuddin Rais. Disusuli forum di mana ahli panelnya Ainon Muhamad, Tan Sri Dato� Dr. Nordin Kardi, Dr. Chong, Fah, Hing dan Amir Mahmud.

Sebuah reolusi telah dikeluarkan selepas itu yang menerima baik gagasan karya Rabbani.

Dr. Muhamad Asri dalam kertas kerjanya menekankan mengenai tanggungjawab penulis yang kadang-kadang lebih besar. Sesuatu perkataan yang dilafazkan mungkin berakhir dalam satu majlis, atau tersebar dalam masyarakat dalam tempoh tertentu. Tetapi tulisan mungkin diwarisi dari generasi ke generasi. Justeru itu, katanya, kadar dosa yang ditanggung oleh seseorang itu berdasarkan kadar keluasan daerah keburukan yang ditebarkannya.

Namun begitu katanya, yang menggerakkan perkara besar adalah yang memberi manfaat kepada masyarakat. Juga betapa banyak pula, katanya, tulisan yang membawa keburukan, kezaliman, pengubahan hakikat dan fakta sebenar dalam masyarakat.

"Pena yang amanah," kata Asri, "bukan seperti pedang sizalim yang menecederakan seiapa saja yang dibencinya. Pena yang amanah bagaikan pedang keadilan yang hanya menghukum yang zalim dan mempertahankan yang benar."

Pedang sizalim pula, katanya, amat berbeza dengan pedang perwira yang soleh. Pedang sizalim, kata Asri lagi tidak perlu bertanya salah dan benar sebagai bukti untuk menebas seterunya.

"Dia hanya perlu tahu siapa yang di depannya. Orang yang dia suka atau yang dibencinya," ujar beliau.

Penulis, katanya, bukan pelacur di mana pena yang menulis atas kehendak orang lain. Seperti seorang pelacur yang memperalatkan tubuh dan rupanya untuk memuaskan nafsu orang lain atas upah yang dijanjikan, kata Dr. Asri, demikian juga penulis yang memperalatkan kebolehannya menulis mengatur rangkap ayat dan bahasa demi memuaskan kehendak orang lain walaupun salah.

Beliau mengakhiri kertas kerjanya dengan bermadah: "Wahai penulis, apa yang engkau tulis atas lembaranmu, ia ditulis di sisi Tuhanmu. Maka ketika tanganmu mencatat di bumi, jiwamu hendaklah mendongak ke langit tinggi."- tajdid _

Wednesday, July 23, 2008

SARAN BUAT PEJUANG RAKYAT.....mengambil hikmah dari kejadiaan..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

24 Jun

Muzakarah atau muqabalah atau apa sahaja namanya yang punya kaitan dengan UMNO membawa erti besar kepada masa depan rakyat di Malaysia. Ianya mungkin sepele (simple) dari sudut istilah tapi membawa makna jangkauan strategi pemerintahan buat PR 13. Mungkin ada 3 hal yang patut menjadi inti persoalan sekarang:

1. Pimpinan PR perlu memahami dengan sohih siapa itu UMNO dan dasar perjuangan mereka. (maaf jika terlalu ke arah memberi nasihat tapi bukan itu maksud saya). Mengenali karektor musuh akan memunculkan idea baru ke arah bagaimana mengatasi taktik mereka. Jika perlu dikaji semula dasar mereka dan dimanakah kebobrokan perjuangan mereka. Ini memberi inti dan makna kepada perjuangan PR agar perbezaan selebar-lebarnya dapat dimunculkan ke khalayak. Menyamai mereka adalah sesuatu yang amat merugikan dan boleh menenggelamkan identiti PR. Ini soal "branding image" untuk pemilihan dan keputusan rakyat.

2. Pimpinan PR perlu punya kerangka kerja jangka panjang bagi memastikan hasrat rakyat dipenuhi bersesuaian dengan amanah yang diberi dari PR-12 yang lalu. Manifesto PR wajib menjadi ajenda utama melalui usaha kesepakatan komponen 3 parti utama dalam PR. Nilai bangsa, adat, kaum, budaya, ideologi dan apa sahaja nilai samping yang ada mesti mampu dicairkan dalam sebuah acuan Malaysia baru.

3. Pimpinan PR perlu fokus kepada bagaimana membina kekuatan dalaman PR bagi menangkis segala bentuk fitnah, strategi, taktik dan apa sahaja yang datang dari UMNO demi rakyat. Jangan terlalu berharap kepada atau pasrah kepada keadaan yang ada apatah lagi jika bersama mereka (UMNO) untuk melakar masa depan baru di Malaysia. Peta baru mesti ditampilkan buat rakyat supaya mereka semakin yakin dengan masa depan mereka bersama PR.

Sila renungkan beberapa kenyataan di bawah:

Kita berdiri teguh di belakang Nik Aziz

RANTAU PANJANG - Kami akan berdiri teguh di belakang kepimpinan dan pendirian Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berhubung pendiriannya yang tidak akan bermuzakarah dengan UMNO selagi parti itu tidak mahu mengikut lunas-lunas Islam,” kata Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan, Abdul Fatah Haron.

Abdul Fatah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tuku berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keengganan Menteri Besar Kelantan itu dan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu terus mengadakan muzakarah dengan UMNO.

“Kita warga penggerak jentera pilihan raya Pas Kelantan, akan tetap menyokong segala cadangan dan buah fikiran yang diutarakan oleh pemimpin kami iaitu Tok Guru.

Kita masih ingat lagi taktik kotor UMNO semasa muzakarah yang pernah diadakan dulu sehingga memecahbelahkan ahli parti sehingga Pas hampir terkubur,” katanya kepada Sinar Harian, selepas mengadakan muzakarah dengan ahli Pas bagi DUN Bukit Tuku, di sini semalam.

Tambahnya, seramai 5,000 penggerak jentera pilihan raya bersetuju dengan pendirian MB yang enggan bermuzakarah dengan UMNO kerana takut ditipu dan takut dengan sejarah yang lalu.

“Kita bukannya pentingkan muzakarah, tetapi perjuangan Islam lebih memihak kepada Pas kerana Pas telah memperjuangkan Islam sudah sekian lama, malah UMNO yang memperjuangkan Melayu hanya sekadar retorik sahaja.

“Kita lihat sejauh manakah perjuangan UMNO untuk membela rakyat, kerana perjuangan mereka hanyalah untuk sesetengah kelompok sahaja, manakala Pas pula memperjuangkan Islam tanpa mengira bangsa dan budaya,” katanya.

Abdul Fatah berkata, sekiranya muzakarah diadakan ia akan memecahbelahkan parti dan ahli kerana kita tahu, perjuangan untuk menegakkan Islam perlu diutamakan kerana ia agama yang kekal hingga hari kiamat nanti.

“Kita yakin apa yang diperjuangkan oleh Pas telah memberikan kesedaran kepada semua pihak dan jika muzakarah ini tetap diteruskan akan menyebabkan ahli akan berkecil hati kerana sejarah lama pasti akan berulang,” ujarnya.



PR yakin hasrat terajui kerajaan semakin hampir

KUANTAN – Pakatan Rakyat (PR) Pahang yakin hasrat PR untuk menerajui kerajaan semakin hampir apabila dalam perkembangan terbaru memperlihatkan pengundi, penyokong dan golongan berkecuali lebih cenderung kepada gabungan tersebut.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Azan Ismail, berkata, dalam situasi kini, ada di kalangan pemimpin dan penyokong Barisan Nasional terutamanya UMNO sendiri mula menunjukkan sokongan secara terbuka.

Katanya, golongan ini mula bertindak sebagai pemikir dan pemerhati serta saling melengkapkan strategi Pakatan Rakyat.

“Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri sedar bahawa kaedah merakyatkan pembangunan ekonomi hampir tidak boleh tercapai dalam suasana percaturan politik UMNO masa kini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, golongan tersebut juga melihat kesibukan dalam pemilihan UMNO di peringkat cawangan dan bahagian menyebabkan agenda kebajikan rakyat langsung tidak kedengaran semata-mata untuk memenangi jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berpendapat, pemimpin dan penyokong UMNO ini merasakan agenda nasib rakyat terutamanya orang-orang Melayu semakin terpinggir.

Beliau juga berkata, PKR dan PR mengucapkan syabas kepada golongan ini kerana menunjukkan peribadi sebenar perjuangan kepada orang Melayu yang ketinggalan.

“Kita yakin mereka ini menjadi golongan yang mempermudah dan mempercepatkan lagi proses dan langkah PR ke Putrajaya,” katanya.

Ditanya mengenai muzakarah antara UMNO dan Pas, Azan berpendapat tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan sebarang muzakarah itu adalah satu keputusan yang tepat.

Ini kerana katanya, Nik Aziz mempunyai pengalaman yang luas dalam pertemuan beliau dengan UMNO sebelum ini di mana pertemuan tersebut merupakan satu helah UMNO untuk mengheret Pas kepada isu-isu yang lebih mendalam lagi yang akhirnya menyebabkan parti itu hilang keyakinan di kalangan rakat sekutunya dalam PR dan juga ahli-ahlinya sendiri.

“Saya yakin sejarah kerjasama Pas dan UMNO tidak banyak membantu memberi manfaat kepada Pas sedangkan kaedah ini amat penting kepada UMNO untuk menjadikan Pas sebagai jalan rentas mencari sokongan rakyat terutamanya masyarakat Melayu beragama Islam kepada mereka,” katanya.




Khalid setuju dengan Nik Aziz

KUALA LUMPUR - Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, Khalid Abdul Samad yang merupakan antara tiga pemimpin tertinggi parti itu yang menyertai muzakarah pertama dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini mahu muzakarah itu segera dihentikan.

Khalid bersetuju dan senada dengan pendapat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa muzakarah tersebut hanya akan memporak-perandakan parti.

"Saya bersetuju dengan pendapat Nik Aziz. Memang ada usaha untuk memujuk Pas menyertai UMNO," katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau antara tiga pemimpin Pas selain Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Pengarah Pilihan Raya, Datuk Mustafa Ali yang terlibat dalam muzakarah yang didedahkan oleh Perdana Menteri kelmarin.

Khalid juga mendakwa muzakarah itu merupakan gimik UMNO semata-mata untuk menjatuhkan Pas yang merupakan anggota Pakatan Rakyat.

Khalid, Ahli Parlimen Shah Alam turut mendedahkan apa yang berlaku dalam pertemuan pertama yang berlangsung sejurus selepas pilihan raya ke-12 pada 8 Mac lalu.

Semalam, dalam kenyataan kepada Sinar Harian, beliau berkata, pertemuan dengan Abdullah selepas pilihan raya umum lalu bukan bertujuan membincangkan isu kepentingan Melayu dan Islam semata-mata.

Malah katanya, isu tersebut hanya perkara sampingan yang dibincangkan kerana tumpuan utama adalah menjurus kepada tawaran penyertaan Pas dalam Barisan Nasional (BN) termasuk harapan Abdullah untuk menubuhkan kerajaan bersama di Selangor.

Sebelum ini Sinar Harian juga turut menyiarkan kenyataan tegas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, yang meminta sebarang usaha untuk mengadakan muzakarah antara Pas dan UMNO perlu dihentikan dengan segera kerana bimbang akan berlakunya perpecahan dalam parti.

Nik Aziz menyatakan demikian sehari selepas Abdullah, yang juga Perdana Menteri mendedahkan tiga pertemuan telah diadakan dengan tiga pemimpin Pas sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyambut baik pertemuan itu.

Dalam pertemuan tersebut, menurut Khalid, selain beliau, Pas diwakili Nasharudin dan Mustafa.

UMNO pula diwakili oleh Abdullah dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Dr Mohammad Khir juga mendedahkan formula dan isu perbincangan dalam pertemuan tersebut menerusi blognya.



Cetak artikel
Cetak artikel

Tuesday, July 22, 2008

ANTARA STRATEGI DAN KEALPAAN...? DS ANWAR dan YAB Tuan Guru Nik Aziz dan seluruh pimpinan PR perlu selamatkan keadaan....!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

23 Jun

Bukan taksub atau taklid buta kepada seorang pemimpin bernama ANWAR, tapi itulah hakikatnya. Apapun yang terjadi kepada Anwar rakyat teap bersama serta pertahankan beliau dengan seluruh tenaga. Tapi kenapa DSAI terus dizalimi?
Ini merupakan analisa singkat dan simple:

1. BN-UMNO tidak sedia menerima kekalahan dalam PRU-12 kerana sebelum ini mereka terlalu selesa dengan kedudukan memerintah hampir 50 tahun. Jadi seluruh fokus jentera pemerintahan BN-UMNO terfokus kepada seseorang yang bertanggungjawab atas kekalahan ini. Tidak ada maaf bagi Anwar adalah hukuman politik BN-UMNO samalah keadaan pada tahun 1998 di mana Mahathir tidak dapat terima haklikat bahawa Anwar mahu mencabar beliau. Cara politik pemimpin Melayu sebenarnya tidak banyak berubah sejak dari zaman pemerintahan Raja-raja Melayu sehinggalah ke zaman moden ini. Sekalipun pemimpinnnya mendapat pendidikan tinggi dari dalam dan luar negeri. Mereka tidak boleh dicabar dan jika dicabar dan mereka kalah maka jentera kerajaan akan digunakan sepenuhnya. Inilah punca siri kezaliman terhadap DSAI dan siapa sahaja yang menentang mereka.

2. Secara sedar ramai pemimpin Melayu menerima hakikat bahawa Anwar lebih hebat dari mereka dan mereka yakin Anwar mampu memberi harapan baru di bumi Malaysia. Sekali lagi mereka kalah dengan kepentingan politik diri dan kroni sehingga nilai serta segalanya tergadai. 30 melompat sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil tapi ianya terhambat apabila beberapa tuduhan palsu (fitnah) dan sedikit kealpaan di barisan pimpinan PR memberi ruang BN-UMNO untuk mendapat bantuan pernafasan. Kenyataan YAB Tuan Guru Nik Aziz amat menarik untuk kita renungkan dan ianya amat tepat dalam menilai suasana serta tindakan politik dengan UMNO. " Kita perlu lanyak UMNO sampai tenggelam....!!!" . Inilah bicara hati tuan guru dan ianya amat menarik untuk menjadi pegangan para pejuang di mana sahaja. Ianya juga bertepatan dengan hukum perang politik di tanah air kita. Selama ini UMNO tidak pernah belajar dan bersekolah dengan sebuah perubahan. Bagi mereka perubahan adalah malapetaka dan celaka. Maka apa cara sekalipun Anwar mesti dipadam dari arena politik Malaysia. Realitinya berbeza...Semakin kuat tekanan dan segala macam tuduhan ke atas beliau..semakin ramai rakyat mendokongnya. Maka akhirnya jerat konspirator UMNO makan diri. Datanglah Ezam atau apa sahaja nama para macainya, mereka turut tenggelam dalam arus kesedaran rakyat ini.

3. Kealpaan beberapa pemimpin PAS amat disayangkan tapi inilah realiti yang seharusnya para pejuang bersikap lebih realistik dan terbuka. Inilah juga tarbiyah siasah yang wajib kita halusi untuk masa depan. Jangan jadikan ini alasan untuk kita mundur dan menjauhkan diri dar arena politik tapi sebenarnya ia adalah fitnah dalam perjuangan. Semoga fitnah atau ujian ini dapat diselesaikan secara baik dan profesional. UMNO ketawa melihat PR melompat-lompat mengikut rentak gendang mereka dan mereka akan terus memukul gendang sehingga satu demi satu para pejuang berjatuhan ke lubang mereka. Jika sudah di lubang, maka selamat tinggallah ucapan mereka. Inilah yang terjadi kepada Ust. Nakhae dan sekarang Ezam. Apakah akan jatuh lagi beberapa orang dalam lubang yang sama?..Kita doakan yang terbaik tapi jika mereka mahu ke lubang juga sudah tentu kta tidak dapat berbuat apa-apa.

Sila renungkan.....

'Umno-PAS rule in S'gor' - Anwar ruined it
Syed Jaymal Zahiid | Jul 22, 08 4:13pm

PKR leader Anwar Ibrahim had used his influence in PAS to derail the possibility of Umno and the Islamic opposition party forming a joint government to rule Selangor in the wake of the March 8 polls.

MCPX

This was revealed by former menteri besar and Umno supreme council member Dr Mohd Khir Toyo

In a posting on his blog, Khir said Umno had offered its arch-rival PAS the menteri besar post during a dialogue session held shortly after the elections.

Apart from this, he said PAS was also offered the deputy menteri besar as well as four executive councillors posts if it agreed to form the coalition.

Khir also said he was willing to be left out of the state government line-up if that would encourage PAS to accept the partnership.

"I brought them (PAS) for a muzakarah (dialogue) with the prime minister and suggested to Abdullah (Ahmad Badawi) that PAS leaders in Selangor be offered those posts," he added.

He said Umno and PAS could form a synthesis in championing Malay interests in the state which fell into opposition control.

'Anwar blocked it'

"Unfortunately the influence of Anwar in PAS through the party's secretary-general Kamaruddin Jaafar blocked the initiative.

"As long as Anwar is important in Pakatan Rakyat the muzakarah will not succeed. Anwar does not want to see Malays unite and that is why he formed Pakatan that thrives on the ideals of equality to the extent of elevating other religions on the same par as the primary religion in this country, Islam," he added.

Khir said this was proven by the fact that Anwar was being supported by 'extremist' Chinese and Indians via opposition party DAP and the Hindu Rights Action Force (Hindraf).

Yesterday, Malaysiakini quoted a PAS leader as saying that Umno had offered them the Selangor menteri besar post during a meeting held two or three days after the general election.

PAS central committee member Abdul Khalid Samad, who attended the meeting, disclosed that the agenda was issues pertaining to Islam and the Malays.

Also present were PAS deputy president Nasharudin Mat Isa and the party’s Terengganu commissioner Mustafa Ali.

Despite the offer, PAS chose to back the Pakatan Rakyat state government with PKR supreme council member Khalid Ibrahim as menteri besar. PAS has three state executive councillors.

However, Khir is still optimistic about the possibility of Umno and PAS striking a working relationship.

"We must first get rid of the politics of hate, slander and revenge among the Malays. It must begin with the younger generation understanding that a Malay majority is only meaningful if it is used to better the Malays.

"I am happy to hear that Umno and PAS leaders are talking. This happiness comes from the fact that I initiated the move after the March 8 elections," he said.

Friction in PAS

Meanwhile, Khir also stated that he had a dream.

"My dream is that one day, we will see Abdullah, (former premier) Dr Mahathir Mohamad, (deputy premier) Najib Abdul Razak, (PAS spiritual leader) Nik Aziz Nik Mat, (Anwar's wife and PKR president) Dr Wan Azizah (Wan Ismail) and (PAS president) Abdul Hadi Awang seated at the same table."

"My dream is to see that the Malays once again become the backbone which will stabilise the politics in the country," he added.

On Sunday night, PAS president Abdul Hadi Awang confirmed that top-level meetings had taken place between the two parties.

However, it is believed that the talks had caused a rift in PAS with certain leaders, including Nik Aziz, not keen on any collaboration with Umno.

from malaysiakini


Muzakarah: Dewan Pemuda PAS Pusat perjelas pendirian
Nyza Ayob & Nuha Rahim
Wed | Jul 23, 08 | 4:07:18 pm MYT

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub menegaskan menjadi dasar umum dan pendekatan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengadakan apa jua bentuk perbicangan, dialog mahupun muzakarah dengan mana-mana pihak sebagai membuktikan PAS adalah parti yang sangat terbuka dan bersedia untuk berkongsi pengalaman dan pendekatan demi kepentingan negara, rakyat dan khususnya perjuangan Islam dalam negara ini.

Menurut Salahuddin dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini, ketetapan dan ketegasan tersebut dibuat setelah mengadakan perbincangan selama tiga jam setengah dalam mesyuarat khas jawatankuasa kerja Dewan Pemuda Pas Pusat malam tadi.

Turut serta dalam sidang media tersebut ialah Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Sabki Yusuf; Exco Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Kamaruzzaman Mohamad.

Jelas Salahuddin, di samping sikap keterbukaan itu, Dewan Pemuda PAS menentang sebarang usaha sekiranya muzakarah yang hendak diadakan menjurus dan memfokuskan kepada agenda kerjasama politik ataupun perkongsian kuasa di antara PAS dan Umno.

Tambahnya, melalui mesyuarat tersebut, Dewan Pemuda PAS juga membuat ketetapan komited kepada Pakatan Rakyat yang sedang terjalin.

Salahuddin menegaskan, Pakatan Rakyat merupakan satu-satunya wadah untuk menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

Katanya, Dewan Pemuda PAS juga akan menentang sebarang usaha yang dilakukan oleh mana-mana pihak untuk memecah belah serta menimbulkan fitnah dan hasutan terhadap Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu katanya, sekiranya berlaku muzakarah antara PAS dan Umno, ia tidak akan berakhir dengan PAS meninggalkan Pakatan Rakyat serta menyertai atau berkongsi kuasa dengan Barisan Nasional.

"Oleh itu rakyat seharusnya faham bahawa muzakarah yang digembar gemburkan jika menjurus kepada perbincangan perkongsian kuasa serta agenda untuk meninggalkan Pakatan Rakyat, menjurus kepada kerjasama politik ia merupakan perkara yang tidak benar sama sekali.

"Rakyat seharusnya yakin dengan kepimpinan PAS serta perjuangan PAS hari ini. Kita sebenarnya sedang menerima mandat rakyat selepas Pilihan raya lalu dan telah membentuk kerajaan Pakatan Rakyat di lima buah negeri. Ini merupakan amanah dan tangggung jawab yang kita tunaikan dengan penuh kesedaran. Kita mempunyai prinsip dan pegangan yang cukup kuat tanpa ada pemikiran lain untuk lari atau mengkhianati daripada Pakatan Rakyat ,"tegasnya.

Dalam pada itu, Salahuddin menegaskan sekiranya terdapat sebarang permasalahan dalam Pakatan Rakyat, perkara tersebut akan diselesaikan dengan baik. - mks._


Muzakarah: Tradisi kepimpinan Islam sepanjang zaman

Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Wed | Jul 23, 08 | 4:23:49 pm MYT

Dalam menghadapi kemelut dalaman Umno dan rentak riak politik Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim serta suasana gawat krisis kenaikan harga bahan api dan makanan, Dato' Abdullah Ahmad Badawi dengan sekonyong-konyong mendapat idea untuk mengalihkan pandangan rakyat dengan pendedahan pertemuan bersama-sama pimpinan tertinggi PAS.

Riuh rendah media arus perdana menjaja isu ini seolah-olah isu-isu lain sudah tidak jadi penting sangat.

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengingatkan semua bahawa kita perlu hati-hati dan jangan hilang fokus terhadap isu sebenar yang perlukan perhatian dan tindakan segera.

DMPP juga ingin mengingatkan semua peringkat ahli-ahli PAS terutamanya para perwakilan jangan kita leka dan terbawa-bawa sehinggakan ianya menjadi agenda utama dalam perbahasan di Muktamar kita akan datang. Mengapa perlu kita biarkan orang luar yang lain mencorakkan agenda dan tindak-tanduk politik kita?

Dalam isu muzakarah ini sebenarnya amalan munaqasyah atau perbincangan atau yang lebih popular disebut sekarang sebagai 'engagement' dalam mencari satu penyelesaian adalah satu tindakan yang biasa diambil oleh mana-mana kepimpinan jemaah Islam sejak dari para nabi-nabi mengikut keperluan dan suasana semasa.

Oleh itu dalam kita menyelesaikan sesuatu masalah dan kerumitan Islam menggalakkan kita mengambil inisiatif tersebut.

Oleh itu bagi PAS yang memperjuangkan Islam dan kesejahteraan Negara, sebarang inisiatif ke arah mengadakan muzakarah dengan mana-mana pihak sangat dialu-alukan.

Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa kita telah bersedia bertemu dengan DAP, Gerakan dan lain-lain bahkan mana-mana badan-badan NGO pun pada masa lalu.

Kita juga masih ingat isu bermuzakarah dengan Umno hangat diperkatakan semasa Almarhum Dato' Fadzil Mohd Noor menjadi presiden lagi. Isu ini bukan baru, ianya sudah berlarutan sejak tahun 80an dan masih relevan lagi sekarang.

Oleh itu "Muzakarah PAS-Umno" tidak perlu diperbesar-besarkan sangat dan menjadi satu isu yang akan menimbulkan keraguan serta kebimbangan yang tidak ada penghujungnya pada kita.

DMPP amat yakin bahawa ahli-ahli PAS sudah bertambah matang dan menyedari bahawa dalam menentukan tindakan yang kritikal yang menyentuh dasar perjuangan parti, sebarang inisiatif yang hendak dijalankan memerlukan persetujuan Majlis Syura dan mesti diputuskan oleh sidang Muktamar, baik Muktamar Tahunan mahupun Muktamar Khas.

Peruntukan ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan PAS dan sebarang inisiatif yang melanggar serta bercanggah dengan peruntukan itu adalah tidak sah.

Walau bagaimanpun DMPP ingin menegaskan bahawa di dalam suasana politik pasca PRU 12 sekarang, sebarang inisiatif muzakarah dengan Umno untuk membolehkan Umno memerintah kembali di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat amatlah tidak wajar.

Ianya adalah satu inisiatif PAS untuk memulihkan kekuatan Umno yang telah lemah dan bertentangan dengan kehendak dan mandat rakyat.

Jika ianya berlaku DMPP tidak ragu-ragu akan menentang dengan sekeras-kerasnya sebarang inisiatif ke arah itu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat _


Ada niat lain Umno bersungguh mahu bermuzakarah - Nik Aziz
Lanjusoh
Wed | Jul 23, 08 | 2:55:23 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

"Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin.

"Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan RasulNya sejak dahulu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS.

Menurutnya Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

"Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu.

"Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja," katanya.

Bagaimanapun katanya, kalau perlu juga kepada muzakarah bolehlah difikirkan selepas pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini media melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendakwa Umno dan PAS sudah mengadakan tiga kali pertemuan membincangkan perkara berkaitan agama dan perpaduan Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan melahirkan rasa bimbang PAS akan dianggap sebagai khianat kepada rakan-rakan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

"Saya cukup kesal. Selaku Mursyidul Am, saya berhak menegur. Ini berasaskan prinsip Wal-Ashr. Dalam semangat demokrasi pun, ini menandakan bahawa masih suburnya proses konsultasi, berbeza atau bersamaan pendapat dalam PAS.

"Pada saya, muzakarah boleh, tetapi atas dasar peribadi dan tidak atas nama parti,"ujarnya.

Kata beliau apa jaminan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak berpecah dengan langkah terlalu ghairah untuk bermuzakarah sesetengah pemimpin

Ini katanya boleh disifatkan sebagai anti perpaduan dan anti kestabilan.

"Contoh telah pun ada pada tahun 1970-an di mana PAS berpecah tiga iaitu Berjasa, Hamim dan Bebas Bersatu. Bagaimanapun, jika diteruskan juga dan berlaku perpecahan.

"Saya tidak mahu memikul tanggungjawab langkah yang saya tidak restu,"kata beliau. - mj/mks. _



Tutup fail muzakarah, hanya ada sekadar muqabalah - Mursyidul Am
Lanjusoh & Salmah Mat Husain
Wed | Jul 23, 08 | 8:19:30 pm MYT

KOTA BHARU, 23 Julai (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu muzakarah sudah tutup fail dan apa yang berlaku sekadar pertemuan biasa (muqabalah).

"Pada kenyataan yang lepas saya benarkan pertemuan di antara pemimpin PAS dan Umno berkaitan Islam dan masalah rakyat, serupa sahaja dengan kenyataan yang disebut Presiden PAS.

"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini.

Sebelum itu rombongan anggota Majlis Syura Ulama mengunjungi Menteri Besar Kelantan di JKR 10 di sini. Perbincangan terbabit diadakan hampir dua jam.

Turut kelihatan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din; Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato' Mohamed Daud.

Ikut serta pertemuan tersebut Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Bagaimanapun Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu perkataan muzakarah yang di'geger'kan sebelum ini ditukar kepada istilah muqabalah (perjumpaan biasa).

Menurutnya keputusan syura sebelum ini bersetuju diadakan pertemuan biasa dengan pemimpin Umno kerana syura sudah membuat keputusan sebulat suara.

Perkara itu diputuskan pada 23 April lalu manakala pertemuan dengan pemimpin Umno hanya diadakan pada 20 Julai lalu.

Ustaz Abdul Hadi pula berkata, apa yang sebenarnya berlaku bukan muzakarah sebaliknya muqabalah di antara PAS dengan Umno bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dialami umat Islam dan rakyat seluruh negara.

"Masalah yang dialami di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat kita minta kerajaan pusat menyelesaikan. Itu yang kita bincangkan dalam pertemuan dengan pemimpin Umno.

"Tidak timbul masalah PAS menyertai kerajaan kerana PAS masih lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. Kita akan terus dengan Pakatan sekarang memenuhi hikmah-hikmah politik yang kita perjuangkan,"katanya.

Bagaimanapun katanya dalam Pakatan Rakyat persefahaman kita tidak akan menjadi halangan, masing-masing memperjuangkan ideologi dan tetap berganding dalam isu-isu bersama.

Menurutnya sebagai orang Islam, PAS wajib menyuarakan kepada orang Islam lain dan dalam masa yang sama tidak mengabaikan keadilan Islam kepada semua kaum yang ada di negara ini.

Kata beliau di atas prinsip itulah diputuskan Majlis Syura Ulama di mana Timbalan Presiden dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali bertemu dengan pemimpin Umno bagi menimbulkan isu-isu berkaitan.

Manakala Dr Haron berkata, Majlis Syura Ulama PAS menyedari masalah tersebut berlaku sebelum disedari wartawan, di mana perbincangan Majlis Syura mengenainya dibuat pada April lalu.

"Ketika itu tidak timbul isu muzakarah. Majlis Syura telah menangapi perlu diberi ruang untuk kita bermuqabalah dari face to face.

"Namun apa yang timbul sekarang perkataan muzakarah itu seolah perlawanan seperti yang berlaku di Dewan Bahasa dan Pustaka baru-baru ini di antara Menteri Penerangan dan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak mahu berlawan macam itu, kita nafikan ada muzakarah. Kalau dedahkan begitu akan menimbulkan masalah kerana akan ada yang kalah dan menang. Hanya apa yang ada sekadar pertemuan biasa," katanya.

Beliau menjelaskan mengapa hendak dilarang pertemuan biasa dan PAS bersetuju bekerjasama dalam semua perkara demi kebaikan semua rakyat di Malaysia.

Ditanya pertemuan lain bakal diadakan selepas ini, kata beliau itu mengikut keperluan.

"Bagaimanapun kita mahu lihat respon daripada Umno terhadap apa yang kita kemukakan terlebih dahulu," ujarnya.

Menurutnya juga usaha pertemuan itu sebenarnya dianjurkan pihak Umno.

Kata beliau, mereka yang mengusahakan dan bukti jelas dilihat kepada kenyataan ada tiga pertemuan sebelum ini dibuat sendiri Presiden Umno.

"Mereka yang membuat kenyataan dan merekalah yang mengusahakan pertemuan sebelum ini,"katanya. - mj/mks. _

Monday, July 21, 2008

SERIINGKALI KITA TERLUPA.....?.

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

22 JUN
Saya sempat merujuk kitab Dr. Abdul Karim Zaidan "Usuluddakwah" dalam bab " Sistem Kemasyarakatan dalam Islam" di tajuk kecil " Kewajiban Individu Terhadap Masyarakat";

1. Bebanan membaiki masyarakat wajib dipikul oleh setiap individu Muslim dan ianya juga wajib mengajak masyarakat lain ke arah hal yang sama. Surah AlMaaidah 3, " Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya." Jadi kewajipan bertolong-tolongan di sini merujuk kepada membaiki masyarakat dan melarang masyarakat dari melakukan kerosakan. Inilah inti "taawun alalbirri wataqwa" dan "alal ismi waludwan". Pejuang kebenaran wajib memahami hal ini kerana se4gala gerak aksi kita dalam berpolitik dan bermasyarakat adalah berasaskan dua hal ini.

Sebenarnya jika isu PAS atau parti mana pun bermuzakarah dengan siapapun jika berasaskan dua hal di atas rasanya tidak masalah cuma sayangnya hal tersebut dimanipulasi oleh UMNO sehingga kelihatan pemimpin-pemimpin PAS cuba beraksi sendiri. UMNO gunakan isu ini bagi mendapatkan poin di dalam parti mereka dan menggunakan isu ini untuk menghilangkan rasa saling percaya di kalangan PR dan penyokong PAS. Cara UMNO menginformasikan ke khalayak juga dilihat sangat tidak fair/wajar kerana motif utama muzakarah bukan itu yang diharapkan terutama oleh PAS. Jadi sekali lagi ini adalah bukti bahawa pemimpin UMNO tidak ikhlas dalam bermuzakarah dan membela nasinb Melayu Islam yang selama ini dilupakan.


Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat
Lanjusoh, Mohd Yusri Amin
Mon | Jul 21, 08 | 4:29:10 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.

Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya. - mj/mks. _

PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno
Salman Hussin
Mon | Jul 21, 08 | 5:06:48 pm MYT

BATU PAHAT, 21 Julai (Hrkh) - PAS Johor menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah antara PAS-Umno bagi membincangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

"PAS tidak pernah sekali-kali menutup pintu muzakarah dengan Umno bahkan, sejak dulu pun PAS sentiasa membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mereka, malah sebelum pilihanraya yang lalu pun PAS telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan soal perpaduan melayu dan Islam," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung kesediaan PAS mengadakan muzakarah dengan Umno, yang mendapat liputan meluas media-massa tempatan mutakhir ini.

"PAS Johor yang mengadakan Mesyuaratnya hari ini juga telah mengambil ketetapan menyokong kenyataan Presiden PAS berhubung muzakarah ini," katanya.

Bagaimana pun menurutnya, antara muzakarah dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza, PAS memang sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno tetapi bukan mengadakan kerjasama dengan mereka, oleh itu tidak timbul sama-sekali soal kerjasama antara PAS-Umno.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, turut menafikan dakwaan kononnya berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai dakyah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Hubungan kita dalam Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri sangat baik dan kerjasama ini akan dipereratkan lagi sehingga ke akar umbi, ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

"Justeru kerana itu kita ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan Pakatan Rakyat retak, adalah tidak benar sama sekali dan rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda jahat pihak-pihak tertentu ini," ujarnya lagi. - mks._


Sunday, July 20, 2008

MUZAKARAH PAS DAN UMNO...GIMIK POLITIK DESPERADO PIMPINAN UMNO??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

21 JUN.

Berita utama tv3 diulang beberapa kali tentang muzakarah...sepertinya ia amat penting demi agama, bangsa dan negara. Apakah penyokong PR dan rakyat biasa dapat memahami semua ini? Yang jelas penyokong PR menolak apa juga nama dan bentuk kerjasama dengan UMNO kerana sudah terbukti dalam sejarah UMNO adalah parti yang diisi dengan konsep perjuangan perkauman , opotunis dan sangat pragmatis. Mereka boleh menyamar dalam mencapai tujuan untuk terus kekal dalam pemerintahan di Malaysia. Bukan buruk sangka tapi ianya adalah rialiti...Soal strategi PAS itu adalah hak PAS dan masa depan PAS di Malaysia. Jangan sampai tersalah langkah kerana kegagalan penyatuan PR hari ini membawa kesengsaraan sehingga berpuluh tahun akan datang. Kami yakin semua pihak dari PR akan terus komit dengan agenda yang telah disepakati bersama. Dengarkan dan bertindaklah untuk memenuhi harapan rakyat terutama dari 5 negeri yang telah PR urus sekarang. Di luar 5 negeri, masih ramai lagi rakyat yang sudah bersiap sedia untuk melakukan hal yang sama. Kepada seluruh pemimpin PR kami berpesan...ANDA ADALAH HARAPAN UMMAT DAN DI TANGAN ANDA ADA SEGALANYA!!!

RENUNGAN DARI BEBERAPA KENYATAAN PIMPINAN PAS...

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Jul 20, 08 | 11:57:32 pm MYT

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia. - mr/mks.

20 Julai 2008,
Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).
_


Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan
Abdul Aziz Mustafa
Sun | Jul 20, 08 | 8:58:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

Membidas kenyataan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar harian hari ini, Exco kerajaan negeri Kelantan itu mengulangi penegasan bahawa PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Perdana Menteri mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin PAS yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya.

Presiden Umno itu, kata Husam, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers' - 'pembuat keputusan', walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu.

"PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau.

Selain memecahbelahkan PAS, Husam menjangka, antara matlamat politik jangka pendek yang hendak dicapai Perdana Menteri dengan pengumumannya itu ialah mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008 dan menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.

"Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan ummat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

"Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri sudah pun mencapai maksud yang diharapkan pada darjah yang tertentu yang belum parah, Husam mengingatkan tugas utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

"PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," kata beliau.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

"Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas beliau.

Jika PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk Umno menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan Umno dengan faham sekularnya yang merosakkan itu, katanya.

"Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama," katanya lagi.

Tetapi itu tidak penting bagi Perdana Menteri, kata Husam, kerana dalam ketidaktentuan sebelum Disember ini, beliau memerlukan segala dahan yang ada untuk berpaut.

Pada waktu kepercayaan kepada kepimpinannya berada pada titik yang paling rendah, keupayaan pengurusan ekonomi yang hampir sifar, hala tuju negara yang amat kabur, keyakinan terhadap kemampuan membawa keharmonian pelbagai kaum yang amat rendah, kehilangan keyakinan terhadap institusi utama seperti kehakiman, polis dan jabatan Peguam Negara, Husam menyifatkan Perdana Menteri memang memerlukan PAS.

"Jawatan kerajaan yang mungkin ditawarkan oleh Abdullah kepada PAS tentulah bukan segala-galanya," tegas beliau. _


Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali
Salmah Mat Husain
Mon | Jul 21, 08 | 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.

Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.

Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.

"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.

Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.

"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,"ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.

Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj/mks. _