foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, August 11, 2008

KERAJAAN NEGERI PR MESTI MENINGKATKAN KESELAMATAN...!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

12 oGOS
Sempat bertemu dengan beberapa teman Reformis Rakyat di Masjid India dan beberapa lontaran idea yang baik. Isu utama yang dibincangkan ialah Permatang Pauh dan realiti yang bakal dihadapi oleh DSAI di sana. DSAI ada peluang tapi di waktu yang sama pendekatan lokal Permatang Pauh itu sendiri seharusnya menjadi perkara utama yang ditekankan. Soal isu nasib orang Melayu di Pulau Pinang dan harapan rakyat kepada Malaysia Baru. Penantian selama berpuluh tahun untuk rakyat merasakan kenikmatan berada di sebuah negara bebas rasuah, bebas kronisma dan nepotisma patut diagenda sebaik mungkin. Rakyat mahukan solusi seperti isu kenaikan minyak DSAI telah memberi pilihan solusi yang terbaik dengan menurunkan harga minyak dan akhirnya UMNO terpaksa ikut rentak ingin menurunkan juga harga tersebut. Strategi beginilah yang diperlukan oleh rakyat dan soal hentam menghentam adalah lebih baik berpada -pada dan wajib punya asas yang kukuh. Debat patut menjadi contoh bagaimana DSAI dapat mengawal emosi dan dengan relax melanyak Sabry Chik. Rakyat umumnya berpuas hati dan darjah sokongan makin meningkat kepada DSAI.

Setelah hampir satu jam saya beredar dari Masjid India menuju ke Masjid Wilayah untuk menghadiri meyuarat Seminar Sehari untuk pemandu Teksi dan peluang bisnes bersama KOPTEAM yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula dari jam 8 pg. Sila dapatkan info terperinci dari kami dan sebarkan ke seramai mungkin teman-teman yang berminat dengan bisnes dan peluang usaha bersama koperasi secara percuma. Makan minum disediakan oleh pihak masjid dan terbuka juga kepada non Muslim.

Setelah selesai mesyuarat sekitar jam 11 malam kami singgah di Deens Restoran untuk ambil angin sambil kena kopi tarik. Ada suatu hal yang menarik ialah kami merasakan betapa pentingnya sebelum umur ke 60 tahun soal peribadi dan keluarga diselesaikan dengan sebaik mungkin terutama bagi seorang pejuang. Pagi tadi saya sempat bertemu dengan salah seorang veteran yang kerap kali di bulan Ramadhan berada di Mekah. Ini semua boleh terjadi apabila kita punya wang yang cukup untuk diri dan keluarga. Nama beliau Pak ENGKU dan kelihatan dia masih segar walaupun umur sudah hampir 70 tahun. Jadi seminar yang bakal diadakan pada 14 Ogos sebenarnya adalah dalam rangka untuk membangunkan kesedaran tentang persoalan nilai hidup dalam aktiviti seharian kita mencari nafkah.

Realitinya sekarang kita berdepan dengan meningkatnya kos hidup dan di waktu yang sama kadar jenayah juga semakin meningkat. Kes bunuh, rompak, curi, rasuah, tipu, dan bermacam-macam isu timbul adalah berpunca dari masalah ekonomi yang tidak stabil dan keimanan yang tergugah . Dan inilah perkara utama yang PR harus mampu memberikan solusi. JIka tidak kita akan menyaksikan rompakan besar-besaran terhadap orang-orang kaya, bank dan institusi kewangan. Ini tanda yang amat kurang sihat dan terbukti BN sudah tidak terdaya lagi mengawalnya. Contoh terbaru kejadian di Arrahn...(kejadian terjadi akibat ekonomi nasional yang sudah kacau dan yang menjadi sasaran adalah rakyat kecil...). Oleh itu Kerajaan Negeri di bawah PR mesti lebih berhati-hati kerana impaknya ialah kepada penyimpan dan penggadai miskin di negeri tersebut.Pegawai Keselamatan dan keselamatan dalam bangunan patut dipertingkatkan kerana penjahat upahan amat mudah didapatkan terutama bagi menajtuhkan imej Negeri PR.

Ar-Rahn: ‘Kembalikan harta orang miskin’

KOTA BHARU 11 Ogos – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta pencuri yang melarikan barangan kemas dari pejabat pajak gadai Islam, Ar-Rahn cawangan Kota Bharu agar memulangkannya semula kerana mereka ‘merampas’ harta orang miskin.

Beliau yang begitu kecewa dengan kehilangan barangan kemas dianggarkan bernilai jutaan ringgit itu berkata, biarpun hanya orang yang terlalu jahat melakukan jenayah itu, mereka sewajarnya turut mempunyai sedikit timbang rasa.

Harta yang dilarikan bukan harta kami (kerajaan), tetapi harta orang miskin, mereka bawa barang cagaran untuk dapatkan sedikit wang tunai, mungkin buat belanja anak belajar, rawatan hospital atau kenduri kahwin.

“Mereka cuma perlukan RM500 atau RM1,000, tetapi kamu rompak, tolong fikirkan kesusahan mereka yang berusaha mengumpulkan wang dengan memerah keringat, bertani atau berniaga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kehilangan barangan kemas dalam peti besi pejabat Ar-Rahn Kota Bharu yang disedari awal pagi semalam.

Empat lelaki bertopeng dikesan oleh kamera litar tertutup berada dalam premis itu dan mereka menceroboh masuk melalui bumbung dan menebuk dinding serta peti besi simpanan.

Barangan kemas yang hilang dipercayai bernilai berjuta-juta ringgit, tetapi pihak pengurusan dan pihak polis tidak mengumumkan jumlah sebenar.

Sehubungan itu, Permodalan Kelantan Berhad (PKB) yang mengendalikan perkhidmatan itu mengumumkan penutupan operasi Ar-Rahn cawangan tersebut mulai semalam sehingga diberitahu kelak.

Katanya, meskipun syarikat milik kerajaan yang mengendalikan perkhidmatan sistem gadaian Islam itu akan membayar ganti rugi kepada pelanggan, ia agak membebankan.

Menyentuh mengenai aspek kawalan di premis berkenaan, beliau berkata, bangunan itu sebenarnya merupakan bekas premis bank dan dengan peralatan keselamatan yang ada, ia tidak dapat dijamin boleh menghindarkan penceroboh.

Mereka (pencuri) menggunakan alat-alat canggih yang boleh memecah masuk di mana sahaja. Ia boleh menimbulkan keresahan semua pihak sama ada di rumah atau bank,” katanya.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!