IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
9 SEPT.
Amatlah rugi dan melesetnya fahaman UMNO jika agenda utama mereka hanya berasaskan kepada fahaman perkauman sempit. Pak Lah dan pemimpin UMNO lambat bertindak kepada Pak Mad Ismail adalah bukti yang mereka tidak sensetif dengan isu perkauman. Setelah di desak baru terhegeh-hegeh nak selesaikan isu ini. Ini soal sikap dan fahaman. Jadi jika dibiarkan tak mustahil 13 Mei akan berulang lagi tapi kali ini yang akan berjuang hanyalah golongan yang sempit akal dan terencat akal. Bahkan ini bukan bernilai perjuangan tapi kebodohan persepsi pemimpin Melayu UMNO.
Bila teringat 13 Mei, waktu itu umur saya sekitar 7 tahun dan masih segar dalam ingatan betapa ramainya pemimpin Melayu datang bertemu tok-tok guru dan kiyai minta tolong bermacam jenis ilmu. Tok guru suruh minum air kolah, habis air kolah dilahap mereka. Tok guru suruh solat di masjid..penuh masjid..Aduhai ..bangsaku, yang merosakkan rakyat dan negara masa itu adalah dari pemimpin Melayu sendiri yang tak mahu belajar Islam dan bodoh sombong terhadap tok-tok guru di pondok. Politik hanya retorik dan bila rakyat terbakar marah...kemana perginya pemimpin Melayu masa itu???? Menyorok atau lari lintang pukang???
Malas nak teruskan cerita memalukan ini kerana jika allahyarham Hj. Zainuddin (salah seorang tok guru masa itu) masih hidup dia tahu benar bagaimana kelibat pemimpin politik Melayu masa ..Beberapa kali beliau mengingatkan kepada anak cucunya.."jangan percaya kepada pemimpin politik Melayu UMNO (beliau merujuk kepada pemimpin UMNO masa itu ) yang hanya hebat provokasi merata pelusuk tapi bila datang masalah...merekalah yang paling awal cabut lari..dan membiarkan tok-tok guru menyelesaikan masalah mereka". Janganlah diungkap lagi peristiwa bodoh ini dan cukuplah ianya menjadi pelajaran kepada anak cucu kita.
Zaman ini adalah zaman anak Malaysia yang seharusnya bebas dri sangkaan buruk antara kaum. Zaman ini adalah era saling menghargai dan menghormati sesama kita. Yang tidak mahu bekerjasama dalam hal ini, rakyat wajib boikot golongan ini demi maslahat ammah. Pilihanraya akan datang adalah waktu paling tepat untuk memboikot golongan berfahaman sesat ini. Semoga Pakatan Rakyat dapat membuktikan sesuatu yang terbaik untuk masa depan Malaysia yang berbilang kaum.
,,Renungkan..
Pecat Ahmad, tahan di bawah ISA - Wanita Gerakan |
M Khaleel Kas Tue | Sep 09, 08 | 11:47:08 am MYT | |||||
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Hrkh) -Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail perlu dipecat daripada Umno dan segera ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Gesaan ini dibuat oleh Ketua Wanita Gerakan, Dato' Tan Lian Hoe kerana Ahmad didapati membuat kenyataan berbaur perkauman. Beliau yang membuat kenyataan di satu sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan pagi ini memberitahu, Wanita Gerakan hari ini mendesak supaya Ahmad dipecat dari Umno kerana membuat kenyataan berbaur perkauman. Menurutnya dalam laporan Malaysiakini, Abdullah mesti memastikan Ahmad ditahan segera di bawah ISA kerana memainkan isu perkauman. Katanya, perbuatan Ahmad yang berterusan mengecam masyarakat Cina, menjadi ancaman kepada keselamatan negara. Beliau bimbang ia boleh mencetuskan rusuhan kaum sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tan juga berkata, ahli-ahli Gerakan kecewa dan marah dengan tindak tanduk penyokong Ahmad semalam yang bertindak mengoyak gambar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. Berita Utama "Bagaimana pula reaksi ahli-ahli Umno jika gambar presiden mereka dikoyak seperti itu," tambahnya. Semalam, Ahmad meneruskan perang mulutnya terhadap Dr Koh dengan menuduh pemimpin Gerakan itu memainkan isu tersebut. Ahmad juga mendesak supaya Barisan Nasional (BN) menyingkirkan Gerakan daripada BN. Ahmad turut memberi amaran kepada masyarakat Cina supaya jangan memainkan isu-isu mengenai orang Melayu. Dalam reaksinya malam tadi, Abdullah mengecam tindak tanduk Ahmad dan akan bersemuka dengan ketua Umno Bukit Bendera itu hari ini. Sementara itu, Mstar Online melaporkan Gerakan Pulau Pinang mebuat keputusan memutuskan hubungannya dengan Umno negeri itu berkuatkuasa serta-merta ekoran daripada kenyataan terbaru Ahmad Ismail yang didakwa berbau perkauaman. Koh berkata keputusan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat tergempar yang dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa perhubungan negeri. Beliau berkata, ahli Gerakan berasa amat terkejut dan marah serta mengutuk tindakan serta tingkahlaku Ahmad yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab. Koh memberi tahu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar jawatankuasa perhubungan Gerakan Pulau Pinang malam tadi. Beliau turut menyelar tindakan Ahmad yang menyifatkan masyarakat Cina di Malaysia sebagai sama dengan orang Yahudi di Amerika Syarikat yang menguasai ekonomi dan politi, sebagai tidak bertanggungjawab.- mks._ Pakatan Rakyat junjung prinsip Perlembagaan Persekutuan
PM panggil Ahmad - Ekoran Ketua UMNO Bkt. Bendera itu desak Gerakan keluar BNPUTRAJAYA 8 Sept. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memanggil Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail esok bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan terbarunya yang mendesak Gerakan keluar daripada Barisan Nasional (BN). Malah, kata Perdana Menteri, beliau akan membuat pendirian tegas esok berhubung kemelut yang berlaku antara Ahmad dan Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon. Sambil melahirkan rasa amat tidak gembira dengan tindak-tanduk Ahmad itu, Perdana Menteri berkata, bentuk tindakan yang akan diambil bergantung kepada penjelasan yang diberikan oleh Ahmad. ‘‘Saya dimaklumkan tentang perkara ini, jadi dia (Ahmad) kena jelaskan kenapa jadi begitu dan selepas itu kita akan tentukan bentuk tindakannya. ‘‘Dia tidak boleh tuduh begitu (minta Gerakan keluar daripada BN)... sepatutnya serahkan perkara ini kepada BN, bukan haknya untuk kata begitu,” katanya. Abdullah ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dengan Duta-Duta Besar dan para perwakilan asing Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) di Wisma Putra di sini malam ini. Dewan Tertinggi BN akan bermesyuarat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) esok. Petang ini, Ahmad yang mengadakan sidang akhbar bersama penyokongnya di Wisma UMNO, Pulau Pinang mendesak supaya Gerakan keluar daripada BN kerana mendakwa kehadiran parti itu hanya mengkucar-kacirkan perpaduan dalam komponen tersebut. Sebelum ini, beliau mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lalu bahawa masyarakat Cina hanya menumpang di negara ini dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum bumiputera. Kenyataan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka. |
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!