foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, October 10, 2008

MENDAPAT BERITA DARI KL....

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.Singkatan;
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

9/10/11 OKT

Mohon maaf beberapa hari tak sempat nak update sebab beberapa urusan di Bandung dan Jakarta yang perlu kepada penumpuan khusus. walaupun perjalanan hanya 2jam setengah tapi bila masuk ke bandar/kota Jakarta dengan jem/macetnya..hidup jadi semput. Jika tidak ada supir, alamat tidur di tepi jalanlah jawapnya...Alhamdulillah..apapun masih Allah beri kesempatan untuk merenung dan berfikir sepanjang perjalanan yang amat melelahkan ini.

Sdr. bagi yang pernah ke indonesia ..pasti ingat .. ada satu pemandangan rutin melihat anak kecil di tepi jalan terutama di perhentian lampu merah..minta sedekah membuat fikiran berkocak sambil bertanya-tanya..Negeri sebesar dan sesubur Indonesia masih ada yang meminta..hampir tidak masuk akal..tapi inilah realiti depan mata...di celah kereta mewah menjalar..ada ratusan peminta sedekah...di celah bangunan pencakar langit masih ada ribuan pengemis, di sana sini gawat.Aduh..apakah ini salah ibu mengandung atau salah memilih pemimpin yang mentadbir? Atau inilah akibat dari sistem sosial yang tidak ada dasar insaniayah yang kukuh. Semua ada sebab musababnya dan di depan mata adalah jawapannya.
Sama juga di Malaysia..yang makan kuah dan isi dari sistem ekonomi negara adalah dari keluarga tertentu atau warga terpilih..Cuma bezanya di Indonesia demokrasinya semakin matang dan berpengaruh berbeza dengan Malaysia. Jadi apakah akibatnya nanti..? Sudah pasti berbeza kerana Indonesia tidak letak masalah di bawah carpet...semua didedahkan sehingga Suharto sebagai pencuri harta rakyat Indonesia juga dibentangkan di media..Kita tutup dan bungkus sehingga kepala penjahat masih diangkat dan dimuliakan oleh golongan tertentu. Najib di mata dunia amat rendah tapi Umno masih nak dia jadi Pm Malaysia..ini sindrom apa?

Kadangkala malas nak komen tapi inilah realiti. Sama macam anak jalanan tadi..kalau boleh nak tutup mata setiap kali melalui jalan terentu..tapi mereka tetap ada. Diusir..datang balik..siapakah yang patut disalahkan..? Jawapannya sama..kitalah yang patut dipersalahkan..Rakyat yang memilih mereka yang berkuasa dan yang mempunyai kebijakan tadbir negara. Kesalahan yang dilakukan mungkin sudah melebihi 50 tahun di Malaysia dan di Indonesia melebihi 60 tahun..
marilah kita merenung dan merubah.!!.

Dalam kesibukan berurusan..saya sempat menerima sms dari teman-teman Malaysia dengan ucapan dan sebagainya. tapi hari ini sekitar jam 20:49:59..Hidir sms.."Saleh melecur teruk..teksi dia erbakar..la ada kt hospial putrajaya.." dan jam 23:15:56..sms kedua.."Saleh dah dipindah ke HUKM ..wad kecemasan.."

Saya hanya dapat berdoa kerana jauh..dan meminta sdr Azlan untuk buatkan iklan di blog IKRAR untuk kutipan derma kilat kerana sdr Saleh adalah salah seorang AJk Ikrar yang konsisten dengan program IKRAR sebelum ini. Untuk tujuan ini sesiapa yang sudi memberi bantuan..sila hubuni sdr Hidir..+60174873707. Saya juga minta jasa baik tuan Hj. Yahya Shaari untuk bantu sebar luaskan info ini melalui blog www.ruhanisejahtera.blogspot.com bagi meringankan beban sdr Saleh (pemandu lemosin) dan keluarga. Semoga Allah melindungi beliau dari masalah yang lebih berat dan kita berharap agar keluarga beliau dapat bersabar.!!.

Sms kedua adalah dari sdr Jayatas (HINDRAF)...jam 20:53:09..naik bulu rume dibuanya..'Kiranya seorang penyokong HINDRAF dituduh serai ahli persatuan haram, beribu-ribu masyarakat India sedia serah diricara rela untuk diuduh bersama semanga HINDRAF membara di darah daging kami. Kami rela Hapuskan ISA & penindasan rakyat. perjuangan aman GAndhi akan bermula di Malaysia. Sebarkan.Vala Makkal SAKTHI.S. Jayathas, HINDRAF"

Saya menyokong 100% perjuangan HINDRAF bagi mendesak ISA dihapuskan dan memberhentikan penindasan rakyat. Dasar sokongan dari sudut masalahat ammah dan tiada kaitan dengan soal aqidahnya. Islam sudah cukup jelas menegaskan hal ini cuma UMNo sahaja yang cuba kelirukan fakta sehingga kelihatan Islam anti agama lain.Inilah umno dan perjuangan perkaumannya..

Soal kezaliman seperti ISA..adalah soal universal dan semua manusia tidak boleh menerimanya dan wajib ditentang dengan kadar kemampuan yang ada. Hanya manusia yang hatinya sudah menjadi batu sahaja yang sanggup meneruskan ISA...Salah seorangnya ialah..Tok Hamid...kononnya nak jaga maruah..? Ini bukan nak jaga maruah tapi tak faham makna maruah dan akhlak nabi...Kita doakan satu hari nani dia akan rasa balik apa yang dia lakukan kepada rakyat...!! Masanya akan tiba..!!

Tindakan undang-undang selepas siasatan selesai

JOHOR BAHRU 9 Okt. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) bagi menghentikan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian kaum di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar menegaskan, tindakan itu akan diambil dalam jangka masa terdekat setelah siasatan, penelitian dan perincian mengenai semua aspek selesai dimuktamadkan oleh pegawai-pegawai kementerian.

Tanpa menyatakan secara jelas bentuk tindakan undang-undang itu, beliau berkata, kementerian akan mengambil kira semua pandangan pihak yang berkaitan dengan meletakkan soal keselamatan dan ketenteraman menjadi keutamaan daripada segala-segalanya.

''Kita akan lihat dan perhalusi semua aspek, supaya apabila diambil tindakan, maka orang awam tidak mempertikaikan keputusan tersebut.

''Negara kita punya undang-undang dan peraturan, maka bagi memastikan kesemuanya berjalan lancar khususnya memelihara ketenteraman dan keharmonian khususnya negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk, maka kita kena patuhi undang-undang,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Syed Hamid yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata demikian ketika mengulas kenyataan pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mahu kerajaan bertindak tegas terhadap Hindraf.

Mereka berpendapat tindakan itu perlu kerana Hindraf didakwa mempunyai agenda tersendiri ketika penyokongnya berkelakuan tidak sopan sewaktu menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinet di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu lalu.

Syed Hamid berkata, apa jua tindak balas yang dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya polis terhadap Hindraf, mereka mempunyai bahagian-bahagian tertentu mengikut tugasan masing-masing.

''Ini bermakna apa juga tindakan yang diambil oleh polis adalah berteraskan undang-undang yang sedia ada,'' katanya.

Sementara itu ketika bercakap kepada pemberita di Kota Kinabalu, Syed Hamid berkata, beliau tidak akan berganjak atau menarik balik kenyataannya terhadap pertubuhan haram Hindraf yang tersiar di Utusan Malaysia.

Katanya, kenyataan itu adalah wajar kerana perbuatan Hindraf adalah keterlaluan, agresif, tidak menghormati dan merosakkan majlis sambutan hari raya yang sepatutnya berjalan secara harmoni.

''Saya berpegang pada apa yang saya cakap, tidak ada sebab untuk mengubah atau tarik balik kenyataan saya. Mereka (Hindraf) buat laporan polis, itu hak dia, saya mempertahankan kenyataan saya.

''Kenyataan ini perlu kerana kita tidak mahu keamanan dan kesejahteraan negara kita tergadai dengan perbuatan segelintir pihak, kita perlu mempertahankan keharmonian dan perpaduan sedia ada.

''Keamanan dan keselamatan rakyat kita perlu menjadi perkara utama melebihi segala-galanya, ini sudah menjadi tugas dan tanggungjawab saya selaku menteri yang berkenaan,'' katanya.

HR9808:Kenyataan Tok Hamid..wajar dicabar oleh Hindraf..dan tok Hamid ..memang bengap...


KENYATAAN AKHBAR

Per : Cabaran terbuka kepada TV3 dan Utusan dan Syed Hamid Albar - Dedahkan rakaman di Rumah terbuka dan gambar-gambar yang kononnya menunjukkan HINDRAF biadap.

HINDRAF mengutuk TV3 dan Utusan dan Menteri Dalam negeri Syed Hamid Albar yang hanya melemparkan tomahan dan tuduhan melulu dan tidak berasas terhadap niat baik, murni dan ikhlas penyokong HINDRAF yang menziarahi YAB Perdana Menteri di majlis Rumah terbuka sempena meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pada 22hb September 2008 suatu permintaan ikhlas telah dibuat untuk menziarahi YAB Perdana Menteri di pejabat beliau dan Setiausaha beliau mengesahkan YAB PM tiada bantahan atas permintaan tersebut.

Seramai lebih 500 orang penyokong HINDRAF telah menghadiri majlis tersebut tetapi kurang daripada 50 penyokong dibenarkan bersalaman dengan YAB PM. Kami datang dengan niat ikhlas dengan semangat Maaf Zahir Batin disamping merayu supaya PM membebaskan semua tahanan ISA di hari mulia ini.

TV3 dan Utusan dengan sengaja mengapi-apikan semangat perkauman dengan tujuan menimbulkan kebencian masyarakat Islam terhadap masyarakat India. Sekiranya benar tohamah tomahan mereka mengapa mereka tidak berani menayangkan gambar dan klip yang kononnya penyokong HINDRAF bersikap biadap dan kurang ajar.

Disebaliknya kami mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan yang YAB Perdana menteri , Timbalan beliau dan ramai lagi menteri-menteri kabinet yang senyum panjang dan menerima salamam penyokong Hindraf dengan hati terbuka dengan semangat maaf zahir dan batin.

Memang benar disamping ucapan ikhlas tersebut penyokong Hindraf merayu agar semua tahanan ISA dibebaskan. Apakah rayuan ini boleh dianggap mencemar agama Islam? Motif Utusan dan TV3 mengapikan sentimen perkauman dan agama harus dikutuk oleh semua lapisan masyarakat Malaysia.

HINDARF membuat rayuan bagi semua tahanan ISA termasuk mereka yang dituduh kumpulan extremis dan pengganas Islam JI. HINDRAF mengambil kira kebajikan semua masyarakat apabila membuat rayuan tersebut kepada YAB PM. Tahanan kami cuma 5 orang tetapi ramai anak-anak Islam, isteri-isteri Islam, bapa dan Ibu Islam yang menyambut hari Raya tanpa anak, bapa dan suami terkasih mereka. Apakah niat murni HINDRAF ini harus diputar belitkan dengan tuduhan yang kami mengancam dan menghina Agama Islam??

Kami mencabar Utusan dan TV3 agar menayangkan rakaman mereka dengan segera bagi membuktikan tuduhan mereka atau sebaliknya meminta maaf kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia kerana menimbulkan ketegangan perpaduan. Yang anehnya berpuluh puluh lagi wartawan asing dan dalam negeri dengan krew TV mereka langsung tidak memaparkan atau menuduh HINDRAF biadap dalam laporan mereka.

P.Waytha Moorthy

Pengerusi

HINDRAF

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!