foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, February 28, 2009

TINDAKAN PANTAS POLIS MENANGKAP DEMONSTRAN DAN MEMBIARKAN PEMIMPIN UMNO MELALAK SOAL ISU PERKAUMAN amat DIKESALI.. dan ZALIM.

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

29 FEBR

Polis menjadi budak UMNO bukan baru tapi sudah berzaman. Jadi rakyat sebenarnya sudah tidak banyak berharap kepada tindakan polis secara profesional terhadap semua kes yang terkait dengan pemimpin UMNO. Kes Najib dan kuncu-kuncunya dalam kes Altantunnya, Kes JJ raba punggung bini orang, kes pemimpin UMNO bakar foto pemimpin China di Penang, Rasuah Mat Taib dll diam seribu bahasa.. Tapi sebaliknya jika berlaku kepada PR atau rakyat yang membangkang keputusan UMNO BN, polis macam serigala tak cukup makan seminggu. INilah mindset penjajahan dan inilah juga bukti kejayaan Inggeris meninggalkan Tanah Melayu masa itu. Style gensgster tapi gurka masih tertanam kuat dalam fikiran mereka sehingga apa sahaja yang bertentangan dengan kehendak mereka maka cara itulah yang digunakan. Kejadian terbaru di Balai Polis Brickfield juga sama. Rakyat yang perihatin kepada salah seorang sdr mereka atau teman mereka yang ditahan di bawah ISA tidak dibenarkan buat sokongan. Tapi tindakan bacul Pemuda UMNO di Parlimen dibIarkan.. Inilah realiti yang amat pahit untuk rakyat telan selagi UMNO BN memerintah Malaysia.Mereka wajib diruntuhkan terlebih dahulu sehingga mereka tahu mereka sebenarnya siapa?.

Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar
Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police stationMereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Menurut ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, 17 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Gobind Deo berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ.

Gobind persoal tindakan polis

Sementara itu, Gobind mempersoalkan tindakan polis yang didakwanya berbeza 'standard' dalam mengawal keadaan.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannon"Saya tidak faham, setiap kali masyarakat India buat laporan polis, kena tangkap. Hantar memorandum dan bawa bunga pun kena tangkap, kenapa?" katanya.

Beliau sebaliknya mempersoalkan tindakan Pemuda Umno menyerang dua ahli Parlimen termasuk bapanya, Karpal Singh, tetapi tiada tindakan yang diambil terhadap mereka.

Ekoran itu, beliau kemudiannya memasuki ibu pejabat polis untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Dalam sidang media sejurus mendapatkan penjelasan daripada pihak polis, Gobind berkata, 17 orang telah ditahan oleh polis kerana didakwa engkar mematuhi arahan polis untuk bersurai.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 water cannonBagaimanapun beliau berkata, mereka tidak melakukan sebarang kesalahan kerana hadir di situ untuk membuat laporan polis dan tidak berniat untuk melakukan kesalahan atau kekecohan.

Tambahnya, mereka juga ditahan untuk diambil kenyataan dan beliau meminta pihak polis membebaskan mereka yang ditahan.

Menurutnya, beliau memohon penjelasan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berhubung alasan polis menggunakan meriam air untuk menyuraikan penyokong pemimpin Hindaraf tersebut.

Tiada laporan polis

Gobind berkata, laporan polis tidak dapat dibuat ekoran polis melepas tembakan meriam air ke arah penyokong yang hadir.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationMenurutnya, tiga orang telah dihantar ke hospital iaitu seorang perempuan dan dua lelaki.

Sebelum itu, kira-kira jam 10.45 pagi, penyokong Uthayakumar berarak dari deretan kedai di persimpangan Jalan Sultan Abdul Samad, menuju ke Ibu pejabat polis Brickfields yang terletak kira-kira 150 meter dari tempat mereka berkumpul.

Mereka melaung-laungkan "Makkal Sakthi" sambil membawa sepanduk "Justice For Indians", "Treat Uthaya as human. Sent him to hospital" beserta foto wajah pemimpin Hindraf itu.

Turut menyertai dalam perarakan tersebut adalah beberapa pemimpin Hindraf termasuk Koordinator Penyelaras Hindraf, RS Thanenthiran.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 outside police stationHasil perbincangan dengan Ketua Polis Daerah Brickfileds, Wan Abdul Bari Wan Khalid, ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran memberitahu kepada penyokong bahawa pihak polis membenarkan 50 orang termasuk ahli keluarga P.Uthayakumar membuat laporan polis.

Turut sama dalam perbincangan tersebut, antaranya, dua ahli Parlimen - Manikavasagam dan M Ravi (PKR-Port Dickson) - serta Thanenthiran dan Jayathas

Katanya, polis juga memberi kerjasama yang baik serta memberi jaminan tidak akan membuat sebarang tangkapan.

Sementara itu, Wan Abdul Bari Wan Khalid ketika dihubungi Malaysiakini enggan mengulas jumlah penyokong yang ditahan polis.

SAKSI VIDEO


HR9808: Media UMNO BN kata "menyusahkan"..inilah style mereka..dah tak ada modal..maka berpolitik cara kampunglah. Rakyat desak aje..dah pening kepala dan dera rakyat..Rakyat wajib hukum mereka dalam pilihanraya yang terdekat!!!

MENYUSAHKAN


SEBAHAGIAN penyokong P. Uthayakumar berhimpun sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, di Kuala Lumpur, semalam.


Tindakan sekumpulan penyokong tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), P. Uthayakumar berhimpun di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields semalam mengakibatkan kesesakan teruk di kawasan sekitar.

Bukan sahaja pengguna jalan raya terpaksa menanggung kesesakan dan lewat sampai ke destinasi masing-masing, orang ramai yang

berurusan di IPD berkenaan juga terganggu.

HR9808: BERITA INI BUKAN SAHAJA KELIRU DAN MENIPU RAKYAT. BAHKAN MEMPAMERKAN HILANGNYA NILAI KEMANUSIAAN TERHADAP RAKYAT DAN MASIH LIHAT KAUM ATAU WARNA KULIT..ISLAM MELARANGNYA DAN DUNIA JUGA TIDAK BOLEH TERIMA CARA BEGINI. APAKAH SESAK JALAN SENILAI DENGAN NYAWA SEORANG MANUSIA YANG DITAHAN SEKARANG???? MEMANG BINGUNG DAN DUNGU MEREKA YANG MENGARAH DAN MELAKSANAKANNYA..SEMOGA ALLAH BERIKAN PELAJARAN KEPADA MEREKA YANG BERSETUJU DENGAN KEZALIMAN INI..DAN KEPADA PARA PEJUANG SEMUA KAMI DOAKAN AGAR TETAP TABAH DAN TERUSKAN UNTUK MEMBELA SIAPA SAHAJA YANG TERTINDAS!!!

Friday, February 27, 2009

SYABAS KEPADA DUN PERAK YANG BERANI KE SPRM..JANGAN BIMBANG JUTAAN RAKYAT BERSAMA ANDA.!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

28 FEBR

Masa bertindak sudah tiba dan lakukanlah sebaik mungkin agar kebajikan dan hak rakyat terutama di Perak terbela. Najib dan pemimpin UMNO wajib disekolahkan dengan sesunguh-sungguhnya. Memberi ruang bernafas kepada mereka bermakna PR menempah maut. Cukuplah kelembutan selama ini yang diberi agar mereka menyedari diri mereka itu siapa tetapi sebaliknya kesempatan itu dipergunakan untuk membunuh PR dan menafikan hak rakyat. Kebejatan mereka telah dapat dilihat oleh rakyat dengan jelas tanpa perlu disuluh lagi. Pekung dari bangkai kebodohan mereka sudah dihidu oleh rakyat sekalipun ditutup dengan rapi. Ya..inilah waktunya para DUN Perak mmbongkarkan segalanya sehingga kerajaan haram BN menyembah bumi.

Kepada SPRM kami ingin mengingatkan agar lebih telus dan berpihak kepada kebenaran!! Jika kamu terus menjadi lembu kepada BN maka..rakyat akan menghukum kamu dengan doa-doa mereka dan pasti Allah memberi balasan yang sewajarnya ke atas pengkhianatan kamu. Mungkin kamu tertawakan kami tapi ianya pasti tidak lama..dan akhirnya kamu akan menangis selama-lamanya sehingga di akhirat nanti. Kamu boleh beremain di hadapan manusia tapi kamu pasti kecundang suatu ketika nanti terutama ketika bertemu dengan mahkamah akhirat. Jika kamu Muslim, maka dengarkanlah bisikan hati mu!!!

Kepada Najib dan pemimpin UMNO, kamu boleh terus bermain dengan sendiwara ini di tv dan media kamu, tapi hakikatnya kamu sedang menyiapkan keranda untuk karier politik kamu. Kamu akan berkubur dengan deretan kes-kes kamu yang sekiranya musuh kamu mahu gunakan maka kamu akan menerima nasib yang amat celaka. Begitulah juga dengan para agen atau macai kamu..Kamu mengisytiharkan perang dengan rakyat Perak bermakan kamu siap untuk menerima akibatnya..mereka sentiasa berdoa kepada pencipta jantung dan diri kamu!!! Hasbiyallah..wani'mal wakil..ni'mal maula wani'mannasir!!!

'Agen Najib tawar RM20 juta untuk lompat'
Johari Jaffar
Sat Feb 28, 09 1:55:27 am MYT

IPOH, 28 Feb (Hrkh)- Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh telah mendakwa ditawarkan RM20 juta oleh 'agen-agen' Dato'Seri Najib Tun Razak dengan menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri.

Beliau mendakwa setiap hari dihubungi oleh agen Najib dan bertanya berapa bayaran yang beliau mahu sekiranya ia tidak terima RM20 juta itu.

Tawaran itu katanya dibuat sebelum Tahun Baru Cina dan mendakwa sekiranya bersetuju beliau dijanjikan dengan jawatan tertentu.

"Pada mulanya beliau tidak percaya dengan tawaran itu tetapi setiap hari dihubungi barulah saya dapati ada satu usaha untuk saya bersetuju melompat ke BN,"katanya.

Menurut beliau, tawaran ini semakin aggresif mendapati 'agen-agen' menggunakan jiran, kawan dan saudara beliau untuk mempengaruhinya.

"Semua kenalan saya memujuk saya agar menerima tawaran itu tetapi saya tidak buat apa apa keputusan, sebaliknya saya rujuk ke pada Dato' seri Ir Mohamad Nizar," katanya.

Beliau percaya tawaran tersebut daripada agen-agen Najib yang cuba menjatuhkan Pakatan, dan apabila berlakunya krisis politik di negeri ini yang melibatkan tiga Adun melompat parti, beliau rasa bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPRM.

Tindakan ini katanya diambil kerana ia membabitkan masa depan keluarga, anak-anak dan masyarakat.

Beliau turut ditawarkan dengan jawatan dan aset-aset tertentu antaranya seperti rumah ,kereta dan sejumlah wang.

Apabila ditanya oleh wartawan berapa kali agen-agen tersebut menghubunginya, beliau memberitahu secara purata setiap hari dan tawaran pertama ialah RM 10 juta .

"Saya percaya pendekatan yang sama juga ditawarkan kepada Adun Jelapang, Hee Yit, jika bersetuju dengan tawaran itu , saya jadi adun bebas. saya tidak akan setuju dan buat perkara macam itu."

Selanjutnya beliau memberitahu sekiranya tawaran itu diterima , wang tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun simpanan bank di luar Negara dengan membawa beliau serta keluarga ke luar negara dengan menaiki "private jet " manakala semua urusan pemergian ke sana tidak akan dicatit atau didokumenkan sama ada masuk atau keluar negara, katanya

Apabila ditanya oleh pemberita adakah beliau akan umumkan nama-nama mereka, Keshinder memberitahu akan beritahu pada masa sesuai.

Apabila didesak oleh pemberita siapakah agen tersebut, beliau memberitahu antaranya wartawan bebas dan beliau difahamkan wartawan itu ada kepentingan dalam konsisi balak.

"Beberapa kali orang itu (agen) kata tawaran tersebut datangya dari Dato' Najib yang akan menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi. Sekiranya beliau bersetuju agen tersebut akan membawanya bertemu dengan Najib.

"Saya beri amaran kepada kumpulan ini jangan memaksa saya, atau saya akan buat laporan."katanya

Pendedahan itu dibuat Keshinder Singh di luar pejabat SPRM Negeri Perak, serentak dengan itu beliau membuat laporan tersebut bersama Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari dengan ditemani tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A. Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).- azm _


Sidang tergempar DUN Perak Selasa ini
Harakahdaily
Sat Feb 28, 09 1:51:45 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan (3 Mac) untuk membahaskan dua usul bagi menangani krisis politik negeri tersebut.

Menurut laporan, beliau menggunakan kuasanya di bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut agensi berita, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidangan biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadir bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Dato' Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut. - azm _

Siasat Speaker Perak buktikan SPRM tidak faham perlembagaan
Wan Nordin Wan Yaacob
Sat Feb 28, 09 1:42:43 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh)- Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Speaker Perak, V.Sivakumar membayangkan badan itu tidak memahami asas perlembagaan negara dan negeri.

"Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa SPRM tidak memahami asas perlembagan negara dan negerai yang mana Speaker Dun Negeri dan Parlimen itu adalah di luar daripada tugas dan bidang kuasa pihak seperti SPRM untuk campur tangan," kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Malah katanya, lebih hina lagi apabila SPRM membuat siasatan dan memanggil Speaker untuk disiasat yang mana itu satu kesalahan dari segi perbezaan dan kewibawaan atau kedudukan tinggi Parlimen atau Dun, katanya.

Perkara ini katanya adalah soal keluruhan yang tidak boleh dipersoalankan dan menjadi bahan.

"Lainlah jika speaker ada tuduhan bunuh, rogol, rasuah dan sebagainya, tetapi jika Speaker buat keputusan dengan kedudukan rasmi selaku Speaker, saya tak nampak macam mana SPRM boleh buat siasatan," katanya.

Mengulas kononnya SPRM bebas kerana keanggotannya pelbagai termasuk dari kalangan pembangkang, Kamarudin menafikan ianya benar-benar bebas.

"Keanggotaan yang dipertonton kononnya bebas, tetapi sebaliknya setakat ini tak nampak kesan yang sepatutnya atau boleh diharapkan daripada pengujudan dan perlantikan jawatankuasa yang kononnya bebas kerana libatkan tokoh pembangkang," kata Ahli Parlimen Tumpat itu.

Seharusnya SPRM dihormati kerana adanya jawatankuasa penasihat tetapi setakat ini SPRM berlagak bebas daripada jawatankuasa namun hanya tertakluk kepada pimpinan Umno/BN sahaja, dakwanya.

Sementara itu mengulas isu yang sama, Speaker Dun Perak pula melahirkan rasa kecewa dengan tindakan SPRM yang menyiasatnya, walaupun segala tindakannya sebagai Speaker Dewan dibuat secara sah.

"Saya amat kecewa dengan tindakan SPRM ini. Saya rasa tindakan mereka ini adalah satu penghinaan kepada institusi Dun dan sememangnya saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku," katanya.

Sivakumar menegaskan, beliau cuma menjalankan tugas mengikut peraturan sedia ada, dan menurutnya "tetapi nampaknya saya pula yang disoal siasat".

Begitupun, Sivakumar yakin telah memberi kerjasama penuh dengan memberi keterangan kepada dua pegawai SPRM.

Baginya siasatan itu menjejaskan prinsip demokrasi dalam negara dan mengancam doktrin pengasingan kuasa antara tiga badan kerajaan, iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Jumaat lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Dato' Seri Ahmad Said Hamdan dilaporkan berkata Suruhanjaya itu akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa V. Sivakumar kerana menggantung Menteri Besar Perak Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan Dun berkuatkuasa serta merta.- azm/mks. _

APA LAPORAN MEDIA BN....

Sidang tergempar DUN Perak 3 Mac

IPOH 27 Feb. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berkata, sidang tergempar DUN akan diadakan pada 3 Mac ini.

Beliau berkata, sidang tergempar itu diadakan bagi membincangkan dua notis usul yang diterima oleh beliau pada Selasa lalu.

''Saya ingin memberitahu DUN Perak akan memanggil mesyuarat tergempar pada 3 Mac ini.

''Saya sudah arahkan notis dihantar kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk hadir kecuali Menteri Besar, enam Exco kerajaan negeri dan tiga wakil rakyat Bebas yang digantung," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan peguam Sivakumar, Chan Kok Keong.

Usul pertama dikemukakan oleh ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah dari Pas yang mahu dewan menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar.

Usul kedua pula daripada ADUN Teja, Chang Lih Kang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu DUN dibubarkan supaya pilihan raya negeri dapat diadakan.

Sivakumar mendakwa, sidang tergempar DUN boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak memerlukan notis 14 hari seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan Tetap 27(3) Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak.

Ditanya adakah sidang tergempar itu tidak perlu mendapat perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, Sivakumar berkata: ''Ia tidak perlu."

Jelasnya, ini kerana sidang DUN Perak yang lepas hanya ditangguhkan dan boleh disambung balik tanpa perkenan Tuanku.

Beliau berkata, sebagai contoh, kerajaan Pusat yang mengadakan sidang tergempar Parlimen pada Januari lepas hanya mengeluarkan notis singkat.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir ketika dihubungi enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya, beliau hanya berkata: ''Itulah dia watak mereka."

HR9808: yOP zAMBRY..watak ape pula..? Ya watak rakyat yang belajo undang-undang dan mahukan kebenaran. Mike watak ape pula? Jangan rendahkan orang yop nanti mike yang direndahkan pula..insaflah l..!! Kembalilah ke pangkal jalan.!!! Pmimpin UMNO sebnarnya sedang pening macamana nak menghalang PR melakukan tindakan yang profesional..Tu lah yang tman kabo dulu..belajo undang-undang jangan dari gengster..!! Belajo cuci bangkai dan letup bom boleh le...!! Nak belajo ambil wudhu' kene jumpe tuk guru le yop...kome ni kene mandi dan solat tobat yop..!!! KOme bukannye tenang sekarang dan tak tido siang malam...inilah akibat dari doa rakyat yop!! Kembalikanlah hak rakyat yop..selesai masalah mike tu!!

HR9808: Kenyatan Najib di bawah adalah jelas menunjukkan bahawa beliau bukan seorang yang petriotik dan sangat-sangat tidak demokratik. Ayuh rakyat kita bangun dan tentang habis-habisan si celaka yang cuba memperbodohkan rakyat..khasnya di Perak. Sekarang baru nak hormat mahkamah??? Dah terlambat dan rakyat tak mahu dengar lagi kamu bercakap..!! Sultan tolong beri pertimbangan dan berpihaklah kepada rakyat!!! Bersama dengan kezaliman bukan sahaja akan meruntuhkan nama baik negeri bahkan akan meranapkan demokrasi di Malaysia.

Sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan
28/02/2009 3:49pm
KUANTAN 28 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak boleh mengadakan sidang tergempar Selasa ini selagi mahkamah belum membuat keputusan berhubung dua kes berkaitan kerajaan negeri itu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dua kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah ialah kedudukan tiga wakil rakyat negeri itu dan status kerajaan negeri Perak daripada segi perlembagaan.
Beliau bagaimanapun tidak menolak tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar untuk mengadakan sidang tergempar itu bertujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Keputusan yang dibuat oleh Speaker DUN negeri itu tidak sah, perkara ini perlu diputuskan oleh mahkamah terlebih dahulu,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur di Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini hari ini.

hr9808: Ayuh sdr dan sdri rakyat Malaysia yang sayangkan Malaysia yang bencikan pemimpin yang zalim dan tidak demokratik untuk dengan sukarela ke web di bawah..Najib akan bagi hadiah atas ingatan dan teguran sdr sdri semua,,Sila sebarkan ke seluruh dunia!!!....

Kita mohon kepada media agar menyiarkan foto dan nasihat terbaik buat Najib...


Najib lancar pertandingan foto di web peribadi
28/02/2009 4:57pm
KUANTAN 28 Feb. — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pertandingan foto menerusi laman web peribadinya - www.1Malaysia.com.my dan pemenang bertuah berpeluang bertemunya dalam satu majlis istimewa. Pertandingan foto itu bermula 1 hingga 31 Mac ini, terbuka kepada penduduk yang menetap di Malaysia yang berumur 18 hingga 23 tahun.
Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkannya kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, berkata tema pertandingan itu ialah “Unity Through Diversity” (Perpaduan Melalui Kepelbagaian).
“Peserta perlu menghantar foto yang melambangkan perpaduan dan kepelbagaian Malaysia yang unik, dan saya sendiri akan memilih pemenangnya,” katanya.
Pemenang akan menerima sebuah kamera digital yang akan disampaikan beliau sendiri pada satu pertemuan khas kelak.
— BERNAMA

HR9808: Dari media BN hari ini, kenyataan Najib masih diulang tentang speaker tidak hak bersidang. Jadi jelas sekali bahawa kedudukan BN di Perak tak jelas dan tergantung-gantung. Yang rugi rakyat. Maka sebaiknya Najib bertanya mereka yang tahu undang-undang tubuh bukan yang umum sahaja..!! Tapi oleh kerana dah malu dan bodoh sombong maka inilah jadinya..!! Sekarang PAC panggil pula ? Dalam berita BN tak keluar hal ini...

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco

Ahad, 1 Mac 2009 • Kategori:

KUALA LUMPUR,1 Mac (SK): Arahan waran tangkap akan dikeluarkan jika ada individu enggan hadir selepas dipanggil untuk beri keterangan berhubung kes penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di Negeri Perak.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) yang di pengerusikan oleh Wong Kah Woh berkata PAC akan memanggil Menteri Besar Barisan Nasional dan Menteri Besar Pakatan rakyat untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan kes tersebut.

Selain kedua-dua Menteri Besar, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Wong berkata, setelah mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh baru-baru ini, PAC memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan perlantikan tiga penasihat Menteri Besar BN dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 27 Februari lalu.

Ketika di hubungi, Exco Kanan Negeri Perak Pakatan Rakyat Ngeh Khoo Ham mengesahkan dakwaan kes tersebut dan berkata tindakan PAC itu amat di alu-alukan dan seharusnya mereka membuat siasatan kerana ada unsur-unsur salah guna wang rakyat.

Kalau Dr Zambry perlu melantik penasihat seramai tiga orang dan seorang ketua penerangan dengan membelanjakan bayaran sebanyak hampir RM1 juta maka ini menunjukkan bahawa beliau tidak berkemampuan menjadi seorang Menteri Besar,” jelas Ngeh kepada Suara Keadilan.

Saya juga mencadangkan supaya PAC menasihati Pegawai Kewangan Negeri Perak untuk menggantung pembayaran gaji kepada kedua-dua Menteri Besar dan Exco BN dan Pakatan Rakyat sehingga mahkamah memutuskan siapa yang berhak mentadbir negeri Perak,” kata Ngeh.

JADIKAN GAZA SEBAGAI SEKOLAH JIHAD UMMAT!!!

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 FEBR

Mendengar khutbah Jumaat di masjid KOmpleks Fajar Raya, Cimahi, Bandung dari seorang imam muda amat menusuk hati. Jarang sekali khutbah begini saya dapatkan dari bumi Malaysia kerana hampir seluruh Malaysia khutbahnya dibaca dari teks yang disediakan oleh JAIN (Jabatan Agama Islam Negeri). Jika pegawai, pengarah dan muftinya ok..maka dapatlah kita mendengar khutbah yang berniali rabbani. Tapi jika ditulis oleh pegawai yang pekat fahaman UMNOnya maka alamat tak tentu halalah khutbah. Semuanya jadi kabur kerana Islam mahu disesauikan dengan faham kebangsaan yang sempit. Faham bangsa Melayu adalah raja, bangsa Melayu boleh tindas bangsa lain dan yang lebih parah ialah menindas (Malaysia) begini diizinkan oleh Islam. INilah faham sesat yang dianut oleh sebahagian orang Melayu Islam di Malaysia. Faham sesat begini bukan sahaja merosakkan aqidah bahkan merosakkan kelanjutan keindahan Islam di buni Malaysia.

Mungkin ramai di kalangan orang luar Malaysia tidak jelas maksud saya kerana lihat Malaysia dari jauh, tapi jika sdr/sdri datang atau bertemu dengan mereka maka faham sesat ini akan jelas kelihatan. Masih banyak masjid di Malaysia yang terus menyebarkan faham ini sehingga anak-anak Melayu menjadi keliru dan kehidupan mereka makin menjauh dari Islam sebenar. Fitnah dari faham ini juga menjalar ke kaum lain yang belum Islam sehingga mereka rasa takut dengan Islam. Berbalik ke khutbah tadi inti yang imam sampaikan ialah tentang "sejauh mana alquran hidup dalam diri dan dan kehidupan kita?"..Walaupun singkat tapi jelas..iaitu kita masih jauh dari alquran sekalipun kita menadah alquran ketika membaca dan mngucupnya ketika selesai membaca. Jauh dari alquran jelas kelihtan dalam amalan bernegara, bisnes dan sosial kita. Jadi jika yang besar jelas kelihatan maka sudah tentu ianya datang dari peribadi itu sendiri yang jauh dari Islam. BUkan sahaja di Indonesia tapi di seluruh dunia Islam. Bila mendengar sdr kita di Palestin menderita..sdr kita yang mengaku Muslim tidak merasai apa-apa? APakh ini tanda alquran hidup dalam dirinya??

Di zaman sahabat, teguran dari alquran dapat dirasakan oleh mereka sehingga setiap ayat yang turun seperti menjadi panah penegur kepada setiap individu Muslim masa itu. Mereka mendengar dan taat tanpa dipaksakan oleh sesiapa kerana keimanan mereka yang sempurna dan jelas. Tidak ada campur baur dengan fahaman kebangsaan Arab tapi hanya Islam sahaja mencorak dan mengukir prilaku hidup mereka. Inilah makna hidup di bawah "naungan Alquran..."

Setelah Jumaat sambil berjalan kaki dengan Sofwan..pesanan khatib masih terngiang-ngiang di telinga,,"sahabat sering menangis ketika ayat-ayat alquran dibaca atau didenagr..". Hebat sekali mereka sehingga 2/3 dunia berada di bawah mereka kerana penghayatan ini. Maka inilah mungkin sebahagian dari generasinya yang berada di Gaza sekarang.."Mereka lebih cinta mati dari hidup sebagai hamba kepada Israel.."..Ya inilah contoh yang ada dan rasanya wajar kita ulang-ulangkan kisah Gaza ini ke telinga anak-anak kita sehingga aliran keyakian jihad meresap ke mereka pula..

Profesor Shahul Hameed

Belajar dari Gaza: Umat Islam Bersatulah !

Minggu, 22/02/2009 22:22 WIB

Krisis Gaza memberikan kita banyak pelajaran. Salah satunya yang paling penting, bahwa kita harus segera mengambil langkah untuk merevitalisasi paradigma umat, yang akan memberikan kesamaan visi bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia, sebuah paradigma dimana umat Islam harus satu suara dalam menyuarakan kebenaran, menegakkan keadilan dan kedamaian bagi eksistensi umat Islam.

Theodoros Pangalos, anggota parlemen Yunani mengembalikan hadiah berupa tiga botol minuman anggur yang diberikan oleh dutabesar Israel. Saat mengembalikan hadiah itu, Pangalos menulis pesan pada dutabesar Israel yang isinya:

"Dengan sangat menyesal saya mengetahui bahwa botol-botol anggur yang Anda kirimkan pada saya diproduksi di Datara Tinggi Golan. Sejak masih muda, saya dididik untuk tidak mencuri dan tidak menerima benda-benda dari pencuri. Oleh sebab itu saya tidak bisa menerima hadiah ini dan saya harus mengembalikannya pada Anda. Anda tahu, berdasarkan hukum internasional dan beberapa keputusan dari komunitas internasional, negara Anda telah menguasai secara ilegal Dataran Tinggi Golan milik negara Suriah."

Audrey Stewart adalah aktivis hak asasi manusia dari New Orleans, AS. Dia ibu dari dua anak yang masik kecil-kecil dan ia meninggalkan anak-anaknya untuk pergi ke Jalur Gaza pada saat perang berkecamuk. Audrey tinggal beberapa hari di Gaza saat Israel menjatuhkan bom-bomnya ke wilayah itu. Dalam sebuah artikel, Audrey membandingkan puteranya yang bernama Dominic dengan seorang anak lelaki Palestina berusia tiga tahun bernama Omar.

"Mengapa saya memiih untuk meninggalkan anak-anak saya dan pergi ke Gaza? Saya bertanya ratusan kali pada diri saya mengapa saya harus di sini (Gaza). Akhirnya saya di sini karena saya percaya bahwa Omar, anak lelaki Palestina berusia tiga tahun punya hak yang sama atas hidup dan mimpi-mimpinya seperti anak saya Dominic yang juga berusia tiga tahun. Lebih dari itu, sebagai seorang ibu, saya bertanggung jawab untuk tidak hanya mencintai dan bicara untuk kepentingan anak saya sendiri, tapi juga untuk para ibu lainnya."

Dua fakta diatas menunjukkan semangat kemanusiaan sejati dari dua orang non-Muslim. Sungguh memalukan jika kita melihat apa yang dilakukan para pemimpin Muslim yang saling bersalaman, berpelukan, menggelar makan malam mewah dan berfoto-foto dalam sebuah konferensi yang membahas krisis di Gaza. Kenyataan inilah yang akan kita gali sebagai latar belakang untuk membahas topik persatuan umat Islam terkait dengan agresi brutal Israel yang membantai warga Muslim di Jalur Gaza.

Krisis Gaza memberikan kita banyak pelajaran. Salah satunya yang paling penting, bahwa kita harus segera mengambil langkah untuk merevitalisasi paradigma umat, yang akan memberikan kesamaan visi bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia, sebuah paradigma dimana umat Islam harus satu suara dalam menyuarakan kebenaran, menegakkan keadilan dan kedamaian bagi eksistensi umat Islam. Semua itu bisa tercapai jika umat Islam lebih serius dan memiliki kesetiaan yang dalam pada al-Quran dan sunnah Rasulullah Muhammad saw. Tapi sayang, yang terjadi saat ini, umat Islam di dunia secara drastis telah mengasingkan diri mereka dari tanggung jawab yang sangat penting di bidang sosial politik, yang telah diamanahkan Allah swt pada umat Islam.

Dalam Surat Ali 'Imran ayat 103 Allah swt berfirman:

"Dan berpeganglah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk."

Sungguh menyedihkan, saat ini umat Islam tidah bersatu. Ada penguasa dan pejabat-pejabat Muslim yang bekerjasama dengan musuh-musuh Islam dan membunuh saudara-saudara mereka sendiri. Apa yang terlihat di depan mata kita sudah sangat jelas dan tidak perlu penjelasan lagi. Ini menunjukkan aspek penting betapa makin terasingnya kita dari paradigma umat.

Dalam Surat Al-Ma'idah ayat 51, Allah swt berfirman;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin-pemimpinmu.Sebagian dari mereka adalah pemimpin bagi sebagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."

Dalam Surat An-Nisaa' ayat 144, Allah swt berfirman;

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengambil alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu?)"

Ayat-ayat diatas bukan berarti umat Islam tidak boleh berteman dengan orang-orang Yahudi, Kristiani dan orang-orang non-Muslim lainnya. Tapi ayat-ayat itu memerintahkan umat Islam untuk tidak memberikan dukungan pada musuh-musuh Islam, pada mereka yang memerangi saudara-saudara seiman kita. Apa yang terjadi di Timur Tengah merupakan pelajaran yang obyektif bagi umat Islam. Sekarang ini, kita melihat pemerintahan negara-negara Muslim mengadopsi bukan hanya pendekatan yang bersahabat, tapi juga mengadopsi sikap merendahkan diri sedemikian rupa pada para Zionis atau pada negara-negara yang mendukung Zionis, organisasi Zionis dan sebagainya.

Dalam surat An-Nissa' ayat 75, Allah swat berfirman;

"Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang lemah baik laki-laki, perempuan maupun anak-anak yang semuanya berdoa: 'Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Makkah) yang zalim penduduknya dan berilah kami pelindung dari sisi Engkau dan berilah kami penolong dari sisi Engkau."

Umat Islam tahu akan perintah Allah swt itu, tapi banyak Muslim yang mengabaikan kewajiban mereka untuk berjuang memerdekakan Muslim lainnya yang masih terjajah. Banyak umat Islam yang malah berkolaborasi dengan para tiran dan penindas bahkan pada saat saudara-saudara Muslim mereka dalam kondisi tanpa pertahanan dan hak asasi mereka terampas. Inilah yang kita saksikan saat Israel melakukan serangan keji ke Jalur Gaza. Sementara banyak non-Muslim di berbagai belahan negara yang menggelar aksi protes terhadap agresi tak beradab yang dilakukan Israel, ironisnya ada beberapa negara Muslim yang melarang rakyatnya untuk mengungkapkan kemarahan pada penjahat perang yang telah membantai anak-anak. Adakah yang lebih buruk dari semua ini bagi umat Islam?

Sepertinya rasa kemanusiaan sudah berada di pinggiran zaman dan umat Islam sedang menghadapi ujian. Tentu saja, umat Islam harus mempersiapkan diri untuk menghadapi tantangan zaman, tidak bisa tidak. Sudah sangat terlambat bagi umat untuk melupakan atau mengabaikan isu-isu yang telah menciptakan perpecahan dan pertikaian di kalangan umat.Tugas utama dan kewajiban yang paling penting bagi umat ini adalah untuk berpegang teguh pada "tali Allah" bersama-sama dan tidak terpecah belah lagi. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan menuntun kita semua ke jalanNya yang lurus....

Profesor Shahul Hameed-Islamonline

Profesor Shahul Hameed adalah konsultan di Islamonline. Pernah menjadi memimpin Kerala Islamic Mission di Calicut, India. Penulis buku-buku Islam yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia. Buku-bukunya bertema perbandingan agama, status perempuan dalam Islam, ilmu pengetahuan dan kemanusiaan.

Mari kita kenal dengan tokoh Hamas...yang tidak pernah gentar dengan Israel!!!

Khaled Masy'al pemimpin Hamas digeruni musuh
Ustaz Zainudin Hashim
Mon | Feb 23, 09 | 10:56:50 am MYT

"Tujuan mereka ialah menyuntik bahan beracun ke tubuh Khaled agar mati secara senyap-senyap."

GERAKAN Ikhwan Muslimun tidak hanya bertapak di bumi Mesir walaupun ia diasaskan di negara yang pernah didiami golongan nabi-nabi. Ia turut mempunyai kaitan dengan bumi Palestin yang turut dikatakan terdapat para anbiya dan ulama seperti Imam as-Syafie yang dilahirkan di bumi bertuah itu, ditambah pula dengan wujudnya kiblat pertama umat Islam iaitu Masjid al-Aqsa.

Ikhwan Muslimun di Palestin dikenali sebagai Hamas. Ia diasaskan oleh Syeikh Ahmed Yassin di bahagian Gaza yang merupakan cabang al-Ikhwanul al-Muslimun. Sejak penubuhannya, Hamas telah melancarkan serangan terhadap penduduk Israel, negara yang menakluki wilayah Palestin.

Piagam Hamas menyeru supaya negara Israel dimusnahkan dan digantikan dengan sebuah negara Islam. Hamas sering menunjukkan sentimen anti-Israel dan berjuang untuk mengusir pihak Israel keluar dari Palestin melalui Jihad.

Dalam pilihan raya umum 2006, Hamas berjaya memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam Parlimen dan telah membentuk kerajaan baru. Hal ini membuktikan populariti Hamas berbanding dengan Fatah yang dianggap tidak berkesan dan tidak berakhlak oleh penduduk Palestin. Hamas juga melaksanakan beberapa program kebajikan di wilayah Palestin, termasuk menabung sekolah, rumah yatim piatu dan klinik kesihatan.

Pertempuran antara kumpulan militan Fatah dan Hamas sejak pilihan raya Januari 2006 telah banyak berlaku, dan menyebabkan kemusnahan infrastruktur dan kegawatan ekonomi.

Mendekati pemimpin yang digeruni musuh

Khaled yang nama penuhnya Khaled Abdel Rahim Ismail Abdel Qader dilahirkan pada 1956 di Kampung Salwad dalam daerah Ramallah di Palestin. Beliau mendapat pendidikan awal di Ramallah pada 1967 dan selepas itu berhijrah bersama seluruh ahli keluarganya ke Kuwait, menyambung pelajaran peringkat menengah di Kuwait.

Semasa belajar di peringkat pengajian tinggi di Universiti of Kuwait, Khaled belajar dalam bidang Fizik hingga bergelar graduan. Ketika belajar di situ, Khaled menjadi perintis kepada penubuhan rangkaian belia yang menjadi sayap kanan Hamas. Ini kerana kerajaan Kuwait pada masa itu amat menyokong penuh rakyat Palestin mengalahkan rakyat mereka sendiri hingga ke hari ini.

Dalam kesempatan mendapat sokongan padu kerajaan Kuwait, Khaled menyediakan kader-kader yang bersedia untuk dikerahkan ke Palestin menghadapi kekejaman rejim Yahudi dengan pembiayaan yang ditanggung oleh pihak berkuasa. Akhirnya kecenderungannya berpolitik telah mendorongnya menubuhkan Rangkaian Politik Palestin di universiti berkenaan.

Beliau juga bertanggungjawab mengasaskan Briged Islam yang dikenali dengan �Haq� yang mengatasii pengaruh mahasiswa-mahasiswa pro-Fatah di universiti yang sama. Setelah menamatkan pengajian, Khaled segera menukar nama briged yang diasaskannya itu kepada Rabitah Islam Pelajar-pelajar Palestin (Ikatan Islam).

Kerjaya sebagai Guru Fizik

Setelah berjaya bergelar mahasiswa, Khaled memulakan kerjaya sebagai seorang guru fizik selama masih berada di Kuwait, seterusnya mendirikan rumahtangga pada 1980 dan dikurniakan seramai tujuh orang anak, tiga perempuan dan empat lelaki. Walaupun sibuk dengan tugas mengajar di samping menitik beratkan urusan keluarga, Khaled tetap memberi ruang dan masa bagi kemajuan isu Palestin.

Beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai guru kerana mahu menumpukan seluruh masa dan tenaganya untuk rakyat Palestin. Beliau terlibat dalam penubuhan Hamas pada 1987 bersama Syeikh Ahmed Yasin, Dr Abdel Aziz Rantisi dan rakan-rakan yang lain, yang merupakan cabang daripada Gerakan Ikhwan Muslimun yang berpusat di Mesir.

Antara jawatan penting Hamas yang disandangnya hingga kini ialah Ketua Jabatan Politik Hamas di Jordan bermula pada 1987 dan di Damsyik, Syria hingga kini, beliau dianggap sebagai perancang utama Hamas selepas Syeikh Ahmed Yasin dan Dr Abdel Aziz Rantisa yang mati syahid kerana dibom oleh rejim Yahudi atas bantuan dan maklumat yang diberikan oleh tali barut Israel di kalangan pengikut Fatah.

Percubaan untuk membunuh Khaled

Pada 25 September 1997, Mosad Israel yang mendapat kerjasama pasukan kesalamatan Israel atas arahan langsung daripada Perdana Menteri ketika itu, Benjamin Netanyahu supaya membunuh Khaled. Beliau yang ketika itu berwarganegara Jordan dan menetap di situ tidak mengesyaki apa-apa, apabila 10 anggota Mosad yang menyamar sebagai warganegara Kanada menemuinya di kediaman yang terletak di Jalan Wasfi al-Tal di Amman.

Tujuan mereka ialah untuk menyuntik bahan beracun ke tubuh Khaled agar mati secara senyap-senyap. Walau bagaimanapun takdir Allah SWT lebih mendahului perancangan jahat Mosad itu, apabila kemasukan mereka ke Amman dapat dibongkar oleh pegawai imigresen yang mendapati mereka menggunakan dokumen perjalanan palsu, akhirnya para pegawai imigresen bergegas ke kediaman Khaled dan berita itu sampai ke pengetahuan Raja Hussein Talal dan memerintahkan agar kesemua anggota Mosad itu meninggalkan Jordan serta merta.

Benjamin Netanyahu tidak bersetuju dengan tindakan dan campur tangan Raja Hussein yang menahan kesemua anggota Mosad yang terlibat. Namun Raja Hussein menyampaikan berita itu kepada pengetahuan Presiden Amerika, Bill Clinton yang meminta agar Benjamin terima dengan lapang dada, beliau tetap tidak setuju, akhirnya Bill Clinton menegaskan bahawa beliau tidak boleh berkomunikasi dan berinteraksi dengan Benjamin yang disifatkan sebagai orang gila.

Satu pertemuan diadakan antara Benjamin, Raja Hussein dan disaksikan oleh Bill Clinton. Benjamin mendesak Raja Hussein agar membebaskan kesemua anggota Mosad yang ditahan di penjara Amman. Raja Hussein terima cadangan itu tetapi dengan syarat, 10 anggota Mosad yang dibebaskan itu digantikan dengan pembebasan pemimpin Hamas Syeikh Ahmed Yasin yang dijatuhkan oleh mahkamah Israel penjara seumur hidup, perjanjian itu dimeterai dan masing-masing bersetuju.

Kronologi percubaan untuk menangkap

Pada Ogos 1999, pihak berkuasa Amerika Syarikat mengeluarkan arahan kepada Raja Hussein agar menangkap Khaled Masy�al, surat tangkapan itu diserahkan sendiri oleh Setiausaha Luar Amerika, Madelein Albright.

Oktober 2002, ketika satu persidangan Belia Islam Sedunia diadakan di Riyadh-Arab Saudi, Putera Mahkota Amir Abdullah (sekarang Raja Abdullah) dikatakan menerima satu surat daripada Hamas dan Kerajaan Palestin pimpinan Yasser Arafat, bahawa Khaled Masy�al diarahkan untuk bertemu dengan beliau di Riyadh, sedangkan Khaled yang turut menyertai persidangan itu tidak tahu menahu tentang arahan itu, akhirnya beliau enggan bertemu dengan Amir Abdullah kerana mengesyaki bahawa itu adalah umpan untuk menangkapnya.

Tanggal 23 Mac 2004, tiga hari selepas kesyahidan Syeikh Ahmed Yasin, pengisytiharan dibuat bahawa orang yang akan menggantikan tempat almarhum Syeikh Ahmed ialah Khaled Masy�al yang dituduh oleh Israel melakukan percubaan membunuh, sedangkan pembunuhan itu dilakukan oleh rejim Israel. Itu merupakan helah untuk melihat sejauhmana Khaled melatah dalam isu fitnah berkenaan.

Tanggal 20 Januari 2006, Hamas menang bergaya dalam pilihan raya Palestin yang membolehkannya membentuk kerajaan yang sah, namun ia disangkal oleh Amerika dan Israel. Malah mereka memilih Mahmoud Abbas sebagai Presiden. Sejak daripada itu Khaled menjadi sasaran kerana dianggap sebagai perancang dalam kejayaan Hamas dalam pilihan raya, serangan demi seranag sama ada dengan memfitnahnya, atau mahu membunhnya, semua itu tersedia dalam perancangan Israel untuk membunuhnya.

(Sumber: www.islamonline.net, www.ar.wikipedia.org, www.ikhwanonline.com) _



Thursday, February 26, 2009

APAKAH WAJAR KARPAL MENEMPELAK PEMUDA UMNO DENGAN "CELAKA"..DI PARLIMEN??

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 FEBR

Sebagai rakyat biasa saya punya beberapa pandangan berkaitan insiden ini:

1. Ungkapan celaka kepada seseorang atau kumpulan adalah wajar jika setelah sekian lama Karpal dilakukan sedemikian rupa di dalam dan di luar parlimen oleh kumpulan UMNO. Saya tidak fikir itu sesuatu yang terlalu sensetif kepada sesiapa yang seharusnya faham sekarang mereka (BN/UMNO) sedang menekan terlalu berlebihan terhadap Karpal secara personal dan juga PR. Pelik bagi saya melihat sikap pemimpin UMNO yang seharusnya lebih matang dalam politik berbanding dengan parti lain kerana kedudukan mereka sekarang dipihak yang memerintah. Bahkan sepatutnya kenyataan Khairi di bawah lebih sesuai ditujukan kepada diri beliau dan golongan mereka sendiri.

2. Ungkapan celaka sebenarnya adalah antara petanda yang wakil rakyat dari PR sudah tidak boleh terima lagi cara tekanan yang selama ini dilakukan oleh BN. Saya menyokong tindakan ini kerana sememangnya wajar BN / UMNO menerima ungkapan tersebut atas perbuatan mereka sendiri. DSAI, Tuan Guru Abd Hadi Awang dan ramai lagi pemimpin PR yang telah dengan cara terbuka menyampaikan mesej jelas betapa celakanya BN dan UMNO dalam mentadbir negara ini. INilah luahan hati rakyat terhadap pemimpin UMNO dan rakyat yang tidak boleh tahan lagi dengan sikap pemimpin UMNO memperbodoh rakyat terutama sejak Mac 2008.

3. Pemimpin UMNO seharusnya malu dengan gelaran tersebut dan merenung diri serta membaiki diri. APa yang Pemuda UMNO ingin lakukan kepada OKU seperti Karpal amat memalukan dan sangat tidak bermaruah. Usahkan anak beliau Govind yang akan pertahankan bahkan semua rakyat yang berhati perut akan pertahankan beliau. Sikap pejuang Melayu seperti pemimpin UMNO bukan sahaja kelihatan tidak rasional bahkan dinilai oleh dunia sebagai bangsa yang tidak berotak ingin memukul seorang OKU. Tolong fikir dengan otak bukan dengan lutuk lah..!!!

4. Semua pihak harus menerima hakikat bahawa apa yang terjadi di Parlimen Taiwan suatu ketika dahulu, sudah terjadi dan akan terjadi di Parlimen Malaysia pula. Maka kepada pimpinan PR..tolong bersiap sedia yang terburuk dari perbuatan pemimpin UMNO. Mereka sudah tidak mampu bertahan lagi dengan cara demokratik tapi akan mengambil pendekatan gengster di dalam dan di luar parlimen. Maka wajar mereka dipanggil "pemimpin celaka"..Tak perlu YB ..tapi kita naikkan pangkat ke YC...(Yang Celaka...)

Peluru: Karpal dikepung Pemuda Umno

Feb 26, 09 3:37pm

Pengerusi DAP Karpal Singh dikepung sekumpulan anggota Pemuda Umno di bangunan Parlimen petang tadi, menuntutnya meminta maaf kepada pergerakan tersebut kerana mendakwa mereka menghantar peluru kepadannya.

karpal singh live 9mm bullets warning letter on sultan and malay rights 200209 06Ini ekoran tindakan Karpal menggunakan perkataan 'celaka' yang ditujukannya kepada Pemuda Umno semasa perbahasan di Dewan Rakyat semalam, serta mendakwa pergerakan itu menghantar peluru kepadanya.

Karpal bagaimanapun menarik balik perkataan "celaka" itu setelah diarah oleh Timbalan Speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika ahli parlimen Bukit Gelugor itu masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

violent attack towards dap karpal singh and lim lip eng at parliament 260209 sequenceKira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Berlaku kekecohan

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan
Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Mereka juga kemudiannya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng (right) juga mendakwa beliau telah dipukup oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Sidang akhbar Khairy

Bagaimanapun, kumpulan itu bukan kumpulan yang sama yang menghadiri sidang akhbar Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin di bangunan Parlimen pagi tadi.

Dalam sidang akhbar tersebut, pergerakan Pemuda Umno memberi tempoh 24 jam untuk pengerusi DAP itu mengemukakan bukti Pemuda Umno bertanggungjawab atas kiriman peluru dari Ipoh baru-baru ini.

Khairy berkata tuduhan yang dilemparkan anggota parlimen satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.

"Karpal sepatutnya tidak bersembunyi dan berselindung di belakang kekebalan seorang ahli parlimen dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran.

"Jika beliau ada bukti bahawa peluru tersebut dihantar oleh Pemuda Umno, kami dengan ini mencabar Karpal untuk menunjukkan bukti dalam 24 jam.

khairy jamaluddin interview 230209 15"Sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang penipu yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," Khairy.

Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Mulia kesal dengan kejadian tersebut, yang menurutnya, pertamakali berlaku di Parlimen.

Katanya, beliau akan meminta Kementerian Dalam Negeri supaya menyiasat perkara itu dan berjanji akan memastikan parkara itu tidak berulang.

Manakala Karpal pula dengan tegas berkata: "Saya mungkin kurang upaya, tetai saya tidak tunduk kepada ugutan mana-mana pihak."

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong BN, Datuk Tiong King Sing memberitahu pemberita bahawa kesemua 22 anggota Pemuda Umno yang terbabit, telah ditahan oleh polis Bukit Aman.

Bagaimanapun, ini dapat disahkan dengan pihak polis.

Beliau juga turut memohon maaf kepada Karpal atas kejadian tersebut dan berkata akan meminta Speaker menghad jumlah penyokong parti politik yang dibenar masuk ke Parlimen.


iNFO DARI MEDIA BN......

KECOH ( HR9808: siapa yang buat kecoh????..Inilah media BN sudah tukar cerita..dan belitkan berita..)



Gobind Singh Deo (gambar kiri) dan Megat Zulkarnain Omardin (gambar kanan) saling cabar mencabar ketika perbalahan di pintu masuk utama bangunan Parlimen semalam. – UTUSAN/Mohd. Naim Aziz


Suasana di pekarangan bangunan Parlimen semalam kecoh apabila kumpulan Pemuda UMNO Selangor mendesak Ahli Parlimen DAP Bukit Gelugor, Karpal Singh meminta maaf kerana melemparkan ungkapan ‘Pemuda UMNO celaka’ semasa sesi perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin.

Tidak berpuas hati dengan keadaan itu, Ahli Parlimen DAP Puchong, Gobind Singh Deo bertindak menyerbu kumpulan tersebut sehingga mencetuskan pertikaman lidah antara Gobind dan Ketua Pemuda Gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Kekecohan itu bagaimanapun berjaya dileraikan oleh pengawal keselamatan Parlimen, anggota polis dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional, Datuk Seri Tiong King Sing yang bergegas ke tempat kejadian.

Karpal diberi masa 24 jam kemuka bukti

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Pemuda UMNO memberi tempoh 24 jam kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh untuk mengemukakan bukti bahawa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru bagi mengugutnya.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu perlu segera mengemukakan bukti terhadap tuduhan liar, gila dan berniat jahat yang dibuatnya jika tidak mahu dianggap sebagai seorang penipu yang ketandusan modal.

''Tuduhan beliau telah menimbulkan kemarahan seluruh 700,000 ahli pergerakan ini dan sekiranya beliau gagal memberi sebarang bukti, rakyat Malaysia bolehlah menganggap dirinya seorang yang sudah hilang segala kredibiliti dan kewarasan," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar bersama-sama 30 pemimpin pergerakan itu dari seluruh negara di lobi Parlimen hari ini.

Karpal ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semalam, mendakwa sepucuk surat beserta dua butir peluru telah diposkan oleh pergerakan itu ke alamat rumahnya di Jalan Utama, Pulau Pinang pada 19 Februari lalu.

Dalam ucapan itu, beliau juga mengungkapkan 'Pemuda UMNO celaka' bagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pergerakan tersebut membuat laporan polis dan menganjurkan demonstrasi sebagai membantah hasratnya untuk menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya ucapan Karpal itu kerana ia celupar, kesat dan tidak mematuhi etika Parlimen dan mencabarnya untuk mengulangi apa yang telah disebutnya di luar Dewan.

''DAP sering membangkitkan isu Parlimen kelas pertama. Namun, tindakan Pengerusinya ini jelas menunjukkan perangai dan sikap Ahli Parlimen parti berkenaan langsung tiada kelas.

''Karpal tidak boleh menjadi penakut dengan berselindung di belakang kekebalan seseorang Ahli Parlimen di dalam Dewan dengan membuat tuduhan yang tiada asas dan kebenaran," katanya.

Dalam pada itu, Khairy menegaskan pihaknya tidak akan membuang masa dengan meminta Karpal memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak mengerti makna taubat dan pengakuan salah.

''Kalau kita desak dia minta maaf seribu kali pun dia takkan minta maaf. Sebab itu, kita minta dia kemukakan bukti dalam tempoh 24 jam," katanya.

HR9808: Nak minta maaf dari YC..ke..? atau Pemimpin Celaka?...Mimpilah anda di siang hari..Jangan harapkan maaf tapi harapkan kasut aje,,ke muka hangpa tu..Rakyat yang longtar bukan Karpal yang lontar..

Tambah beliau, Pemuda UMNO juga mendesak pihak Peguam Negara bertindak cepat terhadap segala syor yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Karpal sebelum ini.

Usaha cuba alih tumpuan

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pelik dengan perkataan 'celaka' yang diucapkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh dan dakwaan Pemuda UMNO mengirim peluru kepadanya.

Katanya, tindakan itu bertujuan mengalih tumpuan orang ramai kepada isu sebenar iaitu kemarahan rakyat terutama orang Melayu terhadap Karpal yang telah menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan raja-raja Melayu.

''Ia agak ganjil. Karpal cuba alih pandangan orang ramai daripada isu sebenar iaitu rakyat marah kerana dia menghina raja-raja Melayu. Ini niat dia sebenarnya.

''Ya Allah, ini kali kedua dia mengatakan peluru dikirim ke rumahnya. Mustahil kami (Pemuda UMNO) melakukan perkara itu," tegasnya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di Hotel Nikko di sini hari ini.

HR9808: Mustahil apa pula? Lebih dari itu pun hangpa pernah buat,,? Karpal yang jadi OKU tu siapa yang buat?..Dia jatuh sendirike atau ada yang upah langgar dia?? Guna otak lah..jangan perbodohkan rakyat ok!!!

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran mendakwa gelaran 'celaka' itu turut diucapkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada para penyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

''Sebagai ahli politik, saya boleh terima asam garam dalam politik, tetapi para penyokong PPSMI ada juga dalam kalangan rakyat biasa. Adakah mereka turut dicelakakan?'' katanya.

Semalam, ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Karpal telah memanggil Pemuda UMNO dengan gelaran celaka selain mendakwa pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru kepadanya.

Karpal mengungkap perkataan itu bagi meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap pergerakan itu yang didakwanya terlibat melakukan demonstrasi dan membuat laporan polis berikutan hasratnya untuk menyaman Sultan Azlan Shah.

HR9808: Jangan gunakan sultan lah beb..sultan pun dah pening kepala dengan sikap hangpa semua dan hangpa tu hipokrit..masa ada untung sokong sultan hangpa sokong tapi masa hangpa rugi hangpa terajang sultan dalam longkang..Itu namanya tindakan orang "celaka"....memang celaka...dalam bahasa klasiknya "laknat"...


Yang Dipertua Dewan Negara sifatkan penyerang Karpal tidak bertamadun
Abdul Aziz Mustafa
Fri | Feb 27, 09 | 4:48:32 pm MYT

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Hrkh) - Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh menyifatkan Pemuda Umno yang melakukan serangan ala-gangster ke atas Ahli Parlimen berkerusi roda dan berusia 69 tahun, Karpal Singh di dalam bangunan Parlimen semalam sebagai orang yang tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka, lapor mStar Online.

Beliau mengingatkan, Parlimen sepatutnya menjadi tempat yang bebas untuk membahaskan sebarang isu tanpa dihalang oleh mana-mana pihak.

Beliau menyifatkan kejadian itu berpunca dari "kebodohan kumpulan tertentu".

Beliau juga menyifatkan kumpulan tersebut sebagai manusia yang tidak memahami penguatkuasaan undang-undang dalam sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, insiden semalam bukan hanya memalukan Parlimen malah seluruh rakyat Malaysia.

"Apa yang berlaku semalam adalah sesuatu yang tragis dan tidak patut berlaku di Parlimen tetapi disebabkan kebodohan kumpulan tertentu, sekatan terpaksa dikenakan terhadap sesiapa yang ingin memasuki kawasan Parlimen," katanya selepas menerima kunjungan hormat delegasi anggota Parlimen Eropah di Parlimen di sini, hari ini.

Petang semalam, suasana di bangunan Parlimen kecoh apabila sekumpulan Pemuda Umno berindak ala-gangster mafia mengepung ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sambil meminta Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengakui ada menyebut perkataan "Pemuda Umno celaka" dan meminta maaf kepada mereka.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira jam 2.30 petang tadi ketika Karpal masuk melalui pintu utama bangunan tersebut.

Kira-kira 20 hingga 30 ahli Pemuda Umno terbabit dan mereka dipercayai dari Selangor.

Bagaimanapun, Karpal kemudiannya menelefon ahli parlimen Batu Gajah, Fong Poh Kuan yang kemudian tiba bersama beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat lain.

Ekoran itu berlaku kekecohan antara kumpulan penyokong Umno dengan wakil-wakil rakyat pembangkang di situ sebelum pengawal keselamatan tiba untuk meleraikan mereka.

Tiga ketua Pemuda Umno bahagian yang hadir telah bercakap dengan pemberita. Mereka ialah Ungku Salleh Ungku Jamal (ketua Pemuda Umno Serdang), Megat Zulkarnain Omar Din (ketua Pemuda Umno Gombak) dan Lat Sharizal Abdullah (ketua Pemuda Umno PJ Utara).

Sementara itu, ahli Parlimen DAP mengadu bahawa anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal mereka tiba di situ.

Ahli Parlmen DAP, Lim Lip Eng juga mendakwa beliau telah dipukul oleh kumpulan anggot Pemuda Umno itu.

Menurutnya, beliau dipukul beberapa kali di muka dan bahagian badannya.

Lim juga mengadu bahawa pihak polis dan anggota keselamatan Parlimen tidak berbuat apa-apa untuk melindungi Karpal ketika kejadian walaupun beliau memanggil mereka untuk melindunginya dari serangan itu.

HR9808: Pihak polis sepatutnya tangkap ketua Pemuda dan timbalannya kereana merka wajar bertanggungjawab atas insiden ini. Picit aje kuku depa ni..habis londeh semua..!!! Labun aje beso sampe menyembo ayo lio tapi sekali kena tekincit le..!! Awat Pak lah diam aje..!! Nak jadi ketua gengster juga ke?? Dah tua dahhh..nak gengster lagi..Hadhari-hadhari..

HR9808: Kenyataan Pak Mat di bawah nampak tidak rasional dan bercanggah dengan kenyataan PAk Wan Teh..Masih berbau gengsterisma yang ingin terus memaksakan orang ikut cakap dia..demokrasi bukan begitu Pak MAT...soal adat istiadat dan resam Melayu yang sopanke merampas negeri Perak dan memburuk-burukkan Selangor dan negeri-begeri PR ?? Karpal pertahankan hak rakyat Perak yang terdiri dari semua kaum termasuk bangsa kamu Melayu..Aku juga Melayu jadi apa salahnya Karpal jika dia nak pertahankan hak semua kaum dan memberi peringatan kepada sultan? Alahai tolong cermin diri sendirilah Pak Mat!!

Pemuda UMNO masih rasional - Mat Taib

SHAH ALAM 27 Feb. - UMNO Selangor hari ini mempertahankan tindakan sekumpulan ahli pergerakan Pemudanya yang terlibat dalam kekecohan dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh di pekarangan Parlimen, semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan tersebut ada rasionalnya kerana Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sendiri yang mencetuskan provokasi melalui hasrat menyaman Sultan Perak dan menggelar Pemuda UMNO sebagai 'celaka'.

Menurutnya, pergerakan itu juga berhak membantah sikap biadab Karpal yang enggan memahami adab dan adat resam orang Melayu di negara ini.

"Sebenarnya kemarahan yang ditunjukkan itu masih kecil dan terkawal. Tetapi ia boleh menjadi besar jika pemimpin DAP gagal menjaga mulut, tatasusila dan budi bahasa mereka dengan kaum lain.

"Seperti kata peribahasa Melayu, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa," katanya kepada pemberita di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Menurut Muhammad, Karpal juga seorang tua yang tidak pandai menunjukkan teladan yang baik apabila memanggil generasi muda Melayu sebagai celaka sedangkan ungkapan itu sangat serius dan menghina.

Ujar beliau, Karpal tidak belajar daripada kesilapan lalu kerana sebelum ini dia pernah ditampar kerana mencerca raja-raja Melayu.

"Jika beliau terus menerus gagal menjaga hubungan baik sesama kaum di negara ini, beliau akan terus berdepan dengan kemarahan orang Melayu.

"Sebagai seorang tua, Karpal sewajarnya lebih faham adat resam penduduk berbilang kaum di Malaysia," katanya.

HR9808: Kenyataan Hishamuddin di bawah adalah kenyataan "lipstik aje"..Jangan nak tunjuk herolah..kerana RAKYAT tak mahu beli cerita dongeng kome tu..Rakyat lebih marah kepada kebodohan Pemuda UMNO yang tidak petriotik dan demokratik.. Kome nak ajar rakyat racist k..sudah lah..itu cara usang dan hapak..Rakyat akan tolak kamu semua dalam longkang dalam pilihanraya nanti atas sikap ceroboh dan tidak tahu bergaduh dengan anak jantan..Ajak Karpal bergaduhg macam ajak budak budak baru merangkaklah..DIA tu OKU YOP...Nak lawan ajak le..YB yang sihat. Di Parlimen oran nak tenguk hujah dari kekuatan otak bukan otot..KOme ni bagi malu rakyat Malaysia aje..berambus le kome dan belajo lagi undang-undang..!!Macam orang zaman batu..!!

Kepada pihak polis..tunjukkan profesionalisma kamu semua..jika dia dah cabar dah tanggungjawab maka polis ambillah action..!! Janan diharap polis nak bertindak jika dari BBN..dan iNilah tanda BN ZALIM..

Pemuda UMNO bertanggungjawab

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Pemuda UMNO sedia bertanggungjawab berhubung insiden kekecohan di bangunan Parlimen semalam, sekalipun terpaksa menghadapi tindakan mahkamah.

Malah Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sendiri sanggup tampil bersama-sama untuk memperjelaskan dan berdepan dengan apa jua kemungkinan.

"Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan.

"Dalam hal ini, jika saya sendiri perlu diheret ke mahkamah, saya sanggup lakukannya untuk memperjelaskan apa yang berlaku dan apa peranan saya," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas insiden kekecohan di Parlimen semalam, apabila sekumpulan ahli Pemuda UMNO Selangor berdepan dengan Karpal Singh bagi mendesak Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu meminta maaf atas ungkapan menghina pergerakan itu.

Mereka tidak berpuas hati dengan ungkapan 'Pemuda UMNO celaka' yang diucapkan Karpal semasa sidang Dewan Rakyat selain kenyataannya menuduh ahli pergerakan itu bertanggungjawab mengirim dua butir peluru ke kediamannya.

Hishammuddin berkata, Pemuda UMNO akan terus mempertahankan nama baik dan maruah orang Melayu terutama institusi raja-raja Melayu daripada dihina oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, insiden yang berlaku itu menunjukkan emosi ahli pergerakan tersebut sudah tidak dapat dibendung kerana perbuatan provokasi Karpal.

"Kita tahu jika kita paksa dia meminta maaf sekalipun, dia tidak akan melakukannya. Saya sudah kata Pemuda UMNO marah dan semua pihak pun marah. Siapa yang tak marah jika dipanggil dengan pelbagai nama.

"Jadi jangan main dengan api kerana kemarahan itu merupakan satu perkara yang jika tidak dibimbing dan dibendung akhirnya akan meluas pada isu yang lebih besar,'' tegasnya.

Beliau memandang serius keadaan yang berlaku sekarang dan memantau apa yang terjadi kerana ia dikhuatiri akan berleluasa.


Pemuda Umno disifatkan khianat, amal politik longkang
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Feb 28, 09 | 11:05:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Hrkh) - Ketika MCA dilaporkan oleh The Star menganggap Pemuda Umno menghina sistem demokrasi negara ini, kedaulatan undang-undang, pengundi dan Parlimen serta memusnahkan imej negara, akhbar yang sama semalam menyiarkan surat pembaca yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sebagai politik longkang dan perbuatan khianat.

Pembaca yang memperkenalkan dirinya sebagai Halimah Mohd Said itu berkata Pemuda Umno pastinya gila jika mereka merasa cara untuk menentang politik longkang Karpal Singh ialah dengan menunjuk-nunjuk versi politik longkang mereka pula.

"Tindakan mereka menceroboh Parlimen yang mulia boleh dianggap sebagai pengkhianatan paling buruk kerana mereka bukan sahaja menceroboh kawasan fizikal Yang Yang di-Pertua Dewan dan ahli-ahli Parlimen malah lebih dari itu, menceroboh pemelihara fizikal perlembagaan negara dan semua yang dilindunginya.

"Ketika orang-orang ini mempertahankan ketuanan mereka dan adab, kedaulatan raja-raja, Bahasa Melayu dan Islam, tidakkah mereka sedar bahawa mereka sendiri mestilah menjadi contoh dan menjunjung kesemua itu?

"Adakah mereka masih ingat bahawa Islam dan adat Melayu penuh dengan tuntutan supaya kita sentiasa memperlihatkan tingkah laku yang baik.

"Apabila kita menuduh orang lain derhaka dan khianat kepada Sultan, tidakkah kita sedar bahawa Parlimen adalah persada yang sah kepada sistem raja berperlembagaan kita dan menceroboh tempat yang tidak harus disentuh ini adalah lebih serius dari menunjuk perasaan di luar istana?

"Apa yang sebenarnya difikirkan oleh ahli-ahli politik apabila melibatkan penyokong-penyokong mereka dengan cara-cara yang tidak masuk akal ini? Adakah mereka cuba melakukan provokasi sehingga tercetusnya anarki dan pemberontakan mereka yang tidak rasional dan emosional? Atau adakah mereka cuba merebut undi di dalam pemilihan parti dan pilihan raya kecil yang akan datang?

"Bukan sahaja ia tidak akan memulihkan imej dan kedudukan parti di sisi para pengundi, malah mereka terus memusnahkannya. Rakyat Malaysia lebih waras berbanding ahli politik yang kita undi supaya berkuasa!" kata Halimah dalam surat pembaca bertajuk "Unbecoming to cause trouble in Parliament".

Malaysiakini pula melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Halimah sebagai politik longkang, khianat dan tidak masuk akal itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja Melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku"._

HR9808: Ketika rakyat mengutuk tindakan Pemuda UMNO, mereka masih berdegil dengan cara gengster mereka. Inilah sebenarnya wajah pemimpin Melayu sekarang dan masa depan. Mereka masih berfikiran cara kampung yang meletakkan kuasa melebihi dari segalanya. Semasa berkuasa apa juga cara harus digunakan agar terus berkuasa. Apakah pemimpin begini boleh kita harapkan untuk membawa Malaysia ke taraf dunia? Bom boleh digunakan sudah cukup menggambarkan betapa rendahnya cara berfikir mereka dalam mengambil sesuatu hukum. Begitu juga dengan sikap mereka terhadap PR di Selangor. Khir (salah seorang calon Ketua Pemuda UMNO) berlagak macam hero tapi kampungan akhirnya bila orang buka pekung dia ..ternganga,,Inilah YB kantoi...Tulisan Rashidi di bawah menarik sekali untuk dijadikan bahan renungan..


Langkah sumbang Khir Toyo
Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Sun | Mar 01, 09 | 9:38:02 am MYT

HANYA semata-mata mahu mengaut politik murahan untuk mendapat sokongan perwakilan pemuda dalam perebutan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Seri Mohamad Khir Toyo cuba berlagak hero.

Tetapi malangnya langkahnya sumbang. Khir mahu menjadi jaguh, untuk memerangi rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Khir sebenarnya hanyalah seorang jaguh kampung yang desprado. Menghentam Pakatan Rakyat secara semberono, hasil maklumat juak-juak Umno yang masih berjawatan dalam kerajaan dan anak-anak sytarikat kerajaan negeri Selangor.

Khir tidak layak menjuarai isu-isu rasuah kerana sepanjang dua penggal pemerintahannya beliau dipalitkan dengan puluhan tuduhan kes-kes rasuah di Selangor.

Malangnya pendakwaan terpilih dibuat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, yang khabarnya akibat ketakutan mereka untuk bertindak kerana duduk di bawah telunjuk Umno.

Beberapa minggu sahaja Khir dilantik menggantikan Tan Sri Abu Hassan Omar sebagai Menteri Besar Selangor, sudah ada dakwaan rasuah terhadap beliau dikemukakan kepada BPR, khususnya dakwaan yang dikemukakan oleh wartawan Ahmad Lutfi Othman.

Khabarnya Menteri yang menjaga undang-undang ketika itu, Dato' Seri Rais Yatim sudah mengangkat fail kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, kerana dikatakan selepas BPR membuat siasatan, wujud beberapa keraguan.

Soal kenapa tidak diambil tindakan, tanyalah kepada kerajaan dan Umno. Banyak kes-kes rasuah membabitkan pemimpin Umno ditutup dan dilindungi.

Bukan soal kes Khir Toyo sahaja. Kes Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Seri Rafidah Aziz, yang dibawa oleh Mohamed Ezam Mohd Nor, mengapa diperamkan begitu sahaja?

Kalau BPR dulu, tidak mahu mengambil tindakan kerana mereka duduk direct dibawah ketiak pemimpin Umno, sekarang ini sudah jadi suruhanjaya, bertindaklah kalau benar-benar telus.

Saya percaya Ezam pun hendak mengetahui status dakwaan rasuah yang dibuatnya sebelum ini, walaupun beliau sudah menjadi salah seorang anggota parti perasuah (politik wang dalam pemilihan).

Berbalik kepada cerita Khir Toyo, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat bukan tidak mahu membongkar satu persatu 'tahi-tahi Khir yang bersepah-sepah' semasa menjadi MB Selangor dahulu.

Namun pada penulis, kelemahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah beliau lambat bertindak terhadap banyak dakwaan penyelewengan yang wujud di zaman Khir. Ada puluhan kes membabitkan Khir secara khusus sudah dikenalpasti.

Untuk bersikap adil kepada Menteri Besar Selangor, mungkin beliau tidak perasan kes-kes tersebut, mungkin juga beliau 'tersekat' untuk bertindak kerana ramai 'barua-barua' Khir Toyo masih duduk dalam kerajaan dan anak-anak syarikat kerajaan negeri.

Penulis difahamkan kebanyakan penjawat politik dalam kerajaan dan anak-anak syarikat diisikan oleh Khir, dengan juak-juaknya yang terdiri daripada pemimpin Umno peringkat bahagian, pemuda dan puteri, masih ramai yang bertenggek di pusat pentadbiran kerajaan.

Pakatan Rakyat, secara khususnya Khalid, tidak wajar membiarkan 'anai-anai' ini terus merobek keutuhan kerajaan. Mereka adalah 'duri dalam daging' yang gunanya hanya untuk mensabotaj Pakatan Rakyat.

Semua lantikan politik harus ditapis dan dirombak segera. Mereka yang benar-benar genuine dan tidak berpihak sahaja harus menjadi pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Jika tidak mereka akan menjadi 'mata dan telinga' Umno-BN, yang dibayar gaji oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Khalid harus bertindak segera, 'jangan sudah terhantuk baru hendak terngadah'. Jika wujud anggapan, selepas diserang teruk baru Khalid, tersentak dan hendak membalas 'kedurjanaan' Khir Toyo, itu kan kurang baik.

Masanya belum terlambat untuk Pakatan Rakyat retaliate. Sebelum mereka lebih rakus dengan pendekatan rough politics, kemaraan mereka harus disekat.

Pakatan Rakyat mesti terus membongkar penyelewengan Umno-BN dan Khir segera, dengan menyenaraikan dakwaan rasuah mereka untuk tatapan rakyat Selangor. Pakatan Rakyat harus pastikan senjata rasuah yang digunakan untuk menyerang Khalid dan kerajaan negeri, 'menikam' mereka kembali.

Khir Toyo tidak layak menjuarai isu rasuah. Lagi banyak dakwaan penyelewengan terhadap Pakatan Rakyat, hanya akan mendedahkan muslihat jahat Umno-BN.

Keangkuhan Khir Toyo harus disekat. Rakyat Selangor kini, patut menghadiahkan 'penyapu' kepada beliau, kerana menjadi 'tukang sapu dan tukang kaut' harta-harta rakyat di Selangor.

Akhirnya, rakyat mesti teguh berada di belakang Pakatan Rakyat dan memastikan Umno-BN, khususnya Khir, menjadi 'kera sumbang' dalam arena politik negara. - mks._

HR9808: Di bawah adalah bukti yang Khir Toyo pelahap paling handal wang rakyat. Depan rakyat nak tunjuk hebat sebenarnya kamulah kaki kebas duit rakyat.. Pak Mat (x MB Selangor) yang ligat sekarang ni ke hulu ke hilir adalah kaum kerabat kebas duit rakyat juga..Bukti bersepah di merata tempat..terutama di Selangor ..Kita minta PR di Selangor keluarkan rekod mereka ni semua jangan bagi muka lagi...!!!Tahniah kepada Tan Sri Khalid atas ketegasan beliau!! Buka semua file depa ni lagi Tan Sri !!!




KENYATAAN AKHBAR
26 FEBRUARI 2009

PNSB MESTI MENYERAHKAN KEUNTUNGAN YANG TIDAK DIISYTIHARKAN KEPADA LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI

Pemerbadanan Menteri Besar (Menteri Besar Incorporated) hari ini mengarahkan Permodalan Negeri Selangor (PNSB) supaya menyerahkan senarai lengkap faedah dan kemudahan yang diberikan kepada kalangan pekerjanya pada tahun-tahun lepas kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan penemuan bahawa PNSB tidak mengisi borang-borang EA bagi mengisyhtiharkan keuntungan beberapa tahun lalu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Dato’ Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, yang juga pengerusi MBI dan PNSB, berkata langkah tersebut dilakukan bagi memastikan anak syarikat Kerajaan Negeri tidak mengingkari undang-undang supaya membayar cukai pendapatan.

Selama beberapa tahun PNSB ada memberikan faedah dan keuntungan kepada para pekerjanya – termasuk Pengerusinya, ahli-ahli Lembaga Pengarah – dalam bentuk barangan atau wang tunai, atau dua bentuk pemberian tersebut. Antaranya, kereta dan pemandu, di samping percutian di dalam dan luar negara. Faedah melancong diberikan kepada semua kakitangan manakala kereta berpemandu diberikan hanya kepada Ketua Eksekutif dan Pengarah, kalangan pengurus kanan dan kalangan pengurus.

Sekumpulan penasihat lantikan MBI kini sedang melakukan penilaian terhadap prestasi PNSB. Dalam proses tersebut, didapati pengerusi sebelum ini Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo pernah diberikan kereta Toyota Harrier pada tahun 2005 dan disediakan seorang pemandu pada tahun 2006. Beliau menggunakan kesemua faedah sehingga bersara selaku pengerusi PNSB pada Mac 2008. Walau bagaimanapun, tiada kemudahan ini yang dinyatakan dalam borang EA yang diserahkan oleh PNSB sebelum ini. Juga didapati kemudahan petrol dan penyenggaraan kereta Harrier semuanya ditanggung oleh PNSB.

Dato’ Menteri Besar menyedari tentang keprihatinan kalangan pekerja PNSB sendiri terhadap implikasi kewangan akibat pengurusan PNSB tidak mengisyhtiharkan pendapatan dalam borang EA. Beliau mendesak agar kakitangan PNSB bersabar kerana mereka kini perlu menunggu tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menaikkan tambahan cukai bagi individu yang berkaitan.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR





UMNO akan TERKUBUR..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

26 FEBR

Tuesday, February 24, 2009

SYABAS KEPADA PR YANG MENYERANG SECARA PROFESIONAL TERHADAP BN..UMNO..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

25 fBER

Pendekatan bertahan oleh PR sebelum ini amat merugikan rakyat kerana kesempatan itu diambil sepenuhnya oleh kerajaan BN haram di beberapa negeri PR. Kami menyokong sepenuhnya gerakan membongkar dan melondehkan segala-galanya yang termampu. Jangan bagi muka lagi dan kesempatan kepada para perompak rakyat di mana sahaja mereka berada. Mereka adalah makhluk perosak yang khianat kepada negara dan rakyat. Teruskan sehingga mereka tersungkur tanpa celana di bumi ini...!!
Mana-mana YB seperti Ibrahim Ali..juga suruh balik kampung dan ternak itik lebih bagus dari berceloteh entah ape-ape di parlimen..buat malu rakyat Kelantan aje (dia ni dah macam itu sebelum dan selamanya) ..aje..


Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo
Ahmad Tajdid
Wed | Feb 25, 09 | 1:21:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato' Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

"Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah," kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.- tajdid_

Kes Altantuya, siasat segera siapa 'gembala kambing'- Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Feb 25, 09 | 9:38:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli Parlimen Gombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.

Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.

Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,

Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya.

"Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.

Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.

Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya. _

Umno: 269 calon bertanding, 900 aduan rasuah

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 24, 09 | 9:37:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Dengan 269 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan, setakat November lalu sahaja 900 aduan rasuah telah diterima.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan rasuah pada pemilihan kali ini adalah paling serius.

Tidak diketahui berapa banyak kes rasuah sepanjang kempen pemilihan tersebut yang tidak diadukan.

Ketika mengecam gejala itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, jika orang yang menghulur rasuah menang dalam pemilihan Umno Mac ini, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka Umno akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika BM menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan," kata bekas Presiden Umno itu.

Tindakan membanteras rasuah di dalam Umno bagaimanapun ditentang oleh ahli-ahli parti itu.

30 Januari lalu, ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala politik wang ketika Majlis Tertinggi (MT) parti itu sedang bermesyuarat.

Mereka yang menunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn itu turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM itu.

Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis "Kami menolak SPRM, boleh belah", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Penentangan sedemikian bukan sahaja datang dari ahli-ahli Umno.

Sebuah blog, politica-net.blogspot.com, yang dipercayai dikendalikan oleh seorang ahli parti itu mendedahkan ada "orang besar" menghalang siasatan ke atas salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. _

hr9808: Kenyataan di bawah adalah bukti menunjukkan pemimpin UMNO sudah tidak ada integriti dan maruah. UMNO akan tenggelam buat selamanya jika mereka meneruskan kebodohan dan kedunguan di depan rakyat alaf baru..Dulu ye sekarang sorry la...Hanyutlah kome dengan cara kome dan rakyat akan tunjukkan kepada kamu semua dalam pilihanraya nanti..!!!

MEDIA BN YANG KANTOI..

Tidak perlu siasat kes ditutup tiada bukti

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu membuka semula kes rasuah melibatkan pemimpin parti itu yang telah ditutup oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana ketiadaan bukti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, langkah meneruskan siasatan tidak harus dibuat kerana SPRM telah menyiasat kes berkenaan secara terperinci dan mendapati tiada bukti kukuh.

''Ini adalah perkara yang mesti diputuskan oleh Lembaga Disiplin, tetapi pandangan saya kalau ia sudah pergi kepada SPRM dan suruhanjaya ini telah membuat keputusan tidak ada kes, jadi eloklah kita terima.

''Kalau dia sudah tutup, takkanlah pihak Lembaga Disiplin hendak terus kaji, hendak korek lagi," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi 1/2009 di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa sebanyak 45 daripada 90 kes aduan rasuah politik membabitkan pemimpin UMNO sepanjang pemilihan peringkat bahagian tahun lalu yang diterima SPRM ditutup kerana ketiadaan bukti kukuh.

Menurut laporan yang memetik sumber SPRM itu, sebanyak 27 lagi kes dirujuk kepada Lembaga Disiplin untuk tindakan di peringkat dalaman mengikut Perlembagaan parti itu kerana ia berkait rapat dengan soal disiplin.

Abdullah yang juga Presiden UMNO berkata, sebarang keputusan oleh SPRM harus diterima oleh parti itu kerana suruhanjaya berkenaan mempunyai lebih kemampuan untuk melakukan siasatan.

''Lembaga Disiplin kita tidak sampai pada peringkat SPRM untuk membuat siasatan," jelasnya.

HR9808: UMNO sedang menyiapkan kain kapannya... Rakyat akan tolak sepenuhnya keranda kamu ke jurang hina yang dipenuhi sampah sarap dan bangkai..!!!!

Beliau berkata, keputusan SPRM itu juga boleh diterima kerana siasatan yang dibuat adalah berasaskan pada aduan-aduan yang telah dikemukakan oleh orang UMNO sendiri.

''Dia tidak hantar kepada Lembaga Disiplin. Dia pilih hantar kepada SPRM, jadi suruhanjaya tidak mengelak.

''SPRM tentulah telah respons dan telah buat siasatan dan telah pun umumkan (keputusan). Kalau kes tutup, tutuplah," katanya.