foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, February 14, 2009

PEMIMPIN UMNO CANDU UGUT RAKYAT...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

15 FEBR

Pak Mad pelesap duit Selangor pula tunjuk gigi palsu dalam Sinar hari ini dan beberapa sebelumnya. Tembak peluru penabo jadi semua diharapkan kena dari pemimpin PR di Perak, di pusat, media PR dirampas dan sekarang tembak blogger pula. Alahai..jalan pun dah ngeleto nak tunjuk hebat juga..Tak pe itu hak dia. Cuma bagi saya sebagai rakyat biasa nak tegelak pun ada, nak marah pun ada, nak ter ter macam-macam pun ada. Alasannya:

1. Nak tergelak sebab Pak Mad ni dulu lain sekarang lain. "Lain hulu lain parang" "Lain dulu lain sekarang". Dulu dia yang jadi kepala arwah derhaka (rujuk komentar Hanipa sebelum ini) dan sekarang dah jadi lain pula. Pak lawak juga dia ni. Lawak di club dangdut aje sudahlah jangan terbawa sampai ke media pula!!

2. Nak marah sebab tak sedar diri sampai sekarang. Macam dulu dan selamanya. Jika rakyat tak mahu ikut dan ada pandangan berbeza mulalah tunjuk gigi ISA..Tok Mad ..rakyat tak gentar dengan itu semua dah..dah muak dan menyampah dengan "style cowbow tua". Dengan berlawan hujah lawanlah, inilah zaman merdeka yang telah melahirkan anak merdeka. Jika tak mahu ikut cara zaman baru alamat berkuburlah intelektualitas rakyat dan selamanya kena tarik hidung macam kerobo. Teman tak mahu jadi kerobo tapi suka makan daging kerobo.

3. Nak benci sebab dah meluat dengan dor ulang (ulang semula) strateginya. Buatlah pendekatan lain dengan rakyat ni..!! Kita kutuk bukan jadi lukapun..cuma pedih sikit aje. Mungkin jika beruban gugurle sehelai dua. Takkan mati macam mati berdiri seperti duda pingin kahwin dengan anak dara tua tak tercapai. Sebagai pemimpin yang sudah lebih 60 tahun sewajarnya para blogger ni diajak bicara dari hati ke hati. Dengarkanlah kelohan mereka kerana bilangannya banyak sekali melebihi akhbar harian perdana. Mati satu tumbuh seribu. Jadi jangan buat rakyat benci macam Tun Mahathir lakukan pada DSAI dulu sehingga akhirnya rakyat bangun menentang dia dan membela Anwar. Nak salahkan rakyat? Alahai yop...ape kerojenye ni..kome tak paham-paham ye..Sekarang ulang lagi..alamat kene kasut le!!..

4. Nak muntah sebab dah jadi veteran politik tak faham lagi ke?..Jika dah jadi orang public maka rakyat boleh cek ke lubang cacing siapa kita ni..Jangan nak menyamar le atau nak tunjuk alim di masjid atau di majlis rasmi..Stop ok!!!..sekarang bukan masanya seperti zaman dulu boleh raba punggung bini orang atau apa sahaja dan ditutup kerana kononnya nanti malu. Jaga status walaupun perbuatan itu amat memalukan..Rasuah tak pe..asal tutup mulut..Itu mimpi Tok..zaman sudah berubah sehingga informasi tanpa sempadan akan mencuat bagaikan roket HAMAS ke mana-mana sahaja. Jadi jika BN UMNO habiskan berjuta ringgit nak runtuhkan semangat rakyat melalui media rakyat maka sebenarnya anda bahlul sekali. Gelombang ini tidak akan mengecil apatah lagi jika diganggu gugat. Ianya makin besar dan mampu meranapkan segunung kuasa. Tak percaya buatlah !!! Zaman komunis rakyat dilayan bagaikan musuh tapi zaman sekarang berbeza..Jika tak melekat lagi dalam otak eluk dibedah aje ganti otak lain....!!

5. Nak meludah sebab terlalu banyak pemimpin Melayu yang diajar oleh pemimpin sebelumnnya sehingga ke Tun Mahathir sampai sekarang masih dungu. Nak pilih perkataan lain kurang tepat jadi dungu aje senang. Dungu ni bukan tak ada pelajaran tapi malas berfikir lebih jauh. Otak kita otak konsumsi. Apa yang orang tamu kita makan. Apa yang orang subsidi kita sebat. Apa yang boleh dirasuah kita rasuah. Sendiri mau ingatlah...!!! Sampai bila nak jadi begini..Lembab kata orang Indonesia "TELMI".."Telat mikir" atau lambat mikir. Bergerak pantaslah wahai pemimpin Melayu. Tenguklah ke depan bagaimana bangsa lain membuka minda rakyatnya agar ke depan. KIta ajar rakyat jadi bodoh dan dungu..INilah mindset UMNO..dan adakah ini yang diharapkan oleh pemimpin UMNO? Agar rakyat jadi malas berfikir? Sudah tentu tidak tapi realitinya begitu.

6. Nak yang lain sila panjangkan aje,,,letih dah teman..Lebih baik kita baca buku dan semak balik undang-undang dari pakar undang-undang di bahagian perlembagaan macam Prof AzizBari. Tok Mad kita sama-sama semak balik supaya tak kene kasut pula!!!

Ambil tindakan segera

(hr9808: be cool!! jangan kelam kabutlah bro..!! Pepatah Melayu tak salah dan patut diambil iktibar oleh semua; "Raja yang adil disembah, raja yang zalim disanggah".Pepatah ini diajar oleh datuk nenek kita semua kan?..Jadi apa salah pula rakyat bila bersuara wahai panglima ngeleto lutut.!!.)

TEMERLOH 14 Feb. – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan segera ke atas penulis blog yang secara terang-terangan menghina institusi raja di negara ini.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib, meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi mengkaji bentuk tindakan yang boleh diambil ke atas penulis blog terbabit selain mengemukakan cadangan kepada pihak berkuasa.

“Kita harap pihak berwajib bertindak secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tanam Semula Sawit Ke Sawit Peringkat Kebangsaan di Dewan Tun Razak di sini hari ini.

Muhammad yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, beliau sangat kecewa kerana wujud golongan yang tidak menghormati institusi beraja di negara ini.

Mengambil contoh kemelut politik di Perak, beliau berkata, penulis blog telah memutar-belitkan keadaan sebenar yang berlaku di negeri itu sehingga menjejaskan imej dan kredibiliti institusi beraja.

Mereka tidak hormat kuasa dan budi bicara yang ada pada raja. Kita tidak boleh melampaui batas Perlembagaan kerana kekebalan raja termaktub dalam Perlembagaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, katanya, UMNO akan terus memberikan penjelasan sebenar kepada rakyat mengenai kemelut politik semasa negara terutama di Perak.

Mengenai pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Muhammad berkata, beliau berharap penduduk di kedua-dua kawasan dapat melihat gelagat pemimpin parti pakatan pembangkang yang terang-terangan menghina institusi beraja dan tidak menumpukan kepada pentadbiran.

Saya fikir rakyat tidak akan menyokong kumpulan yang ingkar dan derhaka kepada raja,” katanya.

HR9808: Memang rakyat tak akan sokong UMNO yang mengajar rakyat derhaka cara bodoh...Angguk punya angguk sampai terlepas Singapore..Angguk punya angguk Islam jadi tak tentu hala..Akhirnya jadi Hadhari..Siapa yang ajar..UMNO kan? Jadi sendiri mahu ingatlah!!



HR9808: KOmitmen PAS dan PR patut disokong...!!!

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan Azlan Shah pada majlis Santapan Diraja Sempena Perayaan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Perak ke-25 di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, malam tadi.

PAS tetap pertahan institusi Raja-Raja Melayu
Muhammad Yusri Amin
Sat | Feb 14, 09 | 6:38:09 pm MYT

KOTA BHARU, 14 Feb (Hrkh) - PAS tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu biar pun ada pihak menuduh pemimpin parti itu derhaka merujuk isu yang berlaku di Perak sekarang.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub bagaimanapun berkata, sebagai rakyat PAS tetap yakin dengan prinsip bahawa tidak ada sesiapa boleh mengatasi undang-undang.

"Dengan sebab itulah Pakatan Rakyat mengambil beberapa pendekatan termasuk undang-undang untuk kita mendapatkan kembali hak kita.

"Kita mengharap melalui proses perlembagaan dan pendekatan undang-undang, kita akan dapat mengambil kembali kerajaan di Perak, di samping keadilan dapat ditegakkan," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau ditemui selepas menghadiri Majlis Selamat Tinggal Umno Kubang Kerian di Kampung Larak, Mulong dekat. Pada majlis itu hampir 300 ahli dan penyokong Umno keluar beramai-ramai daripada parti itu.Image

Akhbar hari ini melaporkan Sultan Selangor menyifatkan tindakan pihak tertentu mengadakan demontrasi jalanan kerana membantah titah Sultan Perak dianggap sebagai biadab.

Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Dewan Pemuda PAS Pusat tetap berpendirian peristiwa yang berlaku di Perak adalah rampasan kuasa yang tidak sah dari segi perlembagaan negara dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

Katanya, segala punca yang berlaku itu kerana kerakusan pemimpin Umno untuk menguasai negeri Perak dengan mengenepikan nilai-nilai perlembagaan dan budaya Melayu.

"Lihatlah rakyat sekarang bersama dengan Pakatan Rakyat dan mereka menunggu masa terbaik untuk menterjemahkan rasa ketidak puas hati mereka.

"Dan saya yakin gelanggang terbaik bagi mereka ialah pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang di Perak dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Kedah pada 7 April depan," katanya.

Beliau mempersoalkan mengapa banyak pihak cuba menyembunyikan gelagat Umno menculik Adun Pakatan menjadi punca segala masalah yang berlaku di Perak sekarang.

"Ini menunjukkan betapa pimpinan Umno dan BN begitu rakus untuk mendapatkan kembali kuasa tanpa memikirkan aspek undang-undang," katanya.

Oleh itu katanya krisis undang-undang seperti yang berlaku di Perak sekarang hanya dapat diselesaikan melalui interpretasi undang-undang di mahkamah.

"Jalan yang terbaik ialah kita mengambil pendekatan undang-undang. Biarlah mahkamah yang menentukan sah atau tidak kerajaan yang baru itu," katanya.

mj/mks. _



No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!