foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, April 24, 2009

GERAKAN SUBUH DILANCARKAN DI MASJID ALMUTTAQIN JITRA KEDAH..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

24 aPR

Tiba di Jitra jam 1 pagi disambut oleh Cikgu Mad Zain dan sempat kena sop ayam di kedai tak jauh dari terminal bas Jitra.
Jam 5 pagi bangun dan terus ke masjid bersama Abg Zan, Cikgu MI, Cikgu Zaki dan Prof Dr. Harun Din. Kelihatan para jemaah telah memenuhi ruang di masjid dan di luar masjid. Alhamdulillah, subuh tadi adalah subuh paling bersejarah kerana bilangan jemaah menyamai bilangan jemaah Jumaat. Syabas kepada panitia ( WEHDAH) yang berjaya melaksanakan program Gerakan Subuh dengan sukses.

Beberapa bahan utama yang dipetik dari pelancaran Gerakan Subuh oleh Cikgu MI seperti berikut:

1. Gerakan ini tercetus dari idea teman-teman di Jakarta yang pernah bermula dengan hanya 5 orang dan sekarang telah mencecah melebihi 300,000 orang. Tetapi di Malaysia inilah kali pertama Gerakan ini dilancarkan dan berharap ianya dapat diterima oleh umat Islam khasnya di Kedah.

2. Kita bermula dari komitmen bangun subuh yang memberi impak besar kepada kebangkitan ummat secara total (intifadhah) dalam melaksanakan Islam secara Kaffah. Islam yang turunkan oleh Allah adalah sebuah sistem yang sempurna sehingga mampu mentadbir alam ini tanpa memberi masalah kepada manusia.

3. Yahudi amat takut dengan Gerakan ini (seperti yang pernah diwujudkan oleh Syeikh Ahmad Yasin) kerana bagi mereka jika masjid ummat Islam di seluruh dunia dipenuhi jemaah seperti hari Jumaat maka inilah saatnya mereka akan hilang dari peta dunia. Mereka faham akan kekuatan ruh ummat yang terbangun dari waktu subuh dan masjid. Hanya inilah sahaja yang mereka takutkan dari ummat ini kerana mereka tidak punya kekuatan ini. Maka ayuh ummat Islam bangun!! Gerakkan diri anda, keluarga anda, masyarakat anda dan negeri anda agar menghidupkan subuh dengan ikhlas!! Semoga Allah menerima amal kita semua dan ianya akan berterusan dilaksanakan di seluruh masjid di Kedah khasnya dan di Malaysia amnya..

Selepas ucapan aluan dari Cikgu Mi, Prof Datuk Dr. harun Din meneruskan acara selama satu jam. Penyampaian yang simple, tenang dan berfakta menyebabkan para jemaah tidak berganjak sedikitpun sehingga selesai. Antara bahan renungan subuh tersebut ialah:

1. Islam adalah sistem hidup yang sempurna dan lengkap buat manusia. Cuma bezanya manusia dengan makhluk lain ialah kedegilannya untuk tunduk dan patuh kepada Allah lebih ramai dari patuh dan tunduk kepada Allah. Manusia yang degil ini akhirnya akan hidup sengsara di dunia dan juga di akhirat. Dalam banyak ayat Alquran Allah menyatakan terlalu sedikit manusia yang bersyukur kepada Allah sebagai ingatan yang berulang agar manusia sedar dan insaf.

2. Bekerja untuk Islam harus ikhlas kerana semua ada nilainya di sisi Allah sama seperti sebuah bangunan yang setiap bahan berfungsi mengikut kesesuaiannya. kekuhan sesebuah bangunan sangat bergantung kepada kekukuhan setiap elemen yang saling menyatu antara satu sama lain.

Hampir jam 8.00 pagi Prof Datuk Dr. Harun Din terus berangkat ke Langkawi.

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!