foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, May 18, 2009

BERSIAP SEDIA KE PENANTI...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

18 MEI
Kenapa Penanti menjadi titik penting buat perjuangan rakyat di Malaysia:

1. Selepas insiden DUN Perak yang sangat memalukan Pimpinan Rakyat dan rakyat Perak, Penanti seperti medan testimoni rakyat yang sebenarnya mahukan perjuangan yang berpihak kepada rakyat atau rakyat mahukan UMNO BN yang sering membuli rakyat.

2. Sekalipun tindakan Fairus agak membingungkan tetapi ada hikmahnya dalam pembuktian betapa PR lebih mementingkan qualiti khidmat kepada rakyat. Yang tidak berkemampuan boleh berundur secara terhormat. Berbeza dengan UMNO BN..dah jelas rasuah spt Khairy dan Rustam tapi masih kekal sebagai YB. Sepatutnya YTB..(yang tidak berhormat) kerana rasuah.

3. UMNO BN sudah mula melontarkan peluru kepada pimpinan PR khasnya soal 16 Sept. NAJib sanggup menghantar menterinya ke USA semata-mata nak buat kecoh soal 16 Sept yang kononnya Anwar merancang sesuatu yang menjelekkan. Saya masih tidak faham soal ini atau para YB UMNO BN yang masih kelabu asap. Yang namanya Ketua Pembangkang salahkah merancang untuk menubuhkan kerajaannya sendiri? Sama juga dengan Nazri yang mula tuduh PR itu seperti kongsi gelap? Pelik dan nampak sangat YB UMNO BN sudah tidak ada modal nak berbahas di Penanti. Nanti para juak UMNO BN akan gunakan isu lapuk ini dan berjaga sampai tak tidur malam. Dulu isu liwat panggil si Saiful dan upah buat cerita katun.

4. Jika lebih lama dan panjang isu Anwar dibincangkan di media perdana sepertinya ada indikasi yang Anwar akan ditahan lagi kerana alasan khianat kepada negara. Cuma risikonya agak besar bagi UMNO BN kerana Penanti adalah salah satu dari kubu kuat Anwar. Cuma bila kita perhatikan pembebasan 13 orang pejuang Hindraf dengan mudah, selalunya ada yang akan dijadikan pengganti ke ISA. Tapi siapa jika bukan Anwar? Yang jelas 13 tahanan adalah salah satu dari ujikaji umpan untuk tangkap undi kaum India di Penanti dan sebahagian orang Melayu yang ceput cair dengan pujuk rayu berulang ini. Tak cukup dengan itu Zahid turun pula dan bekalkan air.. Aduhai kesian..

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!