foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, May 26, 2009

MOGOK LAPAR DI PERAK GEMANYA MENDUNIA...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

27 MEI

Sekitar jam 11 pagi saya sempatkan juga berhenti memerhati aktiviti mogok lapar di Pejabat DAP Perak. Sebelum tiba di Medan Istana kelihatan dengan jelas deretan lori merah dan pasukan FRU di tepi jalan sebelahan bangunan DAP. Orang ramai yang datang berada di sekitar bangunan tersebut ada yang berbaju hitam dan ramia yang berbaju biasa. Sekitar jam 12 tengahari para YB PR turun dari pejabat dan bertemu dengan para hadhirin sambil mengeluarkan banner pelancaran mogok lapar. Maka bermulalah aksi polis seperti biasa..Ada beberapa aspek yang ingin saya syer di sini ialah:

1. UMNO BN dengan begitu mudah menggunakan polis bagi kepentingan politik mereka. Hal ini sudah berkurun lamanya dengan menggunakan alasan keselamatan dan permit perhimpunan.

2. Kenapa UMNO BN terlalu takut dengan aktiviti mogok lapar ini? Mahu tidak mahu inilah kesan dari proses desakan yang panjang dari rakyat yang rasa dipermainkan hak mereka. Saya yakin ianya adalah permulaan yang akan berkelanjutan dengan aksi-aksi yang lain. Soal jemu, letih atau penat tidak timbul lagi kerana ianya datang dari dalam hati rakyat yang amat dalam.

3. Apakah UMNO BN sanggup berdepan dengan aksi yang lebih tegas dari rakyat? Yang seharusnya tidak berlaku jika UMNO BN menurut perintah dan hasrat rakyat. Perintah dari pihak lain tidak bermakna lagi sekarang kerana mereka sudah hilang keyakinan. Sultan atau dewa atau apalah namanya sudah tidak berdaulat lagi dalam menentukan hasrat rakyat. Daulat pada mata rakyat adalah undian mereka dan inilah satu proses pendidikan politik yang seharusnya difahami oleh para sultan.

4. Solusi simple yang amat berat bagi UMNO BN ialah membubarkan DUN secepat mungkin kerana mereka amat sayangkan pemerintahan yang mereka miliki secara rompakan terancang. Jika dapat secara halal mungkin mudah tetapi oleh kerana haram maka lajak ajelah lagi pun mufti dari kerajaan haram ni juga menyokong tindakan mereka. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mufti yang dah tua bangke ni tapi tak sedar diri.

HR9808: Pemimpin UMNO BN tak boleh tenguk Nizar lambai tangan...dia orang kata sakit hati sangat..Pelik juga ye..??

Mogok lapar: 8 ADUN, MP ditahan

May 26, 09 10:40am

kemaskini 4.49pm Lapan wakil rakyat pembangkang termasuk ahli parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran ditahan polis selepas perasmian mogok lapar Pakatan Rakyat untuk mendesak DUN dibubarkan.

Mereka ditangkap sewaktu berarak dari tapak program tersebut di pejabat DAP Perak ke mahkamah tinggi untuk menyaksikan satu saman difailkan terhadap kerajaan negeri BN yang memecat ketua-ketua kampung.

Tujuh ADUN yang ditahan: Speaker yang digugurkan V Sivakumar (DAP-Tronoh), Keshwinder Singh (DAP-Malim Nawar), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Chang Lih Kang (PKR-Teja), Leong Mee Meng (DAP-Jalong), Thomas Su (DAP-Pasir Pinji) dan Lim Pek Har (DAP-Menglembu).

perak hunger strike arrest 260509 01Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, tidak termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.

Kelima-lima ditangkap di depan Wisma DAP di Ipoh selepas jam 6 pagi ini. Tiada maklumat lengkap diperolehi tentang status mereka, setakat ini.

Belon udara besar dengan tulisan 'Bubar DUN' turut dirampas. Difahamkan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh cuba meruntuh khemah untuk majlis pelancaran tetapi tidak meneruskan niat mereka.

Sekurang-kurangnya 50 anggota polis termasuk yang berpakaian biasa dan pasukan pencegah rusuhan kelihatan di sekitar ibu pejabat DAP negeri itu.

perak hunger strike police arrest at ipoh dap office 260509 07Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.

Menteri besar mereka Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan speaker gabungan pembangkang itu V Sivakumar dijadual melancarkan dan menyertai mogok tersebut.

Beberapa ADUN Pakatan dan penyokong DAP, PAS dan PKR dijangka menyertainya sebagai bantahan terhadap rampasan kuasa BN.

Mogok lapar ini akan berakhir di pejabat PAS Perak petang Khamis ini.

Kira-kira jam 4.20 petang ini, semua 19 orang itu dibebaskan dari ibu pejabat polis kontinjen Perak di Ipoh.

HR9808: Kenyataan dari beberapa pimpinan UMNO BN jelas menunjukkan mereka tidak faham erti dan ruh demokrasi. Begitu juga dengan beberapa wartawan upahan UMNO BN yang suka bersikap mengasihani rakyat yang berpihak ke PR. Tak perlu kesian kerana inilah pilihan dan keyakinan mereka. Rasanya mereka jauh lebih baik dari sebahgian besar penyokong UMNO BN yang menjadi pak turut dan tidak berwibawa. Seharusnya para wartawan UMNO BN balik buka buku dalam sejarah manusia hebat di mana sahaja di dunia apakah ada yang lahir dari sifat pak turut??? Tolonglah buka mata hati anda!!!

Saya paparkan kedua pemikiran ini supaya kita dapat melihat kedangkalan hujah-hujah mereka dan fair juga buat mereka. Kesian deh jika orang Indonesia baca artikel di bawah nampak sangat perak dalam dunia demokrasi....!!

Agenda di sebalik mogok lapar

BUAT sekian kalinya, agenda pakatan pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka sentiasa 'dianiayai' berjaya lagi.

Seperti juga 'drama-drama' yang dimainkan sebelum ini, tentunya rakyat yang melihat 'kekasaran dan kekejaman' pihak polis di laman-laman blog kendalian parti-parti pembangkang akan 'marah' dengan tindakan tersebut.

Bagi parti-parti pembangkang pula, inilah masa yang sesuai untuk mereka terus-terusan 'menayangkan' drama seperti ini dan dalam masa yang sama, berusaha menyemai rasa benci rakyat terhadap polis dan pemerintah.

Sebenarnya apa yang berlaku tiada kaitan dengan usaha kempen mogok lapar yang dilancarkan oleh pakatan pembangkang tersebut.

Sebagai sebuah negara demokrasi, sesiapa sahaja bebas melakukan apa yang mereka mahu asalkan tidak memudaratkan kesejahteraan orang ramai.

Tujuan asal ia dianjurkan ialah untuk menzahirkan kekecewaan terhadap keputusan mahkamah mengisytiharkan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir Menteri Besar Perak, bukannya Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

Walaupun tidak ramai yang turut berkumpul untuk menyokong kempen tiga hari yang dilancarkan hari ini itu, namun, wujudnya media alternatif menjadikan laman blog parti pembangkang setiap hari menerima tetamu baru.

Bermakna, mereka kini tidak perlu lagi berkumpul beramai-ramai di sesuatu tempat tetapi 'akan bertemu' di alam maya untuk mengikuti perkembangannya.

Di sini strategi pembangkang dalam usaha meracuni pemikiran rakyat bermula.( Hujah ini sesat dan memperbodohkan rakyat.)

Malah seringkali juga, apa yang diperkatakan atau lebih tepat didakwa oleh pemimpin pembangkang ini diterima bulat-bulat oleh para pembaca.( kENAPA PULA RAKYAT TERIMA BULAT-BULAT...?? Jika rakyat terima bulat-bulat tidak adalah mogok lapar...sama juga sekalipun jika PR melakukan deraan kepada rakyat yang paling awal bangun menentang ialah rakyat yang bencikan kezaliman ini..Jadi kenapa anda begitu naif sekali dalam menilai denyut nadi rakyat??

Hakikatnya, beberapa pemimpin DAP termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran dan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar ditahan pihak berkuasa adalah berdasarkan alasan lain.

Segala-galanya bermula apabila mereka ingkar dengan arahan polis yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan haram diadakan di luar Wisma DAP.

Jika diadakan di dalam wisma terbabit, tiada apa-apa yang akan berlaku - pihak polis tidak perlu berkumpul beramai-ramai di situ dan mereka yang ingin melakukan mogok lapar boleh terus berlapar tanpa sebarang gangguan.

Keadaan menjadi sebaliknya apabila pemimpin-pemimpin pembangkang bersama para penyokong cuba berarak ke jalan raya menuju ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan saman terhadap kerajaan negeri pimpinan Zambry berhubung isu pemecatan ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pembangkang.

Walaupun telah diberi amaran supaya bersurai berkali-kali, kedegilan mereka akhirnya memaksa pihak polis bertindak.

Agak menyedihkan, apabila ada di antara kita sangat mudah mempercayai agenda murahan yang diatur oleh pakatan pembangkang ini.

HR9808: Di bawah ialah kenyataan dari Dr. Zambry...nilai sendirilah tuan-tuan.!!! Saya tak mahu terlalu banyak komen sebab dah banyak kali komen cuma bila ada kenyataan seperti ini maka terbuktilah level pemahaman demokrasi Zambry...Jika dia MB Perak dan KP UMNO Perak maka itulah level ketua bahagian dan seluruh jajarannya. Tak heranlah semalam saya di datangi golongan anak muda UMNO berhujah soal jasa UMNO kepada
Malaysia dan bahayanya orang asing memegang jawatan tertinggi di Perak. Saya jawab simple sahaja. Mungkin bunyinya derhaka sedikit dan agak perkauman (tapi saya tidak maksudkan itu hanya bunyinya sahaja supaya anak muda ini faham...). Yang mengajar orang asing tidak hormat kepada Melayu ialah orang Melayu sendiri.50 tahun UMNO memerintah kenapa tak jaga? Dengan rasuah 1 juta 2 juta dari tokeh-tokeh balak. lombong, syer dll habis dikebas orang. Sekarang baru nak sedih? Di kelab diraja, tokeh-tokeh topok belakang aje, sambil membahasakan dengan bahasa biasa... i dan u, tetapi rakyat kampung suruh patik dan tuanku??? Akhirnya hujah terpaksa dihentikan sebab sudah jadi panas. Saya minta dia merenung kembali sejarah dengan saksama dan melihat kemelut sekarang adalah hasil dari kesalahan orang-orang terdahulu terutama para raja dan pemimpin Melayu yang hanyut dengan dunia ini. Allah bagi bumi supaya kita urus dengan baik tetapi kita jadikan lahan untuk memilikinya. Dunia ini bukan milik raja atau siapa kerana para raja ini ada yang memilikinya iaitu ALLAH. Soal mahu kata saya derhaka silakan aje tetapi raja juga ada derhakanya terutama kepa Maharaja yang menciptakannya. Akhirnya kami bersurai...(Dalam hati saya berkata-kata inilah akibat salah faham dan tidak mahu berdialog. Termasuklah salah seorang yang masih tidak memahami konsep raja dan maharaja ini ialah Dr.Zambry.....)

Mahu huru-harakan negeri - MB

IPOH 26 Mei - Tindakan pakatan pembangkang melancarkan kempen mogok lapar bukan sekadar mahu menarik perhatian rakyat tetapi matlamat yang lebih besar ialah mengkucar-kacirkan suasana dalam negeri.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, tindakan pakatan pembangkang itu juga bertujuan memastikan kerajaan negeri pimpinannya gagal melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.

''Hari ini mereka mungkin bercakap soal mogok lapar, esok mungkin tentang soal lain pula, maknanya ada siri-siri yang akan diwujudkan oleh mereka.

''Mereka tidak akan membiarkan keadaan begitu sahaja, itu cara mereka. Kita tunggu dan lihat apa tindakan selanjutnya daripada mereka," katanya selepas menghadiri majlis meraikan veteran-veteran UMNO sempena sambutan ulang tahun yang ke-63 parti Melayu itu di Bangunan UMNO Perak di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kempen mogok lapar selama tiga hari bermula hari ini anjuran pakatan pembangkang.

Menurut Zambry, apa yang dilakukan oleh pakatan pembangkang amat jelas dan beliau percaya rakyat dapat menilai sendiri setiap tindak-tanduk mereka itu.

''Itulah matlamat mereka untuk mengaburi mata rakyat dengan harapan orang tidak datang ke Perak dan rakyat semakin hilang sabar. Tetapi saya yakin, lagi mereka buat begini, lagi rakyat meluat (dengan mereka).

''Saya harap rakyat dapat menilai sendiri perangai mereka kerana saya tak nampak manusia yang rasional boleh menerima cara mereka ini," katanya.

Tentang saman yang dikemukakan oleh ketua-ketua kampung yang dilantik ketika pentadbiran pakatan pembangkang, Zambry berkata, beliau tidak kisah dengan tindakan itu kerana yakin berada di landasan yang betul.

''Saya tidak ada masalah, biarlah mereka nak saman ke, buat apa ke. Cuma saya kasihan tengok ketua-ketua kampung digunakan oleh pembangkang untuk memenuhi kepentingan politik mereka seperti disebutkan tadi," katanya.

(HR9808: Memang tidak ada masalah sebab BN memerintah dan mahkamah juag dibawah ketiak mereka semua...Ini hujah teh tarik..)

Terdahulu dalam ucapannya, Zambry berkata, golongan veteran UMNO wajar menggembleng tenaga membantu memberi kesedaran kepada golongan muda tentang semangat perjuangan parti yang telah banyak mencorak negara hari ini.

''Anak-anak muda kita makin lupa pada jasa-jasa UMNO, kita kena buat sesuatu. Orang lama seperti veteran UMNO kena bimbing mereka ini," katanya.

(HR9808: Veteran UMNO yang ikhlas jadi balaci kepentingan elit politik aje...sejarah telah membuktikannya sampai sekarang. Mana dia veteran dan mana dia pimpinan UMNO dari veteran? Yang ada kebanyakan dari elit politik UMNO semacam mewariskan UMNO aje kepada keturunan bangsawan. Jadi kepada rakyat kampung tolonglah sorak Zambry (sebab dia orang baik pandai baca quran) tetapi undi bagi kepada PR supaya ada perubahan. Yang bagus lebih cepat bubar DUN lagi cepat rakyat pindahkan mereka ...)

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!