HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
15 MEI
Berdepan dengan berbagai bentuk kemelut politik barisan pejuang perlu kepada proses penyegaran yang berterusan, berulang-ulang dan sistematis. Tak jauh beda dengan sistem sebuah komputer yang senantiasa menuntut kepada
'refresh' ketika berdepan dengan berbagai bentuk program yang diinstilasi samada dengan sedar atau tidak dan persaingan virus dalaman dan luaran. Program yang berbentuk seperti ini perlu dilaksanakan di seluruh negara dengan kerjasama semua pihak atas kadar kemampuan masing-masing. Muktamar mungkin sebahagian darinya dan banyak lagi perlu dilihat secara positif kearah penyegaran semula rentak perjuangan itu sendiri.
Seperti kegiatan AMK Wangsa Maju..
May 10, 2009 at 1:59 pm |
Badan-badan NGO juga sama seperti WEHDAH (Gabungan hampir 30 NGO di negeri Kedah), JAMAEI (Gabungan NGO di Perak) dan beberapa gabungan lain yang seharusnya bergerak ke arah yang sama. Berdepan dengan penuh persediaan bagi menghadapi sebarang bentuk kezaliman adalah sebuah tuntutan syari' dan bukan suatu hal yang boleh diisukan sahaja bagi kepentingan politik jangka pendek. Ayuh kita bersama berdepan dan bukan mundur...!!!
Jika UMNO BN yang tidak jelas hala tuju perjuangannya mengadakan gerakerja raksasa bagi menangani isu Perak maka
apakah ada alasan kukuh di pihak kita yang lebih yakin bahawa perjuangan kita benar untuk bermain sendiwara lagi? Atau terbawa dengan rentak permainan media mereka yang sekarang banyak memberi input negatif kepada Muktamar dan proses kepimpinan PAS? Rasanya kita sudah cukup faham hal ini dan ayuh kita teruskan sehingga perjuangan kita dinilai oleh rakyat adalah yang terbaik, bisa diikuti dan diperjuangkan...!!!
Media UMNO BN....
Gerak usaha penerangan
IPOH 14 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO bahagian di seluruh negara diarah menggerakkan usaha memberi penerangan kepada masyarakat terutama generasi muda tentang situasi semasa yang berlaku di negeri ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, usaha tersebut perlu digerakkan segera bagi mengelakkan parti pembangkang terus memanipulasikan isu berbangkit demi kelangsungan politik mereka.
''Usaha-usaha memberi penerangan tentang kemelut politik Perak ini perlu dilakukan segera supaya masyarakat terutama generasi muda tidak terus mendapat gambaran tidak benar," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan ketua-ketua Pemuda UMNO bahagian di Bangunan UMNO Perak di sini malam tadi.
Menurut Khairy, kelemahan ketara UMNO ketika ini ialah gagal bertindak pantas dalam menangkis setiap dakwaan pihak pembangkang.
''Dan kadang kala penyampaian maklumat kita tidak berkesan menyebabkan generasi muda mudah menerima bulat-bulat propaganda pembangkang. Kita kena proaktif dalam bertindak," ujar beliau.
Hr9808:Tahniah kepada PAS atas komitmen info bagi muktamar akan datang...
PAS lancar gerbang maklumat sempena Muktamar PAS ke-55 Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Wan Zahari Wan Salleh Thu | May 14, 09 | 2:44:24 pm MYT |
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-55 yang akan berlangsung pada 4 hingga 7 Jun ini bakal dimeriahkan lagi dengan portal maklumat laman web Muktamar di http://muktamar55.pas.org.my/. Laman web khas sempena muktamar ini telah dirasmikan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pagi tadi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Turut hadir dalam perasmian itu ialah, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad. Semasa melancarkan portal itu, Kamarudin menyatakan gerbang muktamar yang dilancarkan itu berobjektifkan saluran maklumat kepada seluruh rakyat termasuk untuk masyarakat antarabangsa yang kini sudah mengenali dan kagum dengan PAS sebagai parti politik yang berjaya di negara ini. Bahan-bahan yang akan mengisi gerbang maklumat itu antaranya siaran langsung terus menerus sidang muktamar bermula dengan muktamar dewan hinggalah muktamar penuh, katanya. "Kita akan menyiarkan secara telus dan terbuka maklumat ucapan dasar, ucapan-ucapan perbahasan, maklumat keputusan pemilihan termasuk pemilihan di peringkat kawasan, negeri dan seterusnya yang sedang berlansung sejak beberapa minggu ini," katanya. Laman web ini ujar Kamarudin diselia oleh Jabatan IT PAS Pusat dan telah pun beroperasi sejak beberapa minggu lalu. "Saya mengharapkan dengan adanya laman ini, semua maklumat mengenai muktamar dapat kita sampaikan kepada seluruh rakyat. "Kita bukan macam Umno yang ada televisyen dan media tetapi menyekat maklumat termasuk maklumat perbahasan sidang mereka kepada umum," ujarnya. Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan supaya semua perwakilan akan berbahas dengan penuh etika dan beradab seperti muktamar-muktamar yang lalu di samping mempersembahkan isi kandungan ucapan dan usul secara matang dan penuh tertib seperti yang dianjurkan oleh Islam. Beliau turut merakamkan terima kasih kepada kakitangan Unit IT yang terlibat secara langsung dan para penaja yang menjayakan operasi pengendalian laman web ini. - azm _
HR9808: Ada baiknya jika meninjau sebentar ke Indonesia bagaimana proses penyegaran ini berjalan secara teratur dan sistematis. Contohnya PKS sekalipun berdepan dengan isu koalisi politik yang belum jelas dengan Demokrat (Pimpinan Presiden SBY) mereka tetap punya kendali politik yang sangat seimbang. Di jalanan ribuan massa 'backup' idea pimpinan PKS dengan warna yang bermacam dari NGO yang pelbagai. Inilah salah satu dari kesan proses penyegaran yang sistematis..Saya harap ianya dapat direnung oleh pimpinan PR di Malaysia..!!! HMI : Tolak Capres/Cawapres Antek Asing Kamis, 14/05/2009 16:45 WIB Gelombang penolakan atas rencana Capres Partai Demokrat SBY menetapkan pasangannya Boediono untuk berduet dalam ajang pemilihan presiden 2009 terus mengalir. Badan Koordinasi Himpunan Mahasiswa Islam Jabotabek dan Banten menggelar aksi unjuk rasa di depan gedung KPU, Jakarta, Kamis (14/5) menolak capres/cawapres yang merupakan antek-antek asing. "Sudah saatnya kita terus menyuarakan perlawanan dengan lantang terhadap segela bentuk penyimpangan yang dilakukan oleh para pemain politik negara ini, yang akan berdampak pada keterpurukan ekonomi bangsa. sudah saatnya elit-elit politik memikirkan nasib rakyat," tegas Ketua Umum BADKO HMI Jabodetabek-Banten M. Chairul Basyar dalam aksi. Dia menduga, intervensi asing dalam pemilihan presiden semakin nampak jelas, hal itu muncul dalam berbagai bentuk. Misalnya melalui aliran dana yang masuk ke Tim Sukses Capres/cawapres, maupun berupa konsep/pemikiran dan opini yang disampaikan melalui agen-agennya. Dalam aksinya mereka melakukan orasi secara bergantian dan meneriakan yel-yel. Tampak juga atribut berupa baliho bertuliskan Tiga Harapan Masyarakat Indonesia. Aksi mereka dijaga ketat petugas kepolisian yang bersiaga di depan gerbang KPU. Bahkan agak menyulitkan orang-orang yang hendak masuk ke KPU. Tak hanya KPU, sebelumnya Istana Negara dan Bunderan HI juga menjadi sasaran pendemo anti Boediono. Sekitar 30 orang dari Aliansi Mahasiswa dan Pemuda se-Jabodetabek berdemo di Bundaran HI. Mereka membentangkan spanduk penolakan Boediono jadi calon wakil presiden. Spanduk tersebut bertuliskan "Tolak cawapres antek IMF" Selama aksi, pendemo meneriakkan yel-yel penolakan. Menurut Koordinator lapangan Novis, Boediono tidak layak menjadi wapres karena representasi gerakan ekonomi liberal yang telah membuat Indonesia makin terpuruk. "Kami minta seluruh masyarakat Indonesia untuk tidak memilih pemimpin yang menganut paham neoliberal," ujarnya. Usai berdemo sekitar 50 menit, mereka membubarkan diri dengan tertib. Tidak ada penjagaan berarti dari pihak kepolisian kecuali segelintir polisi berpakaian bebas. (nov) foto: masmpep
|
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!