Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
9 jun
Bingung juga melihat keadaan di Indonesia yang memanaskan keadaan isu Ambalat dengan Malaysia dan Malaysia pula baru hari ini ada respons oleh Menteri Pertahanan dan PM. Katanya bertenang jangan emosi dan banyak hal lain yang lebih serius lagi. Zahid cuba menyiram air atau pening kepala tugas yang sepatutnya telah diselesaikan oleh Najib sebelum ini. Jadi bersilatlah dia dan agaknya apa kata pimpinan Indonesia bila mendengar komentar dari Pak Menteri baru ini. Bagi rakyat Malaysia dan rasanya majoriti rakyat Indonesia juga sama 'jangan perang'. Jika dah terlebih kekuatan kedua negara bergabung hentam Israel tu.!!
Soal Kerajaan Perpaduan jadi panas di Malaysia kerana media UMNO BN seperti ada bahan baru untuk bantu kempen Manik Urai. Rasanya inilah isu yang dinanti-nantikan agar isu ini meletup. Namun rakyat rasanya tidak semudah itu untuk terpengaruh. Apatah lagi penyokong PAS dan PR. UMNO BN sedang kemaruk jadi semua yang rasanya boleh di makan bantai aje..Kesian juga tapi mereka tak kesiankan kita. Inilah politik dan inilah hasil politik penjajah. NIlai benar, baik, jujur, ikhlas dan apa sahaja nilai mulia bukan menjadi inti berpolitik. Maka rakyat selama 50 tahun lebih makan idea politik sesat sehingga nilai benar tidak disokong sekalipun ianya amat perlu untuk rakyat.
Maka kemunculan SIS juga sebenarnya adalah buah dari sistem politik celaru selama ini. Islam tapi Islam tak layak memimpin?. Islam tapi tak perlu diamalkan? Inilah bentuk pemikiran sebahagian besar pemimpin Melayu nasionalis sekularalis. (pisahkan agama dari politik dan kehidupan). Mat rempit, mat sepit, mat rasuah, mat dadah, mat rock, mat punk, mat bohjan dan bermacam mat yang lain terhasil dari mana?
HR9808: Buktinya jelas bila Mahathir melompat dan beberapa tokoh UMNO yang lain..Semalam sempat saya mendengar kuliah dari salah seorang Prof di masjid Jalan Diary Ipoh yang menjawab soalan soal pewarisan dosa bagi mereka yang menjadi pengasas kepada sesuatu perkara yang tidak dibenarkan oleh Islam...Naik bulu rume yop..kerana sampai mati kita akan mewarisi dosa dari kemaksiatan itu..Tun atau kerabat Tun sanggupke? ..Inilah buah politik nasionalis sekularis..Bertaubatlah TUN>>>!!!
Dr M: Usul haramkan SIS bayangan k'jaan PAS
Jun 10, 09 12:02pm
Mantan perdana menteri berkata gesaan PAS supaya pertubuhan wanita terkenal Sisters in Islam (SIS) diharamkan, membayangkan bentuk kerajaan yang bakal dibentuk PAS di Malaysia.
"Kita boleh membayangkan bagaimanakah nanti bentuk kerajaan PAS di Malaysia," tulis Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blognya hari ini.Menurutnya, beliau kecewa dengan gesaan PAS supaya NGO wanita berpengaruh itu diharamkan.Sabtu lalu, Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkannya jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.Usul yang dibawa PAS Shah Alam itu diterima tanpa bahas di hari terakhir muktamar ke-55 parti itu di Shah Alam.Usul itu juga mendesak kerajaan menjalankan program pemulihan ke atas ahli-ahli SIS jika didapati sah melencong daripada agama.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam" terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular.DAP, PKR turut bantahGesaan menyiasat dan mengharamkan SIS antara 12 usul yang diterima tanpa bahas di muktamar tersebut - merangkumi hal-hal politik, organisasi dan kepimpinan, agama, sosial dan hubungan serantau.Usul PAS itu turut dibantah oleh rakan-rakan parti itu dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - yang menyifatkannya sebagai bercanggah dengan kebebasan bersuara dan berpersatuan di negara ini.Manakala semalam, bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo juga tidak bersetuju SIS diharamkan, tetapi sebaliknya mencadangkan "Islam" dibuang pada nama badan tersebut.Menurutnya, masalah NGO itu ialah adanya nama Islam yang menimbulkan pelbagai tafsiran.Beliau berkata, ada di kalangan pemimpin Islam khuatir nama tersebut dianggap sebagai satu punca yang berautoriti untuk bercakap mengenai agama Islam."Namun mengharamkannya juga tidak wajar kerana (tindakan) ini hanya menunjukkan umat Islam di negara ini sebagai jumud dan tidak bersedia berwacana mengenai ilmu agama."Jalan terbaik ialah dengan menukar nama Sisters in Islam kepada nama lain yang tidak menggunakan nama Islam secara langsung," tulis Dr Mohamad Khir dalam blognya.Pandangan ketua pembangkang di DU Selangor itu selari dengan saranan Pemuda PAS semalam yang menggesa SIS menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya.
HR9808: Khir Toyo..nampak ok sikit dalam bab ini.. Soal kebas duit rakyat kena bayo le...Tapi saya rasa hal ini ada perbedaan pendapat tetapi sebagai seorang Muslim dari pemerhatian saya sama juga di Indonesia JIL (Jaringan Islam Liberal) memang pening fahaman mereka ni..jadi sebelum bertambah pening lebih baik stop dulu dan betulkan dulu!!!
Maka solusinya hanya satu iaitu kembali semula kepada Islam Kaffah, Islam kamil, Islam syumul dan apa sahaja namanya (Islam sebagai sistem yang mengatur keseluruhan sisyem hidup manusia). Konsep inilah yang sedang kami (gabungan NGO-NGO Islam seluruh Malaysia) perjuangankan terutama di negeri-negeri PR. Minggu lalu telah dilancarkan di Selangor dan bulan lalu di Kedah dan Perak. Jika negeri UMNO BN mahu ahlan wasahlan...Ini kerja dakwah kita tak kira siapa asalkan mahu terima kami dan terima agenda Islam untuk rakyat...
HR9808: Banyaknya NGO atau individu mempertahankan kebatilan tidak akan merubah kebatilan kepada kebenaran. Jika sudah cukup asas atau dalil yang SIS atau JIL (di Indonesia) itu sesat maka yang terbaik ialah bertaubat. Soal Khairy mahu sokong itu hak dia dan sebagai seorang Muslim tolong kaji dengan ikhlas dan jujur. Jika hati sdr tetap mengatakan ianya benar ikutlah tetapi jika hati sdr masih meraguinya maka ingatlah itu adalah tanda dosa dan tidak benar. Fatwa terbaik adalah datangnya dari hati kita. Kita tidak akan dapat menolak denyut nadi hati kita.
Isu SIS: Khairy sokong bantahan 322 NGO, individu |
Jun 10, 09 7:17pm |
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini menyertai kira-kira 322 NGO dan individu membantah gesaan PAS supaya Sisters in Islam (SIS) diharamkan. Sabtu lalu, Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkannya jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam. Usul itu juga mendesak kerajaan menjalankan program pemulihan ke atas ahli-ahli SIS jika didapati sah melencong daripada agama. Menulis dalam blognya, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata, tidak ada justifikasi untuk mengharamkan SIS atau memulihkan ahli-ahlinya. "Tidak kira sama ada seseorang itu menyokong agenda SIS atau tidak, dan cara diambilnya untuk mencapai matlamat persamaan gender dalam kontek Muslim, tiada justifikasi untuk mengharamkan pertubuhan itu, apatalah mahu memulihkan ahli-ahlinya," tulis Khairy. Beliau menyifatkan tindakan keras PAS itu amat bercanggah dengan agenda untuk menegakkan demokrasi yang didakwa dipertahankan oleh parti itu. Pendirian Khairy tidak mengejutkan memandangkan isterinya Nori Abdullah memang diketahui rapat dengan pemimpin SIS. Sementara itu, dalam kenyataannya, 322 NGO dan individu berkenaan berkata, mereka amat kesal dengan usul PAS tersebut. "Ia menunjukkan kepada kita bahawa dalam membuat gesaan tersebut, PAS telahpun berpandangan bahawa SIS mesti diharamkan dan aktivitinya tamatkan," kata kenyataan itu lagi. Menurutnya, walaupun mereka menghormati kebebasan bersuara ahli-ahli PAS, tetapi ahli SIS atau mana-mana pertubuhan, juga dijamin hak mereka untuk menikmati kebebasan yang sama. "Tiada seseorang atau mana-mana pertubuhan mempunyai monopoli ke atas hak-hak untuk menyuarakan pandangan terhadap perkara-perkara berkepentingan awam," katanya. Oleh itu, mereka menyifatkan gesaan untuk menutup mulut SIS dan menghantar ahli-ahlinya mengikut pemulihan, adalah satu tindakan ganas terhadap kebebasan mereka untuk bersuara yang dijamin oleh perlembagaan. Sambil menyifatkannya sebagai tidak demokratik, mereka berkata, tindakan itu juga akan menyempitkan lagi ruang debat awam yang sudahpun sempit. "Kami ingin mengulangi walaupun ahli PAS berhak terhadap pandangan mereka, tetapi gesaan supaya mengharamkan SIS, tidak boleh diterima sama sekali," tegas mereka. Pada prinsipnya, tambah mereka lagi, persoalan untuk mengharamkan mana-mana pertubuhan semata-mata kerana pandangan mereka, tidak harus berbangkit. Sebaliknya, tegas mereka lagi, perbezaan pandangan hendaklah dihormati dan diselesaikan secara yang membina. "Oleh itu, kami menggesa PAS supaya menimbangkan semula pendiriannya dan mengambil langkah-langkah perlu untuk menarik balik usul menggesa SIS diharamkan," tegas mereka. |
Di persada dunia kita terus melihat kebiadapan Israel dan paling konyol seperti kata Syekh Qardhawi ada pula pemimpin Arab masih mengucapkan selamat kepada Israel. Pelik tapi benar..?? Beginilah yang terjadi kepada pemimpin Arab yang keliru ..sama jugalah dengan pemimpin Malaysia yang keliru..Bahkan ada yang lebih teruk dari pemimpin Arab.
Qardhawi Kritik Pemimpin Arab
Minggu, 07 Juni 2009 pukul 06:17:00
DOHA -- Ulama Islam terkenal, Syeikh Yusuf Qardhawi, yang juga sebagai Ketua Persatuan Ulama Dunia mengritik sejumlah pemimpin Arab yang menyampaikan ucapan selamat kepada entitas Zionis Israel atas apa yang disebut dengan hari nasional yang jatuh setiap tanggal 15 Mei setiap tahun.
Dalam khutbah jum’at kemarin, 5/6 di masjid Umar bin Khatab di Doha, Qardhawi menilai bahwa yang menyampaikan ucapan selamat kepada “Israel” atas berdirinya negara itu, ia lupa penderitaan rakyat Palestina yang kehilangan negaranya.
Syeikh Qardhawi mengisyaratkan bahwa nakbah (prahara) ini diperparah dengan kejadiannya yang hanya berlangsung enam jam saja, bukan enam hari sebagaimana yang diklaim oleh sebagian orang.
“Setelah enam jam, semua kedok terungkap dan nampak apa yang sebenarnya terjadi. Israel berhasil menghancurkan dua kekuatan militer, Mesir dan Suriah. Dengan begitu, membuka jalan bagi mereka untuk menjajah Tepi Barat, Al-Quds, Sinai dan Daratan Tinggi Golan dalam sekejap,” ungkap Qardhawi.
Ia juga menjelaskan bahwa sebab utama kekalahan di perang 67 adalah “Karena kita berperang dan Allah ta’ala tidak bersama kita. Kita meminta perlindungan kepada semua orang, kecuali Allah azza wa jalla. Kita tidak pernah mengatakan; ya Allah, tolonglah kami.” - pip/ahi
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!