Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
12 JUN
Sepatutnya malam ini saya bersama Nazri dan Ust Radhi ke Hulu Selangor mengisi program Belia. Allah tidak mengizinkan saya ke sana kerana ada beberapa kesilapan teknik yang berlaku. Namun saya berharap agar Sdr Nazri dan Ust. Radhi dapat menyampaikan forum pada malam ini dengan baik. Kepada penganjur saya mohon maaf.
Kesempatan ini saya gunakan untuk melihat ucapan dari Sultan Azlan Shah dan cuba menilai dari aspek ruh Islam. Saya tidak berniat dan bermaksud untuk menderhaka dan jauh sekali untuk mengajar sesiapa. APa yang saya faham menurut Islam mungkin saja berbeza dengan ucapan Sultan sekalipun secara struktur negeri Sultan adalah ketua agama dan adat istiadat.
Saya tidak menafikan peranan raja-raja Melayu di awal kemerdekaan dan segala kelebihan yang mereka dapatkan. Tetapi yang rakyat persoalkan ialah sejauh mana raja-raja Melayu sedar yang mereka juga akan dipertanyakan oleh Allah swt di akhirat kelak?
."Masing-masing dari kamu adalah penggembala dan masing-masing dari kamu kelak akan diminta pertanggungjawabannya tentang gembalaannya" (Hr Bukhari, Muslim, AHMAD, aBU dAUD DLL.
Mari kita renungkan bersama hadis ini. Apakah ianya terkena pada semua atau hanya orang kampung bodoh atau rakyat miskin sahaja? Hadis ini adalah untuk semua dan tidak terkecuali kepada para sultan dan raja Melayu atau bukan. Tibalah masa untuk para raja menundukkan diri di hadapan Alquran dan hadis bagi mendapatkan hidayah dan taufiq. Jangan hanya sekadar bertanya kepada para mufti yang dibayar untuk mendapatkan fatwa yang disenangi dan bermanis muka kerana gelaran yang mereka terima. Generasi muda sekarang dan akan datang semakin terbuka dan mereka akan menolak segala bentuk kemungkaran yang dilakukan oleh sesiapa sahaja termasuk para raja. Pelik juga ada sebahagian para ilmuan yang belajar di negara arab dan tanpa rasa malu menundukkan muka dan mencium tangan para sultan yang diketahui umum sebagai penagih arak dan tidak mengamalkan hidup sebagais seorang Islam! Tolong berikan dalil atau hujah-hujah syara' dalam hal ini? Jangan terlalu jauh, sila baca riwayat hidup Imam Ahmad sahaja, dia tidak pernah berdiri ketika para sultan masuk ke dalam majlisnya tetapi dia akan bangun bersalaman dan memeluk para ulama yang salih dan mereka yang mengamalkan sunnah. INi contoh solid bagaimana akhlak seorang ulama yang mampu mengubat penyakit umat dan membina generasi kuat sehingga dunia dapat ditundukkan di bawah tangan-tangan mereka.
Saya bukan anti raja tetapi saya benci melihat kezaliman yang dilakukan oleh para raja yang tidak tahu diri yang mereka juga adalah hamba Allah dan menumpang di bumi yang ALlah berikan untuk semua manusia. Semua kita adalah sama di sisi Allah kecuali yang paling bertakwa..INi dalil yang cukup jelas.. Tempuh masa yang diberi oleh Allah pasti akan tamat pada suatu masa nanti apatah lagi jika para raja tidak benar-benar kembali kepada kedaulatan Allah swt.
Ucapan di bawah saya paparkan untuk kita semua menilai...
Jangan pertikai kuasa Agong, Raja Melayu - Sultan Azlan
IPOH 11 Jun - Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan.
Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.
''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu.
''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.
Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Wacana Ilmu sempena ulang tahun baginda yang ke-81 di Institut Tadbiran Islam Perak di sini hari ini.
Turut berangkat pada majlis berkenaan ialah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.
Sultan Azlan Shah turut memberi peringatan kepada para pemimpin negara bahawa mereka mempunyai tanggung jawab politik dan tanggung jawab kenegaraan.
''Pemimpin di negara ini mempunyai tanggungjawab politik dan kenegaraan untuk menghormati asas-asas yang menjadi tunjang kedaulatan sebuah negara merdeka dan asas-asas yang menjadi akar kepada hubungan kaum yang harmonis iaitu asas-asas yang dipersetujui ketika negara menggubal Perlembagaan Merdeka,'' titah baginda.
Titah Sultan Azlan, penyimpangan daripada semangat asal yang dicapai itu tentunya akan mencetuskan kegelisahan dan mengheret negara kepada keadaan ketidaktentuan.
Pada masa sama, titah baginda, asas-asas persetujuan tersebut jangan sama sekali disalahgunakan di peringkat pelaksanaan sehingga ada kaum yang merasakan diri mereka tertindas.
''Selaras dengan peranan takhta sebagai sumber keadilan, adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemerintah di setiap negeri memastikan bahawa kepentingan-kepentingan kaum lain yang sah dari segi undang-undang turut dilindungi," titah baginda.
Sultan Azlan bertitah, amalan yang menyimpang daripada prinsip keadilan tidak harus dibenarkan berlaku kerana setiap warganegara yang sah adalah rakyat yang harus diberikan keadilan yang setimpal.
Dalam pada itu, baginda menyuarakan rasa bimbang mengenai perubahan sikap terhadap insan berilmu, cerdik pandai dan profesional yang jumlahnya makin bertambah tetapi tidak mempunyai sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan yang merupakan elemen penting mewujudkan kestabilan.
''Hari ini institusi ilmu tumbuh bercambah tetapi aspek kesopanan dan kesusilaan bagaikan tidak diutamakan lagi. Institusi keluarga, institusi masyarakat dan institusi negara bukan sahaja tidak dihormati malah dipersenda secara terbuka.
''Keadaan ini bagai memperlihatkan berlakunya jurang antara perkembangan institusi ilmu dengan penghayatan ilmu dalam amalan hidup seharian.
''Atau kemungkinan sedang berlakunya satu keadaan tidak seimbang di antara pendekatan menyampai dan menyebarkan ilmu yang terlalu menekankan kepada disiplin pengajian masing-masing hingga alpa kepada komponen kesopanan dan kesusilaan," titah baginda.
HR9808: Siapa yang mengajar rakyat tidak sopan?
Titah baginda, ilmu yang dikuasai tanpa asas kesopanan dan kesusilaan yang kukuh boleh meruntuh dan merosakkan tamadun dan nilai-nilai sosial masyarakat setempat.
Justeru, baginda berharap agar komponen kesopanan dan kesusilaan diberikan perhatian dan dianyam dengan bijak oleh setiap insan dan setiap institusi yang terlibat dengan aktiviti keilmuan.
HR9808: Alangkah bahagianya jika para raja dan sultan meniru sikap khalifah alMakmun...
Tobatnya Khalifah al-Makmun
oleh Mashadi Rabu, 10/06/2009 17:44 WIB Cetak | Kirim | RSSUdara panas menyengat. Angin gurun disertai badai samun. Terasa sangat mendera. Debu-debu berterbangan. Membuat dinding-dinding tembok menjadi kusam. Terkena debu. Jalan lengang di siang hari. Hanya satu dua orang yang pergi. Karena sangat perlu. Tak tahan menghadapi udara gurun yang panas. Menyengat. Kala itu, putra Khalifah al-Makmun, yang bernama Pangeran Ali sedang berada di tangsi militer.
Tiba-tiba seorang pelayan datang. “Tuanku Amirul Mukminin memanggil. Ia memanggil untuk jamuan makan, dan sekarang menunggu tuan”, ujar pelayan itu. Mendengar panggilan itu, Pangeran Ali, lalu berkata: “Sungguh. Cuaca sangat panas dan terasa gerah, membuat diriku malas keluar. Maka, kembalilah dan beritahukan kepada Amirul Mukminin, bahwa kamu mendapatkanku sedang tidur”, ucap Pangeran Ali. Tapi, pelayan itu kembali lagi, dan mengatakan : “Amirul Mukminin memerintahkan untuk membangunkan. Beliau sudah tidak sabar lagi walau sekejap saja”, tambah pelayan itu.
Mendengar perintah itu, Pangeran Ali segera bangun, dan menghadiri jamuan makan dengan perasaan tidak senang. Disaat itu, Amiru Mukminin duduk-duduk, sambil minum-minum bersama teman-temannya. Melihat suasana seperti itu, Pangeran Ali meninggalkan jamuan, tanpa minum sedikitpun.Ia kembali ke istananya, dan memerintahkan agar digelarnya permadani di balkonnya yang berada di pinggiran sungai Tigris, lalu disiram dengan es. Kemudian Pangeran Ali duduk diatas pembaringan beratap kain sambil memandang orang-orang, dan sungai yang terus mengalir.
Dari kejauhan Pangeran Ali melihat seorang kuli datang. Kuli itu menggunakan baju dari bulu putih yang sudah kumal. Ia membungkus kedua kakinya dengan kain perca untuk menahan sengatan panas yang membakar. Dilihatnya, kuli itu mengeluarkan bungkusan, yang berisi makanan, yang tidak seberapa, hanya sekedar menahan laparnya. Roti yang ditaburi garam, dan diberi sejenis bahan tumbuhan yang berbau harum. Lalu, dari kejauhan Pangeran Ali melihat kuli sedang makan makanannya yang ada. Dan, ketika usai makan, kuli membungkus kembli barang makanan yang ia bawa. Lalu, kuli menggelar kain, dan melaksanakan shalat Dhuhur.
Pangeran Ali berkata kepada pengawal yang berdiri didekatnya. “Bawalah dia kemari, dan perlakukanlah dengan lembut”, ucapnya. Pengawal itu berkata, ‘Bangun, dan ikut saya’, tegasnya kepada kuli. Tapi, kuli menolak, karena ia sudah merasa letih. “Carilah orang lain, badanku sudah sangat letih”, ujarnya. “Tempatnya dekat”, sahut pengawal. Tetapi, kuli tetap menolak, dan tidak mau ikut pengawal, yang ingin membawanya kepada Pangeran Ali. Dan, pengawal Pangeran Ali terus menekannya, dan akhirnya kuli itu ikut ke istana Pangeran Ali.
Ketika bertemu dua manusia yang berlainan status itu, tapi tak menghalangi keduanya menjadi dekat. Pangeran Ali, kemudian menggandeng tangan kuli itu, dan membawanya masuk ke dalam kamarnya, tanpa disertai orang lain. Lalu, Pangeran Ali bekata : “Lihat ini, kamu telah mengetahui keadaan, dan kedudukanku. Namun, apa artinya kerajaan ini dengan segala kenikmatan dunia itu bagiku. Maka, berdoalah kepada Allah Subhana wa Ta’ala agar aku bisa hidup bersahaja di dunia serta senang di akhirat”, pinta Pangeran Ali.
Kuli itupun berkata : “Wahai saudaraku tercinta, saya tidak punya kedudukan disisi Allah untuk bisa aku panjatkan doa, hanya saja sebahagian orang bijak berkata, ‘Barangsiapa takut terhadap sesuatu, maka ia akan bangun sepanjang malam. Karenanya, wajibkanlah terhadap dirimu setiap hari walaupun hanya sejenak untuk melakukan yang jelas bagi-Nya.Jika kamu mendahulukan yang demikian itu, maka dengan pertolongan Allah akan timbul suatu tekad yang kuat, dan akan selalu melakukannya. Kamu harus bertaqwa kepada Allah, mentaati dan menjauhi larangan-Nya”, ucap kuli itu.
Kemudia kuli itu mengangkat tangannya, dan sambil menengadahkan wajahnya, ‘Wahai Zat yang mengangkat langit dengan kekuatan-Nya, yang membentangkan bumi dengan kehendak-Nya, yang menciptakan makhluk dengan kemauan-Nya, yang bersemayam di Arsy dengan kekuasaan-Nya. Wahai raja di raja, yang Maha Perkasa, Tuhan bagi alam semesta, dan penguasa hari kiamat, aku memohon kepada-Mu dengan limpahan rahmat-Mu, kedermawanan-Mu dan kekuasaan-Mu,agar sudilah Engkau mengeluarkan rasa cinta duniawi dari hati hambamu, Abdullah Ali, berilah dia taufiq untuk dapat berbakti kepada-Mu dengan melakukan amal-amal yang Engkau tetapkan dapat memperoleh keridhaan-Mu, jauhkanlah dia dari maksiat-Mu, akhirilah kami dan dia dengan kerelaan-Mu, dan maaf-Mu, wahai Zat yang Maha Pengasih”, tambah kuli itu.
Mendengar untaian kata-kata doa kuli itu, Pangeran Ali berlinang air matanya, dan menangis sejadi-jadinya, lalu berkata kepada kuli itu. “Seandainya kamu menerima sesuatu pemberian dariku?”. Lalu, dijawab oleh kuli itu, ‘Saya tidak menginginkannya, yang saya inginkan hanyalah agar anda melapaskan saya’. Dan, kuli itu dibiarkan pergi, meninggalkan istana.
Kuli itu bekerja dari pagi hari usai shalat shubuh, hingga sore hari, menafkahi ibunya yang sudah lumpuh, dan selalu menyertainya, di waktu malam hari. Kuli senantiasa berpuasa, dan berbuka bersama ibunya, dipetanghari. Terkadang kuli itu menggendong ibunya, ketika ia ingin keluar melihat matahari.
Kuli itu hidup sangat bersahaja dipedalaman Iraq. Setiap hari berjalan kaki, mencari pekerjaan untuk menghidupi ibunya. Di malam hari ia tetap shalat malam, tanpa henti. "Apakah diwaktu malam kamu tidak istirahat?", tanya Pangeran Ali. "Bila saya biarkan diriku istirahat di waktu malam, maka ia akan meninggalkan aku di hari kiamat dalam keadaan miskin", ucap kuli itu.
Di suatu malam, Pangeran Ali membandingkan makanan yang dimakan kuli, yang hanya roti kering, yang ditaburi dengan garam serta bumbu wewangian, dan tulang-tulang yang dagingnya sedikit, dan sudah kering, itulah yang dimakan kuli itu. Sedangkan yang dimakan Amirul Mukminin, Al-Makmun, hidangan yang bermacam-macam, hidangan roti yang sangat putih, bersih dan halus, yang disaring kain, dan yang tersisa hanya tinggal sarinya. Dan, roti itu dibakar dan diasapi dengan kayu qomary, yang baunya sangat harum, disertai beraneka daging, yang sangat lezat, tak ada bandingannya.
Di kemudian hari, suatu pagi, Pangeran Ali pergi meninggalkan istana, naik perahu pergi ke Basrah, dan pengawalnya disuruh pulang. Sejak itu, Pangeran Ali hidup layaknya gelandangan. Ia mengenakan pakaian yang kasar guna menutupi kulitnya yang bersih, lalu membeli talam yang bentuknya seperti kuli itu, dan meletakkan diatas pundaknya. Dia bekerja sesuai dengan kemampuannya, dan membawa tulang belulang, yang dimakannya setiap hari, dan roti kering, yang sudah lama.
Pangeran Ali disiang hari ia berpuasa, sambil berpuasa, dan tidak pernah meninggalkan shalat saatnya tiba. Putra Khalifah al-Makmun, yang paling disayangi itu, hidup dan tidur dari masjid ke masjid, berjalan tanpa alas kaki, meskipun terik matahari, yang membakar, dan kakinya pecah-pecah. Hal ini berlangsung bertahun-tahun, sampai ia jatuh sakit. Disaat ia merasa ajalnya akan tiba, maka ia tinggal disebuah penginapan. Sebelum meninggal, ia memanggil pemilik penginapan itu.
‘Berikan cincin ini kepada gubernurmu, kalau ia sedang lewat’. Tak lama, Pangeran Ali meninggal, saat itulah gubernur Basrah lewat, dan diberikan cincin dari Pangeran Ali itu. Dan, Gubernur Basrah mengetahui bahwa cincin itu, milik Pangeran Ali.
Disertai iringan para pengawal, jasad Pangeran Ali dibawa ke Istana, kemudian dimandikan, serta dikafankan kembali. Ketika dimakamkan Khalifah al-Makmun, berkata dengan lirih : “Wahai anakku, semoga Allah mengasihimu dan mengabulkan harapan dan cita-citamu. Sesungguhnya aku sangat berharap, semoga Allah memberikan kebahagiaan kepadamu”, ucap Khalifah al-Makmun. Lalu, Khalifah al-Makmun memerintahkan menutup kuburnya dengan tanah.
Beberapa hari sesudah kematian putranya, Khalifah al-Makmun, membuka gulungan wasiat putranya Pangeran Ali, dan memanggil Muhammad bin Saad untuk membacakan surah al-Fajr, sedangkan Khalifah al-Makmun menangis sampai pada ayat : "Sesungguhnya Tuhan-mu benar-benar mengawasi", maka disuruhnya Saad berhenti.
Dengan peristiwa kematian putranya itu, Amirul Mukminin setiap mengingatnya pasti menangis, dia senantiasa gelisah, dan tidak tertarik lagi dengn kelezatan dan nafsu dunia. Para ulama fiqh bergantian datang ke majelisnya untuk memberikan fatwa sekaligusnya menasehatinya. Sampai al-Makmun meniggal.
Sebelum meninggal Khalifah al-Makmun bersedekah sebanyak seribu dirham, memerintahkan untuk melepas para narapidana, menulis surat kepada semua gubernur dan pejabatnya, agar berbuat adil kepada rakyat, dan menghentikan kezaliman. Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!