HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
6 JUN
Kedua pihak yang terpilih dan tidak, punya kelebihan tersendiri. Semoga Allah memberi kebaikan kepada semua dan mendapat redhanya..AMin..
Nasharudin kekal; Salahuddin,Mahfuz dan Tuan Ibrahim menangi Naib Presiden
10:09:24 am MYT
SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) -
Pengerusi Jawatankuasa Pemilih Muktamar PAS ke-55, Dato' Mustafa Ali mengumumkan, Ustaz Nasharudin Mat Isa menang jawatan Timbalan Presiden PAS menewaskan, Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu.
Sementara, bagi jawatan Naib Presiden, Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Dato' Mahfuz Omar menewaskan dua lagi pencabar,
Mujahid Yusof Rawa dan Nik Amar Nik Abdullah.
Di bawah ialah keputusan penuh pemilihan PAS sesi 2009/2011:
Presiden
Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, (480)
Naib Presiden
1)Tuan Ibrahim Tuan Man, (871)
2)Salahuddin Ayub, (824)
3)Mahfuz Omar, (636)
Ahli Jawatankuasa Kerja
1) Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, (854)
2) Ustaz Idris Haji Ahmad, (799)
3) Dato' Kamarudin Jaffar (769)
4) Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak, (653)
5) Dato' Dr Hasan Mohd Ali (642)
6) Dr Mohd Hatta Md Ramli (638)
7) Ustaz Abdul Ghani Samsudin, (637)
8) Dato' Ustaz Abu Bakar Chik (622)
9) Mohamed Hanipa Maidin, (619)
10) Ir Amiruddin Hamzah, (606)
11) Dr Lo' Lo' Haji Mohamad Ghazali, (589)
12) Ustaz Ab Ghani Abdul Rahman,(584)
13) Dr Dzulkefly Ahmad, (576)
14) Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, (536)
15) Ustaz Hashim Jasin, (522)
16) Mazlan Aliman, (513)
17) Ustaz Taib Azamudden Md Taib, (508)
18) Dr Mujahid Yusof Rawa, (488)
/wann.
Husam akan terus berjuang untuk PAS
Irwan Muhammad Zain Sat Jun 06, 09 12:38:03 pm MYT
SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Bekas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama PAS.
Beliau yang tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden menegaskan kekalahan bukan bererti segala pandangan politiknya akan terhenti sebaliknya percaya rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan meneruskan pandangan beliau.
Husam menjelaskan, sejak awal lagi beliau sudah menjangka akan mengalami kekalahan dan menawarkan diri untuk menyatakan pandangan politiknya.
Beliau menolak tanggapan mengatakan pandangan politiknya ditolak perwakilan kerana calon-calon Naib Presiden dan AJK PAS Pusat mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
"Saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan sudah menjangkakan sejak awal akan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya, Nasharudin Mat Isa yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang.
"Saya akan tetap bersama PAS dan akan terus berjuang untuk memastikan PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 atau pada bila-bila masa," tegas beliau dalam satu sidang media sebentar tadi.
Husam juga menjelaskan, kekalahan beliau tidak akan memberikan kesan kepada pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan kerana PAS tidak memerintah berdasarkan individu sebaliknya kerana kekuatan parti.
Beliau untuk sekalian kalinya menegaskan penolakan sebarang perundingan untuk bersama Umno sebaliknya akan memastikan PAS menggantikan parti tersebut.
"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beiau.
Biarpun tewas, Husam tetap menjadi buruan media untuk mendapatkan pandangan politiknya yang bernas dan tajam. Ini terbukti ketika turun ke pentas untuk ke tandas, beliau dikejar wartawan untuk mendapatkan respons dan komen mengenai keputusan pemilihan. - mns/mks._
Husam boleh menang jika satu lawan satu...
Jun 6, 09 12:18pm
Datuk Husam Musa boleh memenangi jawatan timbalan presiden seandainya jika membabit satu lawan satu dengan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa, demikian menurut kalangan perwakilan PAS.Nasharuddin berjaya mengekalkan jawatan timbalan presiden dengan memperoleh 480 undi. Manakala Husam pula mendapat 281 dan seorang lagi calon, Mohamad Sabu mendapat 261 undi.Keputusan itu menunjukkan undi yang diperolehi Husam dan Mohamad Sabu - bila digabungkan - berjumlah 542 - iaitu 62 undi lebih tinggi daripada undi yang diperolehi Nasharuddin (46.8%).Husam dan Mohamad Sabu berkongsi pendirian menolak sebarang kerjasama dengan Umno. Manakala Nasharuddin pula adalah dari golongan ulama yang pro-muqabalah dengan parti tersebut.Oleh itu, kalangan perwakilan berpendapat, seandainya pertandingan bagi jawatan tersebut hanya antara Husam dan Nasharuddin - maka peluang untuk exco kerajaan negeri Kelantan menang adalah lebih cerah.Sebelum ini memang ada terdengar desas-desus mengenai usaha-usaha untuk memujuk Mohamad Sabu menarik daripada bertanding jawatan tersebut, untuk mencerah lagi peluang Husam.Bagaimanapun, difahamkan usaha tersebut tidak berjaya. Malah Mohamad Sabu sendiri pernah menafikan ada usaha-usaha ke arah itu.Sementara itu, daripada 18 calon yang terpilih menganggotai Jawatankuasa Pusat PAS - 12 daripadanya adalah dari senarai yang dikatakan diedar oleh penyokong Husam.Bagaimanapun, difahamkan, tidak semua daripada 12 orang itu dilihat sebagai pro kumpulan Erdogan.Enam daripada mereka dilihat rapat dengan kumpulan Erdogan - Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaafar, Syed Azman Syed Nawawi, Dr Lo' Lo Ghazali, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Dr Hatta Ramli.Bagaimanapun, ahli parlimen Shah Alam dari kumpulan Erdogan - Khalid Abdul Samad - gagal dipilih.Manakala yang lainnya dari senarai yang sama tetapi dilihat lebih neutral ialah Abdul Ghani Abdul Rahman, Amiruddin Hamzah, Taib Azamudden Md Taib, Datuk Seri Azizan Abd Razak, Abdul Ghani Samsudin and Mazlan Aliman.
hR9808: APA YANG TELAH TERJADI adalah hasil dari pemilihan perwakilan secara terbuka. Maka sebenarnya inilah yang kadangkala jika hanya sekadar diputuskan sepenuhnya oleh perwakilan hasilnya bagi saya kurang kena. Saya bukan kem dari mana-mana tetapi setakat ini saya belum nampak kemampuan Husam dapat diambil alih oleh Ust. Nasa. Sebaliknya kemampuan Ust Nasa saya amat yakin dapat diambil alih oleh Husam. Di mana silapnya percaturan ini maka masa akan memberi jawapannya.
Saturday, June 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!