foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, July 16, 2009

MELAYU PERKASA DAN GAGAH KERANA ISLAM BUKAN KERANA YANG LAIN..?

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

"REFORMIS BUKAN HANYA GELARAN ATAU PEJUANG YANG BERJUANG KERANA MENGHARAPKANNYA!"

17 Julai
Saya bersyukur kerana beberapa pihak yang terlibat dalam Muzakarah mendapat pencerahan yang lebih segar soal Melayu dan hakikat keperkasaannya. Selama ini terlalu banyak yang bercanggah soal Melayu tetapi setelah bermuzakarah semua pihak telah menerima hakikat bahawa ISLAM lah paksi kekuatannya. Seruan Tan Sri Mufti Perak dalam kenyataan media beliau jelas menunjukkan bahawa beliau amat berharap pihak istana dapat memahami resolusi dari muzakarah ini iaitu perlunya semua pihak dari atas sampai ke bawah kembali menghayati ISLAM KAFFAH. Islam yang sempurna seperti mana yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad saw, diamalkan oleh para khalifah, para sahabat, tabiin dan para ulama Islam yang benar sehingga sekarang.

Inilah kadar dan ukuran jaminan untuk Melayu terus berada di tahap sewajarnya. Tapi jika ISLAM ditinggalkan atau diambil hanya yang perlu, maka MELAYU akan hilang segalanya. Bahkan negara dan takhta kesultanan MELAYU juga akan hilang seperti mana yang pernah terjadi di zaman Khilafah Islamiah yang terakhir Kerajaan Othmaniah di Turki pada tahun 1924. Ciri-ciri kehancuran Khilafah Islamiah yang diamalkan oleh para khalifah zaman itu telah berpindah pula kepada pemerintah MELAYU ISLAM sekarang. Maka apakah mampu kita menyekat proses kehancuran ini jika para raja, ulama dan pimpinan MELAYU tidak mahu bertaubat serta berubah? Sejarah telah membuktikannya bahkan kehebatan di zaman itu melebihi 1,000,000 kali ganda dari apa yang kita miliki sekarang juga hancur? Jadi sewajarnya pemerintah MELAYU menangis sekarang di hadapan Allah, mohon maaf kepada para ulama yang baik dan rakyat dan terus laksanakan ISLAM. Jangan dengar bisikan syaitan yang mengajak ke arah yang lain sehingga kita semua masuk ke neraka!!!

Perkasakan umat Melayu, Islam - Mufti

IPOH 15 Julai - Umat Melayu dan Islam perlu terus diperkasakan bagi memastikan kedua-duanya kekal menjadi tunjang kepada pembangunan negara seiring dengan perkembangan semasa.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu perlu menjadi keutamaan umat Melayu dan Islam pada masa ini sekali gus membentuk perpaduan Islam yang kukuh seperti satu ketika dahulu.

''Melayu satu ketika dahulu dibangunkan oleh Islam, mereka bersatu padu kerana Islam, bangkit daripada kegelapan kerana Islam dan menentang penjajah juga kerana Islam.

''Bagaimanapun, keadaan sekarang sudah berbeza dan tidak menentu kerana ada perbalahan politik serta ditambah lagi dengan masalah sosial. Jadi amat perlu dan penting kita semua kembali membentuk perpaduan Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas resolusi Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 hari ini.

Muzakarah yang diadakan sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang ke-81 itu disertai seramai 200 peserta terdiri daripada kalangan cendekiawan Islam termasuk wakil dari Singapura.

Harussani berkata, semua peserta juga bersetuju bahawa institusi kesultanan Melayu selaku ketua agama Islam menggunakan segala ruang dan kuasa yang ada untuk memperkasakan Islam.

Jelas beliau, perkara berkenaan adalah selaras dengan perlembagaan negara dan negeri yang memberi kuasa dan kekuatan kepada raja-raja untuk membangunkan Islam.

Katanya, ia juga sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, ''Manusia itu mengikut cara hidup rajanya."

''Kalau rajanya kuat agama maka rakyat akan kuat juga agamanya. Jadi golongan raja dan istana perlu mempelopori penghayatan Islam dan kemudian turun ke bawah untuk menyebarkannya.

''Pada masa sama, orang yang di bawah iaitu rakyat perlu bersedia untuk menerimanya kalau tidak ia tidak akan jadi.

''Sebab itu kita katakan bahawa raja itu berdaulat kerana mentaati dan membangunkan Islam," katanya.

Menurut Harussani, kerajaan atau pemerintah tertinggi juga perlu menggarap Islam dan melakukan penghayatan secara sempurna dengan serius serta agresif.

Katanya, langkah berkenaan akan meliputi semua bidang supaya penyatuan umat Melayu dan Islam benar-benar kukuh dan tidak mudah goyah.

''Kalau raja sudah buat (penghayatan Islam) kemudian menerapkannya kepada pentadbiran dan rakyat jelata semuanya menerima maka barulah Melayu boleh menjadi Ummah Wahidah atau umat yang satu sama ada di dunia dan di akhirat.

''Orang mukmin itu adalah bersaudara, orang Islam juga bersaudara kerana kita mempunyai akidah dan kepercayaan yang sama berlandaskan Islam.

''Kita wajib laksanakan perintah agama itu (membentuk perpaduan)," katanya sambil menambah tulisan jawi yang menjadi legasi keharmonian umat Melayu Islam perlu dibudayakan secara serius di semua peringkat.

2 comments:

  1. Jika kaum cina sudah berkuasa dalam bidang ekonomi dan berkuasa pula dalam bidang politik, apa yang ada tinggal untuk orang melayu? Sedangkan kedua2 kuasa inilah yang akan menentukan siapa yang berkuasa memerintah negara.

    UMNO bukan lah parti yang sangat baik, se tidak2 nya sudah berjaya mempertahankan kuasa politik melayu selama lebih 60 tahun.

    ReplyDelete
  2. Saya cuba keluar dari kepompong kaca UMNO dalam isu ini kerana ianya melebihi dari isu parti dan politik. Tetapi ianya ada kaitan dengan nasib di akhirat umat Melayu. Mohon maaf saya tidak sependapat dengan sdr kerana 50 tahun UMNO mengajar apa kepada orang Melayu? Ya yang jelas..Melayu adalah hamba subsidi dan hamba ali baba. Bukan UMNO yang memerintah Malaysia tetapi kroni dan ali baba UMNO. Sampai sekarang pimpinan UMNO dan Raja-raja Melayu tidak mahu menerima hakikat ini iaitu harus kembali kepada Islam 100% bukan hanya ketika musabaqah dan hari raya sahaja!!! Islah..Islah..dan Islah sdrku!!!

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!