foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, August 17, 2009

APAKAH SALAH SEORANG DAI ATAU ULAMA MENJADI AHLI POLITIK?..

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

Jangan jadi penghukum - Jamil Khir


Jamil Khir Baharom sambil diperhatikan Muhammad Ali Hashim (kiri) mengatakan sesuatu kepada pelajar Rumah Anak Yatim dan Miskin Taman Baiduri Dengkil pada Majlis Pelancaran Tijarah Ramadan Musim Ke-5/2009 di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 17 Ogos - Seorang pendakwah yang menyeru kepada kebaikan mesti menjaga adab dengan tidak menjadi penghukum terhadap umat Islam yang lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perbezaan ideologi politik tidak menghalalkan perkara itu kerana Allah memerintahkan umat Islam supaya menjaga adab dengan semua hamba-Nya hatta dengan seekor binatang sekalipun.

Tegas beliau, Allah juga menegah hamba-Nya daripada memberi gelaran yang tidak baik kepada orang lain demi menjaga keharmonian hidup.

''Sebagai daie atau pendakwah, kita perlu menjaga batas-batas seorang daie dan tidak boleh menghukum orang itu betul atau salah.

''Sejauh mana seseorang itu mengakui dia Islam maka dia adalah hamba Tuhan, oleh sebab itu saya amat mengharapkan sama ada kita di dalam mana mana parti politik, batas akhlak sebagai orang Islam perlu dijaga," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan program televisyen, Tijarah Ramadan musim ke-5 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.

Jamil Khir mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa ahli UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

HR9808: Saya ingin syer dengan sdr sdri semua tentang persoalan yang sekarang diangkat ke permukaan iaitu seorang dai dan ulama tidak boleh jadi ahli politik?.
Bila kita semak semula sejarah awal bagaimana boleh muncul fahaman kononnya dai atau ulama tidak sepatutnya menjadi ahli politik.Saya singkatkan jalurnya supaya tidak terlalu meleret. Setelah hancur kerajaan Islam di Turki pada 1924. Seperti ada semacam pemadam kehebatan Islam dan tokoh-tokohnya dari sejarah umat dan digantikan dengan tokoh yang lain. Tokoh seperti Salehuddin al Ayubi yang hebat hanya diinfokan kehebatan perangnya sahaja. Sudut yang lain dilupakan sehingga umat Islam kemudian beranggapan bahawa ulama itu kerdil..Salehuddin bukan seorang ulama atau dai. Inilah kejayaan musuh-musuh Islam memutar belitkan sejarah, definisi Islam itu sendiri dari diin kepada agama (amalan ritual semata-mata dan acara rasmi yang disahkan oleh Raja-raja Melayu). Lalu faham sempit ini berkembang dan sekarang sudah melekat sebati dalam jiwa umat. Termasuk sebahagian tokoh-tokoh pimpinan Melayu UMNO, Raja-raja Melayu, ulama dan cendikiawan UMNO dan juga para mufti yang dilantik oleh kerajaan.


Seharusnya Islam yang syumul atau sempurna menjadi "framework" dalam seluruh sistem kehidupan manusia tercalar dengan adanya golongan yang dikatakan makan gaji dengan kerajaan. Jadi istilah ditentukan oleh kerajaan mana yang boleh mana yang tidak. Bahkan lebih sesat lagi fatwa juga dibayangi oleh ruh nasionalisma Melayu melebihi dari Alquran dan hadis. Cara elat ini telah pun berlaku di zaman Bani Israel dan sekarang nampaknya berulang lagi. Mereka bukan tidak tahu apa yang sebenarnya tetapi mereka terpaksa elakkan bagi kepentingan peribadi dan kuasa bos mereka. Lalu dai dan ulama yang sangat mulia dan agung dilihat amat kerdil. Dai atau ulama dengan secara fizikalnya dicorak dengan kelembikan dan tidak bermaya. Mereka tidak boleh campur urusan yang lain selain hukum hakam Islam sahaja. Inilah hajat penjajah semasa memerintah dahulu dan dilepaskannya negara ini kepada golongan nasionalis yang oportunis dan rela menjadi babu kepada agenda mereka. Ulama yang tidak mahu bersama mengadakan penentangan sehingga wujud pasukan jihad di kalangan mereka. Mereka menjadi ahli strategi perang menentang penjajah dan mampu mentadbir dengan baik. Ulama di Aceh, di Jawa, di Jakarta dan diTanah Melayu semua punya catatan indah untuk membuka wacana kita semua pada hari ini. Mereka adalah dai yang sebenarnya.

Semakin hari semakin terserlah beberapa ulama yang dipancing dengan kemewahan dan jawatan menjadi panglima nasionalis UMNO. Ust Nakhai, Ust. Hamid Osman, Ust. Yusuf Noor, Ust. Zainal Abidin, Ust. Harussani, Ust. Jamil Khir, Ust Osman Bakar dan beberapa barisan mufti di Malaysia. Semua kenyataan dari ulama yang tidak berkepentingan dan telah terbukti ikhlas diputar belit oleh mereka. Ya inilah empangan akhir yang dipunyai oleh pimpinan UMNO sekarang iaitu ISLAM. Isu yang lain mereka sudah kering dan terbakar kerana mereka sendiri yang melanggarnya. Soal arak, judi, rasuah, betina, gengsterisma, bohjan, bohtin, bohmoh,mat remit, minah rempit, mat dadah, minah dadah dll mereka tidak berani sentuh lagi. Jadi sekarang mereka terpaksa gunakan ulama agar rakyat percaya kembali bahawa UMNO juga ada Islamnya. Mahu perjuangkan Islam juga. Mahukan semua untuk rakyat asalkan kekuasaan bagi kami urus. Inilah hujung kepada mesej dai atau ulama tak layak jadi ahli politik. Atas dasar kesedaran kami menyeru kepada umat Islam yang terlanjur dan ulama yang ketagihan pangkat agar kembali kepada Islam yang sebenarnya.!! Kita tidak akan dapat menipu bisikan jujur dari hati kita sendiri.

HR9808: Dengan sangat dukacita mari kita dengarkan putar belit mereka terhadap kebenaran dari kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Mereka sudah sesat dan jauh dari Islam sebenarnya...Semoga Allah ampunkan mereka dan membuka jalan agar mereka segera kembali...!!

Tiada nas sertai Pas masuk syurga

PUTRAJAYA 17 Ogos - Tiada nas dalam al-Quran dan hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesebuah parti sebelum dijanjikan masuk syurga.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan, syurga dijanjikan Allah hanya untuk mereka yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.

''Syurga itu hak Allah, malah belum tentu lagi mereka yang sembahyang diterima (pahalanya) sebab kena tengok dulu sembahyangnya betul atau tidak.

''Apatah lagi jika ada dakwaan kata masuk parti ini baru dijanjikan syurga, itu lagi tidak betul, jangan kita mendahului Tuhan," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dipercayai bermotif politik berikutan persaingan Pas dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir 25 Ogos ini.

HR9808: Mari kita kenal dan menghargai ulama yang hakiki!!

Jejak Langkah Ulama Nusantara di Timur Tengah
Friday, 19/06/2009 08:07 WIB Cetak | Kirim | RSS

Penulis benar-benar terkesiap ketika melihat mata rantai (sanad, silsilah) mufti agung Mesir, Dr. Ali Gum'ah, yang meriwayatkan kitab Hâsyiah Jawharah al-Tawhîd (karangan Syaikh Ibrahim al-Bayjuri) dari seorang ulama Nusantara asal Padang, yaitu Syaikh Muhammad Yasin ibn 'Isa al-Fadani (Yasin Padang).

Semasa belajar di pesantren dulu, mata rantai beberapa kitab yang di 'aos' oleh penulis juga menyambung kepada Syaikh Yasin Padang. Urutannya demikian: penulis; KH. Abdullah Kafabihi Mahrus (murabbi penulis);KH. Mahrus 'Ali Lirboyo;Syaikh Yasin Padang. Berangkat dari pertemuan mata rantai inilah, jejaring dan jejak ulama Nusantara di Timur Tengah serta pengaruhnya di Tanah Air menjadi menarik untuk dianalisa dan dikaji lebih jauh.

Sejatinya, jejak gerakan ulama Nusantara di Timur Tengah (utamanya Hijâz dan Mesir) dapat dilacak sejak abad ke-17 M. Di antara nama-nama ulama yang populer adalah Abd al-Raûf al-Jâwi (w. 1693), Nûruddîn al-Raniri (w. 1658), Arsyad al-Banjari (1710), dan lain-lain.

Dulu, perkumpulan ulama-ulama tersebut dikenal dengan komunitas Jawi, atau Jamâ’ah al-Jâwiyyîn. Nisbat ini tidak sekedar meliputi teritorial ulama yang datang dari Jawa Dwipa saja, tetapi dari seluruh Nusantara (termasuk Melayu, Pattani, dan Philipina Selatan). Kita bisa melacak nisbat ini di salah ruangan masjid al-Azhar (ruwwâq jâwah).

Abad ke-19 M (dan awal abad 20) adalah puncak dari geliat intelektual ulama Nusantara di Timur Tengah. Mereka bukan sekadar berkiprah dan memberi kontribusi untuk Tanah Air saja, tetapi juga mempunyai peran besar di ranah internasional, khususnya di Timur Tengah. Beberapa ulama Nusantara menjadi sosok intelektual berkampium dunia. Mereka mengarang kitab-kitab yang dijadikan rujukan penting.

Di antara nama-nama ulama Nusantara yang populer adalah Syaikh Muhammad Nawawi ibn 'Umar al-Bantani (Tanara, Serang, Banten, w. 1879), yang mengarang beberapa kitab dalam berbagai cawangan ilmu agama, semisal Tîjân al-Durarî (tawhid), Sullam al-Najât, Kâsyifah al-Sajâ, Sullam al-Tawfîq, al-Tsamrah al-Yâni'ah 'ala Riyâdh al-Badî'ah, Tawsyîkh 'alâ Fath al-Qarîb, Nihâyah al-Zain (fikih), Qatr al-Ghayts, Tanqîh al-Qawl (hadits), Minhâj al-'Ibâd (tasawuf), 'Uqûd al-Lujayn (psikologi rumah tangga), Murâh Labîd aw al-Tafsîr al-Munîr (tafsir) dan lain-lain. Syaikh Nawawi menjadi pengajar di salah satu pintu Masjid al-Haram dan di perguruan Dâr al-‘Ulûm, Mekkah, selain pernah memberikan pengajian di masjid al-Azhar, Mesir, atas undangan Syaikh Ibrahim al-Bayjuri, mufti agung Mesir kala itu.

Selain Syaikh Nawawi Banten, dikenal juga Syaikh Mahfuzh al-Turmusi (Tremas, Pacitan, Jawa Timur), pengarang beberapa hâsyiah (komentar atas komentar, atau great comment) atas beberapa kitab fikih induk mazhab Syafi'iy, semisal al-Minhâj, Fath al-Wahhâb, al-Iqnâ', dan lain-lain. Beberapa hâsyiah karangan beliau kelak dikenal dengan Hâsyiah al-Turmusî yang ditulis berjilid-jilid. Beliau juga menulis al-Siqâyah al-Mardhiyyah fî Asmâ al-Kutub al-Fiqhiyyah li Ashhâb al-Syâfi'iyyah (ensiklopedi kitab-kitab fikih mazhab Syafi'iy), Manhaj Dzaw al-Nazhar fi Manzhûmah Ahl al-Âtsâr (metodologi hadits), al-Fawâid al-Turmusiyyah fi Asmâ al-Qirâ'ah al-'Asyriyyah (tajwid-qira'ah sepuluh).

Dua Syaikh di atas tercatat yang paling berpengaruh dan melahirkan beberapa murid yang juga menjadi ulama besar, semisal Syaikh Ihsan Dahlan al-Jamfasi al-Kadiri (Jampes, Kediri, Jawa Timur), penulis kitab Sirâj al-Thalibîn 'alâ Minhâj al-'Âbidîn (kitab dua jilid berisi komentar atas karya tasawuf Imam al-Ghazali)—konon kitab ini pernah dijadikan salah satu muqarrar di Universitas al-Azhar, dan Manâhij al-Amdâd (tasawuf). Atau Syaikh Muhammad Yasin ibn 'Isa al-Fadani (Padang), guru besar hadits dan ushul fikih di perguruan Dâr al-‘Ulûm Mekkah, penulis kitab al-Fawâid al-Janniyyah 'alâ al-Farâ'id al-Bahiyyah fî al-Qawâ'id al-Fiqhiyyah, Hâsyiah 'alâ al-Asybâh wa al-Nazhâ'ir fi al-Furû' al-Fiqhiyyah (ushul dan kaidah fikih), Fath al-'Allâm Syarh Bulûgh al-Marâm (hadits fikih setebal empat jilid), dan al-Durr al-Mandhûd fî Syarh Sunan Abî Dâwud (setebal dua puluh jilid).

Istimewanya, para masyâyikh di atas mempunyai genealogi keilmuan berupa silsilah yang dapat dipertanggungjawabkan ketsiqqah-annya. Mereka rata-rata belajar kepada Syaikh Ahmad Zaini Dahlan, seorang ulama besar mazhab Sunni di Hijâz, yang silsilahnya menyambung kepada Syaikh Ibrahim al-Bayjuri (Mesir), Muhammad al-Sanusi, al-Iji, Fakhr al-Din al-Razi, al-Ghazali, al-Juwayni (imam Haramayn), Abu Bakar al-Baqilani, Abu Abdillah al-Bahili, Abu Hasan al-Asy’ari, dan seterusnya.

Pertanyaannya sekarang: dimana dan bagaimanakah nasib manuskrip (makhthûthât) kitab-kitab yang telah mereka tulis itu? Jawabannya mungkin sedikit menjadikan hati kita merasa miris: mayoritas manuskrip karya ulama Nusantara tempo doeloe tersimpan dan terawat dengan baik di beberapa museum dan universitas Barat, seperti Leiden (Belanda), Oxford (Inggris), Bonn (Jerman), ANU (Australia), dan lain-lain. Pun, yang lebih intens mengkaji sejarah ulama Nusantara adalah beberapa sarjana Barat, bukan sarjana Muslim. Sejarah ulama Nusantara yang hebat dan agung itu seolah dilupakan dan disia-siakan oleh anak bangsanya sendiri. Barangkali, inilah salah satu akibat terfatal dari keengganan sebagain orang Muslim untuk belajar sejarah.

Beruntung, para masyâyikh di atas mempunyai beberapa murid yang boyong dan mengabdi di Nusantara. Di antara murid-murid mereka yang populer adalah KH. Muhammad Kholil (Bangkalan), KH. Hasyim Asy'ari (Jombang), KH. As'ad Syamsul 'Arifin (Situbondo), KH. Abbas dan Anas (Cirebon), dan lain-lain. Para kyai tersebut kelak mempunyai beberapa murid semisal KH. Abdul Karim, KH. Marzuqi Dahlan, KH. Mahrus Ali (Lirboyo, Kediri), KH. Jazuli Utsman (Ploso, Kediri), KH. Wahhab Hasbullah (Jombang), KH. Zubair (Sarang, Rembang), KH. 'Alwi (Senori, Tuban), KH. Faqih (Langitan, Tuban), KH. 'Aqil Siraj, KH. Sanusi (Ciwaringin, Cirebon), KH. Dimyathi (Banten), KH. Mukhtar Bogor, KH. Rukhiyat (Cipasung, Tasikmalaya), KH. Abdul Halim (Leuwimunding, Majalengka) dan beberapa rama kyai lain.

Dulu, para ajengan-kyai mendirikan beberapa pesantren sebagai sarana untuk mengajarkan dan menyebarkan (ilmu-ilmu) Islam. Beberapa kitab yang telah dianggit oleh masyâyikh di atas pun dijadikan pegangan wajib—khususnya bagi kalangan pemula (mubtadi'în), dan banyak dijadikan bahan rujukan. Pesantren (khususnya pesantren tradisional-salaf NU) mempunyai jasa besar, sebab telah menjaga, melestarikan, dan mengajarkan kitab-kitab karangan ulama Nusantara yang tak ternilai harganya itu, sekalipun pesantren kurang dapat mengembangkan semangat produktivitas dan geliat keilmuan yang telah diwariskan oleh ulama Nusantara tersebut, bahkan tak sedikit yang jatuh kedalam kubangan taqlid dan taqdis di hadapan kitab-kitab tersebut.

Lalu bagaimana dengan peran pelajar Nusantara di (atau lulusan) Timur Tengah sekarang ini? Apakah mereka bisa melampaui apa yang telah dicapai oleh para ulama Nusantara di atas? Atau justeru sebaliknya?

Oleh : Ahmad Ginandjar Sya'ban, (Mhs. Universitas Al-Azhar)

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!