foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 13, 2009

FAHAMAN ISLAM UMNO ADALAH SESAT...


HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

Sebelum ini saya tidak pernah melihat kebodohan UMNO dan pimpinannya sehingga ke tahap ini. Ianya bukan sahaja merendahkan makna Islam bahkan dengan jelas ini adalah bukti fahaman UMNO adalah sesat. Fahaman semangat Melayu melebihi dari segalanya yang tidak ada dalam mana-mana kitab dan rujukan yang muktabar sewajarnya diberi perhatian oleh para mufti seluruh Malaysia dan Jabatan Agama Islam seluruh Malaysia.
Nak berhujah tentang Islam bukan dengan DAP atau dengan mereka yang bukan Islam kerana mereka masih dalam zone di luar batasan kemampuan itu semua. Allah juga tidak meminta hal tersebut dan dengan jelas dari surah AL Kafirun Allah memberi panduan untuk berhujah dengan yang bukan Islam. Banyak kitab lain yang seharusnya menjadi sandaran yang kuat kepada adab berhujah. Kenapa kitab Uslub Dakwah karangan Dr Karim Zaidan tidak dijadikan rujukan? Kenapa kitab Dr. Qardhawi tentang Fiqh Daulah tidak mahu dipelajari dengan hati yang jujur?

Islam menolak sikap biadab samada kepada orang Islam atau yang bukan Islam kerana Islam diasas dari akhlakulkarimah selepas memantapkan iman dan ibadah. Hasil dari asas iman pasti melahirkan akhlak yang baik atau mulia. Jika tidak maka imannya ada masalah. Islam juga diasas dengan konsep syumuliah (kesempurnaan seluruh sistem hidup dan UMNo menolak pemahaman ini. Mereka mahu Islam musabakah dan menolak sistem politik berasaskan alquran dan hadis. Mereka mahu solat jumaat di masjid tapi meruntuhkan sistem bernegara dengan mengambil pendekatan masjid. Inilah fahaman UMNO dan inilah agenda perjuangan UMNO. Inilah agenda sesat para ulama UMNO sejak zaman berzaman sehingga Islam yang sebenar tenggelam dalam sekularisma yang pekat. Pemimpin Melayu elit rata-rata tidak faham Islam yang syumul dan acuan pemikiran mereka adalah nasionalis sekularis. Pisahkan urusan negara dengan Islam. Pisahkan semua sehingga Islam diamal oleh rakyat yang mengangkat sepanduk di atas bercelaru. Saya sedih melihat kecelaruan dan saya tidak sanggup mengutuk mereka kerana mereka tidak faham. Mereka dapat fulus dan ganjaran dengan sorakan tersebut. Inilah politik sesat UMNO yang cuba dibuktikan kepada rakyat. Saya kenal sebahagian dari mereka dan dengan rasa tulus ikhlas kembalilah kepada Islam yang sebenar!!!

Rakyat pasti menolak fahaman UMNO ini kerana fahaman yang tidak manusiawi dan jauh dari nilai-nilai rabbani. Maka masa sudah tiba iaitu PRU 13 rakyat hukumnya wajib syar'i menolak UMNO kerana dengan jelas mereka sesat. Perlu bersyahadah semula jika ada dalam jiwa mereka mementingkan Melayu melebihi dari Islam. Islam yang mengatur bukan Melayu yang mengatur hidup kita. Sebagai umatIislam kita wajib menyebar luaskan bahawa UMNO adalah ajaran sesat yang wajib ditolak!!! Kepada dewan ulama dan para mufti tolong buat kajian mendalam dalam hal ini dan nyatakan kesesatan nya.!!

HR9808: Salah seorang tok guru UMNO yang beriya beno memberi fatwa sejak jadi TPM..(Tok Guru Malaysia)

TPM hairan kenyataan Nik Aziz


MUHYIDDIN Yassin meletakkan balang berisi ikan semasa merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka, semalam sambil diperhatikan oleh Noh Omar dan Mohd. Ali Rustam.


MELAKA 13 Ogos – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hairan dengan sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang membiarkan segelintir pemimpin DAP menghina Islam.

Beliau berkata, sebagai seorang tokoh agama dan ketua kerajaan negeri, Nik Abdul Aziz sepatutnya mempertahankan Islam daripada dihina.

Saya pun hairan dan takjub (berasa aneh), seorang tokoh agama (Islam) boleh menghalalkan orang lain menghina Islam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perayaan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2009 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini.

HR9808: Kenyataan di atas amat keliru dan mengkelirukan..!! Dia tahu maksud tok guru tapi dia putar belitkan..inilah kaedah israel..dan kaum Yahudi tentang arahan Allah...mereka belit dan putarkan..Nak kemana kamu semua ni??

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas sikap Nik Abdul Aziz yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana beliau (Nik Aziz) berpendapat DAP bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap agama rasmi Persekutuan itu mungkin tidak mendalam.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perbuatan menghina agama sama ada Islam atau bukan Islam tidak harus dilakukan kerana ia boleh merosakkan kestabilan, keamanan dan keharmonian yang dinikmati selama ini.

Di Malaysia ini keadaan, negara yang stabil, aman kerana kita menghormati antara lain soal budaya dan agama, kita sudah lama buat, sudah hampir... tak lama lagi 52 tahun negara merdeka, satunya teras ialah menghormati agama, budaya, kaum yang ada dalam negara kita,” katanya.

HR9808: Mahu menegakkan benang yang basah dan tunjuk hero setelah buat fitnah dan bermacam hal lagi..INikah Islam yang hangpa faham?

Beliau berkata, sekiranya “fatwa” Nik Abdul Aziz itu boleh diguna pakai maka akan berlaku huru-hara dan akhirnya rosak Malaysia.

Jadi saya percaya, kalau pun untuk raih sokongan, nak popular, soal Islam tidak boleh dikorban, soal maruah dan martabat agama mesti dipertahankan,” katanya.

Katanya, Pas bukan sebuah parti yang mempertahankan agama Islam walaupun pemimpin mereka melaungkan slogan membangun bersama Islam.

Ini yang saya cukup bimbang pemimpin Melayu yang berkata juara pertahankan Islam tetapi dia tidak menunjukkan sikap yang bertanggungjawab, bahaya itu.

“Saya nak beri amaran kepada orang Melayu jangan dengar cakap pemimpin Pas yang cakap tidak serupa bikin, dia kata nak membangun bersama Islam tetapi dia buat hal-hal yang membawa kesan buruk kepada masyarakat,” katanya.

Muhyiddin berkata, Nik Abdul Aziz yang dikatakan tokoh agama, sepatutnya memberi amaran atau menasihati kalangan pemimpin DAP terbabit supaya jangan menghina Islam.

Beliau yang bimbang dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu berkata, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mempertahankan agama. – Bernama

HR9808: Guna mantiklah sikit..tak pernah belajar mantik ke..itu ayat terbalik...maknanya yang tak jaga Islam selama hari ni ialah UMNO BN>>Inilah tok guru UMNO..Mahaguru perempuannya yang mempertahankan Islam ialah Ustazah Rosmah..alahai..Islam sesat rupanya hangpa ni..Bertaubatlah!!!

Dua cendekiawan Islam tegur Nik Aziz

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Kenyataan terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ‘menghalalkan’ tindakan DAP menghina Islam merupakan satu kenyataan yang dipengaruhi oleh pendirian politik dan tidak berdasarkan kepada kearifan ilmu agamanya.

Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid menegaskan, perkara itu amat serius kerana apabila dibiar berterusan akan menjadikan sesuatu yang menghina Islam sebagai perkara biasa pada akhirnya.

“Bagi saya, pendapat Nik Abdul Aziz itu sangat dipengaruhi oleh pendirian politik. Ia adalah amat membimbangkan kerana akan menghakis terus perasaan sensitiviti terhadap kesucian agama Islam.

Apabila dihina, kita hanya senyap dan pada masa yang sama seperti mengizinkan. Lama-kelamaan ia akan menjadi seperti perkara biasa dan kalis serta jika berlaku, adalah sesuatu yang amat malang bagi umat Islam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

HR9808: Sape yang hina? Blog yang hangpa rujuk tu adalah blog macai UMNO..Jadi hangpa nak bermain dengan ALLAH ya..?? Semoga Allah tunjukkan kepada hangpa semua ..sekarang H1N1 dan apa lagi yang belum semua akan turun nanti..tolong jaga mulut hangpa tu!!! Kenyataan di abawah adalah kenyataan dari cendikiawan yang tak tahu realiti persoalan dan agak senget atau disengetkan oleh media UMNO BN...

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan yang tidak membantah tindakan segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana berpendapat parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Tegas Mahmood Zuhdi, dalam setiap isu berkaitan dengan agama, tidak sepatutnya dipolitikkan kerana dibimbangi akan menjejaskan kesucian Islam itu sendiri.

Justeru, beliau yakin sekiranya Nik Abdul Aziz tidak berada pada kedudukan sekarang sebaliknya sebagai ulama biasa, pasti akan berasa sensitif dengan penghinaan dan cacian terhadap Islam yang dihamburkan oleh orang bukan Islam.

Inilah bahayanya apabila orang- orang agama memakai topi atau pakaian politik. Saya berpendapat mungkin Nik Abdul Aziz sedikit terkeliru kerana tidak mendapat maklumat tepat dalam perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan, Prof. Datuk Dr. Mohammad Yusoff Hussain menegur Nik Abdul Aziz yang terlalu memberi ‘muka’ kepada DAP atas alasan mereka tidak memahami Islam secara mendalam.

“Kenyataan itu adalah jelas tidak tepat kerana saya percaya orang bukan Islam di negara ini sebenarnya sudah cukup faham dengan Islam. Cuma mereka tidak mahukan syariat Islam ditegakkan di negara ini.

Hr9808: BUkankah UMNO yang tak mahu? Sekarang nak tunjuk hebat pula? Inilah politik belit..semoga Allah membelit mereka yang pembelit..!!!

Kalau mereka tidak faham, maka sudah pasti mereka tidak akan mengeluarkan sebarang komen mengenai undang-undang Hudud seperti yang dinyatakan oleh salah seorang pemimpin mereka dahulu iaitu, ‘langkah mayat aku dahulu’,” katanya.

Sebaliknya, beliau berkata, sebagai seorang ulama, Nik Abdul Aziz sepatutnya membetulkan persepsi orang bukan Islam terhadap ajaran Islam dan bukannya menambah kekeliruan mereka.

HR9808: Yang keliru UMNO dah..

Mohammad Yusoff berkata, Nik Abdul Aziz seharunya mengutamakan objektif dan bukan menekankan kepada perkara subjektif iaitu kepentingan politik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Jangan menyokong DAP hanya kerana mereka bersekongkol atau berada sekumpulan dengan kita dengan membuat pelbagai cara untuk menghalalkan apa yang mereka cakap.

“Tidak bolehlah membutakan mata, memekakkan telinga demi kepentingan golongan yang diwakili, kerana secara tidak langsung Nik Abdul Aziz telah menyokong golongan menghina Islam,” katanya yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan.

HR9808: Buat apa nak belit lagi..dulu semasa seminar Hudud dan ditentang oleh pemimpin UMNO..apa kata ulama upahan UMNO..""Belum masanya hudud". Tapi sekarang gunakan hujah yang pernah digunakan oleh PAS dulu..? APa sudah jadi? Berapa banyak fulus dah masyuk ni..? Sama macam kaum khawarij..semua boleh belit dan lutar..Bertaubatlah wahai saudara ku semua!!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!