foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, August 24, 2009

KEDAH DAN SELANGOR..BAHAYA..!!!

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Kedah dan Selangor dalam bahaya

Aug 24th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini). Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.

Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan. Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.

Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor. Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.

Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai. Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.

Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu. Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.

Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor. Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil? Tidak.

Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

hr9808: kami berpandangan...

24 OGOS

Saya sedut dari perakxpress sebagai memperkuat rasa gelisah saya dalam 2 minggu ini. Saya berharap ianya tidak terjadi seperti telahan saya di Perak sekalipun kes di Perak berbeza dengan kes negeri lain. Saya amat terkilan kerana saya sempat menghubungi pimpinan PR Perak masa itu tapi mereka yakin dan berkata tak masalah..namun ucapan itu tidak bermakna sama sekali apabila ianya menjadi realiti.. Sekarang di Selangor dan Kedah pula. Mungkin sebahagian blogger mempunyai perasaan yang sama. Saya secara jujur telah sampaikan mesej ini dalam komentar peringatan buat YB PR beberpa minggu lalu walaupun kaitan kesnya dengan arak di Selangor dan rasuah di Kedah. Sekarang beritanya makin panas seperti sumber bahangnya sudah semakin dekat.

DSAI telah mennyatakan bersiap sedia soal serangan UMNO BN di Selangor. Rakyat terutama penyokong PR amat berharap kenyataan ini bukan hanya retorik. Rakyat berharap ada langkah yang lebih konkrit terutama terhadap nama-nama yang sudah kelihatan kelibatnya. Malam ini Hasan Ali diberi ruang yang lama di TV3 dan kelihatannya ada yang tidak beres. Mohon maaf jika saya salah tanggap. Tetapi jauh dari sudut hati saya Hasan Ali telah semakin kelihatan tidak menghormati keputusan PR baru-baru ini di mana sebarang kenyataan harus merujuk terlebih dahulu ke pihak sekretariat PR.
Kelibat Hasan Ali, bukan baru ini tetapi tidak ada manfaatnya jika kita sesal sekarang. Sekalipun dia tidak melompat tetapi kemusnahan yang dia lakukan rasanya sudah ke tahap pimpinan PAS dan PR wajib mengambil tindakan disiplin. Dari sudut kaedah gerakan Islam juga, rasanya Hasan Ali tidak mampu mematuhinya mungkin kerana belum pernah bersama dalam mana-mana gerakan Islam sebelum PAS. Hanya berpolitik semata-mata, saya yakin siapapun tidak akan mampu berdepan dengan ujian dunia ini. Usahkan yang tidak diproses dengan tarbiah, yang diprosespun ada yang ghuyub.

Saya juga cuba mesej di facebook YB Zulkifli Nurdin lanjutan dari pertanyaan di mana YB ADUN Kulim?

Ya Allah Kau berikanlah mereka petunjuk dan kembali ke pangkal jalan!!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!