foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, August 27, 2009

Penghayatan Ramadhan..di mana kita?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Penghayatan Ramadhan..di mana kita? widget

27 OGOS

Saya tidak dapat bersama teman-teman Jamaiy ke Kuala Kangsar kerana ada beberapa perkara yang perlu saya selesaikan di Ipoh. Terutama berkaitan tugasan dari Ust. Zul untuk tazkirah di surau Taman Meru malam ini. Jika hanya merujuk ke media UMNO BN khasnya, maka sudah tentu makna penghayatan Ramadhan tidak akan dapat kita temui. Lalu saya merujuk kepada sumber-sumber lain. Alhamdulillah semoga ianya bermanfaat juga kepada kita semua.

Saya mahu syer beberapa poin dengan sdr sdri atas maudhu' ini.

1. Ada perkara paling asas yang sering kita lupakan dalam memaknai penghayatan Ramadhan iaitu memeriksa kefahaman Islam dan iman atau aqidah kita secara keseluruhan. Memeriksa atau muhasabah tentang Islam ini seharusnya berlaku setiap malam sebelum kita tidur di malam hari sepanjang hidup kita sejak kita mula kenal Islam atau baligh. Kerana amalan ini adalah amalan yang telah dipraktik oleh para sahabah, tabiin dan para ulama muktabar dan pejuang Islam sehingga kini.

2. Kenapa kita selalu lupa kepada perkara yang asas ini?
Antaranya:
(a.). Sebab utama umat ini umumnya tidak faham Islam yang sebenar dan tidak diperjelaskan dengan jelas apa itu Islam yang sebenarnya. Dr. Abd Karim Zaidan diawal buku Uslub Dakwah beliau menekankan konsep ini terlebih dahulu sebelum menjelaskan yang lain. Apa itu Islam dihurai dengan terperinci sehingga jelas bahawa seluruh hidup kita ini harus tunduk dan patuh kepada ketentuan Allah semata-mata. Mungkin ada sebahagian yang ego berkata..apalah nak belajar asas ni sahaja? Kami dah tahu dah..kami dah faham dah..dan bermacam-macam alasan yang mereka beri agar tajuk asas ini tidak dibahas. Begitu juga dengan Abul Ala Maududi dia juga memberikan penjelasan yang amat terperinci tentang Islam dalam bukunya "Asas-asas Islam". Dr. Fathyakan juga sama mengambil pendekatan yang sama dalam bukunya "APa ertinya saya menerima Islam". Syeikh Mustafa Masyhur juga dengan jelas menekankan betapa pentingnya memahami Islam dalam salah satu topik kecil dari buku Fiqhud Dakwah, iaitu "Dakwah Fardhiah". Dr. Yusuf Qardhawi juga dalam hampir semua muqaddimah bukunya beliau menegaskan konsep Islam secara utuh dan sempurna. Fahaman Islam Kaffah ( sempurna) inilah yang akan mampu menyediakan ruang kepada jiwa kita untuk menjadi hamba Allah yang sebenar. Dari sini barulah panggilan Allah kepada mereka yang beriman dapat disahut dengan sam'ina wata'na. Mereka yang mendengar dan patuh arahan Allah mesti bermula dari fahaman Islam yang jelas. Jika tidak, pasti jiwa manusia itu menolak.

(b). Kaitan sebab yang kedua ialah ulama yang menurut dan umara yang zalim. Islam yang sempurna tidak didengarkan ke telinga dan hati umat oleh para ulama dan umara yang jahat. Mereka saling menutup Islam dan menekan Islam dengan harapan jahat agar Islam tenggelam. Inilah kemungkaran paling besar yang telah dan sedang dilakukan oleh 2 golongan ini. Apa yang kita lihat hari ini adalah akibat dari dosa-dosa para ulama dan umara yang jahat. Sistem pendidikan anak-anak kita, sosio ekonomi, pentadbiran negara sampai ke ceruk kampung semuanya berasaskan kepada sistem rapuh bikinan manusia. Sistem Islam ditolak dengan berbagai-bagai alasan. Inilah dosa besar dan punca segala dosa yang ada sekarang bersarang dari sini.

(c). Umat yang salah faham akan terus asyik dengan permainan dunia ini sehingga wujudnya fahaman hedonisma yang melalikan. TV, games, rempit, rasuah, putar belitkan fakta sebenar dan apa sahaja yang ada dalam fikiran mereka adalah 'fun' atau suka-suka atau happy go lucky. Jika sudah ke tahap ini apakah ada makna Ramadhan bagi mereka? Ya Allah..sdr ku..inilah realiti yang ada dan terjadi di depan mata.

3. Solusinya apa? Ya hanya satu sahaja iaitu kembali semula kepada Islam yang sebenar yang berdasarkan kepada Alquran, hadis dan penjelasan dari ulama' yang mu'tabar. Bermula dari peribadi (individu), masyarakat, komuniti, negeri, negara dan seterusnya harus menerima konsep agenda Islam kaffah. Kempen ini wajib dilakukan dengan kadar apa yang kita ada. Masjid surau pastikan para guru atau imam atau ajk mengajar ilmu Islam ini dari dasar. Bukan ditebuk di sana sini sehingga akhirnya umat jadi keliru Islam yang macamana?. BUat kelompok kecil dan dibahas setiap minggu apa itu Islam dan didakwahkan. Proses ini wajib berjalan dengan cara santun bukan dipaksakan atau bertujuan dunia. Inilah dakwah awal yang kita semua harus bersama agar pada akhir Ramadhan ini kita semua menangis kerana kita semua telah memulakan langkah yang benar untuk mendekati Islam. Dan pada tahun hadapan RAmadhan datang lagi, jiwa-jiwa yang beriman akan menyambut Ramadhan dengan kegembiraan. Inilah makna penghayatan Ramadhan bagi seorang Muslim. Bukan kerana mercunnya, kueh muehnya,fesyennya, dendangan lagunya atau apa sahaja yang diluar dari kerangka Islam.Semoga Allah menerima doa dan hajat-hajat kita ini..Amin!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!