HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat.
Singkatan;IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)
18 OGOS..
Kenyataan Hishamuddin ..saya malu..memberi persepsi yang luas di kalangan rakyat. Jadi sebelum memberi kenyataan atau ulasan sila fikir semasak-masaknya agar tidak menikam diri. Hulur keris tapi tak tahu nak guna atau terguna ditempat yang tak tepat juga merugikan diri sendiri. Lebih baik diasap sahaja keris yang ada dan disimpan agar dapat digunakan di masa akan datang!! Maaf rakyat dah meluat dengan style ugut dan gertak ni. Apatah lagi jika menggertak pada hal yang tak betul. Siapa dulu yang pukul dan tendang YB Gobala? Tolong beri penjelasan atau YB Gobala boleh ambil tindakan mahkamah seperti yang dibuat oleh YB Mahfuz. Menang pula hanya kerana siapa dulu yang mencabar?
Jadi apakah dakwaan Hishamuddin benar atau sekadar sedap mulut aje setelah dapat info dari pegawai polis. Media juga harus berhati-hati membuat atau menulis kenyataan ini kerana ssilap haribulan kena saman nanti!! Saya kira sudah sampai masanya para YB PR jangan bagi peluang kepada YB BN dalam hal fitnah memfitnah. Jika betul fitnah saman sahaja di mahkamah. Sama juga dengan tindakan Tuan Guru terhadap Utusan Malaysia dan jika ada beberapa orang lain yang terlibat memfitnah..maka saman sahaja jawapannya. Cara lain mereka tidak akan pernah faham. Begitu juga dengan Mahyudin semakin hari semakin "lost control.". Mahathir cuba-cuba nak perli dan sebagainya dan jika bersifat fitnah maka samanlah jawapannya.
Inilah level pemahaman Islam yang ada pada pimpinan UMNO. Kutuk, fitnah, caci maki, putar belit,rasuah, curi duit rakyat, makan duit babi, makan duit curi dan yang sejenis dengannya menurut fatwa tuan Guru mereka "HALAL". Sekarang suruh pula majlis fatwa buat fatwa soal hal yang fitnah?. Lebih baik selesaikan dulu yang asas, apakah itu fitnah dan apakah dosa yang membuat fitnah serta hukuman yang membuat fitnah. Majlis fatwa sekarang jadi kuda jugake? Pasti sebahagian besarnya menolak kerana mereka tidak mahu ikut campur soal ini. Bahkan jika diteliti nanti UMNO dilevel sebagai Gerakan nasionalis haram pula macam ARQAM. APakah mahu menerima pemimpin UMNo dan penyokongnya mahu menerima kenyataan ini?
Bubar UMNO bermakna wujudlah parti baru yang memerlukan masa untuk memprosesnya? Oh saya terlupa..semuanya bisa beres semalam sahaja macam yang telah berlaku ke atas Menteri Besar Perak..Nizar disahkan hanya selama 11 jam dan kemudian diesuk harinya ditarik semula oleh mahkamah. Betul-betul katun dan memang politik katun. Rakyatnya dikatun-katunkan oleh pemimpin katun. Yang malang Raja juga terkena imbasan katun. Aduhai Malaysia, bila agaknya politik katun akan berakhir!!
Sikap yang memalukan - Hishammuddin
KUALA TERENGGANU 18 Ogos - Tindakan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), N.Gobalakrishan yang menimbulkan kekecohan di luar pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN), Permatang Pasir semalam amat memalukan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sikap Ahli Parlimen Padang Serai itu tidak boleh diterima sama-sekali terutama dari segi keangkuhan dan kebiadaban beliau.
''Kalau inilah wakil rakyat yang jadi wakil kepada orang ramai, nampaknya mereka belum sampai kepada tahap kematangan (politik) yang dilaung-laungkan oleh pembangkang.
''Kita juga mungkin terpaksa guna semula amalan lama meletakkan Unit Tindakan Ringan (LSF) serta Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di barisan hadapan,' katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan UMNO Terengganu di sini hari ini.
HR9808: Mari kita lihat kenapa Hishamuddin merasa malu?
Tv3..buat liputan yang tidak menyeluruh dan berniat jahat terhadap YB PR..Inikah yang Hishamudin kata dia malu? Atau dia belitkan kenyataan dan hanya merujuk rakaman dari YV3 sahaja. Maka wajar Yb Gobala ambil tindakan mahkamah..
Bandingkan liputan dari TV3..Inilah kezaliman media terhadap rakyat. Apakah cara begini diizinkan oleh Islam? Inilah kesesatan yang amat ketara betapa pemimpin UMNO sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Tipu rakyat, hina para Yb yang dilantik oleh rakyat, maki hamun orang bukan Islam dll adalah bercanggah dengan ISlam. Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Tuan Guru..UMNO tidak mengamalkan Islam sebenar. Saya kira hujah ini punya asas yang kuat maka pimpinan UMNO patut memohon maaf kepada Tok Guru dan YB Gobala dalam kes ini. Atau saman akan diambil? Tepuklah dahi anda wahai Hishamuddin!!
Tuesday, August 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!