IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
28 OGOS
Mendengar sebuah hikayat zaman feudal tetapi ianya masih terjadi di alam realiti abad ini. Pelik sekali sikap Amerika di depan dunia seperrti mahu menjaga keselamatan sejagat atau polis antarabangsa. Suara lantang Hak Asasi Manusia dan bermacam bentuk kempen anti kezaliman amat dikagumi dunia. Tapi sayang, selama ini keindahan berita hanya mimpi rupanya. Lebih malang lagi kepada negeri-negeri pengikut barat USA yang setia. Mereka pula menjadikan KPI USA dalam hal menzalimi manusia diaplikasi tanpa perhitungan nilai dan moral. Yang penting dari USA.
Persoalan ini saya ingin syer dengan sdr/sdri semua;
1. Setelah kejatuhan Khilafah Islamiah di Turki pada tahun 1924. Dunia Islam bagaikan hilang lampu untuk berjalan, hilang payung untuk berteduh, hilang tali untuk mengikat dan segalanya menjadi hancur. Negeri-negeri kecil yang selama ini mendapat naungan Kerajaan Islam terpinggir dan akhirnya terbiar tanapa pembelaan. Ketika ini blok barat dari Eropah dan USA memperkukuh kedudukan mereka.Kemudian negeri kecil ini bermunculan pula para pemerintah yang zalim dan disokong oleh blok barat selagi mereka mahu tunduk..INilah nasib umat setelah tiada lagi khilafah..
2. Bercantumlah negeri kecil ini di bawah naungan beberapa negara eropah dan kemuncaknya apabila tertubuhnya PBB sebagai simbul di mana fungsi Khilafah diambil aleh oleh mereka. Hakikat ini amat pahit buat umat Islam seluruh dunia dan semakin lama semakin parah sehingga setelah dua bandar besar di Jepun (Hiroshima dan Nagasaki) dibom oleh USA sehingga Jepun angkat tangan kepada USA. Maka bermulalah gelaran Polis Dunia kepada USA dan strategi terus dilakukan ke seluruh dunia sampai sekarang.Renungkan vedio ini "akibat Musnah Khilafah.."
3. Salah siapa sehingga KHilafah Islamiah hancur? Salah paling utama ialah salah para umara' dan ulama pada masa itu yang melalaikan makna sebenar khilafah. Umat Islam dimamah dan dimakan oleh kuasa lain di depan para ulama' dan umara' ini tanpa pembelaan lagi. Saya bukan bermaksud terlalu menyudut para ulama' dan umara' tetapi itulah realitinya. Sehinggalah sekarang, gaya mereka masih tidak berubah. Lalu USA terus memperkuat base mereka di seluruh dunia dengan membarwakan para pemerintah di negeri umat Islam. Cara mereka digilai oleh umat. Apa sahaja yang dari USA, semua kelas pertama. Maka nilai lokal semakin terpinggir. Tragis sekali masih ada para ulama' hanya menjadi penonton dan pemerintah mnasionalis menjadi pendata dan peniru kezaliman USA.
4. Saya tidak mahu terlalu terikat ke perincian sejarah, cuma kegelisahan sebahagian umat Islam di beberapa negeri tersebut memunculkan beberapa gerakan Islam yang sekurang-kurangnya ada jalur baru untuk merancang dan bersama. Peranan Ikhwan Muslimin di Mesir bermula dari 1928 bukan sahaja menjadi titik sejarah umat Mesir bahkan ianya adalah titik bermulanya bibit baru untuk umat di seluruh dunia. Hampir di seluruh dunia pada hari ini gerakan Ikhwan ada di situ. Langkah kecil tapi pasti serta barakah telah menunjukkan hasilnya semakin ketara terutama di Indonesia, Malaysia dan beberapa negara arab. Tanda aras ini harus kita pertahankan dan generasi sekarang harus didedahkan dengan gerakan berpengaruh ini agar mereka tahu menghargainya.
Semoga dengan gerakan Islam yang tumbuh bagaikan cendawan dari acuan yang benar, peranan USA dan CIA akan diambil kembali oleh umat Islam. BIla? Ya,,masanya akan tiba jika kita semua ikhlas, smart, konsistan dan memahami startegi musuh dengan jelas. Marilah kita semua bertekad untuk menidurkan CIA di masa akan datang dan memadamkan jejak langkah mereka di dalam jiwa para pemerintah kita di Malaysia dan pihak keselamatannya juga.!! Tamatkan ISA...!!
(Untuk lebih jelas sila rujuk buku Dr. Yusuf Qardhawi..Gerakan Ikhwan Muslimin)
CIA guna taktik halang tidur walaupun telah menafikannya
WASHINGTON 27 Ogos - Setahun selepas pentadbiran Bush mengatakan soal siasat kejam tidak lagi digunakan, Agensi Perisikan Pusat (CIA) menggunakan taktik menghalang tahanan daripada tidur terhadap seorang suspek keganasan pada penghujung 2007, dengan membiarkan dia berjaga selama enam hari berturut-turut dengan kebenaran daripada peguam kerajaan.
Penyiasat membuatkan tahanan tidak dikenali itu kekal berjaga dengan merantai tangannya pada dinding dan merantai kaki pada lantai, menurut pegawai kerajaan dan memo yang dikeluarkan bersama laporan dalaman CIA. Pentadbiran Obama mengeluarkan laporan dalaman tersebut minggu ini.
Walaupun nama dan semua perincian penting tahanan berkenaan digelapkan dan tidak dinyatakan dalam memo-memo tersebut, hanya terdapat seorang suspek saja dalam tahanan CIA pada masa itu, Mohammed Rahim al-Afghani yang didakwa seorang anggota al-Qaeda dan penterjemah untuk Osama bin Laden.
Walaupun pentadbiran Bush mengurangkan teknik soal siasat yang dahsyat, CIA masih melampaui batas dalam apa yang dipertimbangkan oleh penasihat undang-undang pentadbiran sebagai cara yang boleh diterima.
Dokumen menunjukkan dua kejadian pada 2007 yang mana CIA dibenarkan melanggar garis panduan yang disediakan peguam pentadbiran Bush dengan memaksa tahanan berjaga sehingga empat hari.
Menurut dokumen tersebut, tahanan itu dibiarkan berjaga dengan dipaksa berdiri dengan tangan digari di atas paras jantung. Dia dipakaikan dengan lampin supaya penyiasat dapat merantainya berterusan tanpa perlu ke tandas.
Dokumen itu menjelaskan bahawa tahanan dipantau dengan televisyen litar tertutup (CCTV). Sekiranya dia tertidur, rantai pada tangannya akan ditarik untuk membuatkannya terjaga.
Sekiranya kaki tahanan bengkak akibat edema yang boleh menyebabkan darah tersekat dan strok, penyiasat akan merantainya pada bangku tidak rata atau pada lantai dengan tangan diregangkan.
Halangan tidur selama 48 jam akan menghasilkan halusinasi, mengurangkan daya tahan terhadap rasa sakit dan menjadi seseorang lebih mudah dipengaruhi. - AP
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!