foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Monday, September 28, 2009

KENYATAAN ZAMBRY DAN JAMALUDDIN DI PERAK..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

'Pembangkang macam burung unta'

PARIT 27 Sept. - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pelik dengan sikap pemimpin pembangkang yang tidak henti-henti membuat kenyataan menafikan mereka terlibat dengan beberapa tindakan provokatif termasuk perbuatan menconteng dan menyimbah cat pada gambar Menteri Besar itu baru-baru ini.

Zambry berkata, apa yang berlaku menunjukkan ada yang tidak kena membabitkan pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut.

Saya tidak akan lari - Jamaluddin

BATU GAJAH 27 Sept. - "Saya akan hadir seperti biasa. Tiada apa yang perlu ditakutkan," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi berhubung sambungan perbicaraan kes rasuah yang dihadapinya esok.

Menurut Jamaluddin, dia memang menantikan detik tersebut kerana ingin menegakkan kebenaran dan membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya sudah bersedia dan tidak akan lari atau mengelak untuk hadir ke mahkamah. Bila tahu diri tidak bersalah, kita tidak akan takut," katanya.

Hr9808: Kenyataan di atas ...

29 SEPT

Sempena syawal, malas sebenarnya nak mengulas kenyataan tapi oleh kerana terlalu banyak kenyataan yang sebenarnya menghina kredibiti rakyat maka saya bentangkan juga untuk tatapan semua. Khasnya pimpinan UBN di Perak:

1. Rakyat meluat dengan peristiwa rompakan kerajaan Perak. Jadi rakyat bertindak dengan kadar yang mereka fikir wajar. Soal cat atau lebih jauh dari itu bisa saja terjadi selagi hati rakyat masih luka. Rasanya pemimpin se level Zambry, sudah seharusny memahami implikasi dari kemarahan rakyat. Bagi saya ini amat kecil sekali luapan tersebut jika mahu dibandingkan dengan kemarahan rakyat di negara maju seperti Jepun Korea, USA, Jerman dan beberapa negara Eropah yang lain. Tapi ya lah ..ini level pemimpin kita semuanya jadi sensetif..Maka semua angkat bicara..Tahap seterusnya mungkin saja akan terjadi ialah..rakyat baling sepatu seperti yang dilakukan oleh salah seorang rakyat Iraq terhadap Bush. Jika ini bakal terjadi, apakah yang seharusnya pemimpin penyamun tarbus akan lakukan?..Guna polis, guna ISA, guna sultan, guna tempayan macma dalm filem P Ramly??..Tepuklah dada ..dan buatlah istikharah. Rakyat marah wajar atau tidak? Rakyat benci betul atau tidak?..Renungkanlah!!

2. Menuduh pemimpin PR sebagai dalang adalah terlalu naif hujah ini kerana tida bukti yang kuat. Apakah cukup masa bagi para pemimpin PR merancang berbuta sesuatu yang sangat remeh? Saya kira Zambry dan pimpinan UBN bermain dengan bayang-bayang sendiri. Dari fakta yang lalu, yang biasa melakukan semua ini adalah dari kaum gengter UMNO..(bukti bentangkan kain rentang di depan pejabat DAP) dan banyak lagi..Jadi secara lojik, rakyat lebih maklum akan hal ini. Ada pelaku bermain baling batu sembunyi tangan..Rakyat kenal siapa yang rajin bermain batu sebab rompakan juga adalah pendekatan yang sama..Demi rakyat di mulut tapi demi fulus di hati..Rakyat semua tahu..anda semua adalah melaun..Apatah lagi jika komentar dari Jamaluddin..Yang biasa buat kerja pelik..biasanya sudah kecanduan, maka mereka akn lakukan lagi..

3. Jamaluddin dan Osman, di mata rakyat adalah golongan yang sudah hilang identiti dan integriti. Anda boleh bersolek dengan berwajah seperti Gandi tapi diekor anda kainnya menyeret najis. Bau busuk masih terlalu kuat melekat bersama batang tubuh anda. Rakyat kedua-duanya samada yang sokong PR atau UBN, memberi penilian negatif kepada anda sekalipun anda akan terjun dari KLCC untuk membuktikan bahawa anda sudah bersih. Malang sekali nasib anda dan karier anda hanya sampai di sini. Jangan bermimpi lagi di PRU 13 anda akan dipilih oleh UBn untuk menjadi calon mereka dan begitu juga rakyat secara umum pasti menolak anda. Jika umur Mahathir masih panjang, saya yakin Mahathirlah yang pertama sekali menolak anda..!! Sama macam Isa Samat di Bagan Pinang. Jadi kemanakah haluan anda semua?..Ya siapkan sampan. maka berdayunglah menuju muara.

4. Seruan rakyat, bertaubatlah dan jangan sombong lagi!! Ambillah bulan syawal ini sebagai noktah bidayah untuk kebaikan diri anda. Anda bukan sahaja cuba menipu Allah, bahkan anda sebenarnya telah menipu diri anda sendiri. Anda akan merana di dunia dan sengsara di akhirat nanti!! Kembalilah ke pangkal jalan dan renungkah nasib anda. Saya tidak membenci tubuh badan anda tetapi membenci sikap dan akhlak anda yang hina itu. Allah maha pengampun dan maha penyayang, tundukkanlah kepala anda ke bumi dengan ikhlas..maka akan terpancarlah kesedaran yang dalam dari lubuk hati anda!! Inilah tanda iman yang masih hidup tapi jika tidak..maka inilah petanda yang hati anda sudah mati..

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!