IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
24 SEPT
Semasa mengunjungi keluarga di kampung, setelah bertanya khabar dan ucapan selamat hari raya, di hujungnya yang mencuat ialah soal politik Melayu. Masa depan Melayu dan persoalan kenapa Melayu tidak mahu bersatu?. Saya sebenarnya cuba mengelak tajuk ini tetapi bapak saudar dan emak saudar ingin mendengar ulasan saya atau mungkin juga mereka diminta oleh orang tua saya supaya mereka nasihatkan saya. Ya..semuanya bagi sama saja apakah itu memang murni dari relung hati mereka ataupun tidak. Yang penting saya dapat rasakan beberapa hal:
1. Poin mereka adalah copy paste dari media UBN. Susah sebenarnya hendak dibahas dalam tempuh yang pendek dan dalam suasana hari raya. Malam ini saya terbaca pula dari utusan isu ini juga dibahas. Seruan Melayu agar berdamai!!
Berdamailah Melayu Islam
Oleh BAKHARI ARIFF
SEMAKIN luas jurang perbezaan ideologi antara dua orang semakin sukar untuk mereka bergabung. Kecuali jika berlaku transformasi antara entiti itu sama ada secara asimilasi daripada satu ideologi kecil kepada ideologi besar atau integrasi antara kedua-dua ideologi berkenaan melalui cara saling cair-mencair.
Begitulah apa yang berlaku antara Pas dan UMNO sekarang. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berulang kali berkata: “Penggabungan Pas-UMNO adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai kerana percantuman itu ibarat pergaulan lelaki dan wanita yang bukan mahram, sesuatu yang ditegah agama.”
Begitupun, masih ada ruang di hati kecil pemimpin veteran Pas itu untuk melihat kabilah Melayu bersatu kembali. Dan meminjam kata-kata yang lazim beliau lafazkan: “Boleh jika nak gabung, tetapi UMNO perlu ubah dasar dia, daripada kebangsaan kepada Islam.”
Persoalan sama ada UMNO perlu bergabung dengan Pas adalah persoalan apakah ada masa depan untuk orang Melayu di negara ini?
Daya beli orang Melayu mengikut dokumen Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) hanyalah sekitar RM1,500, India RM2,500 dan Cina RM4,500. Melalui daya beli yang rendah ini akan membuatkan orang Melayu Islam bergantung kepada orang lain.
Realitinya, orang Melayu secara rata-rata tidak mampu menghantar anak-anak belajar ke luar negara menggunakan wang sendiri atau tidak mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen berbanding kaum Cina.
Oleh sebab Melayu atau bumiputera merupakan populasi terbesar yang mengisi 66 peratus komposisi rakyat, maka asas kenegaraan harmoni – seperti pernah diutarakan sosiologis Prof. Dr. Mansor Mohd. Nor dan Prof. Dr. Rahman Embong – mestilah menjadi teras dalam aspek ekonomi, politik dan pembentukan budaya.
Asas kenegaraan akibat sejarah penjajahan memerlukan Melayu kuat. Walaupun begitu, daripada aspek pembentukan negara bangsa, bukan bermakna UMNO kuat secara mutlak, tetapi menghendaki Melayu kuat.
Jika begitu apa salahnya jika Melayu dalam Pas gagah dalam aspek mampu menentukan kuasa ekonomi dan politik. Dan pada masa sama Melayu dalam UMNO juga masih kuat? Sejarah mampu menjawabnya setiap kali pilihan raya.
2. Saya sedar kerisauan mereka (orang kampung) dan tahap pemahaman mereka yang terus diisi oleh media UBN saban hari. Tapi mereka termasuk penulis artikel di atas tidak pernah mempersoalkan kenapa baru sekarang pemimpin Melayu perlu diajak berdamai? Sukar bagi rakyat umum untuk menerima realiti yang pemimpin Melayu yang sudah gagal selama lebih 50 tahun mentadbir Malaysia ikhlas berdamai? Mereka lebih yakin bahawa pemimpin Melayu sudah terdesak. Sudah tidak ada nampak cahaya harapan lagi terutama dalam PRU 13 akan datang. Mereka akan ghuyub dan mereka akn menjadi barisan pembangkang pula. Mahathir terjun gelanggang UBN seperti mahu selamatkan keadaan tetapi masih tidak jelas dan belum cukup kuat. Soal rasuah masih bermain dibibir dan sampai saat ini pemimpin UBN gagal membuktikannya mereka serius untuk menghapusnya.
3. Soal ISA dan keselamatan dalam negara pemimpin UBn masih nyanyuk serta mabuk. Rakyat tak mahu lagi ISA tapi mereka masih mahu pertahankan? Saya amat ngeri melihat cara pemimpin UBN menganalisa sesuatu isu. Sehingga bagi rakyat mereka semakin jelas berpendirian bahawa pemimpin UBn tidak realistik dan semuanya hanya kosmetik 1 Malaysia. Siapa yang didahulukan? Masih kroni yang dapat projek berbilion dan kontraktor kecil hanya dapat rezqi cuput. Ada disiarkan di TV3 bagaimana kontraktor kecil tak dapat apa-apa dari budget lebih 60 bilion. Masih tak faham lagi? Pelik sekali.
4. Rakyat kecil terus terhimpit dengan kos hidup, tapi pemimpin UBn asyik berpesta rumah terbuka sampai puluhan ribu orang menjadi tamunya. Siapa para tamu ini sebenarnya? Orang miskin atau kaum kerabat? Hari ini ada rakyat yang tidak berumah dan tinggal dalam khemah sepanjang hari raya tidakkah sesuatu yang merisaukan? Maish berpesta lagi dan bahkan menjadikan idea kempen kononnya rakyat masih sokong kami. Saya amat ragu sekali dengansikap dungu pemimpin kita sekarang. Masih asyik menceritakan kehebatan dan kemewahan diri di samping rakyat berlapar dan dahaga? Saya tidak melihat hasil akhlak ramadhan dan akhlak pemimpin rakyat dalam hal ini. Bahkan semakin kuat saya merasakan bahawa rakyat akan pasti menolak mereka di PRU 13 nanti. Alangkah lebih baik jika budget untuk menjamu 50,000 orang jika didarab dengan rm 10 sahaja seorang hampir RM 500.000 ini disalurkan benar-benar ke fakir miskin? Ini baru anggaran kasar dan jika dikira 10 orang sahaja menteri kabinet dan menteri bear dengan rumah terbuka RM 100,000 maka RM juta habis jadi najis sahaja akhirnya. Saya tidak menyalahkan sepenuhnya jamuan tetapi tidak bersesuaian waktunya sekarang. Itu sahaja..Tak mahu fikir tak ape cuma risikonya tunggulah PRU 13 nanti.
5. Mohon difikirkan juga para pemimpin Melayu yang punya kereta, rumah dan harta kekayaan yang berlebihan di bulan berkat ini direnung semula. Apakah dulunya ini semua hasil usaha sendiri atau hasil rasuah? Jujurlah dengan diri sendiri dan renungkjanlah sedalam-dalamnya!! Untuk berdamai ok..tapi bermulah dengan berdamai dengan diri masing-masing dulu. Hak rakyat yang dirampas selama puluhan tahun apakah tidak perlu dikembalikan kepada rakyat semula? Setelah semua terbuka dan dihitung dulu dengan ikhlas serta dikembalikan semuanya kepada rakyat amak barulah kita buka lembaran saling memaafkan. Selagi belum mampu maka rasanya berdamai hanyalah untuk tujuan politik murahan. Daya beli Melayu amat tinggi jika pemimpinnya tidak menjadi balaci kepada orang lain sejak dulu termasuk para raja Melayu. Nak hujah apa lagi? Nak salahkan rakyat kecil? Cukuplah..dan cukuplah.. masa sudah tiba rakyat perlu menghukum UBN buat kali terakhirnya. Kecuali mereka mahu dengan tulus mengembalikan semua hak rakyat yang dicuri sebelum ini.
6. Saya yakin ada yang mahu kembali kerana hati mereka terpanggil untuk itu terutama yang sedar bahawa mereka sudah hampir ke liang kubur. Tapi mereka juga bimbang kerana tindakan mereka akan menjadi boomerang kepada diri mereka sendiri. Lalu mereka terpaksa menjadi tikus. Dan mereka akhirnya akan menjadi bahan bakar api neraka nanti kerana keputusan yang mereka buat sekarang. Damai atau tidak sekarang adalah implikasi dari keimanan bukan mainan. Jika semua pemimpin takut dengan ALlah maka merekalah yang terlebih dahulu ke hadapan. Siapakah mereka itu? Kita nantikan dan masanya pasti akan tiba!! Jika masih berdegil maka rakyat akan menjadi saksi diakhirat nanti di hadapan Allah yang pemimpin mereka adalah para malaun dan penyamun yang dungu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!