IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Kapal selam tiba hari ini
KUALA LUMPUR 2 Sept. - Malaysia mencipta sejarah tersendiri dalam sistem pertahanannya apabila kapal selam pertama dari kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman dijangka tiba di Pelabuhan Klang esok.
Kapal selam yang dibina di Perancis itu dijangka tiba pada pukul 8 pagi esok selepas menempuh pelayaran mencabar sejauh 8,537 batu nautika dari Toulon.
Ketika ini, kapal selam kebanggaan negara yang berkebolehan menyelam sedalam 300 meter berserta 35 anak kapal itu berada di perairan Selat Melaka dengan diiringi oleh kapal kelas korvet, KD Laksamana Tun Pusmah.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi berkata, KD Tunku Abdul Rahman telah menghabiskan masa selama 44 hari di laut dan 10 hari di beberapa pelabuhan sejak meninggalkan pangkalan tentera laut, Toulon pada 9 Julai lalu.
"Alhamdulillah, semuanya selamat. Pengawai serta anak kapal berjaya melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi kerana menyedari tanggungjawab yang dipikul,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Abdul Aziz, KD Tunku Abdul Rahman telah belayar melalui Terusan Suez, perairan Teluk Aden serta Lautan Hindi, malah sempat singgah di beberapa buah negara antaranya, Jeddah, Arab Saudi, Djibouti dan Cochin, India.
3 septJika benar Najib mendahulukan rakyat maka inilah masanya menjelaskan soal komisyen pembelian kapal selam yang sudah tiba di Malaysia. Rakyat umumnya tahu kes ini dan sewajarnya Najib tidak berselindung lagi dengan dakwaan dari pemimpin PR sebelum ini. Bagi saya Najib perlu jawab kerana 2 sebab:
1. Isu ini sudah begitu meluas sehingga dari anak sekolah kampung sampai ke media antarabangsa pun tahu. Jika jawab atau jika jawab dan memuaskan hati rakyat maka rakyat sewajarnya membuat laporan ke SPRM (walaupun institusi ini masih dipertikaikan) agar menyiasat isu kapal selam. Apapun, Polis dan SPRM boleh berdalih dengan seribu macm alasan serta akhirnya filenya terperap untuk beberapa tahun sehinggalah Najib pencen. Tapi apakah kali ini rakyat akan bersikap sama? Jika soal kuil ada rakyat yang dibayar untuk kandar kepala lembu dan sampai sekarang belum ditangkap orangnya. Maka apakah tidak mustahil rakyat akan bangun lagi dan berjalan seramai mungkin di jalan raya? Najib dan kabinet akan mengelak dan seperti biasa akan menuduh pemimpin PR tidak petriotik. Dia kebas duit rakyat ratusan juta itu petriotik kerana buat senyap-senyap.
2. Semasa pembelian kapal selam ini juga Najib adalah Menteri Pertahanan dan mustahil dia tidak tahu tentnag pembelian ini. Pegawai kewangan di Kementerian Pertahanan pasti tahu dan berapa banyak wang negara dirugikan oleh kroni Najib. Jadi ini bukan rahsia lagi dan seharusnya moto rakyat diutamakan bukan hanya servis lipstic.
3. Cuma peliknya kenapa baru sekarang kapal selamnya sampai? Kenapa tidak di era Pak Lah? Ya rakyat pasti menebak bahawa Najib perlukan kondisi yang amat terkawal sehingga kapal selamnya dapat masuk ke perairan Malaysia. Jika Najib tak mahu jawab maka benarlah Pak Lah juga tak senang dengan kegelojohan Najib dan Rosmah dalam hal kapal selam ini. Pak Lah tak boleh tahan lagi dengan kerenah Najib maka dia percepatkan berundur. Najib dengan berani seolah begitu yakin yang rakyat tidak akan marah setelah kempen satu Malaysia berjalan beberapa bulan di media. Bagi saya ini adalah tindakan paling tidak masuk akal dan Najib mendedahkan dirinya kepada kritikan amat dahsyat dari rakyat. Kecuali rakyat Malaysia dibius dengan ubat pelali agar berdiam diri.
4. YB PR seharusnya mendesak agar isu ini diangkat lagi sehingga benar-benar menjadi isu nasional dan rakyat semakin nampak bahawa siapa yang sebenarnya diutamakan. Najib utamakan dirinya dan kroninya sahaja melebihi dari rakyat kecil. Bagi peneroka Felda dan rakyat miskin di kota beberapa juta hanya permaianan untuk melupakan isu rasuah beliau yang sebenarnya. Jangan bagi peluang atas isu rasuah terutama melibatkan Najib, Rosmah (sampai sekarang masih kawal supply uniform peserta PLKN seluruh Malaysia) dan begitu juga dengan kroi Najib yang lain. Tolong bongkar dan jelaskan kepada rakyat atas isu ini sehingga mereka benaar-benar faham bahawa sebenarnya mereka ditipu oleh Najib dan UBN. Memang sukar untuk membongkarnya kerana semua dikawal oleh sistem rasuah bernegara tetapi tidak ada pilhan lain melainkan membongkarnya.
Pandangan saya imbas dari fb..
ReplyDeleters ago · Comment · Like / Unlike · Share
Muhamad Salmi likes this.
Mohd Yahya Mat Sahri
kapal selam untuk adik, abang dan kakak..yg dikasihi..
15 hours ago · Delete
Sirajuddin Abbas
untuk rosmahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
15 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
kita doakan supaya segera tenggelam !!!
15 hours ago · Delete
Pak Faisal Ks
LOSMAH? Apa mikin, mau shopping lalam laut?
15 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
tak mau lalam la..
15 hours ago · Delete
Sangkaluka Buana
pru 13 get ready nak lari
12 hours ago · Delete
Awang Slamber
kapal selam ini penting untuk pertahanan negara, cuma kita nak tahu proses pembeliannya sahaja. sebab ianya menggunakan wang rakyati, so, kita berhak tahu
10 hours ago · Delete
Mustafa Alias
Awang slamber cakap betul..ia perlu untuk pertahanan negara..raykat? org biasa? siapa yg tak nak pandu...ada lesen...hahah..yg perlu telus dan jujur kaedah pembelian itu..Allah mana mengetahui...amin...
8 hours ago · Delete
Bonnati Luciano
hanya kapala selam 2 aje ke?
7 hours ago · Delete
Mustapa Mansor
yes awang..kita kene tahu..sangkaluka Pru13..nak lari..ke laut ngeri juga tu..bonati..kepala selam ada dalam daun pisang..puteri mandi namanya..(kuih tradisi org perak )
2 seconds ago · Delete
Mustapa Mansor
yes..mustafa..ini yang kita perlu didik rakyat agar tahu hak mereka..jgn sampai belanja dan rampas duit rakyat kemudian hutang rakyat yg tanggung..INi tidak adil..dan jk tak mahu kaui..maka tumbangkan PRU 13!!
2 seconds ago · Delete
Mustapa Mansor
gunakan untuk jaga keselamatan tu bagus..tapi yg komisyen tu tak bagus..dan ada altantunya jg terlibat sampai mati..apa salah dia sampai dibunuh begitu..? Ini fitnah kepada Islam dan dosa amat besar krana org takut kpd Islam..!!
2 seconds ago · Delete