foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Saturday, October 3, 2009

LAPORAN POLIS TERHADAP SISTERS IN ISLAM..



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


4 OKT
Dari berita di SINAR Harian, Sisters In ISlam dengan berani seperti biasa mempertikaikan beberapa perkara berkaitan dengan syariah dan beberapa undang-undang Islam. Sebelum ini, ya tidak ada siapa yang menghiraukan kerana masih dilihat ada ruang untuk dibaiki. Tetapi kali ini mereka semakin tidak keruan terutama atas kes Kartika.
Pada hari Jumaat yang lalu,setelah mengadakan mesyuarat ringkas kami mengambil keputusan untuk membuat laporan polis berdasarkan kenyataan tersebut. Setelah solat Jumaat kami langsung ke balai polis di sebelah Masjid Negeri Perak. Turut serta bersama ialah Cigu Azmi, Ust. Zulkifli,saya, Nazri dan beberapa teman dari Kedah.

Di bawah adalah kenyataan lengkap:

Laporan polis:Menghina agama Islam dan mencabar kuasa Raja-raja Melayu


Pada 1 hb Oktober 2009, kami telah membaca berita yang tersiar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 1 hb Oktober 2009 mukasurat N5 Edisi Perak. Berita tersebut berkaitan dengan sebuah kumpulan bergelar kumpulan tindakan bersama untuk persamaan jantina (JAG) telah membuat sidang akhbar berkenaan memorandum menuntut kerajaan Persekutuan dan Negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas Kartika Dewi Sukarno.
Kumpulan ini mendakwa bahawa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah Syariah Kuantan mencabuli prinsip Hak Asasi Manusia antarabangsa.
Malah kumpulan tersebut menuduh bahawa hukuman syariah yang dijatuhkan ke atas Kartika sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah.
Salah seorang anggotanya Dr. Hamidah Marican, Pengarah Eksekutif sisters in Islam mendakwa ramai yang memeprsoalkan kesesuaian hukuman denda RM 5,000 dan enam sebatan yang dikenakan biarpun Kartika seorang pesalah kali pertama.
Kami dengan ini membuat laporan polis mengenai tuduhan kumpulan ini. Tuduhan yang dinyatakan oleh kumpulan ini merupakan suatu hasutan yang melanggar undang-undang Akta Hasutan yang ada.
Kami mendapati kumpulan ini telah melakukan suatu pernghinaan terhadap kedudukan agama Islam di negara ini dan menyentuh sensitiviti umat termaktub dalam perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Dakwaan Kumpulan ini boleh membawa kesan yang merbahaya kepada keselamatan dan keamanan awam kerana ianya menyentuh kedudukan Polis melakukan sisatan mengikut peruntukan undang-undang akta hasutan terhadap kumpulan ini.

Kami seperti nama-nama di bawah melaporkan..

Mohd Nazri Sahat
Penolong Setiausaha Agung.
Jaringan Muafakat Pertubuhan-Pertubuhan Islam Negeri perak (Jama'iy).

Mohd Azmi Abdul Hamid
Pengerusi Teras

Zulkifli Ibrahim.
Timbalan Pengerusi Jama'iy

Mustapa Mansor
Pengerusi Ikrar

Tandatangan Pengadu,

...........................

3 comments:

  1. Imbasan dari FB..

    Anwar Azidin
    Teruskan Abg Mus.. Bukan dalam isu sebat ini sahaja yang Sister In Islam kelirukan.. dah byk kali..
    Yesterday at 12:15am · Delete

    Muzammil Mohd
    sisters in islam tu dah terpesong! sokong perempuan jadi imam! anak pompuan pak lah member sisters in islam dgn rosmah tonggek...polis tu pulak kerajaan punya
    Yesterday at 12:22am · Delete

    Nurhidayah Mamatone
    SIS tu macam group yang suka memberontak ada ada saja hal yang dibuatnya kalau mereka betul betul berpegang dengan kitab Alquran pasti mereka cepat bertaubat...saya ni wanita yang mencari hidayah moga mereka pun begitu jua.. Amin
    Yesterday at 12:31am · Delete

    Alam Tuhan
    green/islam ل اله الا الله محمد رسول الله

    1. agama
    2. politik
    ... Read More
    sekarang ni terbalik..naper jadi macam tu?
    Bila sebut islam..jangan marah!
    Yesterday at 12:42am · Delete

    Ima Sufi
    Nama SIS juga amat mengelirukan sebnarnya bila landasan dan dasar pertubuhan mereka menyimpang jauh dari kehendak, tuntutan dan larangan Islam spt dlm Al Quran, sepatutnya mereka tdk dibenarkan menggunakan perkataan ISLAM krn Islam itu sendiri sesuatu yang ckp suci dan murni dan berlawanan dan apa yang SIS perjuangkan.
    Yesterday at 12:44am · Delete

    ReplyDelete
  2. Mustapa Mansor
    Ini masalah di Malaysia, ada yang kebal dari undang-undang. Melalui media ini, kami menyeru semua pihak yang cintakan Islam, yang menghormati keluhuran undang-undang dan kedaulatan raja-raja Melayu agar bangun bersikap. Kita mesti bersatu menentang segala bentuk kemungkaran yang dilakukan oleh Sisters in islam selama ini kita lihat dan dengar ... Read Moresahaja. Kali ini kita mesti sedarkan semua pihak bahawa Islam telah lama dicabar oleh golongan/NGO yang berselindung di balik tabir UBN. Laporkan segera ke pihak polis dan Pejabat Agama yang berdekatan.
    Yesterday at 12:49am · Delete

    Muzammil Mohd
    UBN tu apa?
    Yesterday at 12:51am · Delete

    Mustapa Mansor
    UMNO BN>>bro..
    Yesterday at 12:57am · Delete

    Muzammil Mohd
    MINTAK KERAJAAN HARAMKAN SIS TU YG DITERAJUI OLEH NORI ABDULLAH BADAWI DAN ROSMAH TONGGEK!
    Yesterday at 12:59am · Delete

    Nurhidayah Mamatone
    umnoBN kok kalau MICBN + MCABN = MBN..agaknya la ye
    Yesterday at 12:59am · Delete

    Mustapa Mansor
    Ima boleh ajak teman-teman buat laporan..polis..sebagai bukti tekanan kita berikan terhadap SIS..!!! Kita mahu mereka bertaubat dan berhenti dari kemungkaran ini!!! Jadi cara nasihat telah diberikan dan berbagai usaha telah dibuat maka..akhirnya ialah laporan polis..dan pejabat agama..
    Yesterday at 12:59am · Delete

    Mustapa Mansor
    Ya..nurhidayah..itu formula apa..ya? Formula bikin rojak Malaysia atau 1 Malaysia?
    Yesterday at 1:01am · Delete

    Mustapa Mansor
    Anwar..terima kasih atas dokongannya tapi janganlah duk belakang aje..ke depan lah..kerana kami perlukan pengganti..siapa lagi kalau tidak anda semua!! andalah yang paling layak!!
    Yesterday at 1:04am · Delete

    Atok Kaf
    Rasa kita kene bagi memorandum pada mufti juga... nak tengok juga keberanian bersuara mereka selain memberi tekanan pada majlis mufti. Takkan mufti2 nak diam saja..???! Kalau report poliss...buleh jalan ke../??
    Yesterday at 1:15am · Delete

    ReplyDelete
  3. Atok Kaf
    Kene juga mufti2 ni beri pandangan....rakyat nak tau juga suara2 mufti ni...
    Yesterday at 1:17am · Delete

    Mustapa Mansor
    good idea atok..plese lanjutkan..!! di mana-mana sahaja berbuatlah apa yg terdaya..
    Yesterday at 1:17am · Delete

    Mustapa Mansor
    asmah dan Marina anak Mahathir pun terlibat..yang tunggek itu tanya sama najib la Muzammil..tunggek tak masalah itu hal dia..tapi yang jadi masalah bila mengiyakan benda yg tak betul..org lain angguk dgn kepala tapi ada pula yg angguk dgn ..cara lain....
    Yesterday at 1:24am · Delete

    Nurhidayah Mamatone
    saya setuju dgn atok kaf.. mufti perlu campur tangan dlm menangani masalah SIS kalau tidak keadaan akan jadi lebih rumit..
    Yesterday at 1:28am · Delete

    Ima Sufi
    Inilah masalahnya bila kita mendidik generasi baru dgn menerapkan dalam diri mereka bahawa pendidikan agama Islam itu tdk penting hinggakan sanggup menjdkn subjek pilihan untuk exam antara lukisan dgn Pendidikan agama Islam, walhal ianya patut dijdkan subjek wajib dan akibatnya kita melahirkan terlalu ramai generasi yang Islam krn baka atau di sijil kelahiran sahaja contohnya rakan-rakan dlm SIS nilah
    Yesterday at 1:32am · Delete

    Mustapa Mansor
    ya setuju..dgn ima..
    Yesterday at 1:35am · Delete

    Ima Sufi
    Tak ada ke satu cara yg effective yg dpt diguna pakai bg membatalkan pertubuhan mereka krn rata-rata yg memakai topeng Islam dalam SIS ni tdk pun melaksanakan tuntutan yg asas dalam Islam iaitu MENUTUP AURAT dan ianya spt mencanangkan kpd dunia luar terutamanya mereka yg bkn Islam bahawa inilah ISLAM MALAYSIA!!!SO FLEXIBLE!!!
    Yesterday at 1:44am · Delete

    Mustapa Mansor
    inilah seruan sdr kita dari Mesir..:: Statements > MB Statements
    Muslims all over the world must unite and voice their objections and protest to these despicable acts of the IOF
    Muslims all over the world must unite and voice their objections and protest to these despicable acts of the IOF
    The Muslim Brotherhood will not stand and witness the ... Read Moreindecent and barbaric violations committed on the Aqsa'a sacredness; it is the duty of Muslims all over the world to unite and voice their objections and protest to these despicable acts of the Israeli occupation force.
    Yesterday at 1:44am · Delete

    Ummi Abrar
    Setuju ngn Ima Sufi...SIS jelas sesat lagi menyesatkan!
    Yesterday at 4:41am · Delete

    Aswadil Azmir likes this.
    You and Aswadil Azmir like this.
    More Ads

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!