foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Wednesday, October 28, 2009

PERSEPSI PEMIMPIN YANG HARUS DIJERNIHKAN TERHADAP RAKYAT...


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.


30 OKT

Persepsi seorang pemimpin terhadap rakyat harus dibetulkan kerana selagi ada persepsi begini maka kebajikan rakyat dan kesejahteraan rakyat tidak akan dicapai. Persepsi paling salah ialah:

1. Pemimpin masih menganggap rakyat adalah kuli mereka. Yang seharusnya terbalik. Pemimpin adalah kuli rakyat. Realiti yang kita lihat bila bergelar pemimpin segala kelebihan hidup mewah diperolehi secara mudah kerana sudah menjadi prosidur kenegaraan. Saya kira ada kelebihan yang wajar-wajar saja tapi sebahagian besarnya berakibat kepada ketidakwajaran ketika kelebihna tersebut diambil dari budget buat rakyat miskin. Rakyat yang masih ramai yang mengemis tapi raja dan pemerintahnya bergaya di khalayak, saya kira ini sudah salah persepsi. Di waktu rakyat mengikat perut ada pemimpin yang makan 40 x sehari sampai buncit. Di kala kita tidur di kamar berhawa dingin tapi ada rakyat yang berteduh di bawah bangunan atau jambatan. Apakah ini persepsi yang betul? Nanti kita smabung lagi..
(kena ke ipoh ada meeting NGO...)

komentar ini saya ambil dari FB>>.sila renungkan..!!

Ada kerja di pejabat pendaftaran Maju Juntion KL..sambil berjalan ..ketemu lagi warga yg menumpang tidur di tepi gedung pencakar langit..Siapakah mereka ini? Di manakah keluarganya atau dia dilahirkan sendiri atau dia tidak punya anak yang dibesarkannya atau tiada lagi Jabatan Kebajikan yg dipertanggungjawbkan oleh satu Malaysia? saya hanya mampu mendedahkan agar ada hati yg bergetar!!

No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!