foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Tuesday, October 20, 2009

SUKARNYA UNTUK PERCAYA MAHKAMAH DI MALAYSIA..?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Sukarnya untuk mempercayai sesuatu keputusan dari mahkamah di Malaysia selagi masih UBN memerintah. Kenapa lunturnya keyakinan ini atau hanya segolongan sahaja dari rakyat di Malaysia begini? Walaupun nanti akan wujud dakwaan bahawa rakyat tidak menghormati keputusan mahkamah. Ya, inilah realiti pahit yang perlu dihadapi oleh rakyat dan juga negara ku Malaysia. Mahkamahnya masih dipertikai dan mahkamahnya masih dinilai punya big boss yang tidak pernah berubah sejka dulu. Terutama sejak zaman Mahathir. Bagi pandangan saya:

1. Jelas sekali Mahathir masih berkuku dalam stuktur kenegaraan Malaysia terutama di era Najib. Rakyat tahu dan faham hal ini cuma mungkin kadar kemarahan rakyat tidak sama seperti di tahun 1998. Mahathir pandai berlindung di balik mahkamah dan undang-undang yang ada sama seperti Suharto ketika masih hidup. Tapi jika isu ini diangkat semula ke permukaan dan memberi implikasi kepada kemarahan rakyat saya kira tidak akan sama lagi seperti di tahun 1998.

2. Kebangkitan rakyat pada tahun 1998 adalah respons fitri yang kuat sehingga dengan jelas rakyat melihat bahwa Mahathir itu dan UBN itu jahat. Tapi sekarang setelah lebih 10 tahun berlalu, kejahatan UBn dan termasuk Mahathir sudah diterjemahkan dalam bentuk aksi protes pada undian. PRU 10, 11 dan kemuncaknya 12 sudah memberi bukti kukuh bahawa semakin banyak rakyat mahu dan sanggup memprotes Mahathir dan UBN. Jadi kebangkitan untuk turun di jalan sudah berlalu kecuali sesuatu isu yang melibatkan ramai pihak seperti ISA dan beberapa isu lain yang bukan lagi tertumpu kepada DSAI atau siapa sahaja.

3. Apakah ini petanda Anwar sudah hilang wibawa? Saya kira bukan begitu bahkan dengan keputusan beginilah akhirnya rakyat semakin jelas bahawa UBN ini tidak boleh diharapkan bagi emmpertahankan keadilan rakyat. Anwar menjadi ikon penting dalam kasus keadilan dan UBN membuktikan bahawa Anwar dilayan dengan tidak adil sekalipun telah bebas. Inilah kebobrokan sistem yang ada dan selagi UBN memerintah inilah standard yang harus diterima oleh rakyat. Sama juga dengan kes Nizar dan Siva di Perak? Apa bezanya? Cuma orangnya sahaja yang berbeza. Jadi jelas bahawa UBN masih kental dengan faham penindasan dan ketidakadilan.

4. Anwar dan PR mendapat kredit dari beberapa insiden selama ini serta kelebihan akan terus berpihak kepada PR selagi belum ada perubahan. Dan jelas sekali rakyat makin matang dalam membuat penilaian unyuk masa depan mereka dan anak cucu mereka. Jika Anwar dan PR semakin diyakini mampu membawa perubahan maka inilah titik terang akan potensi kemenangan di PRU 13 akan datang. Soal UBN anggap sepele isu ini maka silakan tunggu PRU 13 bagi meyakini dakwaan ini. Anwar dan PR tidak akan mengalami kerugian dalam kes-kes yang sudah dinilai rakyat sebagai tidak adil sekalipun oleh mahkamah tinggi.

Sila renungkan berita di bawah..

Dr. M menang rayuan saman fitnah Anwar

PUTRAJAYA 20 Okt. - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal meneruskan rayuannya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan saman fitnah RM100 juta terhadap Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ini berikutan keputusan sebulat suara panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk mengetepikan rayuan Anwar.

Hakim Abdul Malik yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad turut memerintahkan Anwar membayar kos kepada Dr. Mahathir.

Anwar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 4 Julai 2007 yang membatalkan samannya terhadap Dr. Mahathir yang menuduhnya seorang homoseksual pada persidangan anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) pada 9 September 2005.

Dengan keputusan ini, bermakna mahkamah tersebut tidak akan mendengar rayuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang dijadualkan pada 2 November ini.

Hakim Abdul Malik turut menolak dengan kos permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa bagi membolehkannya memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Melayu.

Dalam permohonan membatalkan rayuan Anwar yang difailkan pada 2 Oktober lalu, Dr. Mahathir mendakwa, terdapat beberapa kecacatan dalam memorandum rayuan menyebabkan rekod rayuan tidak sempurna dan tidak boleh diperbaiki.

Peguam Datuk V.K. Lingam yang mewakili Dr. Mahathir berhujah, antara kecacatan tersebut ialah Anwar tidak mematuhi peruntukan Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 apabila memorandum rayuannya dibuat dalam bahasa Inggeris dan bukannya dalam bahasa Melayu.

Memorandum tersebut juga, katanya, tidak ditandatangani oleh peguam cara perayu, tidak mempunyai tarikh spesifik, tidak mengandungi kronologi peristiwa kes serta gagal melampirkan indeks rekod rayuan dengan teratur.


No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!