foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Thursday, May 13, 2010

Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Deidara Akatsuki
Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 1
I feel the heat
From these 4 candles burning
As I'm staring out the window
In ...solitude I look at life
From different angles
Thoughts strangled
My mind is suffocatin'
In this truth quest
A greed law
That we abide by is ruthless
Enough will never satisfy
Until we toothless
Filthy millionaires
Are gamblin' until they muflis
A sad fact of life
But mankind approved this
I gotta call Him
Sajadah is where the booth is
I'll make it clear that
I ain't even tryin' to preach ya
By sharing thoughts I hope
To find a little peace here
I thank Allah for blessing me
To be creative
So here's a diss for me
For bein' unappreciative
Wanted a perfect life
Yeah smile then die old
Fame, money, women
Phat cribos and white gold
Drive my own Beemer
Before I hit two six
A straight pink bitin' toothpicks
Who walk around town wit' two chicks
And doin' new hits to woo tricks....
Now that's wrong
Pleasure from partyin'
And bullshit don't last long
A lotta yuppies sneakin'
Cars out when dad's gone
Crackin' bottles in clubs
Frontin' designer fashion
But I ain't about
To trade happiness for a Jag
So stop smilin' with your ragtop down
Cause for a fact
I don't care about your money
Or how slick your car
'Cause no matter how rich and big you are
It's still Allahuakbar...

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 2
I know that all this
Ain't the right thing
Partying, chasing moneys
And material things
Flying high
Think nobody gonna
Clip my wings
I'm lying to myself
Knowing that
I've been neglecting
Responsibilities
As a healthy Muslim
Riches and loot
Ain't nothing
We frontin'
Diamonds and scrilla
But forget to say
Alhamdulillah
Made my album a killer
Plan B
Now 2-3 droppin'
And I wish to
Ask for forgiveness
Your guidance
Protection and strength
For humbleness and faith
To make me a better man
Success in foreign lands
Never dreamt of that
I remember being 18
When we started Too Phat
Now let's go back
Three years before that
Sometimes I forget
Me and my parents
Took a trip with granddad
I remember '95
While performing Umrah
Made my wish in Mecca
Right in front the Kaabah
Dear God
You made it possible
When facing obstacles
Please let me do good
Before I pass on
In the hospital
And keep reciting
The Testimony of Faith
And find the right way
Out of this life's maze

Chorus
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let’s avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)

Verse 3
Ay yo…
Two candles go out
That's when
I feel the wind blow
I haven't met Fatim
For two years
Been livin' like I'm single
Evaluatin' all the friendships
Relationship
The reason it's the tenth year
Is 'cause she's a patient chick
And as far as friends are concerned
Many I've had it all
From those who cried for my pain
To those who plotted my fall
I learned to differentiate
Fakes from the great
Mates from the snakes
Apes wanna beef
Hate's all it takes
For me to blow
A diss song for you
Not even worthy
As an album filler
So now it's smiles
And Alhamdulillah
Yeah, love me
Or hate me
This who I am
Look at the past at times
I wish that I was born again
So I can rectify mistakes
And my wrong doings
Attempts on minimizing my sins
Before my story ends
I ain't no Eddie Murphy
Tryin' to sound as a holy man
But if I tried to be a better person
Now I prolly can
(Wait...)
Who am I to advise you
I ain't been the best
Of God's slaves
Just a poet writin'
What my thought says
A little house
A little car
A little sweet girl
Thank you Lord
I'll try to slow it down
On the cheap thrills
This song will prolly stir
A little controversy
At least I ain't be rappin'
Bout the stuff
As tho' I'm born in Jersey
Stage name is Malique
And lost name is Cairel
Mama told me
Stop complaining too much,
So I will... See More
Sayonara Jahiliyyah. Selamatkan Ummat!
Length: 6:19

Wednesday, May 12, 2010

Pendedahan Saiful buktikan konspirasi - Anwar

Pendedahan Saiful buktikan konspirasi - Anwar

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Tuesday, May 4, 2010

BUKTI JELAS YANG PEMIMPIN KITA SUDAH SESAT DALAM BELUKAR USA..

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Sering saya tegaskan sebelum ini bahawa fakta sebenar adalah sesuatu yang akan mampu berdiri sendiri tanpa perlu dokongan dari mana arah sekalipun. Dari laporan media di bawah memperlihatkan seolah-olah MALAYSIA sebelum ini tidak menyokong USA dan Anwar penyokong tegar USA. Ini bukan soal parti atau soal fahaman tapi ini soal prinsip.

Dari pemerhatian saya, sayang sekali pemimpin Malaysia sudah seperti naik kapal terbang besar tapi berlubang di mana-mana. Dalam keadaan menjunam, maka apa sahaja yang boleh dirembat sahaja. Dulu semasa Anwar berada di USA, mereka kata Anwar pengkhianat dan sekarang bila Anwar buktikan fakta isu keselamatan negara yang terancam ada pihak bicara sebaliknya. Saya lihat ini keadaan yang sangat parah. Sebuah negara berdaulat masih meraba-raba mencari nilai. Aduhai bangsaku, bangunlah...!! Tepuklah dahi berkali-kali sampai berdarah.!!! Bangsa ku sesat dalam belukar penjajahan baru...!!

Anwar khianati kawan

KUALA LUMPUR 4 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh kerajaan menggunakan khidmat firma perhubungan awam pro-Israel APCO Worldwide dan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat bekas ejen Israel dalam projek berkaitan pengurusan maklumat dan komunikasi, dikecam hebat oleh sebuah laman web berhaluan kanan Amerika.

Melalui tulisannya dalam 'The New Ledger', sebuah penerbitan Internet Amerika yang menyiarkan pendapat golongan yang menyokong sistem kapitalis dan konservatif, Rachel Motte berkata, Anwar telah membuang kawan lamanya di Washington dan menjadikan kontrak APCO Worldwide sebagai asas untuk mereka cipta teori konspirasi mengenai penguasaan Yahudi, rancangan Zionis dan kegiatan subversif di Malaysia.

Katanya, beberapa orang kanan Anwar juga telah melemparkan pelbagai tuduhan, termasuk kononnya kerajaan Malaysia telah menggunakan khidmat sebuah syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan rejim Zionis di Israel berkaitan projek maklumat dan komunikasi.

Dalam tulisan bertajuk "The Reversal of Anwar Ibrahim", Motte mendakwa Anwar, yang dianggapnya sebagai ahli politik berbisa dan berkarisma, menjadi punca munculnya semangat anti Yahudi di Malaysia.

Katanya, ini bukan kali pertama "beliau mengambil jalan ini" dan beliau "mempunyai sejarah menggigit Yahudi (sikap prejudis atau bermusuh dengan Yahudi) apabila keadaan memerlukan beliau berbuat demikian.

Sebagai contoh, kata penulis itu, menjelang pilihan raya umum pada 2008, dalam satu wawancara dengan IslamOnline, Anwar berkata, beliau mempunyai bukti bahawa kerajaan bukan saja memberi sokongan kepada puak pelobi Yahudi di Amerika tetapi juga kepada beberapa pihak di Israel.

Motte berkata, beliau berterima kasih kepada pengundi di Malaysia kerana tindakan mereka menyebabkan gabungan parti pembangkang yang diterajui Anwar tidak mendapat undi majoriti pada pilihan raya itu.

Katanya, sejurus selepas Anwar dibebaskan dari penjara kira-kira 10 tahun lepas, beliau datang ke Washington, D.C. dan menghabiskan masa sejak 10 tahun lepas bagi menampilkan imejnya sebagai seorang yang penuh bersopan santun dan berperibadi mulia di Barat.

"Hasilnya, pemerhati hal ehwal luar Amerika menganggapnya sebagai contoh pemimpin Islam yang demokratik dan pejuang pentadbiran yang liberal dari Asia Tenggara.

''Beberapa tahun lepas, beliau dijemput mengajar selama setahun di Johns Hopkins School of Advanced International Studies dan di situ, beliau menjalin persahabatan dengan Yahudi Amerika seperti Paul Wolfowitz — sebagai suatu cara untuk menunjukkan betapa beliau telah jauh berubah daripada imejnya sebagai seorang militan Islam suatu ketika dulu.

"Malah, pada 2008, (bekas naib presiden) Al Gore — yang terkenal sebagai lelaki yang bijak dan tajam persepsinya — terdorong untuk menulis dalam laman blognya bagi mempertahankan maruah Anwar apabila beliau dikritik.

"Beliau adalah antara tokoh hebat dari Barat yang tidak boleh dibeli — tetapi seseorang itu boleh rapat dengan beliau sekiranya beliau bermusuh dengan pihak tertentu dan mempunyai hubungan dengan media yang berpengaruh dalam Beltway (perkataan yang digunakan bagi merujuk kepada sebahagian daripada sistem politik Amerika sebenar atau yang dibayangkan dan mengambil sempena nama lebuh raya antara negeri yang melingkari ibu negara Amerika)," kata penulis itu.

Motte berkata, hubungan antara Anwar dan tokoh-tokoh Yahudi Amerika yang berpengaruh begitu rapat hinggakan jika ditanya kepada rakyat Amerika siapakah tokoh demokrat liberal di Malaysia bagi tempoh 1999 hingga 2009, mereka dengan mudah akan menjawab tokoh itu ialah "Anwar Ibrahim." "Tapi, adakah apa yang digambarkan oleh Anwar Ibrahim tentang dirinya di luar Malaysia sama dengan tindakan yang dilakukannya di negaranya sendiri?," tanya penulis itu.

Motte berkata, apabila berada jauh dari CNN, Al Gore dan Johns Hopkins, Anwar menampilkan dirinya sebagai penghasut yang menyemarakkan semangat anti-Amerika dan anti-Yahudi.

Kata Motte lagi, "dalam mencari siapa yang boleh dijadikan rakan Amerika di dunia Islam, memang sukar untuk membezakan antara kawan yang baik dan kawan yang jahat."

"Bagaimanapun, lazimnya, ahli politik yang memperjuangkan teori konspirasi anti-Yahudi bukanlah rakan Amerika," katanya bagi merujuk kepada Anwar.

Motte berkata, perkembangan di Malaysia beberapa bulan lepas menyerlahkan perubahan yang mengejutkan apabila ketua Pembangkang Anwar Ibrahim meniupkan semangat anti-Yahudi, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pula berdiri teguh bersama Presiden Barack Obama dan Amerika.

Penulis itu mengulangi kenyataannya bahawa memang sukar untuk meneka siapakah yang boleh dijadikan kawan oleh Amerika di dunia Islam, selain Raja dan Permaisuri Jordan, beberapa orang di Emiriyah Arab Bersatu dan keluarga diraja Saudi.

"Sebagai contoh, lihatlah sesuatu yang aneh di Malaysia. Negara itu dan parti yang memerintahnya sedia bekerjasama dan bersikap konstruktif terhadap Amerika, tetapi lain pula halnya dengan parti politik pembangkangnya. Keanehan inilah yang sering digambarkan oleh media Barat," katanya.

Motte berkata, kepimpinan Malaysia sekarang bersikap pro perniagaan, pro Amerika dan berani berterus terang kepada dunia Islam bahawa ia adalah sekutu strategik Amerika.

Malah, katanya, pada Sidang kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington baru-baru ini, Najib berikrar akan membantu Amerika dalam pelbagai bidang.

Katanya, nama baik Malaysia sebagai sebuah negara majoriti Islam yang stabil dan berpendirian sederhana begitu menyerlah pada dekad ini hasil usaha keras dan kepimpinan perdana menterinya sekarang dan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi. - BERNAMA

Sunday, May 2, 2010

IKRAR MENGECAM KOMENTAR AWANG SELAMAT..."lagi Kisah Anwar"

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

IKRAR mengecam komentar awang selamat di ruang Mingguan Malaysia 2 Mei 2010 berdasarkan beberapa asas:

1. Komentar Awang lebih bersifat kecaman personal yang boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat ke atas seorang tokoh yang dihormati oleh rakyat. Adalah sangat naif jika Awang cuba mewarnakan seluruh peribadi Anwar sebagai warna kerendahan yang sesuai dengan kehendak kepimpinan UMNO BN. Apakah sebagai seorang yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya yang sah dari sistem demokrasi yang dianut oleh negara Malaysia, Anwar tidak berhak mendapat penghargaan sedikitpun oleh rakyat? Sebagai seorang Ketua Pembangkang di Malaysia sepertinya seperti seorang ketua komunis. Segalanya dianggap salah, hina dan negatif.

2. Hujah Awang yang terlalu mengereng dan liar terhadap Anwar memberi gambaran akan kerendahan dirinya sendiri dan pimpinan UMNO BN. Anwar dianggap seperti seorang rakyat yang dipinggirkan oleh rakyat di seluruh Malaysia. Apakah kewajaran hujah seperti ini? Dan apakah 100% rakyat boleh menerimanya sama seperti pemimpin UMNO BN dan penyokongnya? Saya kira hujah begini adalah hujah lebihan lendir dari pembuangan para tirani di negara ini. Awang sebagai penjilat yang taat setia meneruskan kariernya tanpa rasa malu dan bermarwah.Saya rasa malu dengan perbuatan seorang yang berbangsa Melayu, Muslim dan penulis terkenal di ruang akhbar Media Perdana sanggup menjadi penjilat tegar kepada pimpinan UMNO BN. Melayu yang sopan bertukar menjadi Melayu yang rendah akhlak. Muslim yang mulia bertukar kepada manusia yang hina. Penulis yang hebat beralih kepada penulis dari bahan-bahan sisa luahan tirani.

3. IKRAR mendesak agar Awang menarik semula kenyataan beliau di bawah atau segera memohon maaf kepada Anwar Ibrahim,keluarganya, kepada Ahli-ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Ketua Pembangkang dan juga kepada pengundi-pengundi beliau. Saya yakin dan sewajarnya jika Awang tidak mengambil inisiatif proaktif ke arah positif, Anwar Ibrahim patut memberi pelajaran kepada seorang Awang yang sudah berulang kali melakukan kebiadapan terhadap seorang Wakil Rakyat. Jangan biarkan rakyat dan penyokong Anwar marah dan mengambil tindakan sendiri sepertimana yang sedang terjadi kepada seorang yang mengugut bunuh terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Pihak yang mengapi-apikan kemarahan ini wajar dihukum sehingga merasa bersalah dan tidak mengulanginya lagi.

4. Alasan kononnya saya hanya sebagai seorang hamba menulis apa sahaja kehendak bos atau tuan saya sudah tidak relevan lagi di zaman serba canggih ini. Rakyat bukan sahaja mampu menilai bahkan rakyat juga sudah melepasi kadar arif menilai. Kenyataan konyol seperti yang cuba Awang paparkan sebenarnya sudah tidak layak lagi untuk dihidangkan ke khalayak kecuali inilah kadar dalaman yang ada pada diri seorang Awang. Kembalilah ke pangkal jalan atau ada yang menarik telinga anda untuk kembali. Ini adalah pilihan anda dan kebebasan anda. Namun rakyat yang arif, tidak akan berdiam diri dan akan berbuat apa sahaja bagi memertabatkan kemuliaan diri insan dan marwahnya.

Mustapa Mansor Jamalullail
Pengerusi IKRAR,
3 Mei 2010



Lagi kisah Anwar


Kebetulan atau dirancang? Pemimpin utama PKR, Anwar Ibrahim yang sudah menjangkakan kekalahan PKR di Hulu Selangor terus menghilangkan diri ke Oslo, Norway. Kerap terjadi apabila ada peristiwa yang tidak menguntungkan PKR, Anwar terbang ke luar.

Beliau dilaporkan menghadiri Forum Kebebasan Oslo yang menghimpunkan aktivis yang dianggap memperjuangkan demokrasi, kebebasan dan hak asasi di negara masing-masing. Awang tidak pasti apakah sumbangan Anwar dalam konteks Malaysia.

Menurut laman web forum berkenaan, sumbangan Anwar paling menonjol adalah dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah untuk agama Kristian di Malaysia.

'Perjuangan' Anwar itu mendapat liputan meluas media antarabangsa. Sememangnya Anwar sejak sedekad lalu bekerja keras untuk menonjolkan imej sebagai ikon antarabangsa dan disayangi media asing, lebih-lebih lagi sejak kes liwat pertamanya.

Kini Anwar yang menghadapi satu lagi dakwaan kes liwat dan perkembangan politik yang tidak memihak kepada beliau, memperhebatkan lagi penampilannya di arena antarabangsa.

Di luar negara, beliau menggambarkan imejnya bersih bersih moral dan berintegriti. Seperti biasa juga, beliau meraih simpati dunia bagi menyelamatkannya yang berdepan dengan kemungkinan dipenjarakan atas kesalahan meliwat.

Turut menarik perhatian Awang, beberapa aktivis yang mencetuskan kontroversi di negara masing-masing termasuk yang menentang pemerintahan Islam menjadi ahli panel forum. Awang boleh baca agenda yang tersirat di sebalik forum seperti itu.

Sebagai maklumat latar, Forum Kebebasan Oslo tanpa dicanangkan, juga memperjuangkan hak kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender.

Tetapi Awang tidak teruja hal tersebut. Yang menjadi persoalan mengapa Anwar ghairah menjual imejnya di luar negara selain memburukkan Malaysia. Apakah beliau sedang melakukan persiapan tertentu?

Awang tidak fikir Anwar akan mengikut jejak langkah sahabatnya, Raja Petra Kamaruddin lari meninggalkan negara kerana ia akan menjatuhkan lagi reputasi beliau. Namun kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan. Selain mempercaturkan campur tangan asing membantunya, Anwar memerlukan platform baru di luar negara jika keadaan mendesak. Beliau mampu berbuat apa sahaja sebagaimana pendedahan puluhan pemimpin PKR yang telah meninggalkannya.

Monday, April 26, 2010

Free Palestine



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

AL - FATIHAH for PALESTINE ( jeBateja 22 )



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Sunday, April 25, 2010

Zaid sedang mendahului di PRK Hulu Selangor

Zaid sedang mendahului di PRK Hulu Selangor

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Friday, April 23, 2010

Debat Perdana Keselamatan Negara

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

“Debat Perdana Keselamatan Negara”

Tempat: Simpang Changkat Asa, Ulu Bernam, (berhampiran Stesyen minyak Esso)

Jam: Mula 8.00 mlm.

Tarikh: 24 Apr 2010

Sajak: Dari Dinsman (Wakil Budayawan Bertindak).

Panel: 1. Datok Hj. Zaid Ibrahim (Calon dari PKR/ PR )

2. Sdr P Kamalanathan

(Calon dari MIC / Barisan Nasional)

3. YB. Saifudin Nasution (Setiausaha Agung PKR)

4. Sdr. Ezam Mohd Nor (Mantan ketua AMK)

5. Norlaila Othman

(wakil GMI isteri mantan tahanan ISA)

Moderator: Wakil MAPIM: Mustapa Mansor

Anjuran: MAPIM

(Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia).

www.vivapalestinamapim.blogspot.com



SURAT UNDANGAN PERTAMA:

KOMITI PENYELARASAN BAGI INISIATIF MALAYSIA UNTUK PEMBEBASAN PALESTIN
( Coordinating Committee Of Malaysian Initiative For Viva Palestine )
MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
( MAPIM )
24-3-2, Tingkat 3, Jln 4/50, Diamond Square Off Jln. Gombak, 53000, Kuala Lumpur
Hotline : 019 4747141 / 012 3333825 Pejabat : 03-4023 5155 Fax : 03-4023 4155
www.vivapalestinamapim.blogspot.com emel: vpmapim@gmail.com

Rujukan kami : mapim/pendidikanpolitik/2010/bil/005
Rujukan Tuan :
Tarikh : 22 Apr 2010



Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik
Ezam Mohd Nor
Mantan Ketua AMK dan AHLI UMNO.
Kuala Lumpur

Assalamualaikum wr.wb.


JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PENAL UNTUK DEBAT PERDANA KESELAMATAN NEGARA

Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedang menganjurkan program DEBAT PERDANA KESELAMTAN NEGARA pada 24 hb Apr 2010 yang melibatkan beberapa pihak ngo dan parti politik. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda komitmen ngo terhadap isu keselamatan negara yang sedang hangat diperkatakan. Kami juga berharap dengan program ini dapat membuka fikiran rakyat samada dalam parti atau di luar parti politik soal kaedah bertindak terhadap persoalan ini.

3. Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur amat berbesar hati untuk menjemput pihak Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik agar dapat menghadiri perdebatan ini. Maklumat program adalah seperti berikut:


Perincian program : (ada pada lampiran)

1. Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)

2. Acara : Bermula dari jam 8.30 – 10.30 malam

3. Tempat : Simpang Changkat Asa, Ulu Bernam, Selangor


Segala kerjasama dari pihak Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Harapan kami agar kerjasama yang terjalin ini akan berterusan di masa akan

Semoga perjuangan kita bersama dipermudahkan oleh Allah dan diberkatiNya. Amin.

Sekian, terima kasih.

“BEBASKAN PALESTIN , BEBASKAN MASJID AL AQSA”


Yang benar,

MOHD AZMI BIN ABD HAMID
Setiausaha Agung MAPIM

s.k –

Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim
Pengerusi MAPIM

Sdra Mohd Nazri Bin Sahat
Ketua Pegawai Pentadbiran MAPIM

SURAT UNDANGAN KEDUA:

KOMITI PENYELARASAN BAGI INISIATIF MALAYSIA UNTUK PEMBEBASAN PALESTIN
( Coordinating Committee Of Malaysian Initiative For Viva Palestine )
MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA
( MAPIM )
24-3-2, Tingkat 3, Jln 4/50, Diamond Square Off Jln. Gombak, 53000, Kuala Lumpur
Hotline : 019 4747141 / 012 3333825 Pejabat : 03-4023 5155 Fax : 03-4023 4155
www.vivapalestinamapim.blogspot.com emel: vpmapim@gmail.com

Rujukan kami : mapim/pendidikanpolitik/2010/bil/005
Rujukan Tuan :
Tarikh : 22 Apr 2010



Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik
En. P. Kamalanathan
Ketua Penerangan MIC Pusat.
Kuala Lumpur

Assalamualaikum wr.wb.


JEMPUTAN SEBAGAI AHLI PENAL UNTUK DEBAT PERDANA KESELAMATAN NEGARA

Segala puji bagi Allah Taala, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat. Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sedang menganjurkan program DEBAT PERDANA KESELAMTAN NEGARA pada 24 hb Apr 2010 yang melibatkan beberapa pihak ngo dan parti politik. Tujuan program ini diadakan adalah sebagai tanda komitmen ngo terhadap isu keselamatan negara yang sedang hangat diperkatakan. Kami juga berharap dengan program ini dapat membuka fikiran rakyat samada dalam parti atau di luar parti politik soal kaedah bertindak terhadap persoalan ini.

3. Sehubungan dengan itu, kami selaku pihak penganjur amat berbesar hati untuk menjemput pihak Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik agar dapat menghadiri perdebatan ini. Maklumat program adalah seperti berikut:


Perincian program : (ada pada lampiran)

1. Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)

2. Acara : Bermula dari jam 8.30 – 10.30 malam

3. Tempat : Simpang Changkat Asa, Ulu Bernam, Selangor


Segala kerjasama dari pihak Dato’/Datuk/Datin/Tuan/Puan/Cik, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. Harapan kami agar kerjasama yang terjalin ini akan berterusan di masa akan

Semoga perjuangan kita bersama dipermudahkan oleh Allah dan diberkatiNya. Amin.

Sekian, terima kasih.

“BEBASKAN PALESTIN , BEBASKAN MASJID AL AQSA”


Yang benar,

MOHD AZMI BIN ABD HAMID
Setiausaha Agung MAPIM

s.k –

Ustaz Zulkifly Bin Ibrahim
Pengerusi MAPIM

Sdra Mohd Nazri Bin Sahat
Ketua Pegawai Pentadbiran MAPIM

Fail Program

Thursday, April 22, 2010

Monday, April 19, 2010

Israeli soldiers and palestinian women كلب صهيوني يهاجم امراه مسلمه



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

ISRAEL = GENGSTER...1 Malaysia = 1Israel

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Mustapa Mansor

Mustapa Mansor ISRAEL = GENGSTER...berkawan dengan mereka bermakna kita setuju dengan mereka..1 Malaysia = 1Israel ...inilah hakikat pahit yang sukar diterima oleh UMNO..nauzubillah...Ya Allah Kau campakkan rasa keji dan hina di hati umat ini kepada siapa sahaja yang bersama dengan Israel..!!

www.youtube.com
A female Israeli soldier beats and spits on 3 Palestinian children while her colleague is seen picking up stones and throwing them at the children as they drive away. Ras at-Tira checkpoint, Qalandia District, 15/08/2007.
about an hour ago · · · Share
Zainal Abidin Ahmad
Zainal Abidin Ahmad
PAS for all ± ISRAEL for all = Depan belakang boleh ± Halal haram boleh!
about an hour ago ·
Azhar BalikPulau BentongPahang
Azhar BalikPulau BentongPahang
ek eleh amenda la hang ni Zainal. cari la taktik lain, PAS tak guna APCO utk konsep PAS 4 All. UMNO tu yg bayaq APCO utk 1Malaysia
about an hour ago ·
Zainal Abidin Ahmad
Zainal Abidin Ahmad
Ini bukan taktik tapi fakta. Orang PAS taksub dgn taktik sampai yang haram pun boleh halal pasal taktik konon! Rasuah jadi Sumbangan.
about an hour ago ·
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Ya Allah hinakanlah siapa sahaja yang bersama israel..dan kuncunya..!!
50 minutes ago ·
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Kuburkanlah Ya Allah siapa sahaja yg bersahabat dgn Israel..!!
42 minutes ago ·
Putri Dmummy
Putri Dmummy
ameeeeeeen,,,, ameeeeeeeeeen,,,,, ameeeeeeeeeeeen..
40 minutes ago ·
Zainal Abidin Ahmad
Zainal Abidin Ahmad
Betul betul, ameeen. PAS asyik buat sembahyang hajat perdana selagi ada stadium yg didirikan BN,yang benar tetap benar! Bertaubatlah saudara-saudara ku. Jgn jual agama atas alasan taktik hanya sebab kecewa hajat tak kesampaian! Takutlah pada Allah swt.
32 minutes ago ·
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
Ya Allah berikanlah petunjuk kpd mereka kerana hati mereka jauh dari Mu dan dan Islam,,kasihanilah mereka ya Allah!! merreka adalah sdr/sdri kami, mereka akan minta pertanggungjawaban kami nanti dihadapan MU..sekiranya kami tidak sampaikan kepada mereka sekrang..Kami mengundang KOnvoi pada 8 Mei adalah sebagai tanda bukti kami telah menyampaikan ... See Moremesej ini kepada mereka semua..Ya Allah Kau bukakanlah seluas-luasnya pintu hidayah buat sdr/sdri kami ini sehingga kembali kepada Islam yang sebenar...dan mereka tinggalkan faham bangsa/kaum yg sempit..!!Ya Allah dengarkanlah rintihan kami..kami rindu kepada hidayah Mu dan berharap dari Konvoi ini lebih ramai lagi yg tersedar atas kesilapan mereka membiarkan sdr mereka dikepung di GAZA sudah melebihi 1000 hari..!!
29 minutes ago ·
Ahmad Sunawari Long
Ahmad Sunawari Long
Aku kononnya membenci Israel bila berada di Malaysia. Tetapi apabila di luar negara seperti di Amerika, Jerman dan Australia aku sahabat mereka. Sebab itu tiada Yahudi yang marah padaku bila aku ungkit APCO. Aku benci Israel tetapi penasihat kewanganku dan politikku adalah Israel Amerika. Duit kempen politikku pun dari sumber Israel. Cuba teka siapa aku?. Jika jawapan betul, a free trip to Israel.
21 minutes ago ·
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
sdr yg dihormati semua..silakan anda berpandangan tetapi jauh di sudut hati saya, saya tegaskan bahawa saya tidak kira itu siapa samada warna kulit, bangsa atau parti apa atau apa-apa..yang menjadi dasar sekarang ialah kewajipan menghalau ISrael dari bumi Palestin dan boikot produk Israel. Yg jelas sekarang UMNO..kenapa tak boleh terima sebuah ... See Morehakikat..? dan jika ada yg jelas seperti Gusdur bekerjasama dgn israel..Umat Islam menolak dia..Apa masalahnya? Kita berdiri di atas prinsip bukan ikutan. Yang jelas UMN) sejak dahulu adalah parti peninggalan penjajah dan tokohnya adalah dari golongan elit Melayu yang berfaham nasionalsi sekularis..Apakah ini dakwaan yg salah?..Elit Nasionalis di kebanyakan negara selesa bekerjasama dgn US dan barat sbb di hidung mereka ada ikatan tali yg kuat iaitu faham materisma yg kuat..Hujungnya mereka menolak Allah dalam realiti..menolak Islam jika kepentingan islam melebihi dari kepentingan kuasa mereka..adakah ini salah? kenapa UMNO gagal buktikan segala dakwaan dan sehingga sekarang hanya masih bersifat fitnah?..Tolong berhujah dgn akal yg sihat bukan emosi..Masih ada kuasa memerintah Malaysia tetapi di waktu yg sama masih menunggu pihka lain pula tunjukkan kebaikan Islam..50 tahun tak cukup lama ke?..Eh-ehhh..bila terbongkar kerjasama dan menjadi telibarut Israel..UMNO marah..? malang sungguh bangsa ku ini..yg selama ini siapa yg bekerjasama dgn penjajah dan barat?..Sekarang lebih kuat bukti pula..senym manis bersama Obama..nak tunjuk apa kepada rakyat? Nak buktikan kononnya, pemimpin UMNo tidak sokong barat?..atau apa? Sekat iran pula..jadi nak buktikan apa ye..?
2 minutes ago ·

Thursday, April 15, 2010

TERAS DAN SHURA BANTAH PENDIRIAN PM SOKONGAN OBAMA

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Kenyataan Media
16 hb April 2010

TERAS DAN SHURA BANTAH PENDIRIAN PM SOKONGAN OBAMA

TERAS dan SHURA tidak dapat menerima dan membantah keras pendirian Malaysia yang menyetujui kempen AS terhadap Iran . Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan Presiden Obama jelas memberi mesej bahawa apa yang dikehendakki oleh AS dituruti oleh Malaysia tanpa menghitung implikasinya.

Kenyataan persetujuan PM terhadap pendirian Obama bahawa suatu “signal” yang jelas disampaikan kepada Iran untuk menekannya supaya tunduk kepada undang-undang nuklear antarabangsa mengenai program pengkayaan tenaga nuklear adalah suatu pendirian double standard.

Padahal Perjanjian mengenai nuklear , NPT (Non Proliferation Treaty) yang sudah lama cuba dikuatkuasakan tidak diikuti samasekali oleh kuasa-kuasa besar termasuk AS.
Dibawah perjanjian NPT yang ditandatangani oleh 188 negara pada 1970 dan persidangan yang diadakan setiap 5 tahun ternyata tidak menyekat kuasa besar untuk melanggarinya.

Menurut perjanjian tersebut negara yang mempunyai senjata nuklear dikehendakki memusnahkanya dan yang tiada senjata nuklear akan dibantu untuk membina teknologi nuklear untuk tujuan keamanan. Namun selepas 35 tahun perjanjian itu dipersetujui , kuasa nuklear dunia – AS, Russia , Britain , Perancis dan China – telah menyimpan ribuan senjata nuklear dan terus membangun senjata nuklear yang baru. Negara lain yang tidak terlibat dengan perjanjian itu termasuk Israel , India dan Pakistan. Korea Utara keluar dari perjanjian itu dan kini membina senjata nuklear.

Kami mendapati pendirian PM telah meletakkan Malaysia sebagai negara rakan kepada AS mengenai polisi senjata nuklear. Ini adalah kompromi yang sangat memberbahaya buat Malaysia.

Soalnya apakah Malaysia bersetuju dengan pembinaan senjata nuklear yang dilakukan oleh Israel yang disokong oleh AS ?

Dimana pendirian berkecuali yang selamanya ini ditunjuk oleh Malaysia dalam dasar ASEAN?

Dengan tidak menunjukkan pendirian tegas terhadap Israel , jelas Malaysia diheret untuk turut bersama AS untuk mengenakan sanksi yang lebih ketat ke atas Iran. Pada hal China , Russia , negara-negara Latin Amerika dan Turki menentang sanksi tersebut.

Pada hakikatnya Washington terus membina senjata nuklear tanpa had. Seperti yang diunkap oleh Alice Slater , pengarah Global Resource Action Center for the Environment (GRACE). "The U.S. maintains enough nuclear weapons on hair-trigger alert to destroy the world hundreds of times over and is now researching new, more usable tactical nuclear weapons and adopting a military posture that allows the use of nuclear weapons in preemptive attacks,"

Jelas pendirian AS adalah pendirian yang hiprokit dan mengamalkan double standard yang sangat ketara.

Malah AS tidak mahu akur kepada Comprehensive Test Ban Treaty (CTBT), perjanjian Anti-Ballistic Missile (ABM) , mengurangkan arsenal nuklear dan menghentikan pengeluaran bahan nuklear untuk mengeluarkan senjata .

Lebih ironis lagi ialah AS tidak mahu membuka laluan kepada sebarang pemeriksaan senjata nuklearnya sedangkan ia menuntut PBB dan pemerhati nuklear AS untuk memeriksa program dan fasiliti negara lain.

Jadi apa urusan Malaysia untuk turut bersetuju dengan kempen AS mengenai program nuklear Iran?

Walhal secara teknikal Iran tidak melanggar apa-apa terma perjanjian nuklear. Sedangkan kenyataannya AS sendiri melanggar perjanjian tersebut hampir setiap hari. Apa autoriti moral yang ada pada AS untuk mengenakan sanksi ke atas Iran.

Dalam realiti bahawa sedemikan banyak kezaliman yang telah dilakukan oleh Israel ke atas rakyat Palestin dengan mengguna senjata yang dibekalkan oleh AS , apakah PM Malaysia tidak mempunyai perasaan betapa AS telah membenarkan rakyat Palestin dibunuh dengan kejam oleh Israel.

Hipokrasi AS yang sangat jelas itu tidak mungkin dapat diterima untuk Malaysia menjadi rakan dalam kempennya menindas negara lain seperti Iran.
Kempen AS terhadap Iran adalah suatu agenda yang melanggar asas keadilan dan kedaulatan sebuah negara.

Kami menuntut supaya PM menarik balik sokongan yang telah dilafazkan kepada Obama mengenai kem[ppen AS terhadap Iran dan mengambil pendirian yang tegas dan lebih bermaruah demi mempertahankan kedaulatan dan kehormatan negara-negara Islam.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Setiausaha Agung SHURA

Amnesty International Gaza Master Video



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Zionists blood Zone: Gaza - The Hidden Truth Series #10



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Zionists blood Zone: Gaza - The Hidden Truth Series #10



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Amnesty International Gaza Master Video



IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Demo bantah APCO esok

Demo bantah APCO esok

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Sunday, April 11, 2010

iSLAM DAN FAHAM KEBANGSAAN...?

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
Beberapa muka surat yang telah diimbas dari buku milik peribadi yang berjudul "ISLAM DAN KEBANGSAAN (NASIONALISME): Wujudkah Pertalian Antara Keduanya" dari Mohad Ayop Abd Razid.























Faiz Na'aman
Faiz Na'aman
Ini merupakan naskah yang patut dibaca bukan hanya oleh mereka yang telah menjadi ahli UMNO atau pun yang mahu mendekati UMNO... tetapi untuk semua MELAYU-ISLAM yang ingin memahami asas KEBANGSAAN (NASIONALISME) sebenar yang menjadi teras kepada perjuangan sebenar UMNO.

Penciptaan kepelbagaian bangsa merupakan FITRAH (nature) kepada manusia dari ... See MoreSang Pencipta. Kebangsaan merupakan segala yang berkaitan dengan sesuatu Bangsa (Nation) tersebut, bukan sekadar KAUM (Race) atau Suku (Etnik).

Kepada pihak yang anti sangat kepada KEBANGSAAN (NASIONALISME) atau istilah MELAYU, silalah membalas buku ini melalui FAKTA yang Ilmiah, bukan sekadar dengan penafian yang bersifat emosional dan DHOIF!
17 hours ago · Report
Firdaus Shahar
Firdaus Shahar
Bab lapan dan sembilan menarik perhatian saya.

:D
16 hours ago · Report
Faiz Na'aman
Faiz Na'aman
Memahami hakikat sebenar NASIONALISME tidak beerti kita wajib atau patut jadi ahli UMNO... tapi ia lebih dari itu... kita boleh luruskan apa yang telah terpesong akibat dendam politik yang berpanjangan sejak "Kepimpinan Ulamak" menerajui PAS sehingga ada yang taksub kepada agenda MATA SATU serta liberalisme DAP... hanya kerana memusuhi UMNO..

I go for NGO... PERKASA...
16 hours ago · Report
Fadhil Akhmal
Fadhil Akhmal
tapi bukan ke PR dh buat memorandum persetujuan yg diorg berpegang teguh dgn perlembagaan?
saya tak bantah 153. cuma perlaksanaan trhadap 153 tu sdiri.
lg satu, bukan ke salah satu faktor keruntuhan empayar Uthmaniah dulu disebabkan nationalisme ethnic? di mana undang-undang yg telah lama terpakai sejak beratus tahun terpaksa diubah.
Lagi satu, ... See Morekomunis tu bukan tujuan, tapi alat bagi golongan kiri masa tu utk tentang British. golongan kiri masa tu tediri drpd melayu cina india. mereka turut berjuang agkt senjata lawan British.
14 hours ago · Report
Abdul Rashid Abd Hamid
Abdul Rashid Abd Hamid
kenapa sekarang orang melayu dah tak kisah ngan DAP.. Pelik,pelik,pelik ngan orang melayu nie.. bacalah sejarah yang DAP tu kembar kepada PAP di singapura.. dan keluarnya S'pura dari malaya tu atas sebab apa .. kita fikirlah sama2 kalau beranggapan PR tu betul.. buka minda , buka hati FADHIL AKHMAL ...
11 hours ago · Report
Fadhil Akhmal
Fadhil Akhmal
saya tak anggap pr tu betul. tp saya pn tak anggap bn betul.
saya akui DAP ada sejarah gelapnya. UMNO pun. tp saya cuma nk tgk perubahan je. terima kasih abdul rashid.
11 hours ago · Report
Ismail Omar
Ismail Omar
Habis tu,apa yang betul bagi sdra?
9 hours ago · Report
Faiz Na'aman
Faiz Na'aman
PR boleh buat apa saja memorandum untuk MENANG pilihanraya tetapi belum tentu akan menunaikan JANJINYA seperti JANJI Anwar untuk tubuhkan kerajaan pusat 16hb September tersebut... memalukan...

Dan dalam mana-mana sistem pemerintahan tidak akan ada KESEMPURNAAN selagi ianya diterajui oleh manusia yang tidak maksum. Oleh itu kita perlu pilih yang paling RELEVAN dan RASIONAL untuk REALITI dunia yang kita sedang hidup kini.

Berkenaan kejatuhan Turki Uthmaniyyah tersebut, saudara Fadhil dapat fakta dari siapa? dari Mana? Kerana yang membantu kejatuhan Khilafah tersebut adalah golongan ARAB WAHHABI yang berselindung di sebalik nama AGAMA tetapi membawa doktrin ASSABIYYAH KEARABAN melampau apabila dipacu oleh agen British Harbi bernama T.E Lawrence.... See More

Sila dapat pandangan ulama antarabangsa terkenal Sheikh Imran Nazar Hosein (di website beliau) berkenaan kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
6 hours ago · Report
Mustapa Mansor
Mustapa Mansor
teori kejatuhan Khilafah tu bukan satu jenis tuan,banyak fakturnya. Internal dan eksternal. tapi yang jelas..FAHAM NASIONALSIMA MUSTAFA KAMAL ATTATURK itulah yg digunakan sepenuhnya oleh Inggeris dan sekutunya hingga pada 1924 Khilafah runtuh. Kita bukan bicara kenapa khilafah runtuh tapi kita persoalkan pengaruh faham nasionalisma turki itu ... See Moresehingga menolak Islam sebagai cara hidup dan memisahkannya dari aspek selain ritual. Ini punca besarnya. Mohon maaf, apakah ada beza dengan faham Melayu ketika pemimpin awal melakukan negosiasi dgn British?..sejarah tidak akan menipu dan yg menipu hanya makhluk yg dinamakan manusia. UMNO telah menipu org Melayu dan khianat kepada islam sejak dari awal lagi. Cuma ada satu hal..masa itu pemimpin Melayu rata-rata berfaham sekular. islam resmian aje..arak mengalahkan org putih. Maaf kpd keluarga mereka..!! Tapi inilah realitinya. Rasanya sampai sekarang faham ini terlalu kuat terutama kpd golongan elit Melayu. Khasnya dari istana politik Melayu. (bukan semua)..Jadi apa yg hendak kita belakan lagi faham nasionalisma ini di saat umat seluruh dunia sudah mahu kembali kepada islam sbagai deenul hayah...!! Jika tidak setuju dgn PAS tak masalah tapi jgn kerana tdk sehaluan dgn PAS..ISLAM ditolak sebagai sistem hidup. Sampai detik ni, UMNO (faham nasionalisma moderat kononnya) terus memerintah persekutuan dan tidak ada satu pun yg mampu dilaksanakan mengikut kehendak Islams secara utuh. Umat perlu model. Jgn bagi alasan lagi tdk mahu kepada Islam kerana PAS belum memerintah..dan terus menerus salahkan org lain..SENDIRI BUKTIKAN DULU YG FAHAM UMNO ADALAH FAHAM NASIONALISMA MENURUT ISLAM..!!