Kenyataan Media
16 hb April 2010
TERAS DAN SHURA BANTAH PENDIRIAN PM SOKONGAN OBAMA
TERAS dan SHURA tidak dapat menerima dan membantah keras pendirian Malaysia yang menyetujui kempen AS terhadap Iran . Kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri dalam pertemuannya dengan Presiden Obama jelas memberi mesej bahawa apa yang dikehendakki oleh AS dituruti oleh Malaysia tanpa menghitung implikasinya.Kenyataan persetujuan PM terhadap pendirian Obama bahawa suatu “signal” yang jelas disampaikan kepada Iran untuk menekannya supaya tunduk kepada undang-undang nuklear antarabangsa mengenai program pengkayaan tenaga nuklear adalah suatu pendirian double standard.
Padahal Perjanjian mengenai nuklear , NPT (Non Proliferation Treaty) yang sudah lama cuba dikuatkuasakan tidak diikuti samasekali oleh kuasa-kuasa besar termasuk AS.Dibawah perjanjian NPT yang ditandatangani oleh 188 negara pada 1970 dan persidangan yang diadakan setiap 5 tahun ternyata tidak menyekat kuasa besar untuk melanggarinya.
Menurut perjanjian tersebut negara yang mempunyai senjata nuklear dikehendakki memusnahkanya dan yang tiada senjata nuklear akan dibantu untuk membina teknologi nuklear untuk tujuan keamanan. Namun selepas 35 tahun perjanjian itu dipersetujui , kuasa nuklear dunia – AS, Russia , Britain , Perancis dan China – telah menyimpan ribuan senjata nuklear dan terus membangun senjata nuklear yang baru. Negara lain yang tidak terlibat dengan perjanjian itu termasuk Israel , India dan Pakistan. Korea Utara keluar dari perjanjian itu dan kini membina senjata nuklear.
Kami mendapati pendirian PM telah meletakkan Malaysia sebagai negara rakan kepada AS mengenai polisi senjata nuklear. Ini adalah kompromi yang sangat memberbahaya buat Malaysia.
Soalnya apakah Malaysia bersetuju dengan pembinaan senjata nuklear yang dilakukan oleh Israel yang disokong oleh AS ?
Dimana pendirian berkecuali yang selamanya ini ditunjuk oleh Malaysia dalam dasar ASEAN?
Dengan tidak menunjukkan pendirian tegas terhadap Israel , jelas Malaysia diheret untuk turut bersama AS untuk mengenakan sanksi yang lebih ketat ke atas Iran. Pada hal China , Russia , negara-negara Latin Amerika dan Turki menentang sanksi tersebut.Pada hakikatnya Washington terus membina senjata nuklear tanpa had. Seperti yang diunkap oleh Alice Slater , pengarah Global Resource Action Center for the Environment (GRACE). "The U.S. maintains enough nuclear weapons on hair-trigger alert to destroy the world hundreds of times over and is now researching new, more usable tactical nuclear weapons and adopting a military posture that allows the use of nuclear weapons in preemptive attacks,"
Jelas pendirian AS adalah pendirian yang hiprokit dan mengamalkan double standard yang sangat ketara.
Lebih ironis lagi ialah AS tidak mahu membuka laluan kepada sebarang pemeriksaan senjata nuklearnya sedangkan ia menuntut PBB dan pemerhati nuklear AS untuk memeriksa program dan fasiliti negara lain.
Jadi apa urusan Malaysia untuk turut bersetuju dengan kempen AS mengenai program nuklear Iran?
Walhal secara teknikal Iran tidak melanggar apa-apa terma perjanjian nuklear. Sedangkan kenyataannya AS sendiri melanggar perjanjian tersebut hampir setiap hari. Apa autoriti moral yang ada pada AS untuk mengenakan sanksi ke atas Iran.
Hipokrasi AS yang sangat jelas itu tidak mungkin dapat diterima untuk Malaysia menjadi rakan dalam kempennya menindas negara lain seperti Iran.
Kempen AS terhadap Iran adalah suatu agenda yang melanggar asas keadilan dan kedaulatan sebuah negara.
Kami menuntut supaya PM menarik balik sokongan yang telah dilafazkan kepada Obama mengenai kem[ppen AS terhadap Iran dan mengambil pendirian yang tegas dan lebih bermaruah demi mempertahankan kedaulatan dan kehormatan negara-negara Islam.
Presiden TERAS
Setiausaha Agung SHURA
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!