22 Jan
Selalunya pemerintah yang zalim akan tumpas di tangan kecil rakyat jalanan. Sekalipun ianya jalanan bukan bererti taraf pemikirannya setaraf jalanan mereka lebih agung dari itu semua. Ia lebih kuat dari gelombang tsunami jika dipacu dengan baik dan konsistan. Kali ini NAJIB pula berdepan dengan gelombang ini. Sejauh mana Rosmah dapat merangkul Najib agar tidak hanyut kita nantikan masanya akan tiba. Bila rakyat kecil keluar di jalan dan melaungkan kalimat-kalimat keramat, maka di saat itu pemimpin berhati hantu akan menggeletar dan meminta tolong dari algojol berkereta merah.
Rakyat telah menghidu strategi NR untuk menghancurkan karier politik Anwar kali kedua. Mereka mahu Anwar sekali lagi diam bersemadi di belakang jeriji besi di Sg Buluh. Kali ini Anwar bukan semuda dahulu tapi sekarang kekuatannya jauh berbeza..Inilah fenomena luar jangka yang seharusnya NAJIB ambil kira. Berbuat sesuatu yang menentang arus dari semua kaum adalah sesuatu yang amat mengerikan akibatnya..Anwar adalah hero rakyat sehingga sekarang masih tersemat kukuh di hati rakyat sekalipun ribuan jenis tuduhan dilemparkan terhadap beliau.
Barisan pejuang di belakang dan di depan Anwar lebih tersusun dan tidak mustahil akan bermunculan pula muka-muka baru yang akan mengepalai gelombang kali ini..Ingatan buat regim NR, kamu boleh buat apa sahaja terhadap manusia kecil ini tetapi kamu pasti akan menyesal bila manusia kecil ini dapat membakar jutaan jiwa rakyat untuk mati bersamanya..!! Mereka sanggup mati kerana ini bukan kali pertama mereka siap untuk mati. Mempertahankan seseorang yang dikasihi demi negara adalah kematian mulia dan inilah bayaran yang bakal kamu beli.
Saya masih waras untuk bicara soal ini dan saya juga yakin jutaan rakyat di Malaysia juga masih waras untuk mengungkapkannya. Mereka tidak akan menerima permainan kejam yang disusuli senyuman manis dari pembesar di negara ini..Senyuman dari mereka yang zalim adalah racun yang boleh membakar semangat mereka untuk terus menentang si penzalim..Media dan segala bentuk senjata fitnah bukan lagi menjadi penyelamat buat kamu bahkan ianya akan menjadi bahan-bahan bakar jiwa rakyat.
Rakyat bukan buta dan pekak untuk menilai siapa yang berhati mulia dan siapa yang berhati puaka. 1998 sudah ada bukti dan jasanya kepada kebangkitan rakyat, maka bangunlah wahai rakyat sekali lagi untuk menempa sebuah sejarah di bumi tercinta..
Saya berharap dan berdoa agar rakyat mahu terus bersama dengan kebenaran dan keadilan..!!
No comments:
Post a Comment
silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!