foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Sunday, January 3, 2010

MISI KE LANGKAWI....


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

3 jAN


Mustapa Mansor







Dari jam 10 pagi, selesai mesyuarat dengan Cikgu Mi, ust Halim, Ust Islam dan Salman. Alhamdulillah baru selesai dan sekarang ke Sg Petani sebelum ke Langkawi untuk bertemu dengan e-relawan di sana..


Tiba di Pulau Langkawi jam 8.30, sepanjang perjalanan di laut luas otak jadi penat kerana vedio dlm bot dari awal cerita hantu. Alhamdulillah dpt lelap mata di pertengahan jalan. Terbangun kembali melihat cerita hantu..aduhhhhh..nak jadi apa bangsa ku...???







 Selepas makan malam bersama e-relawan Langkawi, kami sempat meninjau ke beberapa pusat hiburan yg masih tanpa segan silu menjual arak kpd Muslim, masih ramai pelacur dan anak-anak Muslim berpeleseran..?? Malam esuk sy di Masjid Al Hana Kuah Langkawi, kpd teman FB di Pulau Langkawi yg free sila datang ok!!..



 E-relawan Langkawi telah menyusun program dari 4 Jan - Masjid Hana, 5 Jan - Pulau tuba dan 6 jan - surau Desa Permata. Langkawi..Sila dtg !!



Rehat jam 1.30 pagi


INFO DARI E-RELAWAN@LANDAS LANGKAWI



01 Januari 2010

Suasana tahun baru di Langkawi

Lebih kurang pukul 11.30 malam kami membuat tinjauan di Pantai Cenang Lokasi tumpuan menyambut tahun baru.Sebelum bergerak ke pantai kami terlebih dahulu meninjau tempat berlangsungnya fun fair. Di kawasan fun fair kami dapati ada pentas untuk mereka yang berbakat menunjukkan bakat mereka. Setengah jam selepas itu kami bergerak ke pantai cenang.Belum pun sampai di pantai kami telah terasa bahang sambutan tahun baru dengan bunyi dentuman tembakan bunga api. Setibanya kami di pantai kami dapati pantai penuh sesak di penuhi oleh berbagai keturunan manusia.Dasyat dan sungguh dasyat apabila kebanyakan mereka yang mabuk berpelukan dan bercumbu tanpa memperdulikan orang lain.Kebanyakan pengunjung adalah awang hitam,awang putih.Langkawi di landa tsunami arak dan tsunami keruntuhan ahlak.









30 Disember 2009

Iklan parti arak dalam kapal di perairan Langkawi

Sepuluh bulan yang lepas saya dan rakan-rakan LANDAS Langkawi telah membongkar satu operasi parti liar yang berlangsung di sebuah kapal di perairan Langkawi. Kalau dulu iklannya hanya menggunakan brosher A4 tetapi kali ini mereka dengan berani menggunakan banner. Parti liar ini di beri nama white Parti. Pemilik hotel ini ialah ahli korporat melayu yang bergelar Tan Sri.Kasihan Tan Sri ini walaupun harta melimpah ruah tetapi masih merasa tak cukup kerana harta yang tidak berkat.Hidup main hantam kromo.Ingatlah wahai manusia setiap daging yang di hasilkan dari makanan yang haram maka nerakalah tempatnya.Entah apa lagi yang di cari oleh pemilik hotel ini walau pun telah bergelar jutawan namun dia masih sedap makan rezeki dari sumber yang haram.Nauzubillahimin zalik.




Hotel Vella Vista

29 Disember 2009

Salam 1431 Hijrah dari Pengerusi LANDAS Langkawi


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tahun ini adalah tahun fasa ketiga LANDAS bergerak di tengah-tengah masyarakat. Bagi LANDAS Langkawi ianya baru masuk tahun kedua, usia yang sangat muda. AlhamdulilLah para aktivis begitu bersemangat. Ahli semakin bertambah dan mendapat perhatian masyarakat. Setiap hari ada saja hamba Allah bertanyakan tentang LANDAS dan aktivitinya. Teruskan sehingga Islam sampai memasukki melalui setiap pintu rumah penduduk Langkawi. Perjalanan masih jauh dan perbaharui ikrar hari ke hari dan berdoalah kepada Allah SWT agar kita di kekalkan di kalangan mereka yang menegakkan yang makruf dan menjauhi yang mungkar.





Menjadi aktivis yang menjaga kepentingan Islam bukan suatu perkara yang mudah. Jika mudah sudah tentu manusia akan berduyun-duyun dan menawarkan diri untuk berada di barisan hadapan. Jangan merungut dan jangan mengeluh jika terasa penat dalam perjuangan, kerana kepenatan itulah nanti yang akan menjadi saksi kepada usaha kita di hadapan Allah Rabbul Jalil. Sentiasalah berfikir ke arah mensejahterakan umat. Ketahuilah ramai yang memerhati perjalanan aktivis LANDAS dan pasti ramai yang akan menyertainya jika kita berjaya merintis jalannya.




RasululLah SAW pernah patah gigi, koyak baju besi, ditawarkan ganjaran kekayaan, ditawarkan menjadi pemimpin dan wanita agar berhenti menyebarkan Islam namun baginda tidak berganjak. Itulah tandanya Islam itu maha agung dan pejuangnya tersangat hebat.Rasulullah tidak pernah memikirkan kepentingan diri sendiri dan sentiasa memikirkan kepentingan orang lain. "Umat ku, umat ku, umat ku" itulah kata terakhir baginda sebelum menghembuskan nafas terakhir. Baginda sangat takut kalau-kalau ada saudara seagama menyimpang dari landasan agama. Bukan mudah dalam kerja ingat-mengingati. Kadang-kadang di perli dan di keji namun itulah resam kehidupan seorang pendakwah.




Masyarakat yang dihidangkan dengan amal makruf dan amal munkar menuntut kita bekerja lebih gigih dan mempelbagaikan uslub dalam menyampaikan Islam. Kita perlu lebih berani dalam menghadapi suasana yang semakin mencabar. Lihatlah para sahabat mereka berebut-rebut berada di saf hadapan. Jangan takut dan jangan gentar sesungguhnya Allah pasti akan menjaga pejuang Nya. Jika pun ada caci maki semasa berada di lapangan itu tandanya Allah sedang menguji kita. Dia mahu melihat sejauh mana keihklasan kita. Jangan ada niat yang tak betul kerana ia akan merugikan kita.





Jangana tinggal usrah kerana ia adalah penguat jiwa. Berbicaralah dengan penuh hikmah dan selalu bersangka baik semasa di lapangan. Kita hanyalah menjalankan amanah dan Allah jualah yang memberikan hidayah. Akhir kata, semoga sahabat semua berjaya sampai ke garisan penamat sehinggalah Allah menjemput kita. Insya Allah kita akan melipat gandakan usaha dan mencelikkan masyarakat betapa pentingnya hati yang hidup dan sentiasa berfikir bahawa menjaga Islam adalah tanggung jawab bersama.

Lagi cafe arak di pekan Kuah


The Shore Cafe ini suatu ketika telah di tutup tetapi kembali beroperasi. Terletak di pekan Kuah, bersebelahan jambatan pekan Kuah menghala ke Jeti. Barang kali pihak PBT tidak nampak papan tanda dan gambar arak tetapi premis ini terletak betul-betul di tepi jalan.Orang melayu jualah pengunjung utama.

20 Disember 2009

Cari mekanisma terbaik tangani penjualan arak berleluasa

LANDAS Langkawi sedang berusaha mencari mekanisma baru dalam usaha menyekat penjualan arak yang tidak dapat di kawal di bumi Langkawi. Usaha yang di maksudkan ialah dengan melibatkan masyarakat. Antara rangka cadangan yang akan di buat oleh LANDAS Langkawi ialah dengan cara menemui pemimpin masyarakat yang melibatkan wakil rakyat, penghulu, imam, ketua kampung dan mempergiatkan kempen. LANDAS Langkawi pada masa sama akan melipat gandakan gerakan dengan menerbitkan lebih banyak risalah untuk di edarkan kepada orang ramai semasa turun ke lapangan. Kami juga akan mengajak rakan -rakan lain dalam NGO Islam Langkawi khususnya agar di wujudkan jaringan yang lebih kukuh dalam usaha menyeragamkan gerakan ke arah gerak kerja yang lebih tersusun dan berkesan. NGO hendaklah lebih pro aktif dan agresif jika mahu melihat masyarakat berubah. Perbaharui cara lama yang mana cara itu agak kaku dan hanya memperlihatkan kewujudan sesuatu pertubuhan. Gabungan NGO Islam yang terdiri daripada LANDAS,TERAS,ABIM,PERDAH DAN PERKIM akan cuba kedepan dalam membantu masyarakat dan mana-mana kerajaan untuk mendampingi masyarakat. Pemimpin masyarakat hendaklah di sedarkan agar mereka sedar dan bangun.

16 Disember 2009

SEX DEN POSING AS BUDGET HOTELS (nst) & BANYAK KONSERT DI LANGKAWI SEPANJANG TAHUN INI (sinar)




ISU ARAK & PAPAN TANDA AMARAN

Exco perumahan dan kerajaan tempatan, exco agama, jabatan agama, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan pihak polis perlu duduk berbincang penyelarasan untuk tindakan bersama bagi mengatasi gejala arak. Seksyen 25 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988 memperuntukkan undang-undang, mana-mana orang yang minum arak atau sesuatu barang minuman yang memabukkan adalah bersalah yang boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebih RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 3 tahunatau kedua-duanya. Seksyen 25 (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988memperuntukkan undang-undang, mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.

13 Disember 2009


LANGKAWI - LANDAS Langkawi amat kesal terhadap mereka yang sering menganjurkan konsert di bumi Langkwi. Semenjak tahun lepas lebih kurang 6 konsert telah di adakan. Apabila diajukan soalan kepada EXCO yang bertanggungjawab ke atas PBT akan konsert tersebut, beliau mengatakan "saya tak dapat maklumat”. Jawapan ini saya terima semenjak dari konsert pertama di adakan sebelum ini. Agaknya jawapan ini akan digunakan sampai bila-bila. Siapakah yang bertanggungjawab ke atas konset ini? Timbul persoalan di benak saya akan peranan Ahli Majlis Mesyuarat PBT dan MKK yang diamanahkan oleh kerajaan negeri. Apakah mereka hanya pelengkap korum mesyuarat atau hanya menunggu cukup bulan. Setiap kali konsert dilangsungkan mereka akan mengatakan yang mereka tidak tahu dan tidak dimaklumkan. Maknanya mereka dipermainkan oleh pihak Pegawai Daerah. Pihak penganjur buta hati dan buta perut di atas gejala sosial yang melanda umat Melayu Islam. Mereka bongkak, takabbur meninggi diri dengan kuasa sementara yang ada pada mereka. Harap kerajaan negeri segera menyekat mereka yang tidak bertanggungjawab dari terus merosakkan anak Kedah dan Langkawi khususnya. Ingatlah bahawa sikap angkuh bukanlah sifat manusia tetapi sifat Allah SWT.


Kami menerangkan tentang perlanggaran waktu urusniaga kepada penjaga karaoke tersebut dan penjualan minuman keras kepada pengunjung karaoke. Premis ini milik orang melayu dan penyewanya orang Pulau Pinang. Ramai pengunjung karaoke ini mabuk sewaktu kunjungan kami.


Kami bertanya kepada pekerja Melayu di karaoke Langkawi Fair, hingga pukul berapa karaoke ini beropersi?. Mereka menjawab "hingga pukul 4.00 pagi.”Kami menerangkan kepada mereka agar mereka tidak bersubahat dalam kerja-kerja yang diharamkan oleh Allah SWT.


Aktivis LANDAS menggunakan pendekatan “HEMOI” dalam menyampaikan misi kepada pengunjung karaoke di Langkawi Fair. Memberi salam dan memeluk mereka.








No comments:

Post a Comment

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!