foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Showing posts with label ISU KUI:L. di SHAH Alam.... Show all posts
Showing posts with label ISU KUI:L. di SHAH Alam.... Show all posts

Sunday, September 6, 2009

SIAPA YANG LEBIH LAYAK MEMERINTAH SELANGOR..??

IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.

Pakatan gagal tadbir Selangor

BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosioekonomi dan politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional puluhan tahun

-A. Kohilan Pillay

Pengerusi Gerakan Negeri Selangor

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah berlaku macam-macam

-Datuk Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)

Ini membuatkan rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu berfungsi

-Profesor Dr. Ahmad

Atory Hassan

Pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam Universiti Sains Malaysia

hr9808: Membaca laporan tentang kejadian di Shah Alam memberi ruang untuk merenung:

1. Jelas UMNO dan kuncunya menjadikan isu ini sebagai bukti kononnya PR tidak mampu tadbir Selangor. Kenyataan di atas adalah konklusi mereka. Soal benar atau tidak tidak penting asal setelah ada orang mengamuk macam orang tidak siuman maka terus hukum PR.

2. Jika tidak PR siapa yang mampu ganti? Mungkin foto sebelah adalah calon yang mampu atau mereka hanya sekadar upahan buat pemimpin UMNO yang menyorok di belakang? APapun tindakan mereka jelas sekali mereka tidak boleh rasional lagi.

3. Bagi berdepan dengan mereka yang sudah tidak rasional maka saya kira ada baiknya pemimpin PR hentikan segera apa jua bentuk plan soal kuil. Bekukan sementara sehingga tenang. Jangan dipaksakan apapun alasannya kerana berdepan dengan mereka yang hilang pertimbangan amat membahayakan semua. Apatah lagi disaat Najib memang sudah merancang menakluk semula Selangor. Maka insiden begini bukan mustahil kerana ada penaja gergasi dan ada pengipas di balik tabir...

4. Saya ingin sarankan kepada NGO Islam seluruh Malaysia agar membuat kenyataan kolektif terhadap insiden ini kerana telah mencemar nama baik beberapa orang YB PR (Khalid Samad dan Raodhiah). Kenyataan dari mereka yang bersifat mengugut "mahu bunuh" dan "mahu rogol" bukanlah kenyataan yang biasa dan lebih bahaya dari kenyataan Jeff Ooi. INi kenyataan maruah dan nyawa. Begitu juga dengan pihak YB sila laporkan sahaja ke pihak polis dan ambil tindakan mahkamah!!

INi antara kenyataan mereka..."Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “

Hr9808: Merendahkan maruah seorang Muslimah yang baik..ketika zaman Umar Alkhatab..dia lancarkan perang dan begitu juga di zaman Muhammad Alfatih.
Jadi kepada gengster UMNO tolong berfikiran waras dan sila renung sedalam mungkin kerana yang kamu kata adalah saudara kamu sendiri dan kesannya amat besar jika kamu tidak hentikan segera perbuatan konyol ini. NGO Islam harus bersikap dan jangan biarkan keadaan seperti ini.!!

5. Solusi mengganti PR adalah solusi rendah akal dari UMNO. Apakah Khir Toyo lebih baik dari Tan Sri Khalid? Jauh macam langit dengan bumi khasnya soal rasuah. Jadi janganlah kerana soal kuil sampai terbawa dan membelakangkan kehendak majoriti rakyat Selangor. Khir jadi kepalanya perkauman dan dia benar-benar bermaksud..Inilah kenyataan beliau...Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau.

HR9808: Siapa yang lebih lembu? Tenguk cermin dulu !! Rakyat lebih tahu..kita lihat PRU 13 nanti...

Friday, August 28, 2009

ISU KUIL..DIJELMAKAN DALAM PROTES KEPALA LEMBU..


IKRAR: (Ikatan Kebajikan Rakyat). Badan bebas dan non partisan. Fokus kepada nasib dan kebajikan rakyat.
KUIL lagi OKKKKK>>>> Tahniah PR, Tahniah juga pada pengundi di Selangor.. Lebih Banyak KUIL dan GEREJA dan kandang BABI... BAIK UNTUK SELANGOR.

HR9808: Jadi saya jawab ..Prowaris..kenapa tak tanya UBN selama 52 tahun berapa ribu kuil, gereja, tokong dibina,,kenapa sekarang pula bising?..Macamana nak aman bro jika faham sempit UMNO begini? Depa buat tak pe..PR baru izin satu dah kecoh..apa hal ni bro? sy semakin yakin bhw UBN akan tumbang jika terus begini dlm PRU 13 nanti..kpd YB PR tolong lebih smart dari mereka ... PRU 13 jadi kenyataan PR memerintah!! KUIL yang paling bahaya ialah KUIL RASUAH, NEPOTISMA DAN KRONISMA UMNO..RAKYAT WAJIB RUNTUHKAN..INilah berhala sebenar...

Sebelum tu saya juga komen
di FB YB Khalid Samad.."demokratik yb..jangan sampai mereka minum darah dari lembu sudahlah..macam puak bahai pula..!! bincanglah dgn depa ni..kesian tenguklnye..!! "


Dari pemerhatian saya sejak kebelakangan ini UBN semakin terdesak dan akan buat apa sahaja termasuk menghasut penduduk dan bermacam kerja mereka sanggup lakukan. Imej terdesak begini sebenarnya tidak menguntungkan kepada UBN. Rakyat umum semakin nampak bahawa Najib dan kabinetnya sudah tidak berdaya untuk menghalang penyokongnya agar bertenang. Mana dia Hishamuddin? Jika PR demo sibuk mereka komen macam-macam yang tidak masuk akal. Khianatlah dan tidak menjaga hati kaum lainlah dan seribu macam alasan. Kita tunggu esuk apa komen Menteri KDN kita? Jika membisu dalam isu ini bermakna dia juga sudah lemas dengan imej merudum UBN sekarang.

Dipihak PR seharusnya lebih matang dan smart!! Solusi ada dalam perbincangan dan inilah media terbaik yang Islam ajarkan jika timbul masalah terutama yang berkaitan dengan isu sensetif begini!! Soal peranan UBN yang memanaskan, masanya akan tiba bahawa PR lebih faham nasib dan kebajikan rakyat.