11 Jan 2010
Mari kita berlaku jujur terhadap realiti yang berlaku. Saya kutip perbincangan di fb agar kita semua dapat merenungnya..
IKATAN kEBAJIKAN RAKYAT,
Kenyataan Media M.A.P.I.M 4 hb Januari 2010 MAPIM LANCAR KUMPUL TANDATANGAN SEJUTA UMAT Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hari ini melancarkan kempen kumpul tandatangan sejuta umat Islam untuk membantah penggunaan kalimah Allah oleh Herald-Catholik Weekly yang dilulus oleh Mahkamh Tinggi Kuala Lumpur. Tujuan kempen ini adalah untuk mendesak pihak pemimpin agama Katolik di negara ini agar tidak meneruskan niat menggunakan kalimah Allah dalam majalahnya kerana ia akan mencetuskan kemarahan dikalangan umat Islam. Penggunaan kalimah Allah dengan maksud lain dari yang sudah muktamad dalam Islam adalah suatu penghinaan kepada agama Islam dan umatnya. Kempen kumpul tandatangan ini berserta memorandum yang disediakan oleh MAPIM akan dihantar kepada semua Raja-raja Melayu dan Perdana Menteri. MAPIM mahu supaya isu ini segera diselesaikan dengan mengambilkira prinsip kebenaran Allah yang Maha Esa tidak boleh dikompromikan dengan maksud Tuhan oleh mana-mana agama lain dan dengan itu keharmonian kehidupan antara agama di negara ini dapat dipelihara. MAPIM merancang kempen kumpul sejuta tandatangan umat Islam ini dalam tempoh sesingkat mungkin bermula dari hari ini akan menegaskan sikap umat Islam dan meningkatkan kesatuan umat berlandaskan kebenaran Islam di Malaysia. Mohd Azmi Abdul Hamid Setiausaha Agung MAPIM |
Saujana
UNIQUE
HIJJAZ
Remaja Masjid
Daie
Sinar Harian
Majalah Asuh
Iluvislam.com
Majalah Mastika
Aqsa syarif
Palestinikini.com
Artis Malaysia

atau
Setelah kami terima emel dan pengesahan pembayaran dalam masa 24 jam penghantaran dilakukan: