foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan
Showing posts with label pesan buat reformis. Show all posts
Showing posts with label pesan buat reformis. Show all posts

Wednesday, April 16, 2008

DSAI REFORMIS YANG MENJADI HARAPAN GOLONGAN TERZALIMI DARI SEMUA KAUM DI MALAYSIA!!

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Wednesday, April 16, 2008

HR9808: Kami bersependapat dengan pandangan sdr Rashidi...

Umno harus sedar majoriti Melayu teras kekuatan Anwar Ibrahim

Mohd Rashidi Hassan
Wed | Apr 16, 08 | 4:46:52 pm MYT

Peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri sekali gus Menteri Kewangan pada 2 September 1998 dan disusuli pemecatan sebagai Timbalan Presiden Umno pada 3 September, melakar sejarah baru dalam politik Malaysia.

Anwar bukan sahaja dipecat, malah dihadapkan dengan dakwaan 10 pertuduhan yang membabitkan penderhakaan terhadap negara, rasuah dan salah laku seks yang menyebabkan beliau terpaksa meringkuk enam tahun dalam penjara.

Tindakan keras Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad itu, mendorong penyatuan gabungan semua parti pembangkang yang terdiri daripada PAS, Parti Keadilan Nasional yang baru ditubuhkan, DAP dan PRM.

Presiden PAS ketika itu, Dato' Fadzil Mohd Noor merupakan pemimpin pembangkang yang pertama tampil ke hadapan mengkritik Dr Mahathir di atas kezalimannya menganiaya Anwar.

Diikuti dengan Lim Kit Siang dan Dr Syed Husin Ali, turut menziarahi Anwar di rumahnya bagi menyatakan sokongan pembangkang terhadap Anwar.

Gabungan erat empat parti pembangkang ketika itu, membentuk sebuah gagasan politik yang dinamakan Barisan Alternatif dengan mengemukakan manifestonya bertajuk 'Ke Arah Malaysia Yang Adil' bagi menghadapi Pilihan Raya Umum tahun 1999.

Bermula era reformasi

Sebelum daripada penggabungan pembangkang, era reformasi bermula sebaik pemecatan Anwar. Rakyat di seluruh negara bangkit menentang kezaliman Dr Mahathir terhadap orang yang dilatih selama 16 tahun untuk menjadi pengganti beliau.

Masjid Negara menjadi lokasi pertama perhimpunan 100 ribu umat, menyaksikan kebanjiran penyokong keadilan memenuhi setiap pelusuk kota dari Masjid Negara hingga ke Dataran Merdeka.

Pada malam itu juga kediaman Anwar di Bukit Damansara diserbu anggota UTK yang lengkap dengan senjata automatik, menangkap dan mengheret Anwar ke Bukit Aman.

Serentak dengan itu berpuluh-puluh pengikut Anwar ditahan di bawah ISA. Tindakan keras pihak berkuasa itu, tidak menghalang laungan reformasi untuk terus bergema, demonstrasi berterusan setiap minggu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Laungan reformasi terus bergema di penghujung tahun 1998, walaupun Dato' Seri Anwar Ibrahim sedang terbelengu di sebalik pasung jeriji besi di Penjara Sungai Buloh.

Pasca PRU 1999 dan 2004

Keputusan PRU 1999 membuktikan majoriti orang-orang Melayu menolak Barisan Nasional. Sehingga ada statistik kajian melaporkan suatu ketika, 7 daripada 10 orang Melayu menyokong Anwar.

Secara puratanya, rekod PRU 1999 membuktikan 60 peratus Melayu menyokong Anwar dan gabungan pembangkang, manakala hanya 40 peratus Melayu kekal menyokong BN.

Walaupun wujud gabungan padu Barisan Alternatif, yang wujud di dalamnya keanggotaan dari kaum Cina, India dan lain-lain, namun ketika itu tidak ramai daripada kaum bukan Melayu yang menyokong Anwar.

Hanya ada segelintir pimpinan utama PRM dan Keadilan ketika itu yang 'all-out' membela nasib Anwar sehingga terpaksa meringkuk dalam lokap polis, dipukul dan ditendang sehingga mengalami kecederaan.

Hakikat yang ditunjukkan pada PRU 1999, peristiwa lebam mata Anwar dipukul Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor tidak menyelami lubuk hati kaum bukan Melayu.

Keadaan ini kekal sehingga PRU tahun 2004. Pindaan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang begitu 'bias' (berpihak) kepada BN pada tahun 2002 menjadikan kawasan-kawasan Parlimen dan Dun dirobek-robek dan dicampur adukkan dengan lokaliti pengundi bukan Melayu.

Ketika itu Umno/BN mengetahui bahawa Melayu tidak boleh diharapkan untuk menyokong mereka. Maka kaum bukan Melayu dipergunakan untuk terus menyokong BN.

Fakta PRU 2004 menunjukkan majoriti Melayu masih menolak Umno/BN dan menyokong PAS serta KeADILan dan lain-lain pembangkang. Ketika itu DAP tidak bersama dalam Barisan Alternatif.

Sehingga Pilihan Raya Kecil Dun Ijok pada April 2007, kaum bukan Melayu masih belum menunjukkan sokongan padu kepada pembangkang sehingga menyebabkan Tan Sri Khalid Ibrahim tewas dengan K Parthiban.

'Swing vote' atau tsunami pada PRU 2008 dari kalangan kaum bukan Melayu, sememangnya di luar jangkaan pemimpin Pakatan Rakyat, juga di luar jangkaan BN.

Melayu teras kekuatan Anwar

Semua peristiwa ini membuktikan hakikat bahawa, teras kekuatan sokongan Melayu yang majoriti beragama Islam ialah kepada Anwar dan pembangkang, terutamanya PAS.

Fakta yang harus diingat ialah, sejak kerjasama erat yang dihulurkan Almarhum Ustaz Fadzil, orang-orang PAS yang majoritinya Melayu memberikan kerjasama dan dokongan erat kepada pembangkang, khususnya Anwar dan KeADILan.

PAS mempunyai sejuta ahli dan hampir dua juta pengundi setia sejak beberapa kali PRU. Kekuatannya meluas di seluruh negara. PAS kawasan dan cawangan berada di mana-mana.

Sehingga banyak kali PRU, calon-calon pembangkang (yang bukan PAS), boleh bergantung sepenuhnya dengan jentera pilihan raya PAS kerana orang-orang PAS komited dalam soal kerja dan tugas menentang BN.

Komitmen ahli dan penyokong PAS dalam menjayakan gabungan pembangkang yang dinamakan Pakatan Rakyat begitu besar dan ianya terus terbukti dalam PRU ke-12 8 Mac lepas.

Justeru tuduhan bahawa Anwar akan mengetepikan Melayu, Melayu diambang perpecahan, masa depan Melayu terjejas dengan Pakatan Rakyat sememangnya tidak betul sama sekali.

Fakta yang harus difahami ialah sejak tahun 1999 sehingga 2008, kekuatan Umno/BN hanya didokong oleh minoriti Melayu, sekitar 40 peratus dan ditambah dengan sokongan majoriti bukan Melayu.

Masalah yang berlaku hari ini ialah sokongan minoriti Melayu dalam Umno, terhadap Umno semakin berpecah. Jika Umno berpecah, Melayu dalam Umno bergaduh, kuasa politik Melayu terhakis, bukan salah Anwar, bukan salah PAS, ianya adalah kesalahan pemimpin-pemimpin Umno!

Hakikatnya, teras kekuatan Anwar adalah dengan dokongan majoriti Melayu daripada PAS, tanpa dokongan PAS belum tentu Anwar akan terus berada dalam kedudukan sekarang.

Oleh sebab itu, dakwaan bahawa, jika Anwar berkuasa menjadi Perdana Menteri, kuasa Melayu akan terhakis adalah propaganda jahat Umno/BN semata-mata.

Majoriti Melayu yang berada dalam PAS, juga dalam KeADILan adalah pendokong sebenar kekuatan Anwar Ibrahim.

Maka, jika kuasa berpindah daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat, orang-orang Melayu tetap terjamin haknya dari sudut politik, pendidikan, ekonomi dan sosial, malah mungkin lebih baik lagi!

HR9808: UMNO sering melakukan dekorasi politik yang sangat dangkal dan kacau sehingga akhirnya rekayasa jijik pemimpin UMNO dilihat sebagai kebudak-budakan oleh masyarakat dunia. Mahathir dan pemimpin yang merekayasa adalah golongan berhati getah plastik yang tiada rasa dan sebahagian besar masyarakat Muslim di Nusantara mahu muntah dihadapan Mahathir ...inilah dosa dia dan jemaahnya yang terdiri dari golongan ketot jasmani, aqal dan akhlak.

Tuesday, April 1, 2008

PESAN BUAT REFORMIS ..."ANDA PENGUKIR SEJARAH."..

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

Istilah REFORMASI semasa zaman order Mahathir bagaikan penyengat berbisa buat pemimpin UMNO-BN terutama Mahathir. Penyengat yang boleh membuat lumpuh atau mati berdiri, sangat bahaya dan menakutkan kepada si durjana penghisap darah rakyat. Mungkin masa tu ramai pemimpin UMNO-BN yang terkencing bila laungan itu bergema di celah bangunan depan Dataran Merdeka sehingga ke ruang depan Parlimen. Mereka tak boleh dengar laungan itu sekalipun datangnya suara itu dari suara kecil rakyat yang berdekad ditindas si durjana. Suara laungan itu diajar oleh sifu yang turun dari takhta istana UMNO-BN setelah dimalukan oleh jemaah durjana (namnaya sekarang Hadhari)...

Sudah berlalu 10 tahun tetapi sekarang ianya kembali muncul dan diucapkan oleh bukan sahaja dari suara reformis jalanan berselipar jepit tapi oleh YB Barisan Rakyat dan para Tok Guru...di mana-mana sahaja. Di stadium. di masjid dan di mana sahaja...Allah Karim...hebatnya kekuasaan Mu..dulu laungan itu ditakuti tetapi sekarang menjadi peniup semangat baru untuk Barisan Rakyat..alhamdulillah..

Ketika laungan itu bergema di stadium bulu tengkuk naik, membuat mata berkaca dan fikiran pergi jauh ke tahun 1998 di jalan raya depan Dataran merdeka, depan Sogo, di sepanjang jalan Tunku Abd Rahman..bau gas yang menyengat dan mengeluarkan air mata bermunculan dalam ingatan..terdengar suara hentakan kaki FRU, pukulan dan jeritan wanita dan banyak lagi. Ada yang tertangkap dan ada yang terlepas..yang tertangkap reda diheret dan dipukul FRU..yang terlepas pula terus merancang untuk perhimpunan yang seterusnya..

Alhamdulillah suasana sekarang berbeza..berkali-kali lauangan itu diperdengarkan ..tiada lagi kedengaran suara FRU dan jeritan anak kecil..kemana pergi semua ini??..ya inilah perubahan dari berkat laungan yang sama..dulu suara bebaskan Anwar, Mahathir undur, Reformasi dll bergema di pelusuk bumi dari mereka yang tidak pernah kenal dan berada di sisi mereka sebelumnya..tapi hati anti KEZALIMAN DAN menuntut KEADILAN bersatu di situ. Inilah naluri insaniah yang dikurniakan Allah sang pencipta hati manusia. Bergema suara itu dari titik yang sama..tanpa memikirkan apakah esuk akan bagaimana? INilah keagungan Allah, yang memenuhkan hati para pejuang itu dengan kepuasan setelah mereka dapat menyampaikan mesej mereka...iaitu mereka bencikan KEZALIMAN DAN MAHUKAN KEADILAN.

Suasana kemenangan setelah 10 tahun menemukan semula mereka, ada yang sudah kelihatan sekali tua di wajah mereka dan yang dulunya remaja sekarang sudah dewasa dan tak kurang juga sudah pergi mengadap sang pencipta..Inilah nikmat perjuangan yang ikhlas kerana keletihan dan kejemuan tidak dirasakan lagi..yang ada adalah rasa kesyukuran dan ingin terus berjuang menegakkan KEADILAN DAN MENENTANG KEZALIMAN.
Semoga para pejuang ini terus muda dengan semangatnya dan makin matang dengan strateginya..

"ANDA PENGUKIR SEJARAH"

"Wahai para pejuang REFORMASI..masa lalu anda adalah sejarah yang telah anda ukirkan untuk anak cucu anda,
janganlah calarkan sejarah itu dengan kekotoran niat anda dengan matlamat dunia yang sementara ini.
Para saksi dari batu-batu jalan yang anda pijak dan bangunan sekeliling akan bersiap sedia menjadi saksi anda di akhirat nanti, mereka tidak perlu dibayar untuk itu semua, para pejuang sejati,
ingatlah yang melihat perjuangan anda adalah yang mencipta kita semua, para rasul dan orang mukmin,
ingatlah...jika anda dilupakan di dunia ini dan tidak dapat habuan apa-apa..pasti Allah yang maha mengetahui akan menggantikannya,
janganlah anda berkeluh kesah dengan kerenah manusia kerana sememangnya manusia itu pelupa,
teruskan langkah anda sebagai pemenang bukan pencundang,
lupakanlah bakti anda dan ingatkanlah bakti orang pada anda,
inilah pejuang sejati, pejuang yang mengharap balasan hanya dari Ilahi, berharap taman syurga di sana berjiran dnegan para wali, sahabat dan nabi-nabi, inilah jiwa pejuang yang silih berganti,
maafkanlah saudara anda yang berjuang bersama sekiranya ada kelemahan dari dirinya..SAYANGILAH MEREKA SEPERTI ANDA MENYAYANGI DIRI ANDA, doakanlah mereka ketika anda berdoa, rindukanlah mereka ketika anda kesunyian dan terimalah mereka seadanya.,
inilah ukhuwah sejati yang boleh membawa anda ke syurga. Tinggalkanlah rasa kebencian terhadap saudara kita yang pernah berjuang bersama dan gantikanlah rasa bahagia,
pejuang Reformasi... nama anda sudah terpahat pada dinding sejarah di tahun 1998 dan tidak akan ada siapa yang mampu memadamnya lagi kerana pahatannya terlalu kuat hingga melekat dihati semua.
cukuplah saudara ku..pingat ini yang kita akan bawa balik bertemu Allah..PINGAT PEJUANG SEJATI tidak akan mampu dibeli oleh sesiapa kerana nilainya adalah DARAH DAN NYAWA...

Wahai pejuang Reformasi..katakan selamat tinggal kepada para pencundang yang masih berharap kepada sesuatu dari perjuangan lalu.
Katakan selamat jalan kepada pengganti di barisan depan perjuangan..semoga Allah menerima amal kamu dan amal kami..!!!"

Abu Miqdad 2 Apr. Gombak.

(sila muat turun dan sebarkan kepada para reformis dan sesiapa sahaja yang berminat dengan idea reformis dan infokan dialog reformis dengan YB Barisan Rakyat pada 19 Apr2008..)

Saturday, March 29, 2008

PROGRAM SAMBUTaN MERAIKAN KEMENANGAN..!!

HR9808 adalah wadah bebas bukan partisan yang akan siap sedia memberi kerjasama kepada Barisan Rakyat di seluruh Malaysia dalam apa juga keadaan.

29 Mac 2008.

Kami berangkat dari Masjid India sekitar jam 7.00 malam dan tiba jam 8.00 malam di Stadium MPS Selayang untuk mengikuti program Barisan Rakyat.
Selepas solat maghrib di sebuah surau yang tidak berapa jauh dari stadium, kami mula terdengar alunan selawat dan bacaan alquran bergema di sana. Terasa suatu keindahan yang sangat luar biasa yang tidak dapat diukirkan dengan kata-kata, ditambah dengan cahaya lampu yang menyinar sekeliling stadium, sorakan gembira dari teman-teman yang bertemu sambil bersalaman dan berpelukan erat, penjual vcd,cd dan buku rancak melayan pelanggan mereka, berpusu-pusu penduduk Selayang dan sekitar berdatangan bertali arus, para petugas amal, PKR, PAS, DAP dan polis serius menjaga keselamatan dan memandu pengunjung tanpa jemu.

Ringkasnya: Amat indah sekali...kepada yang belum dapat merasakan suasana ini ..sila dapatkan informasi dari media BA..

Sekitar jam 9.30 malam barulah sesi ceramah bermula dan selesai jam 12 malam.

Setelah selesai sempatlah bertemu dengan YB Gobala....malam itu memang Gobala adalah "crowd puller"..hebatYB...

Setelah beredar dari stadium MPS kami menuju ke Idaman Gombak dan sembang-sembang sampai jam 2 pagi.
Kami ingin syer dengan YB Barisan Rakyat dan Pimpinan Barisan Rakyat beberapa poin di bawah: Sebelumnya kami mohon maaf jika ianya mungkin tidak sealiran dengan pandangan dan pendekatan yang para YB Barisan alternatif pamerkan dalam ceramah pada malam itu.

1. Umumnya program kesyukuran di stadium sukses tapi dari pemerhatian kami,yang hadir 90% adalah Melayu dan 10 % campur.

Dari sini perlu rasanya dibuat analisa dari segi keberkesanan dan target utama program diadakan apakah bagi semua kaum atau hanya untuk Melayu sahaja?

Jika untuk semua kaum bermakna program belum mampu menarik semua kaum.
Mungkin fakturnya:
- Tajuk program yang lebih ke satu kaum.
- Waktu yang terlalu dekat dengan beberapa program besar di Selangor.
- Mereka sudah dapat meneka apa yang hendak disampaikan oleh YB pada malam itu.
- Tidak perlu lagi program seperti itu kerana sekarang BA perlu penuhi janji dari manifesto.
- Cara persembahan atau penyampaian yang streotype atau berulang.

Pada pandangan kami:
- Tajuk - memang agak memfokus ke Melayu Islam...solat hajat dll. INi sangat baik bahkan patut diteruskan jika dapat berkala setiap bulan sekali dengan memberi keutamaan penekanan kepada pengisian rohani/spiritual, olahraga-fizikal dan mental - perbincangan yang berfakta.
Jadi lebih bermakna jika untuk Melayu diadakan di Masjid dan pekarangan masjid sahaja. Masjid patut dihidupkan dan di sekitarnya juga boleh menjadi pusat khidmat dan ekonomi rakyat. Contoh seperti ini banyak sekali di Turki sampaikan masjid di Angkara ada supermarket di bawahnya yang boleh menjual kereta dll.
Jadi jika mahu guna stadium untuk berbilang kaum lebih baik dianjurkan jogging bersama selepas subuh dan berkumpul selepas jogging sambil ceramah atau apa sahaja yang bermanfaat.
Kita mesti ubah mentaliti mengguru rakyat secara tergesa-gesa tapi buatlah secara lebih terancang dan berdisiplin. Bertahap dan tenang dengan modul yang tersusun rapi. Jangan ulang dan buat kerja seperti UMNO-BN sebab UMNO-BN sudah tidak relevan lagi....semuanya hanya utk politik semata-mata. Tujuan politik 100% akan membuat rakyat jemu dan akhirnya akan menjauh dari kita. YB BA wajib lebih sehat dan cerdas dalam semua hal serta menjadi contoh kepada rakyat. Jadi melalui program yang lebih relax dan tenang maka rakyat akan dapat meresapinya dengan kerelaan tanpa paksaan.

Program besar yang terlalu dekat.

Jika program besar cukuplah sekali sahaja kerana yang hadir mungkin orang yang sama.
Apa yang telah dilakukan oleh tiap UPU secara sederhana di cawangan masing-masing cukup berkesan dan lebih real kepada pengundi dan petugas. Jadi tolonglah dilihat kembali dan amatlah bererti jika BA..punya jadual tahunan yang diputuskan bersama bukan satu pihak sahaja. Ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya "bertindih" dalam program.Kerjasama sudah bagus tapi mutu kerjasama sahaja yang perlu ditingkatkan.

Rakyat dapat meneka apa yang YB nak katakan.

Para YB tolong baca berita atau blog atau apa sahaja media terkini kerana rakyat perlukan jawapan dari perpersfektif BA dan pandangan YB BA dalam memberi solusi sesuatu isu. Jika diulang...maka..ini amat merugikan masa rakyat dan merugikan masa petugas dan juga YB..Tolong jangan ikut rentak cara bekerja sebelum pilihanraya, sekarang era baru yang perlu kepada solusi real bukan orator/bicara lagi. Rakyat tunggu info terkini bukan info basi 2 minggu lalu yang diulang-ulang. Alangkah baiknya jika Biro Penerangan BA bersidang dan menentukan langkah secara lebih tersusun dan tepat sasaran.

Tak perlu lagi ceramah umum yang terlalu kerap.

Para YB dan pimpinan BA harus memfokus kepada fungsi acara/program bukan hanya memenuhi kehendak parti semata-mata. Jika modus melihat kepada fungsi maka sudah tentu ada modul yang jelas bukan hentam saja. Sekarang rakyat perlukan apa? mereka perlukan dialog iaitu komunikasi dua hala..bukan seperti rakyat 70an,80an dan 90an..sekarang berbeza tahun 2008..rakyat sekarang majoriti punya info terkini kerana akses media yang cepat dan canggih maka ceramah umum sebenarnya sudah tidak relevan lagi selepas pilihanraya. Alangkah lebih baik jika pertemuan malam tadi disertakan dengan online vedio/ vedio confrence dengan beberapa tokoh BA supaya ada sesuatu yang lebih real dan rakyat dapat berdialog direct/langsung. Ini bukan mahal dan tidak perlu terlalu canggih..hairan juga.kenapa moment begitu besar tidak dapt dimanfaatkan. Contoh bicara dengan MB dari 5 negeri dan DSAI atau siapa lah..tolong segera melihat kembali YB...jangan terlalu asyik dengan sorak rakyat tapi yang lebih penting ialah apakah sorakan itu akan berpanjangan atau hanya sementara sahaja?

Cara persembahan.

Umumnya memang ceramah dari BA memang menarik tapi tolong berhati-hati!!:
-
jangan terlalu berlebih menghentam personal dengan kata-kata kesat yang berbau perkauman.
Soal personal dan kaum tertentu jangan disentuh terlalu kerap..kerana ianya agak sensetif..kita bukan mahu orang lari dari kita tapi mahu yakikan kepada kita dengan hujah yang bernas dan terkini untuk rakyat kawasan YB. Pendekatan memujuk, memanggil, menyeru dan seumpamanya patut diberi penekanan lebih dan menghentam ok beberapa persen lah..biar memujuk lebih dominan dari menghentam..apatah lagi yang personal yang tidak ada kaitan dengan kepentingan politik.
ok ..tapi fakta terkini masih kurang..tolong tingkatkan YB..ulang fakta akan membuat rakyat ngantuk dan jemu.

Ini hanya pandangan dan mohon maaf jika berlebihan. Mungkin ini adalah petanda umum yang sedang berlaku di mana-mana jadi sila ambil perhatian dan betulkan segera jikanya ianya benar.!!

Mungkin sedikit tips perbahasan yang baik untuk YB..

1. Bentangkan fakta secara jelas dari sumber asli bukan ambil dari orang.
2. Patahkan hujah dari sumber yang jelas secara mudah difahami oleh khalayak.
3. Konklusi/penggulungan yang mantap buat solusi untuk rakyat.

# tambahan jika dapat YB siapkan bahan dalam bentuk power point/flash atau apa sahaja....atau dari online blog YB..ini menunjukkan YB memang ada fakta..bukan merapu..


31 Mac..

Program di stadium Shah ALam BERJAYA dan TAHNIAH kepada Unit Amal d pasukan BA yang lain..
HEBaTTTTT..semoga rakyat berpuas hati dan menikmati susana kemenangan. Berbeza dari suasana di Selayang...SUKSESSSS..

SHAH ALAM, 1 April (Hrkh) - Jika selama ini Stadium Melawati bergema dengan tepukan dan sorakan penyokong pelbagai jenis sukan, tetapi malam 31 Mac terukir dalam sejarah, stadium tersebut bergema laungan 'Allah Hu Akbar', 'Reformasi' dan 'Makkal Shakti'. Image

Laungan suara rakyat menandakan berakhirnya penyeksaan selama mereka khususnya rakyat Selangor berada di bawah pemerintahan BN-Umno.

Lebih 25,000 rakyat membanjiri stadium yang hanya menyediakan 15,000 kerusi. Stadium yang selama ini dijadikan tempat bermain badminton telah bertukar wajah.

Mereka datang tanpa dibayar,,,apakah UMNO boleh dapatkan keyakinan rakyat seperti ini?? Semoga Allah panjangkan umur DS Tuan Guru Abd Hadi Awang..amin!!