foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

foto-foto aktiviti dakwah dan kemanusiaan

Friday, May 23, 2008

BERTEMU DI SOGO DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS...

HR9808@IKRAR - adalah wadah bebas bukan partisan yang memfokus kepada kebajikan rakyat(Mulai 22 Apr - bagi tujuan resmi HR9808 menggunakan singkatan
IKRAR (Ikatan Kebajikan Rakyat)

Kepada sdr/sdri yang mempunyai kelapangan waktu..sila hadir dan beri sokongan atas aktiviti ini.

Jadual acara:


Pada hari Sabtu,

24 hb May 2008,

Jam 3 petang

berkumpul di SOGO dan membuat laporan polis

kes vk Linggam

ke Balai Polis Dang Wangi.

Diketuai oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan

sdr. Syamsul Iskandar.


24 May..
Seramai hampir 100 orang berkumpul di depan Sogo sejak jam 2.30 petang bertemankan beberapa buah landrover polis. Beberapa pegawai polis juga berdiri di pesisir jalan utama Tuanku Abd Rahman. Tanpa sebarang ucapan umum kami sempat bersalaman dan ngobrol. Tepat jam 3.10 minit Sdr Samsul Iskandar tiba dan perarakan bermula melintasi beberapa traffic light. Polis tidak mengambil sebarang tindakan bahkan mengiring kami sehingga di depan balai Polis Dang Wangi. Hanya 3 orang sahaja yang dibenarkan masuk untuk membuat laporan dan selebihnya berhimpun di depan balai polis seberang jalan. Setelah pihak AMK memberi ucapan ringkas sambil melaungkan "Siasat Mahathir, Tangkap Mahathir..." kami bergerak ke kedai mamak yang tidak berapa jauh dari situ. Terima kasih kepada sdr Lan Mamak kerana belanja minum petang tadi dan akan bersama menggerakkan IKRAR.
Saya sempat juga memberi kad nama kepada beberapa teman dan alhamdulillah mereka memberi sokongan agar IKRAR terus dihidupkan. Kepada semua teman kami mengucapkan ribuan terima kasih...

Kepada semua AJK IKRAR sila hadir meeting pada jam 6 petang di restoran Faezamaju hari Isnin 26 May.

2 comments:

  1. Salam.

    Wahai sahabat seagama dan sebangsa.

    Tahniah di atas keupayaan saudara mewujudkan satu blog yang baik dan berkesan.

    Tetapi apa yang disampaikan oleh saudara kekadang dilihat tidak tepat dan kurang meyakinkan.

    Saya difahamkan hampir kebanyakan yang menjadi ahli PKR hanyalah disebabkan rasa simpati kepada Anwar Ibrahim.

    Jadi adakah keahlian saudara dan lain-lain ke dalam PKR hanyalah disebabkan rasa simpati ke atas Anwar Ibrahim?

    Perjuangan PKR itu bermotifkan kasihan kepada Anwar Ibrahim.

    Jika sedemikian hal perjuangan PKR, apakah kesan terhadap rakyat yakni rakyat memerlukan sebuah parti yang bertunjangkan perjuangan untuk menegakkan Islam, mengukuhkan perpaduan Melayu, dan menjada kedaulatan negara.

    Pada pendapat saya, PKR lebih bersifat "multi-racial" yang mana penyatuan agama dan bangsa di dalam satu parti. Jika sedemikian berlaku maka tiada lagi perbezaan agama dan kaum, oelh itu, Islam akan dianggap sama seperti agama lain dan Melayu juga tidak ada beza dengan bangsa lain. Kesannya, perlembagaan negara bakal digugat melalui penyatuan agama dan bangsa di dalam satu parti. Lainlah kalu, parti Islam + Melayu dan parti bangsa lain bergabung di dalam satu gagasan perikatan.

    Orang yang menyokong PAS, hampir kebanyakan tidak bersetuju dengan konsep PKR yang menyatukan agama dan bangsa di dalam satu parti melainkan seseorang yang bukan Islam itu sudah memeluk Islam dan menerima konsep Islam dan menerima orang Melayu sebagai tuan kepada Tanah Melayu ini.

    Saya berharap agar saudara dapt memberi pandangan mengenai hal ini.

    Saya tidak nampak dengan jelas hala tuju dan konsep yang dimahukan pucuk pimpinan PKR.

    ReplyDelete
  2. Sdr yang dihormati,
    Terima kasih atas komentar sdr dan saya cuba menjelaskannya sekadar yang termampu.
    a. IKRAR bukan bernaung di bawah mana-mana parti tapi sealiran dengan perjuangan PR (detail sila rujuk ke teks ucapan saya yang lengkap)
    b. IKRAR adalah usaha kecil sebahagian dari reformis yang dihimpunkan semula sejak 1998 hingga 2008 bagi memperkukuh kesinambunagn perjuangan reformasi di Malaysia. Ahli terbuka kepada semua khasnya reformis.
    c. Yang saya tahu PKR atau PAS atau DAP telah sepakat bersama di Pakatan Rakyat. Jadi saya tidak mahu terlalu jauh ke dalam pakatan kerana saya yakin PR sudah pasti mempunyai konsep dan strategi tersendiri.
    d. Menjadi ahli PKR kerana simpati kepada Anwar adalah hak rakyat Malaysia dan sebagai insan yang punya rasa dan jiwa.IKRAR menyokong dan membantah sesuatu atas dasar yang jelas yang berpaksi kepada nilai-nilai mulia sejagat. Ahli PAS juga ada yang bersama kerana mengambil pendekatan bil hikmah.
    e. Fahaman sempit perkauman acuan UMNO adalah sesat dan sangat menyesatkan apabila pemimpin UMNO cuba memaksakan nilai perkauman disama ertikan dengan fahaman ISlam. Jauh sekali dari fahaman Islam yang tinggi dan mulia untuk nilai sempit ini. Islam bermakna terbebaslah cakupan bangsa , warna kulit,loghat atau apa sahaja.Melayu bukan jaminan Islam dan Islam juga bukan hak Melayu atau sesuatu kaum. Kenapa UMNO sempitkan makna Islam yang sangat luas ada kaitannya dengan fahaman dasar pemimpin Melayu semasa mendirikan UMNO dulu. Mungkn juga masa itu fahaman nasionalisma pemimpin Melayu tercorak dari fahaman barat yang sesat sehingga menjadi lebih dominan dari fahaman Islam sebenar. Barat merdekakan Tanah Melayu dengan kadar ukur mereka sendiri, juga dapat melepaskan anak buahnya yang terdiri dari pemimpin dan raja Melayu yang amat keliru dengan Islam sebenarnya. Lalu jadilah pemimpin Melayu yang Islam tapi rasuah, khianat kepada bangsa dan agama,tidak bermoral dll sehingga nilai diri mereka amat rendah pada mata Barat.Tapi inilah jenis karektor yang diperlukan oleh barat untuk meneruskan agendanya.
    f. Konsep Islam amat luas maka perlu kita bahas dan bicarakan dalam forum-forum yang lebih terbuka agar semua kaum memahami bahawa Islam amat mudah dan rahmat buat alam ini. UMNO dan pemimpinnya telah cuba memadamkan makna rahmat ini sehingga Melayu dan bangsa lain jadi keliru. Peranan IKRAR adalah untuk menjernihkan kesamaran ini.Tidak timbul soal pluralisma atau penyatuan agama tapi memberi hak kebebasan semua kaum untuk memilih agamanya. Dasar bebas beragama adalah dasar universal dan Islam telah jelaskan dalam banyak dalil serta di dalam lipatan sejarah Islam akan hal ini.Inlah uniknya Islam sebenar dengan fahaman cetek pemimpin Melayu UMNO tentang Islam. Saya berharap kita dapat saling terbuka dan meluaskan lagi pemahaman kita tentang Islam. IKRAR akan terus mengadakan sesi dialog dan forum berkaitan perkara-perkara asas ini. Diharap kepada sdr penyokong PAS agar dapat memberi nasihat kepada kami. Terima kasih.
    Mustapa Mansor
    Pengerusi IKRAR

    ReplyDelete

silakan komen dan beri pandangan anda untuk kebaikan semua!!